Home Novel Fantasi SETH
SETH
asmaya ally
9/9/2020 16:01:31
23,442
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 6
Mata Seth melingas kiri dan kanan seluruh pelusuk ruang tamu rumah Tok Aki. Sesekali dia menumpukan matanya pada pintu sebuah bilik yang terkatup rapat. Sesekali juga mata Seth menerobos ruangan dapur rumah Tok Aki yang terpisah hanya oleh sehelai langsir nipis yang meliuk lentuk mengikut bayu lembut di pagi hari. 


"Tok Aki..saya mohon maaf datang tanpa bagitau Tok Aki." Saya ni serba salah nak mulakan dari mana..nak cerita dari pangkal saya kurang arif..nak cerita dari tengah, pun saya tak tahu sangat nak ambil dari hujung tak tahu pangkal pulak... aduhaiii..pening saya Tok Aki.." Ujar Seth sambil mengambil tempat untuk duduk. Seth bersila rapat lutut bertemu lutut dengan Tok Aki. Seboleh mungkin Seth mahu menangkap semua penjelasan daripada ulas bibir tua itu. Mulut Tok Aki berkumat kumit seakan-akan membaca mentera. Namun tiada apa yang kedengaran di telinga Seth.

Raut wajah Seth keruh dan suram sekeruh hatinya yang semakin semak apabila memikir kehadiran tanpa undangan makhluk hybrib separuh manusia separuh harimau itu.

"Tok Aki...saa.." belum pun sempat Seth menghabiskan hujung ayatnya Tok Aki segera mencelah.

"Tok tauuu..Tok tau Seth.." Mata Tok Aki redup sahaja. Tangan yang tinggal tulang dan dibaluti kulit berkedut dengan urat yang timbul berselirat itu sibuk menggulung tembakau kampung. Rokok daun dibuka dan perlahan-lahan tembakau yang sudah digulung itu di masukkan kemudian digulung sekali lagi bersama rokok daun tersebut. Tangan Tok Aki menggagau mencari mancis di dalam kocek baju lusuh yang di pakainya. 

"psttt.." nyalaan rokok daun dan bau tembakau yang dibakar memenuhi ruang tamu kecil itu. Baunya tidak terlalu menyesakkan dada seperti rokok biasa. Duduk Seth semakin tidak keruan. Sekejap dia memusingkan badannya ke kiri sekejap ke kanan. "Tokkk..." ujar Seth. Senipis sabar dan imannya Seth semakin tidak bersabar untuk mengetahui kisah sebenar kenapa dia yang menjadi sasaran.


"Seth...benda  tu selalu masuk dalam mimpi kau kan?" tiba-tiba terpacul soalan daripada Tok Aki.

"A'ahhh la Tok Aki..ni yang saya datang cari Tok ni..bukan setakat dalam mimpi dah ni Tok Aki!"

"Hmmm..apa lagi yang boleh Tok Aki buat Seth? Kau sahaja satu-satunya keturunan lelaki kita yang tinggal.. kau sahaja Seth..!" ujar Tok Aki perlahan.

"Tok..Tok Aki pun tahu pasal kewujudan makhluk ni kan?? " Apa ilmu yang keturunan kita ambil dulu Tok Aki? kenapa di ambil ilmu pelik-pelik macam ni Tok Aki?..." 

"Seth..kau sanggup ke biarkan aku yang dah tua renta ni jadi perumah untuk makhluk tu?" 

"kau sanggup biar makhluk tu huni badan Mak Ngah Sue, Makcik Kiah dan Cik Noni,?"

"Seth..aku pun dari muda sampai ke tua melawan makhluk tu..aku pun dah tak terdaya lagi untuk kurung dia di hutan sana..kenapa pula kau ikut kawan kau ke sana Seth?" Tok Aki menggeleng-geleng kepalanya kesal berbaur kecewa.

"Mana saya tau Tok Aki.. kalau saya tau nak jadi macam ni takdenya saya ikut kawan panjat air terjun tuh.."

"Seth..macam ni lahhh..malam ni bermalam sahaja rumah Tok Aki.. esok kau cuti kan? Nanti sesudah subuh ikut aku ke rumah Tok Kiyai Haji di hujung kampung sana. Kita tengoklah apa yang boleh dibuatnya nanti".

"Tapi Tok Aki..kalau malam ni dia datang macam mana?" kerut dahi Seth membayangkan kebimbangan yang bersarang di hatinya.

"Takpe..insyaallah kau tak di ganggu di rumah aku."


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.