Home Novel Cinta CINTA HILANG ARAH
CINTA HILANG ARAH
Noreey
5/11/2015 20:40:29
11,138
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1

 BAB 1

Anak-anakikan di dalam akuarium di sudut ruang rehat rumah ralit benar diperhatikanJuliana.  Hiasan di dasarnya batu berwarna-warnidengan pohon-pohon kecil yang dibelinya di kedai Eco.   Deringan telefon mengganggunya untukseketika. Dengan tidak menunggu lama terus dia bangun mencapai telefon yangterletak di atas meja tidak jauh dari situ.

                  “Panjangnya umur kau, aku nisejak tadi teringat-teringatkan kau…” Juliana membariskan ayatnya.  

                    “Eh… kau ni,  kalau teringat telefonlah, telefon kan ada,”balas Mazlin, empunya suara yang menelefonnya. Mazlin teman rapatnya sejak darizaman persekolahan tetapi sudah pun bekerja. Mereka berbeza usia 2 tahun.

                    “Emmm… aku sajalah  malas nak kacau, manalah tahu orang tengahberdating dengan tunang ke…”  Julianacuba mengusik Mazlin, yang baru seminggu melangsungkan pertunangan denganseorang pemuda di tempat kerjanya.  Mujurjuga Mazlin tidak tahu yang dia sebenarnya sedang menanggung  rindu pada kedua orang tuanya.

                  “Oiii!.. ingat aku ni apa?  Dah ‘kemaruk’ sangat ke?” Pantas  Mazlin membalas dengan ayat powernya. Juliana  tersenyum, faham benar dengan mulut laser Mazlin,  segera pula tergambar mulut Mazlin yangmemuncung ketika marah  dengan wajahkelat.

                      “Alaaa… orang barubertunang, darah tengah manis, takkan lah tak nak berkepit selalu…” giat  Juliana lagi yang sememangnya suka benarmengusik temmannya itu.

            “Kau buat apa tadi?”

             “Emmm… tak buat apalah.”

            “Mama kau, ada balik tak?”   

            “Tak… aku sorang je ni,”  jelas Juliana,  sayu benar bila mendengar soalan Mazlin.    

            “Eh? Dia tak balik ke, biasa diabalik  kalau kau cuti kan?”

“Minggu lepas ada dia balik, mingguni tak katanya ada seminar anjuran KKM.”

“Hemm, aku ingat nak datang rumahkau, baru nak merasa asam pedas utara masakan mama kau.”

“Ala, jangan risau, nanti mamaaku balik aku jemput kau datang, okey?”

“Baik, aku ingat janji kau tu,”balas Mazlin mesra. Sebenarnya Mazlin sudah biasa dengan keluarga Juliana. SejakJuliana mengikut papanya berpindah ke sini, mereka mula kenal di sekolah dan akrab sehingga sekarang.

“Papa kau?”

“Kerjalah, apa lagi…”

             “Eh…  Julia,kau  nak ikut aku tak?” Mazlin tiba-tibamenyoal, mengubah tajuk, nada suaranya bertukar serius pula.   

            “Ikut kau, ke mana?”

            “BatuOmpet.” jawab Mazlin dalam loghat daerahnya, ringkas.

            “ Batu 4…? Soal Farah, dengan  menyebut frasayang betul.              


 “Ya,”

“Nak buat apa?”

            “Kau tahu tak bermula malam ni adaberlangsung Ekspo Kesenian,  kau kanpeminat seni lukisan, rugi kalau kau tak pegitau!”

            “Eh best tu, nak nak.., nak ikut ,tapi bila kau nak pegi?

            “Esok, sebab esok aku cuti.”

            “Tapi esok pagi aku ada kerja sikit nak buat.”

            “Kerja?Kerja apa pulak?”

            “Kerja belajar aku lah, kerja apa lagi…”

            “Oohhh… aku ingatkan kerja apa.”

            “Kau ingat dalam aku cuti boleh dudukbersenang lenang macam kau ke?”  

“Haii… manalah aku tahu, aku nitak belajar di sekolah tinggi macam kau, sekolah pun setakat tahu abc  je…”

            “Amboi merendah diri lah pulak…”usik  Juliana sambil  tergelak mendengarkan nada  suara yang seakan merajuk itu.   Suasanasenyap sebentar. Juliana tahu Mazlin itu memang kuat merajuk perangainya namunMazlin bukan jenis yang suka di pujuk, dia akan cepat sedar dirinya.

              “Jadi, macamana nak ikut ke tak?”soal Mazlin sekali lagi, menagih kepastian.

               “ Kita pergi sebelah petang je lah, boleh?”   Farah memberi kata putus dengan soalan juga.Di benaknya mula rasa seronok juga dapat mencuci mata sewaktu cuti begini.

          “Kalau  kita pegi sebelah  malam lagi seronok?”

“Malam?Heh, cari nahaslah aku namanya,” jawab Juliana spontan. Dia tidak ingin melanggar pesan papanya yang cukup tegasdan akan selalu diingatinya.

              “Ya laa… okey  laa cik puan puteri kita pegi petang esok!”ternyata  Mazlin sentiasa mengalahdengannya. Juliana mengulum senyum. Terbang sejenak rasa bosan yang bertemandiri.  Perbualan mereka berakhir disitu  tanpa ada apa-apa perjanjian lagi.

            Juliana membawa dirinya berbaring disofa. Tidak sabar pula menunggu malam menjelang,  juga menunggu esok. Boleh juga diamembeli  lukisan yang lain untukmenggantikan lukisannya yang sudah rosak dulu.

   


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.