DAUN pintu dikuak perlahan-lahan. Naura yang sedang leka mengulang kaji pelajaran itu dipandang bersama senyuman tipis. Deheman kuat sengaja diberikan bagi menyedarkan anak gadisnya itu.
Naura yang sedar dengan bunyi deheman seseorang itu laju menolehkan kepalanya. Bibir turut membalas senyuman tipis milik sang bapa yang kini sudah tercegat dihadapan muka pintu.
"Naura sibuk ke tu?" soal Encik Kamarul.
"Takdelah. Kenapa abah?" soal Naura lembut.
"Boleh abah masuk?" pinta Encik Kamarul.
"Eh masuklah bah. Lupa pulak Naura nak pelawa abah tadi," sengihan kerang busuk dilorekkan.
"Naura buat apa tadi tu?" soal Encik Kamarul berbasa basi. Punggung dilabuhkan diatas birai katil milik Naura.
"Oo takde apa pun. Buat research sikit pasal assignment yang nak kena hantar bulan depan," jujur Naura.
"Oo macam tu," terangguk-angguk kepala Encik Kamarul.
"Kenapa abah?" wajah Encik Kamarul dipandang hairan.
"Naura dah buat keputusan ke belum? Soal permintaan abah tu?" soal Encik Kamarul berterus terang.
"Pasal abah nak Naura kahwin dengan pak cik Hafiz tu ke?" tebak Naura.
"Yalah."
"Abah sebenarnya kenapa abah nak sangat Naura kahwin dengan pak cik Hafiz tu? Dia dah tualah abah. Tak sesuai langsung kalau nak dijadikan suami. Dah takde orang lain dah ke yang abah nak jadikan suami untuk Naura?" sebal Naura.
"Tua kamu cakap? Hafiz tu muda lagi lah. Umur dia baru 47 tahun tau. Nak dibandingkan dia dengan abah muda dia lagi tau," pujiEncik Kamarul.
"Muda abah cakap? Muda apanya kalau abah dengan dia cuma beza 3 tahun jelah. Abah 50 tahun dia 47 tahun. Abah kalau Naura berjalan dengan dia memang sah orang akan cakap Naura ni anak dia tau. Ah semua ni gila.Tak masuk dek akal," menggeleng kepalanya apabila memikirkan soal itu.
"Alah umur tu cuma nombor. Tua-tua dia pun segak lagi. Market tinggi lagi tu. Kalau kamu nak tahu dia tu lelaki kegilaan ramai wanita seantero dunia tau. Mana-mana perempuan yang tengok dia memang confirm cair tau," melambung Encik Kamarul memuji.
"Ha eloklah tu. Kalau dia lelaki kegilaan wanita seantero dunia ni apa kata dia kahwin je dengan mana-mana perempuan yang duk gilakan dia tu. Habis cerita," mudah Naura memberikan idea.
"Kamu ni kalau bercakap suka sangat ambil mudahkan?Abah tetap nak kamu kahwin jugak dengan Hafiz tu. Hafiz tu orangnya baik. Abah yakin dia boleh jaga kamu lagi baik daripada abah dengan umi jaga kamu," bersungguh Encik Kamarul meyakinkan Naura.
Mendengarkan apa yang dikatakan oleh Encik Kamarul, Naura meregus kasar. Wajah abahnya dipandang dengan pandangan tidak puas hati. "Naura betul-betul tak faham kenapa abah beria sangat nak Naura kahwin dengan pak cik tua tu. Dah macam takde orang lain ke yang abah nak jodohkan?Tak pasal-pasal Naura pulak yang kena kahwin dengan pak cik tarzan tu" soal Naura geram.
"Pak cik tarzan kamu panggil dia. Hesy budak ni kalau dengar dek orang tu mahu kecil hati dia nanti," menggeleng kepala Encik Kamarul dengan tingkah Naura.
"Eleh baru cakap macam tu dah kecil hati. Nampak sangat hati tisu. Muka je ganas tapi dalam hati ada taman. Menyampah Naura," bibir dicebikkan.
"Dia tu manusia Naura bukannya robot. Sah-sah ada hati dan perasaan. Bukan macam kamu ni hati kering," bidas Encik Kamarul.
"Tak kisahlah semua tu. Sekarang ni abah tak jawab lagi soalan Naura. Daripada tadi lagi Naura tunggu abah jawab soalan Naura tu."
"Soalan apa lagi ni?" berkerut dahi Encik Kamarul tidak faham.
"Yalah sekarang ni Naura betul-betul tak faham kenapa abah beria sangat nak Naura kahwin dengan pak cik tarzan tu. Cuba abah cakap terus terang sebab apa?" soal Naura tidak puas hati. Wajah Encik Kamarul direnung meminta sebuah jawapan.
Nafas dihela berat. Wajah Naura yang duduk di hadapannya dipandang bersama senyuman tipis. "Hafiz tu dulu dah banyak bantu keluarga kita. Abah ingat lagi masa mula-mula abah nak berjinak-jinak masuk ke dalam dunia perniagaan ni dia lah orang yang banyak bagi tunjuk ajar dekat abah.Bukan setakat tu je modal nak buka syarikat kita tu pun dia yang bagi. Dia tu sebenarnya dah banyak bantu keluarga kita. Jasa dia, abah tak mampu nak balas," cerita Encik Kamarul.
"Abah bayar jelah duit modal yang dia dah bagi dekat abah tu. Habis cerita. Jadi abah dah takde hutang apa-apa dengan dia. Naura puntak payah susah-susah kahwin dengan pak cik tu," senang Naura memberikan idea.
"Kamu ni Naura kalau bab bercakap ke main pandaikan. Masalahnya bukan abah tak nak bayar tapi dia yang tak nak. Dia cakap dia ikhlas tolong keluarga kita. Abah ingat lagi masa kamu kecil-kecil masa tu abah memang takde duit langsung nak beli susu dengan pampers kamu. Hafiz tulah yang tolong abah belikan keperluan untuk kamu masa tu. Abah dengan umi sangat-sangatberterima kasih dengan dia. Kalau takde dia abah rasa mungkin kita takkan rasa kehidupan sesenang macam sekarang ni," panjang lebar Encik Kamarul bercerita.
"Hmm baik jugak pak cik tarzan tu ya," dalam tak sedar Naura mula memuji dengan kebaikan Hafiz.
Tersenyum Encik Kamarul mendengarkan kata-kata yang terpacul dari bibir si anak. "Dia memang baik. Sebab tu abah tak ralat nak kahwinkan kamu dengan dia. Sebab abah dah tahu hati budi dia macam mana. Abah yakin kalau kamu kahwin dengan dia, kamu takkan menyesal. Dia tu lelaki yang baik. Dia boleh bahagiakan kamu lebih dari abah dengan umi bahagiakan kamu," ucap Encik Kamarul yakin.
Terdiam Naura seketika. Wajah penuh pengharapan Encik Kamarul dipandang sebelum nafas dihela perlahan-lahan. "Abah memang berharap sangat ke Naura kahwin dengan pak cik Hafiz tu?" soal Naura perlahan.
"Yalah," jawab Encik Kamarul sepatah.
"Okay lah. Kalau itu yang abah mahukan, Naura akan setuju untuk kahwin dengan pak cik Hafiz tu," jawab Naura tenang.
"Betul ke apa yang Naura cakap ni?" soal Encik Kamarul tidak percaya.
"Betul," jawab Naura sepatah.
"Alhamdullilah.. Abah tahu Naura anak yang baik. Abah tahu Naura takkan pernah kecewakan abah. Terima kasih sayang," ucap Encik Kamarul teruja. Tangan Naura dicapai dan digengam erat.
"Sama-sama. Naura buat semua ni demi abah dengan umi jugak," jawab Naura perlahan. Melihatkan senyuman lebar diwajah Encik Kamarul Naura tidak sampai hati mahu menghampakan hati si abah yang dah banyak berjasa kepada dia dan keluarganya.
"Abah yakin kamu takkan menyesal kahwin dengan Hafiz. Dia boleh bahagiakan kamu," yakin Encik Kamarul.
"Hmm yalah abah," jawab Naura senada.
"Ha kalau macam tu kamu pergi bersiap cepat. Pakai lawa-lawa sikit," arah Encik Kamarul.
"Bersiap? Bersiap nak ke mana pulak abah ni? Abah nak ajak Naura keluar ke?" polos Naura menyoal.
"Kejap lagi Hafiz datang. Dia kata nak ajak kamu keluar. Dia nak kenal-kenal lah dengan kamu dulu sebelum kau orang berdua kahwin," beritahu Encik Kamarul.
"Hah?!" bulat mata Naura tidak percaya.
"Eh yang kamu ni dah kenapa?" berkerut pelik Encik Kamarul.
"Perlu ke Naura keluar dengan dia? Ala tak payahlah abah. Abah cakap jelah Naura sibuk ke apa ke. Yang penting Naura tak payah keluar dengan pak cik tarzan tu," wajah cantiknya sudah bertukar cemberut.
"Eh takde-takde. Kamu jangan bagi banyak alasan Naura. Kamu tak kesian ke dekat si Hafiz tu datang jauh-jauh sebab nak jumpa dengan kamu. Tapi boleh pulak kamu buat dia macam tu. Tak baik susahkan orang Naura," nasihat Encik Kamarul.
"Naura tak suruh pun dia datang sini kan? Dia je yang gatal nak datang rumah kita ni," cebik Naura.
"Abah tak nak dengar apa-apa alasan daripada kamu lagi. Baik kamu bersiap cepat sebelum Hafiz datang. Nanti lama pulak dia nak menunggu kamu tu ha. Kamu tu dah lah kalau bersiap ke main lamanya. Dahlah abah keluar dulu," arah Encik Kamarul sekali lagi. Tanpa menunggu balasan daripada Naura, dia melangkah meninggalkan bilik tidur anak sulungnya itu. Langkah diatur menuju ke ruangan bawah.
"Hesy abah ni suka sangat memaksa. Pak cik tarzan ni pun hari tu dah jumpa ni nak jumpa lagi. Kalau handsome takpelah jugak. Dasar kerepot," kutuk Naura.
Dalam terpaksa dia akhirnya akur jua dengan arahan yang telah diberikan Encik Kamarul kepadanya. Membantah pun tak guna lagi silap hari bulan boleh terbalik rumah mereka kerana menerima amukan si abah yang garang macam singa tua.
"KAU tak bagi tahu dia ke pasal hal tu?" wajah tegang jelas terpamer diriak wajah milik Hafiz. Wajah tenang Encik Kamarul direnung menanti sebuah jawapan.
Mendengarkan soalan yang terpacul daripada bibir Hafiz, Encik Kamarul hanya mampu tersenyum nipis. Bahu Hafiz ditepuk perlahan-lahan. "Tu kan hal peribadi kau, aku tak boleh nak masuk campur. Aku rasa yang patut berterus terang dengan Naura adalah kau bukan aku," ujar Encik Kamarul.
"Kau rasa kalau Naura tahu pasal benda ni dia masih boleh terima aku ke sebagai suami dia?" soal Hafiz.
"Insya-Allah... Anak aku tu dia nampak je keras dekat luar tapi sebenarnya dia tu berhati tisu. Kalau pun dia tahu pasal hal ni kau orang bincang lah benda ni baik-baik. Aku yakin dia akan faham dengan situasi kau," nasihat Encik Kamarul.
"Aku..." baru saja Hafiz mahu menyambung bicaranya bayang Naura yang sedang melangkah menghampiri mereka berdua mematikan kata-katanya. Lebih baik dia diam daripada nanti rahsia besarnya bakal terbongkar.
"Abah..." sapa Naura. Bibir memuncung sedepa. Hafiz yang melihatkan wajah cemberut Naura tercuit suka. Hilang terus gelora yang ada dalam hatinya saat itu.
"Siap dah?" soal Encik Kamarul. Naura yang sedang berdiri di hadapannya dipandang dari atas hingga bawah.
"Dah..." sahut Naura malas.
"Macam ni je kamu pakai nak keluar dengan Hafiz?" soal Encik Kamarul tidak puas hati.
Mendengarkan soalan si abah Naura sudah berkerut pelik. Penampilannya ditilik sekali lagi. Apa masalahnya? Seluar jenis jogger berwarna putih dan baju panas turut dari rona warna yang sama menjadi pilihan Naura. Cukup santai namun apa yang paling penting dia rasa cukup selesa.
"Takpelah kalau pak cik tak suka dengan apa yang saya pakai tak payahlah keluar. Habis cerita," cebik Naura.
"Pak cik? Kamu ni Naura apa panggil macam tu pulak. Tak eloklah kalau orang lain dengar. Hafiz ni bakal suami kamu tahu. Cubalah bahasakan dia abang ke sayang ke tak pun baby ke. Sedap sikit telinga abah ni dengar," tegur Encik Kamarul.
Baby? Mahu termuntah Naura mendengarkan panggilan yang terpacul dari dibibir si abah. Paling menyakitkan hati apabila dia terpandangkan wajah Hafiz yang jelas sedang tersenyum manis itu. Rasa mahu ditarik saja jambang yang meliar diwajah tua Hafiz Rahim.
"Apa-apa jelah abah. Dah tu nak keluar ke tak nak ni?" soal Naura kepada Hafiz yang sedari tadi berdiam diri.
"Er... Jomlah kita," jawab Hafiz. Wajah dimaniskan sebaik mungkin.
Dengar saja ajakan daripada Hafiz, Naura segera bersalaman dengan Encik Kamarul. Sempat dia mencium lembut pipi si abah. "Naura pergi dulu," beritahu Naura.
"Yalah. Hati-hati," pesan Encik Kamarul.
"Okay..." menggangguk faham Naura. Tanpa menunggu Hafiz dia menonong saja menuju ke arah kereta Hafiz yang elok terpakir dihalaman rumah keluarganya itu.
"Aku pinjam anak kau sekejap. Nanti aku pulangkan balikya," ujar Hafiz yang sudah berdiri tegak dihadapan Encik Kamarul.
"Pinjamlah. Jangan balik lewat sangat," pesan Encik Kamarul.
"Okay kau jangan risaulah pasal tu," janji Hafiz.
"Pak cik cepatlah. Berapa lama nak saya tunggu ni," jeritan Naura menyentakkan mereka berdua.
"Ya... Ya... Kamarul aku pergi dulu ya," pamit Hafiz.
"Yalah. Hati-hati bawak kereta tu," ujar Encik Kamarul.
"Insya-Allah..."
Laju kaki melangkah merapati keretanya itu. Wajah cemberut Naura dipandang bersama senyuman tipis. "Janganlah marah nanti tak cantik," usik Hafiz.
"Diamlah pak cik," meregus kasar Naura.
"Garangnya dia," ucap Hafiz. Bibir sudah tercarik dengan senyuman lebar.
Masuk saja ke dalam kereta tali pinggang keledar segera dipakaikan ke tubuh langsingnya. Bibir mencebik geram. "Apa-apa jelah. Cepatlah jalan," arah Naura selamba.
"Ya sabar," sahut Hafiz.
Enjin kereta segera dihidupkan. Usai itu perlahan-lahan pedal minyak ditekan dan meninggalkan kediaman milik keluarga Naura. Jauh dibenak fikiran Naura sudah merancang berbagai agenda. Bibir mengukirkan senyuman penuh makna.
'Siap pak cik tarzan nanti.'