Bab 31

Paina here! I still not sure how to solve the Naadia fiasco... in a satisfying manner. Aku ada idea, tapi aku tak suka my idea, so aku masih berfikir jauh...

Well, here is today's chapter. Every war has to end even though the battle still continues, kan...

___________

PADA malam yang sama Husna menjadi runaway bride, Ayen mencuba baju tidur putih berkain jarang yang dibelinya selepas bertekak dengan Naadia di La Senza petang semalam. Jika Naadia nak gunakan taktik ini untuk Egann, dia sendiri juga boleh pakai taktik yang sama. Kah!

Ayen melihat imejnya pada cermin. Kepala digeleng melihat seksinya perempuan yang terpantul di cermin itu. Baju tidur itu digantung dengan tali spageti dan terbuka hingga mendedahkan pangkal dada. Panjangnya pula sekadar ke paras punggung. Kemudian dilengkapkan dengan seluar dalam. Hanya itu. Fabrik nipis dan jarang, tapi harga masyaAllah!

Tapi untuk suami sendiri, jadi tak apalah.

Selepas Egann memaksa mandi bersama malam tadi, hati terasa kembali berbunga untuk suaminya. Cilakak. Taktik mudah! Tapi ah... ego masih sangat-sangat melawan supaya dia meneruskan marah kerana ditipu semasa di Pavilion.

"Aduuhh... aku nak sambung gaduh ke aku nak berbaik nii..." keluhnya sambil meraup muka berkali-kali. Imej diri dipandang lagi.

Tapi apa syok pakai sengsorang tapi tak tunjuk kat dia? Dahlah mahal! 

Bila turun ke tingkat bawah, Egann sudah pun balik dan tengah on call dengan seseorang di dapur. Bercakap dengan Naadia ke? Ya Tuhan, tolonglah jangan....

"Amboi beliau. Tengah hari tadi patahkan hati lelaki sebab lari dari kahwin, tapi malam ni terus dating dengan adik aku? That woman has a nerve of steel. Kau hati-hati sikit dengan dia. Genetik buaya nampak dah tu."

Oh. Bercakap dengan Saif ke? Syukur.

Egann kemudian beralih. Barulah lelaki itu terpandang dia di kaki tangga. Dari air muka Egann, dia nampak terkejut. Dan tak berkelip mata melihatnya. Rasa di hati Ayen bercampur aduk, antara gembira dilihat si suami dan diberi perhatian, atau malu kerana Egann melihatnya macam nak menelanjang, serta geram nak meneruskan kenakalannya demi menganggu tenang Egann.

"I'll call you later." Talian ditutup.

Tu dia. Terus tutup call! Ayen bersorak di hati.

"Dia dah jumpa Husna?"

Rahang Egann bergerak-gerak. Seolah-olah nak berkata sesuatu, tetapi akhirnya dimatikan ayat itu di dalam kepala. Mengabaikan Ayen, si lelaki berjalan ke ruang tamu. TV dibuka, Netflix dipasang, dan How To Get Away With Murder dipasang.

Kedinginan si suami menjentik hati Ayen buat kesekian kali. Langkah pertama nak menarik perhatian dia, berjaya. Langkah kedua pula ialah apa? Nak kembali naik ke bilik tidur dan buat bodoh... atau mengajak berbual walau sedikit? Terus terang, dia rindu. Dia sangat rindu. Dia mahu kehangatan malam tadi berterusan... samada dengan penambahan Naadia atau tidak.

Tangga direnung, pada bilik tidur yang suram dan kosong yang diisi kemarahan lelaki tercinta. Bersama hembusan nafas dalam, dia berkalih pada lelaki itu semula.

"Aku tau kita masih gaduh... tapi boleh tak aku tidur peluk kau malam ni?"

"Whatever happen dengan 'arahan' terbaru kau nak suruh aku tidur luar? Pandai pula nak langgar ayat sendiri."

"Kau sendiri yang langgar 'arahan' aku malam tadi. Aku mintak peluk je malam ni."

Spontan lidah digulung ke lelangit, lalu isterinya ditentang. Naadia pernah memberitahu dia bertembung dengan Ayen di Pavilion semalam kerana wanita itu nak membeli baju tidur untuk Hafiz. Jadi itulah baju tidur itu?

"Guess what? Aku—" Baru nak timbulkan nama Hafiz, tetapi biasan cahaya dari TV membuatkan lekuk tubuh Ayen benar-benar ketara di mata. Bodoh. Darahnya menyirap naik ke otak sampai tak boleh berfikir. Fokusnya benar-benar melencong macam F1 nak melakukan pecutan tetapi terlanggar pokok bila terpandang perempuan cantik di tepi jalan.

"Kau... apa?" soal Ayen pelik.

"Shut up. I need to sort my thought." Mata dipejam kelip berkali-kali. Kepala dah penuh berisi imej lucah. Tak guna. Kuasa perempuan ini dekat dia terlalu tinggi sampai menjulang ke langi!

Ayen menyandarkan punggung di lengan sofa, merenung muka kusut itu. Entah perang dalaman apa yang berlaku dalam diri suaminya itu sekarang. Kerja? Naadia?

"Kau okay ke tak sebenarnya ni?"

"Why'd you have to wear that? Aku tak boleh nak fokus dengan marah aku..." Keluh Egann sambil bersandar.

Lah. Sebab dia ke? Diri sendiri dipandang. "Aku beli spare masa nak beli hadiah kahwin Husna... suka tak?"

"Kau kisah ke dengan pendapat aku?"

"Of course. Aku beli untuk tunjuk dekat kau."

Jawapan yang merejam terus ke hati. Mata Egann membulat. Barulah Ayen dipandang dengan pandangan yang benar-benar menjamah hadiah yang diberi.

"Bukan untuk Hafiz?"

"Siapa Hafiz—ohh!" Dinding dipandang terkejut. Spontan Ayen tergelak sambil menutup dahinya. "Kau selalu panggil dia dengan nama lain... so aku takleh nak compute kejap, hahaha."

Ah. Ketawa Ayen. Morfin untuk jantung Egann, yang mampu membuat otaknya menjadi lapang dan jantungnya mengepam darah dengan lebih lancar, serta sel kanser mati kerana immune system menjadi lebih kuat.

"Semalam kami shopping bersama sebab nak beli hadiah untuk Husna. Kemudian dia pointed out kalau nak pujuk kau, aku kena pakai baju macam ni, and then I was like... Egann tak mudah tergoda hanya sebab perempuan pakai seksi. I should know sebab remember our experiment masa mula-mula nikah dulu? And then dia cakap, dulu lain. Sekarang lain. So, I... I give it a shot." Bahu dijungkit, kemudian mata yang tak berkelip merenungnya itu dipandang lagi. "Egann. Kau dengar tak?"

Diam seketika. Mata biru itu masih berpusat padanya. Malah anak mata hitam itu mengembang luas.

"Egann." Panggil Ayen, lebih dalam nadanya.

"Ah? Yea... no... Hafiz is stupid."

Ayen mengerut dahi. Dah kenapa jawapan langsung tak menjawab soalan orang. Dah la pandang orang macam nak makan. Tubuh kemudian dilentik. "How do I look?"

"Kau jangan keluar dengan dia lagi..."

Kening kiri dijungkit. Egann betul-betul dengar ke soalan dia? "Satu tambah satu jawapannya tiga. Orang yang bebal dan cakap equation itu betul jawab, ha?" Sambil berkata-kata, bantal sofa dicapai bagi menutup tubuhnya.

Barulah Egann melangut pada mata isterinya. Keliru seketika kerana memang tak memberi perhatian pada benda karut apa yang Ayen tengah sebut.

"Ha?"

Sahih. "You're on a cloud nine right now, mister." Nak tergelak rasanya. Dulu Egann tak pernah peduli betapa seksi dia menonjolkan diri depan suaminya. Tapi sekarang suaminya benar-benar dah berubah, macam serigala yang terliur melihat biri-biri. "Sebab Naadia ke?" soalnya sendiri sambil mengerling pada lantai.

Mendengar nama itu disebut, waras Egann kembali seperti baru keluar dari lemas. Telinga yang panas digosok, kemudian dia bersandar semula. "Jangan sekali-kali sebut nama orang yang buatkan kau dengan aku bergaduh macam US dengan China." Deramnya.

"You're the one yang bawa dia into our life."

"You're the one who suggests surrogation."

"You're the one who did the surrogation behind my back."

"You're the one who dragged the fight—" Kelat lagi lidah bila Ayen menayangkan tubuh di depannya. Marahnya kini tenggelam timbul samada nak sambung marah kerana isu berbangkit atau nak marah kerana Ayen dah tahu nak gunakan sex appeal untuk mengganggu fokusnya. "Curse you."

Hahahaha. Wow, baju ini betul-betul berkuasa! Macam iron-man! Ah, itu bukan contoh yang terbaik, tapi lebih kurang la! Ayen memusing diri, menyukai kuasa baru yang dimiliki. "Now that aku officially the most powerful person in the house, aku demand my peluk sekarang." Si suami dipandang bersama muka berlagak.

"Jangan mengada. Pergi tidur sengsorang sana, macam yang kau nak sangat."

"Ala, kemon. I need me my sugar, baby boo..." Manja. Punggung dilabuh di sebelah Egann dan paha suaminya diusap. Badan siap dilentik-lentik gaya menggoda.

Egann buat tak dengar. Taknak peduli.

"I want my fructose, overgrown fetus."

"My glucose, inborn homo sapien."

"Polysaccharide, homunculus."

"Carbohydrate, dwarf."

Egann menjeling akhirnya. "You dragged our fight. You accuse macam-macam between aku dengan Naadia. Kau berani buat skandal dengan Doug. Kau calarkan kereta aku dan pancitkan tayar kereta aku. Lepas tu kau mintak peluk tapi berani panggil aku dwarf?"

"You should hear the next one. Aku nak panggil kau chibi."

Pipi si isteri dicubit ringan. Hati kembali ringan bahana sikap nakal si cinta hatinya ini ketika ini. "Kau memang takda bakat memujuk. Aku nak dengar tiga patah perkataan tu..." pintanya tanpa melepas renung ke seluruh wajah comel. 

"I love you..."

Tersenyum. "Sweet sayang, but try again"

Keluh terhembus. "I am sorry..."

Barulah si lelaki tersenyum. "Lagi?"

"I wil behave..." Mata dijuling ke langit.

"Hahaha..."

Egann membelai rambut si isteri. Naadia diingati di belakang kepala, menyesali pertemuan semula dengan wanita itu rumah tangganya tidak porak peranda begini. Kalau boleh diulang semula masa, dia nak menarik balik keputusannya bekerja dengan Naadia.

Tanpa dijangka, Naadia menelefon. Video call. Automatik jari menekan butang merah. Berderau darahnya. Harap janganlah Ayen melihat tadi.

Ayen melangut. "Siapa yang call kau malam-malam buta macam ni?"

"Doug." Laju menipu.

Panggilan masuk semula. Lekas dibatalkan kembali, siap dibaling handsetnya ke dinding.

Ayen bangkit. Kali ini dengan muka curiga. "Itu Nadia?"

"Naadia."

Mencerun dibuatnya.

"Well... yea... tapi sebab dia nak bincang pasal kerja." Haraplah.

"Satu-satunya kerja yang dia nak bincang pasal kau ialah macammana nak rampas kau dari aku!"

"Aku dah cakap berjuta kali dekat kau yang benda macam tu takkan berlaku! Aku mintak kau percayakan aku pasal ni, susah sangat kah?!"

"Aku percayakan kau... tapi aku tak percayakan dia! Aku tak boleh pandang ringan dekat dia! Kalau kau nak tahu, semalam aku bertembung dengan dia kat pavilion."

"Aku tau."

"Huh?"

"Dia ada cakap."

Ayen mengeluh spontan. Naadia dah bertindak dulu sebelum dia. "Korang memang rapat I guess. Dia ada cakap yang dia nak beli lingerie macam ni sebab nak goda kau? God knows apa lagi trick yang dia simpan dalam selubung hitam witch dia untuk tarik kau. First konon nak bantu kita. Sekarang dia kandungkan bayi kau..." Suaranya retak.

"Ayen. Berapa kali aku nak ulang. Baby dalam perut dia ialah baby kita!"

"You bet my ass its not baby kita! Kali ni dah bukan tuduhan kosong aku semata, tapi betul-betul ialah bayi korang secara biologi! Kau boleh tanya dia sendiri!"

"What the?! How in God's name telur yang inseminate dalam uterus dia boleh bertukar jadi baby dia berbanding baby kau!"

"Sebab she swapped the petri dish yang ada ovum dia, you donkey!"

"HEY! JANGAN PANGGIL HUSBAND KAU DONKEY!!" Suara Egann melangit hingga membuat Ayen terloncat terperanjat. "Aku maklum kau pandai, tapi jangan gunakan ilmu kau sampai jadi fitnah dan duri dalam hubungan kita!!"

Telunjuk Egann menyapa tepat ke hidung Ayen. Sekelip mata moment sweet-sweet tadi hilang. Di mata masing-masing, mereka dah kembali menjadi musuh.

Ayen bangkit tanpa kata. Dah taknak peduli nak berbaik atau apa. Silapnya kerana nak cuba bercakap tentang Naadia walaupun sepatutnya tahu nama itu memang racun ketika ini. Pulak tu, percuma kena tengking. Air mata yang nak menitis, ditahan. Langkah dilajukan ke tangga.

Egann mengeluh. Tubuh disandarkan sambil menolak rambut ke belakang. Semaknya rasa! Dia perlu lepaskan stress.

"Ayen!" jeritnya sebelum Ayen menghilang terus ke atas.

"What?!" dibalas dengan jerit yang sama.

"Kau clearly datang jumpa aku pakai baju tu sebab nakkan sesuatu. Meh sini lekas sebab aku pun perlukan my glucose!"

Ayen mencerun. "Here's an idea. Apa kata kau dapatkan your spoonful of glucose dekat perempuan yang tengah kandungkan baby kau and make her as your legit wife just to make sure that that baby won't end up being fatherless all his childhood like his own father!!"

Itu dia. Pergaduhan mereka secara rasminya membuka lembaran baru. Ini pertama kali Ayen menolak ajakan untuk bersama sepanjang mereka menikah, dan pertama kali juga wanita itu berjaya mengorek parut lama hingga kembali berdarah. Muka Egann menegang. Kata-kata Ayen kini benar-benar menjentik sakit hati yang terdalam. Bersama nafas berombak, lelaki itu mengejar isterinya yang dah pun menghilang ke bilik tidur.

Ayen mengetis air mata yang berdegil nak keluar. Benci. Geram. Marah. Semua perasaan negatif bercampuk aduk. Lingerie ini bodoh. Niat nak berbaik itu bodoh. Lebih baik berpisah terus!!

Baru saja nak menanggalkan baju bagi menukar kepada baju tidurnya yang biasa, Egann memasuki bilik tidur. Terperanjat dia, spontan membetulkan letak baju di badannya.

"Kau sengaja bunuh anak kita!!" jerkah lelaki itu tiba-tiba sambil menghempas pintu di belakangnya.

Kening Ayen bercantum terus. "Apa benda kau cakap ni!"

"Kau bunuh anak kita... anak aku! Kau yang ambik dadah... dan bunuh Erik! Jangan cakap yang kau dah lupa!!" Satu persatu disebut sambil mendekati si isteri di depan almati.

Ayen tergamam. Hati dah mula terasa rabak. "That was years ago! Aku dah minta maaf banyak kali... kau rupanya masih tak maafkan aku?"

"Sebab aku baru sedar, Ayen! Kau nak tau what's your problem is? Kau self-destructive. Aku maklum kau bermasalah, tapi apa yang kau dah buat lebih dari apa yang aku boleh telan! The first time baby kita meninggal, kau overwork yourself sampai anak kita mati dalam perut! Anak kita yang kedua, kau telan pain-killler! Lepas tu kau pergi jatuh tangga! And then the whole Naadia fiasco. Need I reminds you about the long-ass bet yang kau langsung taknak kalah untuk balik ke rumah! Everything that went wrong Ayen, everything bertukar teruk sebab kau memanjangkan gaduh kita! I admit I triggered all the events, tapi Ayen the logical yang aku kenal mula-mula dulu macam dah hilang! Kau macam kau taknak hidup dengan aku dah!! Do you even love me anymore?!"

Wanita itu senyap, antara tiada jawapan atau gagal memberi jawapan. Egann menahan sesak di dada, semakin kecewa.

"Kita sepatutnya boleh selesaikan dengan mudah kalau kau terima peranan kau sebagai emak tapi kita tetap bergaduh hal yang sama berulang ulang ulang ulang ulang kali! Penyelesaian masalah, kosong! It's like kau sengaja nak rosakkan rumah tangga kita! What makes it worse, you're keep on making mistakes when it comes to babies.... Its like kau sengaja sabotaj plan aku nakkan happy family dengan kau."

Kepala wanita itu makin tertunduk, kerana beban kesalahan semakin banyak dihatuhkan ke bahunya. Dengan air mata meleleh, dia beralih nak pergi tetapi tangannya ditangkap suaminya itu. Mata Egann juga dah bertukar merah.

"Terus terang, please... do you still love me?" soal lelaki itu dengan suara basah.

Ayen mengangguk.

"Jadi kenapa kau rosakkan plan aku?"

Hancur musnah besi yang mengukuhkan hati. "Aku mintak maaf kalau aku masih tak boleh beri kau baby, okay?!! Aku mintak maaf, sebab ya, memang aku gagal berikan kau apa yang kau paling nak seluruh dunia ni!" Tubuh sasa itu ditolak sekuatnya. "Walaupun kita cuba nak pakai semua jenis alternative... kau sendiri dah pun give up dekat aku dari awal lagi dan tarik Naadia dalam life kita hanya untuk lahirkan baby yang kau nak sangat! If you want babies that bad, Syafik Egann, lebih baik kau buang failure macam aku dari life kau, nikahi perempuan subur tu and proceed with your plan without me in it!!" Sekuat suara dijeritkan hingga timbul urat di leher. Kedua-dua buku limanya turut menggoncang udara seumpama melepaskan perasaan yang terlalu melampau di dada.

Boleh kedengaran bunyi patah pada tiang rumah tangga yang dibina. Egann menelan nafas, menahan sebak. "Jauh di sudut hati kau, kau menyesal ke suami kau ialah aku?" soalnya perlahan. "Kau betul-betul tak menyesal ke, sebab kahwin dengan aku? Sebab aku ialah biseksual?" luahnya dengan kepala tertunduk. Keras sekali rasa liur di anak tekaknya. "Sebab tu ke kau sengaja sabotaj diri kau tiap kali kau mengandung supaya anak kau tak perlu ada ayah macam aku..."

Ayen tergamam lagi, tidak jangka Egann masih menyimpan insekuriti selama ini. Jadi sebab itu jugakah dia nakkan anak sangat... supaya dia boleh buktikan yang dia masih boleh jadi lelaki normal macam orang lain? "Egann... aku dah tak kisah kau macam ni... you've grown better..."

"Kau cakap macam tu, tapi kau dah bunuh anak aku sampai tiga kali..."

Pecah lagi hati perempuannya. Hancur lebur menjadi debu. Label pembunuh itu konkrit kini, dilebur hingga berparut di mata hati Egann, dan tiadalah maaf yang boleh dihulur melainkan menerima label itu dengan hati yang terluka.

Egann masih meluah. "Even Erik dalam perut Naadia sekarang... kau literally cuba nak musnahkan life dia dalam lane hidup tanpa emak. Kau kerap kali tolak dia... dan paranoid, dan tuduh Naadia macam-macam.... Kau tak pernah berhenti ungkit salah aku sebab cuba nak lahirkan anak kita sendiri.... Aku tahu cara aku salah, tapi... Erik tak sepatutnya jadi mangsa kemarahan kau dekat silap aku...."

Diam.

"Looking at everything yang dah jadi... macammana aku nak pastikan yang kau takkan sabotaj plan aku lagi... sebab aku yang macam ni?"

Mata dipejam seeratnya. Daging pipi turut digigit sekuat hati. "Kau boleh je sebut talak terus daripada sakitkan aku macam ni sekali..."

Kata-kata itu hanya diterima dengan kerut pedih. Lelaki itu tidak membalas, sebaliknya mengangkat peace di depan wajah isterinya. "Aku beri kau dua pilihan. Aku sepatutnya temani Naadia malam ni sebab dia mintak, tapi aku kira itu taktik dia nak goda aku kalau kau bercakap benar pasal dia nak goda aku pakai lingerie yang macam kau pakai sekarang. Kalau aku pergi sana malam ni dan berdua dalam rumah dia... permintaan kau supaya aku nikahi dia mungkin benar-benar akan berlaku. A-And we both know it won't end well from there..."

Ayen melipat tangan kiri ke dada manakala tangan kanan menopang dagu. Air mata dibiarkan melebat ke pipi, manakala Egann mematikan kata-katanya seketika, merenung si isteri yang masih tekun memasang telinga.

"So please, don't choose the first choice..."

Spontan mata dipejam. "Second choice ialah cerai?" soalnya bersama suara yang basah.

Soalan itu seperti libasan backhand tepat ke hati yang tengah parah terluka. Sampai berbirat. Sampai tangan Egann menggigil hebat. Tangan kiri menurunkan jari hantu, dan telunjuk itu didirikan depan hidung Ayen yang dah merah. "A-atau kau minta maaf dekat aku... for hurting the both of us berkali-kali... sebab cuba nak tolak peranan sebagai emak Erik... sebab sengaja panjangkan gaduh dan buat kita sama-sama sengsara... sebab berani goda lelaki kat luar rumah—"

"Aku tak pernah goda sesiapa."

"—sebab cuba nak buatkan Erik hidup tanpa emak dia, dan risikokan Erik hidup tanpa ayah... macam ayah dia." Air mata jantan akhirnya pecah ke pipi, membuat hati Ayen meluruh. Egann menundukkan kepalanya, terpaksa melihat air mata jatuh satu demi satu ke lantai. "Aku taknak ceraikan kau. Cuma aku terlalu terkilan... aku kecewa, Ayen.... Aku tak mintak hidup parentless childhood, you know..." Hingus cair dikesat dengan belakang tangan. "Aku tak mintak ada ayah yang langsung tak pandang anak-anak dia selain untuk profit sendiri.... Aku taknak benda yang sama jadi dekat Erik... you know.... I'm trying my best untuk prepare life terbaik untuk dia... bersama dengan perempuan kesayangan aku..." Isterinya dipandang lagi. Kini mereka sama-sama dah menangis. "Aku nak minta kau minta maaf dengan aku... terima Erik as your own son tanpa syarat... berhenti being self-destructive... berhenti gaduh pasal benda bodoh... berhenti paranoid yang Naadia tukar petri dish atau whatever... just, berhenti. Aku cuma nakkan wife aku balik. Wife yang aku pilih untuk sama-sama kembangkan keturunan aku. Wife robot aku yang aku dah jatuh cinta seluruh jiwa raga aku. Please? Pulangkan Ayen aku semula..."

Mata dipejam lagi, membiarkan air mata melebat jatuh. Gigi dicengkam sekuatnya, disusuli nafas dalam hingga penuh di dada. Berfikir selajunya, membuat keputusan yang dirasakan paling tepat untuk kesejahteraan mereka. 

Suaminya dirapati. Leher Egann dirangkul supaya menunduk, lalu bibir si lelaki dikucup semahunya. Penuh perasaan. Seakan mahu menarik jurang yang telah memisahkan mereka. Tahap jauh hingga tak nampak di mata kasar.

"Aku minta maaf... with all my heart..." bisiknya bersama hembusan nafas. Bibir bertaup lagi bila Egann pula menjatuhkan cium. "I'm sorry... I'm sorry..."

"Cukup-cukuplah. Tak payah ulang banyak kali..." Lalu tubuh isterinya dipeluk seeratnya. Dikucup kepala yang disayangi itu. "I'm sorry too..."

Ayen mencari damai dalam rangkulan. Senyuman sinis Naadia terbayang di belakang kepala. Kata-kata si wanita mengenai ovum mereka ditukar ganti supaya bayi yang lahir itu nanti supaya bukan dari darah dagingnya masih memberi perit dan kusut yang tak terungkai.

Pada tahap ini, Egann tak mungkin akan percaya pertuduhan itu tanpa bukti. Jika dia berani sebut, percuma mereka bergaduh lagi. Tetapi Naadia tak mungkin akan simpan rahsia itu sampai bila-bila. Naadia akan melahirkan Muhammad Erik... kemudian Egann akan dijadikan ayah kepada anak mereka.

Ayen merenung fabrik kemeja suaminya, memikirkan peranannya dalam pelan antagonis tamak itu. Apa yang dia perlu buat....

Mata mencerlang bila terasa tangan kasar itu mula meraba tubuhnya.

"Egann. Kita tengah sendu-sendu. Boleh tak tangan tu kawal sikit."

"Ramas la aku balik kalau tak puas hati."

Ketawa terlepas berupa hembusan nafas. Idiot.... Muka dibenam pada dada si suami bersama rasa duka dan cinta yang bercampur aduk.

"I hate you but I still in love with you..." bisiknya sambil mengemaskan pelukan. Mahu memberi rasa segar pada perasaan yang mengikat hati mereka.

Dan senyuman di bibir Egann memekar. "I love you too, darling..." Kucupan dijatuhkan lagi pada kepala isterinya sebelum mendirikan dagu di atas kepala itu. Mata dipejam dan tubuh digoyang ala-ala slow dance, menikmati kehangatan pelukan isterinya.

Tiba-tiba teringat iPhone di tingkat bawah, pada beratus mesej dan panggilan yang menunggu jawapan kenapa tidak diangkat. Perlahan-lahan Egann membuka mata.

Ribut masalah masih belum berakhir....


Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh