Bab 6

MUHAMMAD Erik bin Syafik Egann yang ketiga meninggal lagi tanpa sempat mengenali dunia. Apalah nasib, tapi itulah takdir yang telah tertulis untuknya, serta kepada kedua ibu bapanya. Ayen masih berada di hospital bagi menerima rawatan akibat keguguran serta jatuh tangga. Egann pula baru sahaja menyelesaikan acara pengebumian anaknya. Para tetamu sudah pulang, meninggalkan dia berseorangan di depan kubur yang masih merah itu. Matahari yang tegak di atas kepala langsung tidak dipedulikan.

Panas mentari turut mengunyah selesa dua insan yang setia menunggu di luar tanah perkuburan. Saif dan Husna sama-sama berteduh di bawah payung Petronas, merenung tingkah laku Egann di sana. Apa yang dirasai sekeping hati milik lelaki tinggi berbaju melayu hitam itu hanya mampu diterima dengan simpati oleh mereka yang mengetahui.

“Kesian… disangka peluang ketiga tapi masih takda rezeki…” keluh Husna. Lengan digosok, membayangkan sekiranya dia kehilangan Ilyas dan Yunus. Tak terbayang perit itu rasanya.

“Keempat…” ujar Saif, membetulkan.

“Keempat?”

“Sebelum Ayen, abang pernah ada seorang lagi Erik, tapi mati dibunuh emaknya. Sejak kejadian tu… dia cuba nak hidupkan semula Erik walau sebanyak mana yang cuba dilahirkan…”

Ternganga.

“Aku sure kalau Allah benarkan Ayen mengandungkan lagi anak lelaki, nama yang sama akan tetap diberi… sebab abang sebenarnya tak boleh move on. Dia nampak relaks… tapi dia tak pernah mampu move on dari trauma dia sejak kami kecil…”

Itu sesuatu yang Saif perasan bila dia dapat tahu kenapa abangnya memilih semasa di US. Puncanya adalah kerana Egann terlalu tertekan bilamana anaknya meninggal dan isterinya pula melarikan diri dari rumah. Sejenis coping mechanism yang tidak sihat. Tetapi punca sebenar kekecewaan itu ialah kegagalannya membentuk sebuah keluarga yang diingini.

Dia dan abangnya ditinggalkan di Malaysia sejak usia 3 tahun dan 2 tahun. Tiada ibu, tiada ayah. Yang ada cuma bibik yang diupah untuk menjaga mereka, dan jiran yang berbaik hati memberi kasih sayang dan makan. Demi membina keluarga lengkap yang diingini, sesuatu dia dan adiknya sepatutnya layak dapat, Egann merantau bersendirian ke Amerika Syarikat untuk mencari ayahnya dengan menggunakan sedikit klu dan bantuan kewangan yang diberi oleh saki baki saudara mereka di negara sana.

Ah. Ayahnyalah yang perlu dipersalah kerana meletakkan trauma tersebut dalam diri abangnya. Dan dia juga perlu dipersalah kerana meletakkan harapan di bahu abangnya supaya keluarga mereka bersatu kembali.

Tetapi janji itu gagal ditunaikan. Keluarga yang cuba dibina bersama Fatiha Sofe juga gagal. Seterusnya, Egann cuba mengalih fokusnya dengan gaya hidup yang tak perlukan isteri dan anak– tetapi itu juga gagal, kerana dia dipertemukan pula dengan Ayen. Lalu harapan berkeluarga wujud lagi.

Tapi sekarang, tengoklah apa yang jadi.

Pandangan meredup bila melihat abangnya berjalan merapati mereka. Muka itu muram sekali.

“Abang nak pergi jumpa Ayen. Kau berdua?”

“Saif ikut.” Sungguh dia risaukan abangnya ketika ini.

“Aku free,” balas Husna. Dia sekadar mahu membantu sekiranya perlu, jadi lebih baik berada dalam jarak dekat.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Egann tak bercakap banyak. Ilyas dan Yunus ikut sama. Si anak sulung bertenggek di belakang bahu Saif, manakala Yunus dikendong ibunya. Bila sampai di luar wad Ayen, Egann tiba-tiba berhenti melangkah, dituruti yang lain. Seolah-olah ada hijab yang menghalangnya melalui pintu itu.

Ayen ada di dalam. Rupanya dah sedar selepas tidak sedarkan diri selama tiga hari. Wanita itu sedang merenung ke luar jendela. Tengah menikmati alam agaknya. Angin sepoi-sepoi membelai rambut ikal mayang yang mengurai hingga ke pinggang itu. Ayen tidak menyedari kehadiran mereka kerana membelakangkan pintu.

“Abang. Kenapa tak masuk?”

“Abang tak tahu nak cakap apa dekat dia…”

Saif dan Husna berpandangan.

“Ermm… maybe tak payah cakap apa-apa. Sebab the both of you sekarang ni share the same level of depressive state——I was wrong! Ayen lagi teruk! Ayen lagi teruk!!” pekik Husna bila perasan pesakit di dalam wad itu memanjat tingkap.

Seperti direnjat elektrik, Egann dan Saif sama-sama berlari masuk. Impak pecutan mendadak itu membuatkan tubuh Ilyas yang masih bertenggek di bahu Saif tertinggal ke belakang hingga hampir terjatuh. Jerit Husna kedengaran namun Saif tidak sempat berfikir. Semuanya pergerakan refleksnya, bilamana kaki mematikan pecutan dan pada masa yang sama, tangan dipanjangkan ke belakang bagi menangkap kaki Ilyas di tengah udara. Bila mata akhirnya berjaya memproses apa yang terjadi, Ilyas tengah tergelak dalam keadaan tergantung terbalik.

Saif menghembus nafas lega. Kaki Ilyas terus diangkat ke atas hingga muka si budak sama paras dengan matanya. “Suka nau sampai gelak-gelak…” Kalau budak ni terjatuh kepala dulu, entah apa yang dia kena jawab dekat bapak dia pulak.

Lalu budak 4 tahun itu diserahkan pada emaknya. Husna dilihatnya tengah memandangnya dengan mata tak berkelip.

“Kau pula kenapa?”

“Nice dad-reflex,” komen si ibu sambil menggosok kepala Ilyas. Dia sememangnya melihat apa yang baru berlaku depan mata sendiri. Sayang tak rakam sebagai bukti je.

Natang apa dad-reflex. Aku bukan bapak dia.”

“Aku maksudkan reflex kau… its something that fathers have… something macam rembesan adrenalin yang buatkan dorang bertukar jadi superpower dan mampu buat the impossible especially bila benda yang nak dijaga berada dalam bahaya…” Boleh jadi Saif melihat anak-anaknya macam anak sendiri. Ah, sejuk pula hatinya.

“Kalau macam tu, mothers pun ada juga la kan?”

“Moms have the instinct.”

Saif gagal memberi komen lebih. Dia kembali berpaling pada tumpuan asalnya, pada Egann yang berjaya menahan Ayen dari terjun ke luar tingkap. Sipi-sipi je lagi, memandangkan sebelah kaki Ayen masih tergantung ke luar manakala yang lagi sebelah berpisah dengan lantai. Walaupun sekadar tingkat tiga, aduh la hai… buat perangai!!

“Why are you doing this, Yen? Are you trying to kill me?” soal Egann, murung.

Ayen tidak menjawab, tetapi perlahan-lahan kakinya ditemukan kembali pada lantai. Egann menarik si isteri supaya menjauhi tingkap sebelum ditutup laluan ke neraka itu. Si isteri masih melangut padanya. Mulutnya bergerak-gerak seakan-akan nak menutur sesuatu, tetapi macam ada batu dalam tekak.

“Apa dia sayang? Tell me. Jangan pendam dan terjun…”

Lalu tangan halus itu menyentuh perutnya yang dah kempis, sekaligus menghentam hati si suami. Ayen menunduk pada perutnya. Dah kosong. Aneh. Kemudian dilangut kembali pada wajah kusut si suami bersama mata yang bergenang penuh di kolam mata.

“M-M-Mana Erik…”

Si lelaki tidak menjawab. Tidak mampu menjawab.

Rahang Ayen bergerak-gerak lagi. Ingatannya kabur, tetapi memori itu ada. Dia ingat dia kejar Yunus. Dia ingat dia mahu selamatkan budak itu dari jatuh tangga. Dia ingat dunianya berputar. Dia ingat sakit di kepala, serta seluruh badannya. Dia ingat rasa panas di kaki.

Tapi bila dia bangun, perutnya dah kosong. Tiba-tiba dia boleh bangun dengan senang. Tiba-tiba dengan mudahnya dia membongkok malah menyentuh kaki sendiri.

“Aku bunuh anak kita lagi ke…?” Soalan itu ditanya bersama air mata yang melebat jatuh ke dagu.

“Tak… Ayen… itu bukan salah kau…” Egann melangkah setapak, tetapi si isteri berundur tiga tapak.

“Kalau macam tu, mana Erik? Dia lahir pra-matang lagi ke? Did he live?”

Air mata itu semakin laju jatuh ke pipi. Luruh hati suami yang melihat.

“Tiga hari kau pengsan, Yen. Kau alami concussion sebab kepala terhentak—”

“ITU BUKAN JAWAPAN!! AKU TANYA MANA ERIK!!”

Lantunan jerit itu bergema hingga ke seluruh ruang wad. Jururawat berpaling ke pintu bilik Ayen. Saif meminta mereka datang dekat sekiranya Ayen semakin tidak terkawal jika dilihat pada serangan emosi si perempuan. Husna pula dah lama menghilang, mengelakkan Ilyas dan Yunus melihat drama itu.

Ayen menarik nafas sekasarnya hingga menyakitkan paru-paru. Wajah suaminya dah tak nampak kerana kabur air mata. Hati Ayen sakit. Jiwanya rapuh. Fius dalam kepala meletup terbakar hingga tak boleh berfikiran waras.

“Mana Erik! Mana Erik! Mana Erik!!”

Bertalu-talu menampar waras akal. Sel otak terasa berselirat macam benang yang gagal dirungkai. Apa yang dia perlu cakap? Anak mereka mati lagi buat kali ketiga? Yang mereka perlu bersabar dan menerima seadanya? Tapi macammana nak redha? Dia dah lupa. Ayen baru sedar dari pengsan dan tengah dilambung ribut emosi. Jika dibiarkan, isterinya akan terus tenggelam. Macammana dia nak mengumpul semua emosi si isteri yang tercarik dan terbang dipukul angin? Ini tiada dalam perancangan hidupnya. Dia mahu bahagia bersama Ayen, jadi kenapa diberi dugaan begini?

Buku lima digenggam sekuatnya, lalu Egann menumbuk pipi sendiri.

Ayen gamam. Di matanya, dia nampak kulit pipi suaminya koyak bahana impak serangan itu. Darah berkumpul di bawah luka sebelum menitik keluar hingga mengalih ke jambang. Berapa kuat serangan penumbuk Egann sebenarnya?

Tidak… soalannya salah. Soalan yang perlu dijawab ialah berapa jauh Egann bencikan dirinya sendiri ketika ini?

Egann pula menggeleng kepalanya kasar. Sakit di pipi berjaya melapangkan kepala yang terasa sendat bahana tekanan perasaan. Fokusnya dah kembali. Mungkin benar Erik dah tiada, tetapi Ayen masih berdiri di depannya, jadi keutamaan ialah pada wanita yang dicintai itu.

“Ayen, aku minta maaf. Aku tak tau nak cakap macammana… tapi anak kita dah mati.”

Si wanita tersentap lagi.

“Kau pengsan tiga hari. Kami tak tahu bila kau akan bangun, jadi aku kuburkan Erik terlebih dahulu…” Setapak demi setapak dia mengorak langkah. “I need you to stay awake… and don’t do anything crazy…”

Sepantas kilat tiang IV dicapai kemudian dihala ke arah mereka. Egann masih menegak di tempatnya, manakala Saif berlari masuk hingga berdiri di sebelah si abang.

“Aku baru cakap jangan buat benda gila…” ulang si lelaki, sedikit terkilan.

“Jangan dekat!” jerit si perempuan.

Jururawat bergegas masuk. Ayen perlu diberi ubat penenang segera!

“Ayen… jangan macam ni… bawak bertenang please…” pinta Saif.

“Nak bertenang macammana. Aku dah bunuh anak aku tiga kali. Tiga kali! Tiga kali!” Tiang IV digoncang-goncang hingga beg saline dan pek darah jatuh. Air matanya pecah ke pipi, benar-benar rabak kali ini. Dia tak boleh berfikir. Yang berbaki di hati ialah rasa bersalah yang amat sangat.

Kerana cuai. Kerana silap sendiri.

Bila melihat makin ramai jururawat yang memasuki wad, Ayen menjadi claustrophobic. Dunia menjadi sempit. Trauma menyerang hingga rasa takutnya berganda-ganda, seolag-olah ruang bilik itu menjadi sempit dan akan menghimpitnya hingga mati. Sebagai pertahanan diri, dia menjerit lagi sekuatnya sambil menghayun tiang IV ke kiri ke kanan.

Jangan dekat. Jangan dekat! Jangan dekat!!

BUK! Terhentak kepala Egann.

Sekali lagi dia gamam. Pergerakan tubuhnya terhenti. Getaran hentakan yang mengalir pada batang besi itu sampai ke genggaman tangannya, dan terus ke hati yang dah sedia hancur. Dia langsung tidak sedar bila masa Egann berjalan dekat semasa dia diserang mentalnya sendiri. Suaminya pula tidak berkutik walaupun baru menerima hentakan di sisi kening. Lebih besar luka itu berbanding luka di pipi kanan tadi. Malah berdarah banyak hingga jatuh ke pipi dan menitik ke baju melayu hitamnya.

Berapa kali kau nak lukakan Egann, baru kau puas Ayen?!

Kali ini rasa bersalah mencarik-carik waras di kepala. Untuk seketika, Ayen tak tahu nak buat apa. Tiang IV dipegang sekuatnya bersama linangan air mata. Bibir bergetar nak menutur maaf, namun lidahnya terlalu kelu. Suara asing di dalam kepalanya saling melantun bergema macam jeritan di dalam gua. Salah Egann sebab datang dekat sedangkan dia dah suruh pergi. Salah dia sendiri sebab menghayun tiang IV macam orang gila. Salah Saif sebab datang menyibuk. Salah Husna sebab memandang dari jauh. Salah jururawat sebab masuk beramai-ramai. Yang paling ketara, salah dia sebab bunuh anaknya lagi.

Semasa Ayen keras membatu, lelaki itu terus merapat dan menarik tubuh Ayen ke dalam rangkulan. Sebelah tangan memeluk pinggang isterinya, manakala sebelah lagi mengusap belakang kepala Ayen.

“Shh… ingat Allah… ingat Allah… ingat Allah…”

Diulang berkali-kali. Sememangnya tiada kekuatan yang lain yang boleh dipinjam ketika ini kecuali yang Maha Besar. Dia nak berlagak kuat pun tak boleh kerana dia sangat lemah ketika ini, tetapi Ayen perlu bersokong padanya. Hati Egann terus berbisik kuat – ingat Allah… ingat rukun iman keenam… ini semua dugaan, ini semua takdir… Allah tak bebankan hambaNya lebih dari kemampuannya sendiri…

“Takdir Allah. Sebab nak uji iman kita. You should know this. Come back to me, Ayen… please…” pintanya sambil mengurut belakang leher itu.

Si wanita gagal menutur kata. Hatinya terlalu lemah ketika ini. Lalu air matanya jatuh, meresap ke baju melayu Egann.

“I’m sorry…”

“Bukan salah kau…”

“I’m sorry…”

“Shh…”

“I’m sorry…” Terus diulang dan diulang.

Tak boleh jadi ni. Ayen akan dirasuk lagi kalau maaf itu masih tidak selesai.

Tanpa disedari Ayen, Egann memanjangkan tangan pada jururawat, meminta picagari berisi ubat tidur. Lalu disuntik ke leher isterinya. Ayen menggeliat seketika, tetapi bawah tempoh 10 saat, dia terus terlentok di dalam pelukan lengan sasa itu.


DEMI menemani isterinya sepanjang tempoh postpartum, Egann meminta cuti sebulan tanpa gaji. Tetapi tempoh sebulan itu dihabiskan dengan menjadi bantal peluk Ayen dan membiarkan bajunya dibasahi air mata. Rutin mereka ialah bangun, tidur, menangis. Berulang-ulang tanpa gagal. Disuruh makan, taknak. Semua benda dalam rumah mengingatkan isterinya pada anak yang tak sempat dilahirkan. Egann hanya sempat menjenguk kerja dan menyelesaikan kerja dari rumah bila isterinya tidur. Macam jaga bayi baru lahir pun ada jugak.

Bilik bayi yang dah disiapkan untuk Erik dikunci, malah dipakukan dengan papan supaya Ayen tak boleh masuk. Internet dikawal supaya Ayen tak boleh melayari Youtube dan menonton video tentang bayi.

Bila dirasakan dia perlu keluar dan meninggalkan Ayen berseorangan, dia meminta bantuan skuad tambahan – Husna. Memandangkan wanita itu dah ada anak dan ada pengalaman menguruskan hormone yang berubah dari mengandung kepada tidak mengandung, lalu si wanita diberi upah sebagai peneman Ayen.

Egann tak pasti jika apa yang dibuatnya betul, tetapi dia dah cuba mencari maklumat mengenai kesan emosi bila kehilangan bayi kerana keguguran di internet, dan melakukan sebaik-baiknya untuk isteri tercinta. Malah, Doktor Hazri (Hafiz) itu juga pernah memberi nasihat padanya selepas kejadian amuk di wad.

“Women are not only losing their baby, and thus feeling waves of intense grief, they're also dealing with the shifts in their hormones, as they go from pregnant to not pregnant. It actually creates a horrible physiological experience where their emotions are bouncing around everywhere. On top of that, women often feel like there's something wrong with them and that they are a bad woman who isn't going to be able to have babies. It can easily lead to a really negative, dark place where they're worried about their self-worth at their core. Kau kena banyak bersabar, lagi-lagi bila emosi dia nak salahkan orang yang selalunya akan diluahkan dekat kau.”

“Aku tau semua tu. Kau tak perlu cakap kat aku pun aku tahu.”

“Lepas tu jangan lupa jaga diri sendiri. Kematian Erik ada impak dekat kau juga. Kalau kau mental, dapatkan terapi lekas.”

“Aku okay je.”

“Kau tak okay.”

“Kau jangan berlagak macam kau tahu sangat, boleh tak? Kau sakit puan, bukan ahli psikologi atau grief councelor.”

Hafiz tersenyum. “Kau kena faham. Kita ialah lelaki. We’re not good with all those gieving crap as much as woman. Kita prefer marah, kecewa, atau paling senang, ignore perasaan kita macam yang kau buat sekarang. At some point, kita cari distraction how to handle our grief, mungkin pakai alasan kerja. You wanna be strong for her, I understand but give yourself some space too. Jangan sampai suatu hari nanti bila dia perlukan kau sangat-sangat tapi kau bukan dalam keadaan stabil untuk handle dia.”

Egann menjeling. “You’re full of crap.” 

Senyum. “Just be there for her… always. The time will come for you guys ready to have another possibility of having kids… and having fun making one.”

Nasihat yang baik, tapi memandangkan lelaki yang dibenci yang memberi, nasihat itu kedengaran bodoh di telinga.


TIGA bulan berlalu.

Perkembangan emosi Ayen tidak menunjukkan prestasi yang memberansangkan, tetapi turun naik macam roller coaster. Walau dah mula menyibukkan diri dengan kerjanya sebagai doktor perubatan di hospital, Ayen akan kantoi menangis setiap kali nak pergi tidur atas semasa dan selepas solat. Egann menyedari Ayen cuba menyembunyikan sendu tangisnya, tetapi semakin lama, esak itu semakin kuat di telinga malah nyaring sekali hingga memekakkan kepala.

Lanjutan dari kemurungan sang isteri yang tidak pulih-pulih, Egann mula rasa dia hilang fokus. Kerja yang sepatutnya memberi motivasi tertinggi untuk menjadi tapaknya membina hidup bahagia bersama Ayen dan Erik sebelum ini kini menjadi punca utama tekanan di kepala. Dia kerap kali membuat keputusan yang salah bilamana membeli dan menjual stok. Shareholder melepaskan saham satu persatu. Makan dah tak penting. Tidur juga tak penting. Yang paling teruk, solat mula kelaut.

Dia perlu bangun lekas. Dia perlu menjadi tunjang keluarganya. Ayen perlukan dia untuk menjadi lelaki yang boleh diharap. Lalu perhatian yang lebih diletakkan pada kerja dengan harapan dia boleh mengejar semula silap yang dibuat.

Tetapi esak Ayen setiap malam cukup menggigit waras serta urat sarafnya, hingga satu tahap dah macam baju basah yang diperah sehingga putus. Kadang-kadang bila tengah bekerja, Egann boleh dengar bunyi degup jantungnya sendiri. Fokus dikembalikan dengan menumbuk mukanya snediri, alternative yang didapati sangat berkesan kerana kesakitan pada muka mengalih perhatian otak daripada terus mengganggu sakit di hati.

Mental yang koyak, ditampal dengan penafian.

Hati yang terluka, dibalut dengan paksaan atas nama tanggungjawab seorang suami yang wajib menjaga isteri.

Jiwa yang meradang menunggu letup, kerap kali disembur dengan pemadam api CO2. Hingga lama-lama bertukar menjadi racun.

Pada suatu ketika, bila mandi, wajah Erik yang belum lahir terbayang di singki. Budak itu dah pun membengkak dan membusuk kerana berendam selama tiga hari. Malah busuk mayat budak itu meresap ke hidungnya, pedih hingga melahirkan air mata.

Itu ialah kenangan yang merasuk pada 7 tahun lepas. Egann sebenarnya tengah alami fasa kemurungan yang jauh lebih teruk dari Ayen sendiri, tetapi tidak disedari si lelaki. Malah, dia mati-mati ingat Ayen telah meninggalkannya tanpa surat mahupun secebis mesej berupa ucapan selamat tinggal. Perempuan tak berhati perut itu dah tinggalkan dia dan membunuh anak dia!

Egann memecut lari ke tingkat bawah demi mencari Ayen. Lekas brek ditekan bila melihat isterinya ada di dapur, tengah memasak.

Dia mahu memeluk isterinya, tetapi entah kenapa tangannya lebih ringan menampar wajah kesayangan itu. Kuat! Kelepek bunyinya menggegarkan ruang udara yang hening. Impak tamparannya menolak muka Ayen ke kiri hingga hampir terpelanting. Hingga longgar kepala lutut. Hingga terjelepuk jatuh di sebelah salad yang baru dipotong-potong.

“Kalau kau lari lagi, jaga kau.”

Muka terkejut itu dah tak nampak di mata, melainkan rasa lega kerana selesai memberi amaran. Barulah dia naik semula ke bilik air dan menyelesaikan mandi.

Mata hatinya bertukar rabun. Jarak di antara dia dan Ayen mula terbentuk di katil seperti jurang selepas gempa bumi, tetapi itulah memberi tenang dalam tidurnya. Ayen kini dah habiskan masa yang lebih banyak di hospital berbanding balik ke rumah dan bertemu dengannya, tapi itu tak apa, sebab Ayen gila kerja. Eloklah kalau perempuan itu bekerja keras. Maksudnya kemurungan dia dah pulih, kan?

Egann tidak menyedari perubahan dirinya kerana enggan menerima kesan tekanan perasaan atas kematian Erik ke atasnya. Hanya kesan negative pada Ayen yang dilihatnya, yang dia mahu bantu pulihkan sebaik mungkin. Walau dengan apa cara sekalipun.

Dia? Ah tidak, dia tiada masalah. Dia okay.

“Egann… ganggu kejap, boleh?” tegur Ayen pada suatu hari.

Dia tengah menyiapkan kertas kerja yang ditolak kliennya, jadi dia tiada masa untuk mendengar gangguan Ayen.

“Egann… we need to talk….”

“Ayen, bukan sekarang. Aku busy.” Keras nadanya, tanda amaran.

“Egann… please. Lets talk. You need help…”

Matanya mencerlang. Marah meletup dengan mudah seperti thermometer yang dah lama mencapai takat didih dan akhirnya meletupkan merkuri ke udara. Meja dihentak sekuatnya di atas meja hingga kopi tumpah sedikit ke atas meja.

“Orang yang perlukan bantuan ialah kau!! Kau jangan samakan aku dengan kau! Pendek akal… hati lembik! Aku ada banyak kerja yang aku kena siapkan! Kau… kau jangan drag aku, please!” Melihat mata itu berkaca, dia mendengus. “Kau pergi menangis kat tandas. Jangan ganggu aku.” Laptop kembali dihadap.

“It’s three in the morning… at least go to sleep… Egann… babe?”

Suara itu dibiarkan macam nyamuk yang berterbangan di tepi telinga. Jika Ayen masih bersuara, mungkin perempuan itu akan ditampar macam menampar nyamuk, tapi mujur nyamuk betina itu perempuan pandai. Dia tahu bila nak mengundur diri. Sebab tu sayang Egann pada Ayen tidak berubah.

Hingga pada suatu hari, Egann dipanggil ke Jabatan Sumber Manusia dan diberi sepotong ayat yang bertindak sebagai penampar realiti ke mukanya.

“You’re fired.”

Kening Egann terangkat tinggi. Satu-satunya faktor yang membuatkan dia tetap berdiri teguh sampai sekarang walaupun dihumban pelbagai dugaan, tiba-tiba hilang. Tali yang digenggam sepanjang berendam di dalam kegelapan tak bertepi seakan-akan terputus terus. Untuk seketika, Egann hilang punca.

“Egann? Are you listening to me?”

Kepala digeleng, menarik dirinya supaya sedar kembali. Hati yang pecah berderai, disembunyikan. Wajah Head of Human Resource direnung dengan pandangan membaca. “Well, that’s perfect. Especially during this time when I just lost my unborn child and wife pula tengah grieving. Can you at least tell me why?”

Wanita berambut perang itu tersenyum. Sememangnya dia sukakan sifat santai ketua jabatan pelaburan ini. “For the past few months, your performance went downhill, Egann. You did various misconduct like coming late to work, you’re sloppy… might as well mentioning to you that we have been receiving lots of complaint from your staffs. Especially since your project for international investment still didn’t show the result as expected.”

Diam.

“Any question?” soalnya, mengharap komen walau sedikit. Kenapa lelaki itu terlalu docile walaupun periuk nasi baru ditutup kelihatan meragukan. Sememangnya dia menjangka sesi soal jawab atau sesi perdebatan panas seperti apa yang selalu berlaku. Apatah lagi Egann merupakan salah seorang eksekutif tinggi.

“No… I kinda expect this…” Muka diraup dengan sebelah tangan sambil tersandar. Jambang di muka jauh lebih lebat dari biasa. Dia lupa nak gunting, kah?

“The company is trying to cut some budget, especially with the change in our political affair. You’re merely a contract appointee, so naturally, you’re among the first line of low performance worker who get overlaid.”

Egann tidak bereaksi. Hanya wajah Ayen yang terbayang di ruang mata ketika ini. Entah apa yang isterinya akan fikir jika wanita itu dapat tahu dia dah gagal dalam hidup….

“Effective date?”

“A month from now.”

Keluh terhembus. “Fine. At least I got to relax a little bit…” Dia bangkit dan terus bergerak pergi.

Walaupun dibuang kerja, tetapi hatinya terasa ringan. Kenapakah??


EGANN balik ke rumah sekitar jam 10 malam. Walaupun keluar dari bangunan pejabat selepas lunch, dia memandu ke Perak dan balik semula ke KL pada hari yang sama. Penat yang dirasai cukup makan diri.

Ayen dilihatnya tengah mengunyah Chipsmore sambil membaca majalah di sofa. TV dibiarkan bersiaran, mungkin menemani ruang rumah yang kosong.

“Eh? Awal balik?” tegur si isteri bila melihat dia mendekat.

Egann melontar briefcasenya ke tepi. Dia mahu bercakap. Mahu berbual macam biasa… entah kenapa dah lama tak dibuat dengan isterinya.

“How’s your day?” soal Egann akhirnya sambil menanggalkan butang kemeja satu persatu hingga menampakkan singlet yang dipakai.

Ayen menoleh lagi padanya. Kali ini dengan mata tak berkelip. Chipsmore dibiar tergantung di bibir.

Lelaki itu mengerut dahi. “Kenapa? Ada nyamuk ke kat muka aku?” Muka disentuh-sentuh.

“N-no… its been a long time since kau tanya pasal aku.”

Egann mengerut dahi. “Apa benda yang kau cakap? Kita baru bercakap semalam.”

Eh? Benarkah? Kenapa dah rasa macam berhari… atau berminggu?

Ayen mendiam seketika. Kepala dilangut, mulut dibuka seluasnya dan Chipsmore dimasukkan terus ke dalam mulut. Sambil mengunyah, dia beralih mencangkung di hadapan suaminya.

“Hari ini kau nampak relaks sikit. Mungkin kita dah boleh bercakap…” Tangan Egann digenggam. Kasar sekali tangan itu. Tulang knuckle-nya lebam dan luka-luka. Luka lama, luka baru, serta luka yang nak pulih tapi dilukakan kembali kerana tekanan perasaan si lelaki. Ayen tidak pasti suaminya melepaskan penumbuk di mana, tetapi keadaan tangan ini cukup untuk menunjukkan emosi yang merasuk suaminya.

“Egann… sejak kematian Erik…”

Refleks Egann mencengkam tangannya. Ayen mematikan kata, lalu tangan suaminya digosok lembut supaya melepaskan tangannya.

“—you’ve lost yourself,” lanjutnya.

“Apa maksud kau?” soal Egann kembali, tetapi jauh di sudut hati, dia mengaku kata-kata itu benar.

“Aku taknak cakap lebih. Aku cuma minta kau tengok keadaan kau kat cermin, Egann. You’re in denial so much so hard sampai tekanan perasaan tu datang dan makan kau macam hyena makan bangkai… sampai my lovely husband is no longer inside you. Muka kau pun dah rosak sebab kau tak habis-habis tumbuk diri sendiri…” Perihal dia ditampar hingga muka lebam takkan ditimbulkan walau sekali.

Keluh berat dihembus panjang. Ya, dia tahu itu. Entah kenapa, sekarang baru nampak. “Kau nak aku buat apa?”

“Learn the fact that… Erik dah takda. Belajar terima hakikat, and grow with the fact that… benda ni dah jadi sejarah hidup kita.”

“That’s big coming from someone yang menangis setiap malam.”

Ayen tersenyum. “Aku dah tidur kat rumah Husna nak dekat sebulan, sayang.”

Mata Egann membulat seluasnya. “What?”

“Kita dah duduk berasingan nak dekat sebulan. Kau seriously tak perasan?”

Ternganga lagi. Jika selama ini dia hidup dalam ilusi, jadi di hadapannya sekarang ni ialah? Tangan dipanjangkan, mencapai muka di hadapannya. Berjaya disentuh, tetapi kenapa kosong dan sejuk rasanya.

Ayen tersenyum lagi. “Kau halau aku dari rumah masa kau mengamuk aku kacau kau buat kerja… it was three in the morning.”

Bayangan amukan itu terbayang kembali di mata. Air mata dan darah membaluti wajah Ayen dalam bayangan mata. Sebab itukah perabot home officenya rosak dan tunggang terbalik hingga sekarang?

“No, I didn’t…” nafinya.

“Yes, you did. Kau baling mug kau dekat muka aku.” Tangan ditunjuk pada kening, pada luka yang kini terbentuk di sisi wajah itu. Darah juga mengalir di muka isterinya.

Air mata Egann mula bergenang. “No… I didn’t…” Semakin kuat menafi. Hatinya kembali bergolak. Dia ditinggalkan Ayen? Dia betul-betul dah ditinggalkan Ayen?

“Egann… Egann… Egann… Shh…” Ayen bangkit, lalu duduk di riba suaminya. Kepala Egann ditarik ke dada, dipeluk lembut. “I’m asking you to accept reality. To accept your mistake. To move on. Benda yang jadi sejarah akan tetap jadi sejarah… aku nak mintak kau jadikan sejarah tu sebagai salah satu pengalaman dan pengajaran dalam life kau.”

“Aku tak kuat macam kau, Yen… aku sangat-sangat lemah…”

“Sebab tu kau perlukan Tuhan. Tapi masa kau sibuk nak cuba jadi kuat, Tuhan kau tolak tepi. Kau hanya tahu cari Dia bila kau berdoa supaya stock kau dibeli. Apa perangai la macam tu.”

Itu benar, dia dah lupakan Tuhan sepanjang melawan depresinya sendiri. Semasa berdegil yang dia sebenarnya okay. Semasa yakin yang keadaan Ayen sangat teruk dan dia perlu menjadi kuat untuk isterinya tanpa sekali pun mempedulikan keadaan mental sendiri.

“Ya Allah…” luahnya sambil melepaskan nafas dalam. Bersama keluhan itu, terlepas jua semua beban yang disimpan selama ini. Sarang labah-labah yang bersarang dalam hati yang kosong terasa gugur sama. Pintu hati yang berkarat perlu dibuka semula, tetapi kuncinya ada pada cinta hatinya.

Dia perlu dapatkan Ayen kembali.

Pinggang Ayen dipeluk. “I missed you…” Dia rindukan bebelan Ayen. Suara Ayen. Nasihat Ayen yang selalu menjadi lampu suluh semasa dia berada dalam kegelapan.

Aku tahu. Sebab tu aku muncul depan kau sekarang ni.

Suara itu semakin lama semakin jauh. Bilamana kesedaran menerangi akal fikiran macam bulan yang menerangi gelap malam, bayangan Ayen di depan matanya juga memudar. Tetapi Egann masih tak puas berbual dengan isterinya, lalu imej Ayen dikekalkan dalam kepala.

Dia merebahkan tubuhnya ke sofa. Pelukan kosong diketatkan ke dada. “Aku kena pecat…”

Eh? Seriously?!!

Jeritan si perempuan bergema di telinga. Egann tergelak. Ya, Ayen akan menjerit begitu jika dia memaklumkan perkara itu. Muka terus dibenam pada badan empuk itu, yang kini berganti dengan bantal sofa.

“Ye… dorang cakap aku tak perform…”

La… ye ke… kalau macam tu, kau kena bagitau aku

“Aku tengah cakap dengan kau la ni.”

Aku ialah cebisan imaginasi engkau la. Your defence mechanism untuk beri kesedaran dekat kau memandangkan kau dah tak payah semakkan otak pasal kerja. Tak payah nak bangang sangat.

“Hahaha. Imagination pun reti nak marah orang…”

Egann… Egann baby sayang

“Ye, sayang?”

Pergi tidur. Berehat. Kemudian ambil aku balik dekat rumah Husna, okay?

Masih dengan air mata serta senyum pada wajah, Egann mengangguk.

“Ayen… I love you…”

Then, do it properly and get me back.

“I will… I will…”

Lalu lelaki itu tertidur di sofa bersama air mata, tanpa sekalipun melepas peluk pada bantal sofa yang dibayangkan sebagai Ayen. TV masih bersiaran tanpa dilihat sesiapa. Majalah, buku-buku dan kertas berselerak di ruang tamu. Kopi yang tak basuh, Chipsmore yang tak disentuh berhari terbiar di atas meja kopi. Keadaan rumah Egann menyedihkan, sama tahap sedih dengan keadaan tuan rumah itu ketika ini.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh