Bab 4


SEPANJANG digantung kerja tanpa gaji, Ayen ada banyak hobi terbaru. Hobi lamanya seperti membaca, menulis, membina LEGO, melengkapkan puzzle masih dibuat, tetapi kini bertambah pula dengan membina dan mewarnakan patung Gundam, membina jet pejuang, membina four-wheels.

Kerana jumlah yang mendadak banyak, semua hasil projek Ayen disimpan di bilik lama si isteri. Disusun baik-baik di dalam almari di sebelah rak buku dia dan Egann. Dah boleh jadi galeri untuk tetamu yang datang dah ni.

Pada suatu hari, semasa Ayen tengah fokus mewarnakan figura Gundam di meja kerjanya, Egann merenung salah satu patung Gundam yang dia paling gemar. Nampak badass kerana dua bilah pedang di kanan dan kiri serta beberapa senapang di badan.

"Aku takkan halang kau buat hobi kau, Ayen... tapi kau tak rasa ke hobi kau ni takda add value?"

"Sama macam hobi aku, komen kau pun takda add value."

Ketawanya terlepas. Lalu belakang tubuh si isteri dipandang. "Apa yang aku nak cakap ialah, maybe kau boleh belajar memasak... atau menjahit... atau mengait... skill yang boleh bantu dalam hidup berbanding penuhkan bilik dengan patung-patung ni semua..."

"Itu action figure, bukan patung. Ingat Barbie ke apa..."

"Kalau kau boleh buatkan topi atau kasut untuk Baby Erik nanti... jadi comel, kan?"

Pergerakan berus terhenti. Ayen memusing kerusinya ke belakang, pada si lelaki yang tengah merenung koleksi figura yang lain. "Kau masih lagi nak suruh aku jadi 'your wife'." Kedua belah tangan mengangkat apostrophe.

"You are my wife. Aku cuma mintak kau habiskan masa kau untuk polish skill dengan benda yang boleh bagi benefit untuk life kita."

Ayen melipat tangan berpeluk tubuh. "Aku boleh mengait."

Berkerut terus dahi si suami. "Really?"

"Ye. Aku dah buat sejak sekolah menengah, tapi dah malas dah sekarang. Menjahit pun boleh. Tapi setakat jahit lubang koyak atau buatkan baju kurung la. Kalau jahit beg, jahit tilam, jahit segala bagai, aku tak sampai level tu. Cuma bab memasak... aku tak nafi aku bangang sikit. Kau masak lagi sedap. Jatuh jugak ego aku bab tu..." Dada digaru sambil melangut ke siling. "But I get your point."

"You are?"

"Yea. Kau nak mintak aku jadi 'your wife', bukan 'housemate' yang penuhkan rumah kita dengan benda-benda yang takde added value ni semua." Tangan ditala pada ruang bilik.

"Hey hey... aku suka semua hasil kerja kau." Pada LEGO Death Star yang mengambil masa setahun nak siap, pada puzzle-puzzle 10,000 pieces itu, pada jet pejuang, kereta-kereta sport, serta Gundam-gundam yang menunjukkan skil seni jari Ayen berada di tahap tinggi. "You have surprising mad skill bab-bab benda macam ni..."

Si isteri tersenyum. "Aku start buat figure sebab dulu aku nak jadi surgeon bila aku start study medicine. A surgeon ialah orang yang ada knifing skill, yang detail-oriented, buat decision-making dengan pantas... basically a superhero bagi aku. Sebab kalau dia tersalah potong, orang boleh mati atas meja operation."

"Jadi kenapa tak jadi surgeon?"

"Sebab aku tak boleh buat hahaha. Just because I have passion on it, that doesn't mean I'm good at it. Since I'm good with diagnosing illness, so aku jadi general practitioner je la. Dan alang-alang dah mula buat figura, lama-lama jadi best pulak sebab tahap rumit dan detail dia..."

"I see." Egann tersenyum. Belajar benda baru tentang Ayen hari ini. "Aku tak pernah buat benda yang aku nak buat."

Mata Ayen membulat. "Serius? Kau dah 30 tahun... tak pernah?"

Angguk. "Aku dalam position aku sekarang sebab arahan ayah aku. Dia buatkan aku study financial analysis, data science, ambik leadership course, buat online MBA... dan aku buat everything yang dia suruh aku buat sebab aku nakkan acknowledgement dia... supaya aku boleh berdiri sama level dengan dia... dan bawak dia balik ke Malaysia untuk jenguk Saif. Tapi even that one wish of mine... aku tak boleh tunaikan."

Ayen menahan haru. "All you want sejak dulu ialah family, kan? Lengkap dengan ayah, emak, anak... benda yang kau tak pernah dapat..."

Egann tidak menjawba, tetapi Ayen tahu tekaannya benar.

"Jadi apa yang kau minat sebenarnya? Your hobi?"

"Aku minat kau." Sengih.

"Sure, sampai buat budak ni wujud dalam perut aku." Perut yang masih tidak membuncit, digosok. "Tapi lain-lain. Melukis? Menulis? Intai awek... intai jantan?"

"Nak mock sexual-orientation husband kau sendiri?"

"Heheh. Benda yang kau suka buat masa muda belia..."

Egann menjuling mata ke langit. Akhirnya dia teringat. "Basketball. Dulu aku dengan Saif selalu main basketball. And we a have a band."

"Kau boleh main muzik?"

Angguk. Muka itu lalu bersinar. "Dulu aku, Saif dengan band member kami selalu bertanding siapa yang boleh mainkan gitar paling laju paling segak paling sedar didengar..." Dia mula menggayakan gaya air guitar. Tangan kiri menarikan string pada neck guitar, manakala tangan kanan memetik pick.

Ayen melakar gaya suaminya itu dalam ingatan. Egann mungkin tak sedar, tetapi suaminya itu tengah mengembara masa dan menjadi dirinya semasa umur belasan semula. Ayen terharu boleh melihat gaya santai itu.

"Sekarang dah tak main langsung ke?"

Egann menjatuhkan tangannya. Belakang kepala digosok. "No... aku stop bila terbang ke US..." Dia mengatur langkah hingga ke meja kerja isterinya. Punggung disandarkan pada sisi meja sambil mengingati kembali kenangan di Amerika. "Ayah aku beri syarat kalau nak jadi anak dia, aku kena beri pulangan lumayan dan mewarisi syarikat gergasi dia masa tu.... Aku tak fikir benda lain selain nak bawak dia balik untuk Saif. So I just do it. Semua arahan dia. Everything. Dari A sampai Z. Dia suruh aku stop main muzik, stop buat member dengan my current friend tetapi buat member dengan all those powerful people to gain approval..." Pada lantai, dia meluah kenangan.

"I kinda hate your dad..." dengus Ayen.

Egann tergelak. Pipi isterinya lalu diusap lembut. "Don't. Dia masih ayah mentua awak."

Tersentuh hati. "And you're such a good son too..." Ah, makin jatuh cinta dengan kecantikan hati suaminya. Lalu pinggang suaminya dipeluk dan muka dibenam pada perut keras Egann. "Tapi mana ayah kau sekarang?"

Kepala Ayen digosok. "Aku tak tau. Dulu jumpa kejap, lepas tu lesap macam angin..." Ruang bilik dipandang lagi, pada semua figura yang telah lengkap dan dihias dalam rak. Kagum masih bersisa melihat semua hasil hobi si bini, sesuatu yang dia langsung tak boleh nak masuk. "Bila fikir balik... kita takda minat yang sama, kan?" Tak sangka hubungan masih kekal sampai sekarang.

"Kita sama-sama suka tengok TV," ujar Ayen.

"Itu basic."

"Kita sama-sama suka buat baby."

"Hahahaha."

"Kita sama-sama minat lelaki..."

Lalu pipi si isteri dicubit. "Tak habis-habis."

Gelak lagi. Tanpa melarikan peluk pada pinggang suaminya, Ayen melangut. "Kalau kau nak, kau boleh main muzik semula. Beli gitar, beli amp, hentam macam main kat studio... and I'll listen. Aku akan belajar main gitar kalau kau nak."

Tersentuh hatinya. "Itu projek akan datang ye sayang, tapi untuk masa sekarang, kita tak boleh buat."

"Ala, cari la masa terluang. Weekend ke? Weeknight..."

"Sekarang tak boleh..."

"Alaaa..." Pinggang itu ditolak. Duduk dibetulkan semula. "Tak elok tau, cakap tak boleh saje. Kena usaha sampai boleh."

Gelak lagi. Geram benar dengan sikap optimis ini. "Company nak hantar aku jadi expat selama 6 bulan, starting next month."

Jatuh rahang. "Enam bulan."

"Ye."

"Kau nak tinggalkan aku enam bulan sedangkan baby kita tengah membesar dalam ni?" Perut disentuh, dah mula rasa nak menangis mendengar kata-kata itu.

Dan sesungguhnya Egann mengesan perubahan emosi si isteri. Marah yang ketara itu memang nampak, tapi kerut muka itu juga ialah tanda awal perempuan kesayangannya nak menangis. Dia mencangkung di depan isterinya. Kedua belah tangan Ayen dicapai, digosok lembut. Mahu memujuk hati perempuan yang gundah.

"Itu masih dalam planning. Final decision masih belum dapat dari Board ... walaupun paperwork dah siap dan top management dah lulus..." Maksudnya, Egann akan tetap kena pergi ke luar negara selama enam bulan.

Muka Ayen memerah. "Kau nak pujuk aku atau lukakan hati aku ni..."

"Sorry, but... I have to do it. Its my work. My job. Kau faham kan..."

"Tapi enam bulan! Aku nak buat apa kalau kau pergi sampai enam bulan!" Empangan nak pecah rasanya.

"Kita masih boleh call sentiasa..."

"Aku taknak!!" Mula nak meroyan macam budak tak dapat ais krim. Tapi dia memang benar-benar taknak lepaskan suaminya pergi sebegitu lama. Baru pergi kerja, belum pergi berperang!

"Ayen... you're being childish..."

Lalu mata dicerlangkan pada si suami. "Kalau jadi childish boleh halang kau kerja, then—" Kata-kata termati dengan sendiri. Logik menghentak akal bila mendengar ayatnya snediri. Nak halang suaminya kerja? Seriuskah dia nak halang lelaki itu menunaikan tanggungjawabnya? Hanya kerana takut ditinggalkan seorang di rumah? Apa dah jadi dengan dia sejak menikah?

Lalu Ayen menjatuhkan kepala. Rendah sekali hingga tak nampak wajah bila ditutup rambut tebal itu. Egann menjadi risau. Dia merendahkan kepalanya, mencari wajah si isteri, tetapi masih tertutup. Tiba-tiba air mata hangat pecah di atas tangannya. Sebal lalu.

"Ayen... aku minta maaf..."

Si wanita lalu menggeleng kepala. "Aku yang perlu minta maaf..."

"Dah kenapa..."

"I grow dependent on you so much sejak kahwin... aku macam dah tak tahu macacammana nak hidup sendiri.... Instead of growing as a person, aku revert jadi budak manja macam ni. Sorry..." Menangis lagi.

"No no no. Sayang, tengok sini, please...." Pipi isterinya ditekup dengan sebelah tangan, ditarik supaya menentang wajahnya. Tersentuh hati bila melihat mata yang basah berair itu. Tisu sangat hati dia walaupun pada masa yang sama, keras macam berlian. "Kau ialah perempuan yang paling strong and independent yang aku kenal... you're my pride and joy, aku tak tipu..."

"Kalau aku strong and independent, kenapa aku taknak kau tinggalkan aku?! Sengsorang! Enam bulan! Itu maksudnya aku lembik tak boleh diharap, tak boleh berdiri di atas kaki sendiri!" luahnya pula, penuh beremosi.

Mendengar itu, Egann menahan ketawa. Ah Ayen, comelnya awak. Dari awal perkahwinan dia perasan perempuan ini memang agak gagal hal-hal perasaan. Ayat yang paling sesuai mungkin bebal.

"You just love me, tu je... there's nothing wrong with that..."

"If I truly love you, I should support you..." balas Ayen sambil mengesat air matanya. "Bukan merengek mengada macam ni... sorry sayang..." Dan dikesat lagi berkali-kali sehingga kering. Hati dipaksa tabah. Mahu memanjakan dan menyintai lelakinya dengan cara yang betul. "Marriage sucks, langsung tak boleh nak selfish..." cemiknya pula.

Gelak lagi. Sikap Ayen terlalu rambang. Lalu ditarik Ayen dari kerusi hingga jatuh ke ribanya. Dipeluk erat. Wajah kesat itu dicium berkali-kali bagi melepaskan geram.

"You're the best thing that ever happen in my life."

Senyum. "Aku harap berkekalan..."

"Of course it will..."

Dibiarkan mukanya menerima kucupan bertalu-talu, anak mata dikerling pada ruang bilik itu kembali. Dalam tempoh enam bulan, eh.... Dia akan cuba survive hidup tanpa si suami sepanjang tempoh itu, tetapi dalam masa sebulan sebelum Egann terbang, sekurnag-kurangnya mereka ada sesuatu yang boleh dibuat bersama-sama.

"Nak buat bilik baby, tak?" soalnya.

"Bilik baby ke baby?"

"Bilik la... nak buat baby lagi buat apa, dah ada sorang dalam perut ni ha..."

"Well..."

Lekas muka yang merapat itu ditolak dengan telapak tangan. "Aku maksudkan bilik untuk Erik. By the time kau balik nanti, aku maybe akan sampai due. Tak sempat kita nak prepare masa tu. So, jom buat dalam tempoh sebulan ni?"

"Brilliant, sayang." Cerah mata Egann dibuatnya. "Tapi kau sure yang keluar ialah Erik? Macammana kalau baby perempuan?"

"Aku mak dia. Aku tahu la."

"Hahhaha scary."

Senyum. "Dinding kita cat biru langit. Tenang sikit."

"Katil letak hujung situ supaya jauh sikit Erik tak dengar kita get busy kat bilik sebelah."

"Nakal." Dada itu dipukul ringan. "Tapi buku-buku kita dengan semua figure ni nak letak mana."

"Home office aku je la. Situ luas. Kau nak keluar masuk senang."

Dan terus menyembang dan berbincang masa depan bersama.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh