Home Novel Fantasi SETH
SETH
asmaya ally
9/9/2020 16:01:31
22,833
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 4

“Nak datang melawat waris aku pun salah ke?” soal makhluk hybrib separuh manusia separuh harimau yang tercegat dihadapan Seth. Wajah Seth keruh dan cemas. Kakinya segera berundur dua tapak ke belakang. Niat mahu ke gym berdekatan Aspura Hang Jebat terpaksa dibatalkan.

 

“kau tahu kan aku akan sentiasa cuba mendampingi kau? Kenapa kau tanya soalan bodoh tuh?” ujar makhluk itu lagi. Kali ini matanya mencerlun tajam ke arah Seth.

“aku tak perlukan kau!!..kenapa kau ganggu aku huh?” balas Seth dengan hati yang sedikit panas. “Urghhh..masa bila pula aku seru kau untuk dampingi aku? Kau yang tak tahu malu terhegeh-hegeh cari waris keturunan aku!”…jerit hati Seth. Namun kata-kata itu hanya tersangkut di halkumnya sahaja.

 

“Aku ada hal, ketepi!” dengus Seth.Entah dari mana datang sedikit keberanian dalam diri Seth,lalu dia berjalan melintasi makhluk hybrib itu secepat yang mungkin.

Debar di hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu tatkala dia berselisihan bahu. Ketika itu barulah disedari, mahkluk hybrib itu mempunyai bentuk tubuh yang kekar, dada dan bahu yang lebar,kepalanya harimau, dari leher hingga ke paha seperti manusia tetapi kakinya kembali seperti kaki harimau. Tinggi makhluk itu juga jauh mengatasinya.

 

“kenapa kau menolak untuk menerima aku huh?” makhluk hybrib itu masih enggan mengalah. “kau tahu kenapa aku perlu mendampingi kau kan?” soal nya. Ketika ini, Seth berpaling semula ke arah makhluk itu. “Sekalipun aku tahu aku tetap tak kan terima kau!” Seth menjawab tegas.

 

“Haahahahahaha…kau tak boleh tidak mesti menerima aku!!” ujar mahkluk hybrib itu sambil melepaskan tawa yang panjang. “Kerana keturunan kau telah berjanji untuk menjadi penjaga kepada ilmu yang aku perturunkan!” sambung mahkluk hybrib itu dengan nada yang bertukar seperti ancaman. “Ingat Seth!!.., kalau kau menolak aku, aku akan tetap mencari keturunan kau yang lain…kau masih ada Makcik Kiah, Mak Ngah Sue dan Cik Noni kan? Kau ingat aku tak boleh jejak kesemua keturunan kau?” Seth? Kalau kau tak terima aku, aku boleh saja berpindah ke badan mereka…tapi ingat! Bukan semua keturunan kau punya kebolehan untuk “menyimpan” aku di dalam badan mereka…kau faham maksud aku Seth?”.

 

Mata Seth seakan mahu terkeluar dari soketnya. “Amaran apakah ini!?” Hati Seth berdebar semakin kuat. Amarah,geram dan risau semua bercampur aduk. “Kau mengugut aku huh?” soal Seth kembali. “Terpulang pada kau Seth!”… “kau tak sayangkan sedara mara kau ke?!!..hahahahhaahahha”…serentak dengan itu gumpulan asap tiba-tiba muncul dan hilang bersama makhluk hybrib tersebut.

 

“haaaa..haaaa..”Seth tercungap mengambil nafas. Ternyata, amaran daripada makhluk hybrib telah menganggu sistem tubuhnya. “Aku mesti balik dan bertemu Tok Aki!” getus Seth yang semakin keresahan.

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.