Home Novel Cinta CINTA HILANG ARAH
CINTA HILANG ARAH
Noreey
26/11/2015 23:09:18
1,715
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 24

BAB 24

Karmilla memperlahankan langkahnya, dia termengah-mengah. Tangan Mazlin yang dicengkam sejak tadi segera dilepaskan.

“Aduhhh… sakit tangan aku tau!” Rungut Mazlin geram, tangan kirinya mengurut tangan kanannya, Nampak merah kesan cengkaman tangan Karmilla yang beberapa minit tadi. Karmilla buat-buat tidak dengar, langsung juga tidak dipandang wajah Mazlin yang merah menahan marah.

Telefon bimbit yang sejak tadi terbiar di dalam beg yang digalasnya segera dicari dan dikeluarkan bila didengar ada nada panggilan masuk.

Sambil bercakap matanya memandang Mazlin yang juga sedang memandangnya.

“Siapa?” Soal Mazlin sepatah sebaik saja dilihat Karmilla sudah ingin menyimpan telefonnya.

“My mum,”

Mazlin mengangguk-angguk. Telefon berwarna merah dengan sarung warna merah jambu itu disimpan semula di dalam bag sandang.

“Bila dia nak balik?” Soal Mazlin,  Ketika itu mereka sudah keluar dari kawasan ekspo dan berlindung di sebalik sebuah van yang sudah agak uzur di kawasan parkir.

Karmilla lambat-lambat menjawab. Wajah nampak sudah keletihan.

“Entahlah…” pendek saja jawapannya, nada suara jelas tiada ceria. Dia juga turut menyandarkan badannya di sebelah Mazlin yang sudah pun bersandar di van.

“Kau ni kenapa?” Soal Mazlin. Keduanya saling memandang. Mata Mazlin menagih pengertian.

“Kenapa apanya?” Karmilla menjawab, sama bertanya.

“Isk... isk. kau ni kan?” Soal Mazlin. Meninggi sudah suaranya, geram berbaur kesal dengan sikap Karmilla yang memperlakukan Haziq begitu sekejap tadi.

Tidak pernah Karmilla bersikap begini meskipun dia tahu Karmilla sebenarnya tidak pernah peduli perasaan Haziq padanya. Kata Karmilla dulu, dia belum ada perasaan ingin berkasih dengan sesiapa pun. Haziq juga yang selalu mengejarnya. Jelas Karmilla juga  Haziq hanyalah seorang kawan biasa tidak lebih dari itu.

“Kau tak patut tinggalkan Haziq begitu saja.”

“Apa? Tak patut kau cakap?”

“Milla, kau kenapa sebenarnya? Apa masalah kalian?”

“Kalau kau nak tahu, kau tanyalah dia, aku pun teringin juga nak dengar apa alasan dia,” ujar Karmilla tanpa membalas pandangan Mazlin yang sedang merenung tajam ke arahnya. Mazlin mengerutkan wajahnya, semakin tidak faham.

“Haahh...sudah, jom mari kita balik, waktu asar dah makin surut ni.” Karmilla menarik tangan Mazlin menuju ke kereta yang diparkir di hujung sana. Mazlin seperti tadi juga, terpaksa akur bila temannya itu naik angin tiba- tiba.

Pun begitu Mazlin masih lagi cuba bersenda.

“Eh Milla kau tahu tak, kata orang kalau masa bercinta  selalu bergaduh, jodoh kuat tau..he he…” terus Mazlin ketawa bertali-tali.

“Bercinta??? Heh…, tolong sikit ya, aku tidak pernah bercinta dengan dia lah,” tegas nada suaranya. Bibirnya tidak sedikit pun ada tanda-tanda ingin senyum sungguh pun Mazlin sudah galak pula tawanya.

Dirasakan segalanya musnah sekelip mata dengan kehadiran Haziq. Sementara Mazlin pula masih tertanya-tanya. Ingin juga dia mendesak Karmilla agar menceritakan perihal apa sebenarnya yang sudah terjadi.

Tetapi dia faham benar Karmilla, bila ‘mood’nya sudah ‘down’, gadis itu tak akan banyak bicara.

Saat itu dia terbayang wajah Haziq ketika ditinggalkan begitu saja. Simpatinya menggunung terhadap Haziq. Sungguh tidak sangka mereka akan melalui peristiwa tadi. Dia cuba membayangkan jika dia di tempat Haziq, semestinya dia pasti menangis jika diperlakukan begitu.

Tapi bagaimana dengan Karmilla? Mengapa sungguh tega Karmilla bertindak sedemikian, ke mana hilangnya perasaan Karmilla tadi?

…Atau apakah sudah muncul jejaka lain dalam hidup Karmill? Ya, seorang yang terpelajar seperti Karmilla tentunya ramai kenalan lelaki di kolejnya. Itu juga tidak mustahil untuk buat dia berubah.

Terlalu sukar untuk Mazlin menguraikan persoalan yang muncul di benaknya. Baginya, hubungan kedua temannya itu harus dipulihkan dari terus dilanda gerhana.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.