BAB 33
Sejak Fawza berpindah dari rumahnya, Kamalia merasakan hidupnya semakin sepi. Kesepian itu seperti tetamu yang memerintah batinnya.
Hari itu, sejak dari pagi hingga menjelang tengahari, dia menjadi penunggu setia telefon bimbitnya. Menunggu-nunggu jika ada panggilan untuk kes-kes kecemasan tetapi telefon bimbitnya diam pula sejak tadi. Di sofa, dia melayan rancangan televisyen sambil ingatannya menjalar pada seseorang...
Sejak berbaik semula dengan Raisham, kerapkali sudah pemuda itu mengajaknya untuk bertemu lagi. Dia terpaksa menolak. Terfikir pula sekarang, sampai bila dia harus memberi alasan. Laluan masih mudah untuk mengatur pertemuan mengapa dia harus sulitkan pula?
Telefon bimbit tiba-tiba pula bernyanyi, mengusir semua cerita tentang Raisham. Mata menerpa skrin telefon. Wajah pemanggil tertera di skrin dan dia tak perlu meneka siapa. Sejenak dia melayan panggilan itu. Rindu sungguh dia dengan empunya diri itu. Rindu celotehnya, kenakalan dan kemanjaannya.
Beberapa minggu tidak bersua, hanya telefon saja yang menjadi penghubung mesra. Pertemuan yang bakal berlaku sekejap lagi sudah semestinya menjanjkan berbagai cerita yang akan mengubati rindunya sebagai seorang ibu.
Ah! Sudahbesar pun ingin dimanjakan lagi. Macam- macam keinginannya. Cetus Kamalia sambil tersenyum bila perbualan di talian sudah berakhir. Kemanisan silam bersama Kamazul tiba-tiba memenuhi rongga ingatan…
“Abangbenar-benar tak sabar nak lihat wajah baby... tanda cinta kita,”
“Heh, abang ni! Sabarlah... tunggu 8 bulan lagi,”
“Hemm… kalau lelaki, nama apa yang sesuai ya?” Soal Kamazul. Waktu itu mereka
sedang berehat-rehat di ruang tamu rumah kuarters ATM. Di situlah tempat mereka tinggal selepas
mendirikan rumahtangga.
“Khairul…Khairul Kamazul, Emy suka nama tu,” cadang Kamalia.
“Emmm… ok,errr… kalau perempuan?” Soal Kamazul pula.
“Kamariah!"
“Kamariah? Eh,macam nama orang tua je!' Ujar Kamazul.
“Laa… abang ni, baby pun lama-lama akan jadi tua jugak tau!”
“Ya, abang tahu.Tapi… apa maksudnya?”
“ Kamariah tu maksudnya... bulan!" jelas Kamalia.
“Ohh… Err… tapi abang tak suka nama tu! Tunggu sekejap, abang cari nama lain...” Buku
nama kanak-kanak Islam yang dipegang Kamalia bertukar tangan.
“Haaa… abang rasa Emy mesti suka nama yang abang pilih ni. Karmila... yang bermaksud, manis.”
“Hummm… huruf ‘K’ jugak, carilah huruf lain pulak abang oii.”
“Laa… dah tadi awak pun pilih 'K' jugakkan?”
“Alaa…letaklah nama apa-apa pun, janji maksudnya baik.” Putus Kamalia.
“Ok. kalau lelaki Khairul, kalau perempuan Karmila, cadangan ditutup!” putus Kamazul nakal. Mereka saling berbalas senyum bahagia.
“Abang harap, cinta Emy pada abang tetap suci selama-lamanya... Sesuci sepotong nama Kamalia yang bermaksud bunga atau suci..." ujar Kamazul sambil mengelus tangan lembut Kamalia... Mengenang itu semua, Kamalia tiba-tiba dihimpit resah... Suci? Gelisah turut menyelimuti diri bersama sebuah dosa yang menghimpit hati...