Bab 4
Amran menegukkopi panas sambil matanya membaca mesej di whatsapp.Empat keping roti bakar terletak di piring disamping dua biji telor rebusseparuh masak. Izara menemani suaminya. Dia memang jarang makan pagi . Biasanya dia akan makan selepas Amrankeluar meninggalkan rumah untuk bertugas.
Suasana begitutenang pada pagi itu. Kedengaran suaraburung berkicau dari luar rumah.Memang taman perumahan itu begitu sunyi keranakebanyakan penduduk taman perumahan kerja di siang hari.
“ Hari ini abangnak ke mana pulak? “ Izara bertanya kepada Amri.
“ Hari ini adamesyuarat persediaan menghadapi pilihanraya. Rasanya mesyuarat hari ni panjangcerita sebab pilihanraya pun dah tak lama lagi. Menteri Besar pun dalam proses menyediakan senarai nama calon untukbertanding dalam pilihanraya akan datang, “ terang Amran.Montel datangmenggesel-geselkan tubuhnya di kaki Izara.
Izara bukanlahberminat sangat dengan politik. Perebutan kuasa, tikam menikam dari belakang,fitnah memfitnah adalah antara asam garam yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergiat di dalam bidang politik.Namunsebagai isteri dia perlu memberi sokongan kepada suaminya kerana Izara tahumran begitu berminat dengan dunia politik.Izara bersyukur setakat ini dia tidakpernah lagi difitnah oleh mana-mana pihak.
“ Nama abangnaik lagi ke sebagai calon? “ tanya Izara.
“ Keputusanakhir di tangan Menteri Besar. Tapi abang mempunyai peluang yang cerah untukdicalonkan semula berdasarkan rekod perkhidmatan abang yang agak cemerlang,”kata Amran sambil meneguk kopi yang berbaki di dalam cawan.
Izara mendengarkata-kata Amran dengan rasa kecewa walaupun air mukanya berjaya menyembunyikankekecewaaanya. Jika diberi pilihan Izara lebih suka untuk Amran berkerjaseperti orang lain. Mengikut waktu pejabat. Jam 9 pagi hingga 5 petang. Adacuti umum, ada cuti hujung minggu dan apa juga yang dinikmati oleh orangbergaji tetap. Izara ingin merasakan hidup yang normal. Sekaraang Amranberkerja 24/7. Dua puluh empat jam sehari , tujuh hari seminggu.
Izara pernah mencadangkansupaya Amran menjadikan penggal ini sebagai penggal terakhir dia berkhidmatsebagai wakil rakyat. Berilah peluang untuk orang lain berkhidmat dan berbaktikepada masyarakat, ujar Izara. Tapi cadangan Izara dipandang sepi oleh Amran.Sememangnyapolitik sudah menjadi darah daging Amran. Akhirnya Izara berhenti dari memujukAmran untuk meninggalkan bidang politik.
“ Sayang, abangpergi dulu yer,” kata Amran bangun dari kerusi. “ Kenapa abang tak habiskanroti tu? Telor tu pun abang tak makan,” kata Izara.
“ Sayanghabiskanlah. Abang kena kawal makan. Nanti badan naik susah nak bergerak kesanakemari.,”jawab Amran ringkas.” Lagipun nanti dalam mesyuarat ada pulak jamuan”kata Amran lagi
Selepas menciumke dua belah pipi Izara Amran berlalu meninggalkan Izara. Di kereta , Alipembantu peribadi merangkap pemandu telah siap menunggu dengan enjin keretayang telah dihidupkan, bersedia untuk bergerak
.....................................................................................................................................................................
“ Eh Mini, manasaya letak telefon saya tadi? “ Izara bertanya dengan suara panik.
Izara barusahaja keluar dari pasaraya menuju ke keretanya apabila menyedari telefonyatidak ada dalam pegangannya. Dia risau bukan disebabkan kehilangan telefon itusahaja tapi yang lebih dia risaukan ialah di dalam telefon itu beratusnama rakan-rakan dan sanak saudara dia.
Rumini nampakjelas keresahan pada wajah Izara. Lantas dia menghulurkan telefonnya kepada Izara.
“ Cuba Ibu panggil nombor Ibu. Mungkin ada orang yangakan menjawabnya nanti,” kata Rumini.
Izara terusmemanggil nombor telefonnya . Dengan sekali deringan panggilannya dijawab olehseseorang.Izara merasa lega mendengar panggilannya berjawab. Suara garau lelakidi hujung talian memberi petanda baik yang dia akan mendapatkan semulatelefonnya.
“ Sayasebenarnya pemilik telefon yang encik pegang itu. Boleh saya tahu sekarangencik berada di mana sebab saya nakambil semula telefon itu,” kata Izara.
“ Saya dikaunter perkhidmatan pelanggan. Tadi cik tertinggal telefon ini di kauntersemasa membuat pembayaran. Ada orang yang hantar telefon cik ke kaunterperkhidmatan pelanggan. “ kata suara di hujung sana.
Izara menariknafas lega mendengar jawapan dari lelaki itu.
“ Ok. Sayadatang sekarang. Sekarang saya di kawasan letak kereta. Dalam 5 minit lagi sayaakan sampai di sana. Nanti saya nak jumpa dengan siapa yer? “ tanya Izara.
“ Nanti carisaya. Nama saya Hisham,” kata suara itu lagi.
Sebaik sahajasampai di kaunter perkhidmatan pelanggan Izara melihat ada dua orang yang sedang berdiri bersedia untuk melayani pelanggan.Kedua-duanya adalah wanita.
“ Boleh sayajumpa encik Hisham? “ Izara bertanya kepada salah seorang gadis yang sedangbertugas.
“ Berhubungdengan apa Cik? “ tanya gadis itu dengan sopan.
“ Tadi sayatertinggal telefon. Saya baru kejap call nombor saya itu. Encik Hisham yang jawab.Dia suruh saya jumpa dia untuk ambil semula telefon saya” terang Izara.
“ Sekejap yeCik,” kata gadis itu lalu bergerak ke arah belakang. Mungkin memanggil Hisham.
Beberapa minitkemudian seorang pemuda tinggi lampai muncul dari belakang lalu menyapa Izara.
Izara terpegunmelihat pemuda yang ada iras-iras pelakon Farid Kamil. Pemuda itu lalu menyapaIzara.
“ Cik ke yangmenelefon saya tadi? “ tanya Hisham.
“ Puan. Ye sayayang menelefon encik Hisham tadi,” kataIzara sambil membetulkan panggilan Hisham dari Cik kepada Puan.
“ Maaf Puan,”kata Hisham sambil menyerahkan telefon kepada Izara.
“ Boleh ke Puanisi borang ini. Tanda penerimaan. Maaflah kalau menyusahkan Puan tapi prosedur.Nak tak nak suka tak suka saya sebagai orang bawah ini memang kena ikutperaturan,” kata Hisham sambil menghulurkan sehelai borang ringkas kepada Izara.Izara tidak rasabeban mengisi borang itu. Yang penting telefonnya sudah dijumpai semula.
Selepas mengisiborang Izara bergerak meninggalkan kaunter perkhidmatan. Sebelum diameninggalkan kaunter dia sempat melempar senyum kepada Hisham. Hisham membalassenyuman Izara sambil berkata “ Puan, nanti lain kali hati-hati ye. Janganditinggalkan telefon itu merata-rata. Kecualilah kalau puan nak jumpa sayasemula di kaunter perkhidmatan pelanggan, haha’ kata Hisham sambil ketawa.
Izara tersipumalu sambil bergerak meninggalkan kaunter diekori dari belakang oleh Rumini,pembantu rumahnya.
“ Ish kau ni Hisham. Bini orang pun kau adahati nak kacau,” kata salah seorang petugas wanita di kaunter tadi.
“ Aku yang masihsolo dan anak dara ni ka buat tak tahu pulak,” kata Shima gadis petugas kaunteritu lagi sambil disambut gelak oleh Hisham.
“ Memanglah diaisteri orang kau tu anak dara. Tapi kalau orang tak tahu orang akan kata dia tuanak dara, engkau tu pulak ibu ada tiga anak,” kata Hisham lagi.
“ Jahat kau, “kata Shima sambil menjuihkan bibir. Hisham ketawa melihat keletah rakansekerjanya.
Hisham melihatborang yang baru diisi oleh Izara sebentar tadi.
“ Izara bintiAbidin. Cantik nama itu, secantik tuan punya nama,” kata Hisham di dalam hati.
Hisham melihatdi borang itu ada nombor telefon Izara. Serta merta dia memikirkan sesuatuidea.
..............................................................................................................................................................
Izara berbaringsebentar selepas menunaikan solat Zohor. Sambil itu tangannya bemain-maindengan telefonnya.Membaca dan melayan perbualan whatsapp rakan-rakannya didalam pelbagai kumpulan whatsapp.
Tiba-tiba masuksatu mesej whatsapp dari satu nombor yang dia tidak kenali.
‘Maaf menganggupuan. Saya Hisham yang puan jumpa tadi’ kata mesej itu lagi.
Izara merasa serba salah samada inginmenjawab atau tidak mesej itu. Walaupun dia akui dia tertarik denganperawatakan pemuda itu tadi tapi dia sedar dia isteri orang. Masa untuk diamelayan sebarang lelaki telah lamaberlalu. Dia perlu menjaga nama baik suami. Tambahan pula suami dia ahlipolitik yang terdedah dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Sedikit kesilapan daridia atau Amran akan menghancurkan kerjaya Amran.
Izara membiarkan sahaja mesej dari Hishamtidak berbalas. Tetapi hati dia berbelah bagi samada ingin membalas mesej ituatau memadam terus mesej itu dari telefonnya.
Akhirnya Izara mengambil jalan tengah. Diamemasukkan nama Hisham di dalam senarai konteksnya tetapi dia tidak menjawabmesej dari Hisham.