Home Novel Cinta SEANDAINYA DIA UNTUKKU
SEANDAINYA DIA UNTUKKU
Zahra Darina
1/2/2022 19:23:19
13,898
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1
           MATANYA tertumpu pada skrin laptop jenama Asus di atas meja komputer. Namun, hati dan fikirannya melayang entah ke mana. Kenangan masa lalu bermain dibenak fikirannya. Telefon Samsung Galaxy S8 yang sedang berbunyi tidak dihiraukannya. Hanif Izzudin! Satu nama yang sentiasa diingatinya sejak zaman sekolah dahulu sehinggalah sekarang. Sejak tamat sekolah sehinggalah dia bekerja, satu khabar berita mengenai lelaki itu langsung tidak didengarinya apatah lagi melihat kelibatnya. Di manakah dia?

          

            Nada dering lagu Pada-Mu Ku Bersujud bergema sekali lagi melalui Telefon Samsungnya setelah senyap beberapa saat, namun pemiliknya masih tidak menjawab panggilan tersebut.

           “Mira!” Satu suara menyapa. Namun tidak mendapat respon langsung daripadanya. Aduh, Mira ni, berangan pulak!

           “Nur Amira Hidayah!!” Jerit Shaza. Terkejut dibuatnya selepas mendengar suara jeritan rakan baiknya, Shaza. Serta merta lamunannya terhenti. Dia segera berpaling. Dilihatnya, Shaza sedang mentertawakannya.

           “Amboi, teringat kat siapa tu? Sampai telefon tu berbunyi dua kali tak perasan ka?” Usik Shaza sambil ketawa. 

            Dia segera melihat pada skrin telefonnya, ada dua panggilan masuk, tetapi nombornya tidak dikenali. Siapa pulak ni? Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan yang menelefonnya.

            “Siapa yang call tu?” Tanya Shaza menunjukkan tanda teruja ingin tahu siapakah gerangan yang menelefon kawan baiknya itu. 

             “Haa!! Ni mesti orang special ni!” Usiknya lagi sambil ketawa.

             “Eh, ke situ pulak! Takda la, silap nombor kot?” Amira membuat andaian.

              “Ya ka silap nombor? Ke ada rahsia disebalik batu?” Meletus ketawanya. Seronok benar dia menyakat kawan baiknya, Amira.

              “Rahsia disebalik batu la sangat!!” Ujar Amira sambil membaling bantal berbentuk segi empat bersaiz sederhana kecil yang berwarna putih ke arah Shaza. Pantas kawannya itu menyambut bantal tersebut sambil ketawa di atas katil.

             “Cuba la call! Mana tau kot-kot panggilan emergency ka?” Pinta Shaza setelah puas ketawa.

             “Sat, aku try call.” Balas Amira sebelum berdiri.

             “Eh! Nak pi mana tu?” Belum sempat dia melangkah keluar, Shaza menyoal. 

             “Nak pi mana lagi, nak call nombor ni la.” Jawabnya sambil menunjukkan skrin telefonnya yang telah terpapar nombor panggilan tadi. Dia sudah berdiri di muka pintu biliknya.

              “La, awat lagu tu?” Soal Shaza lagi.

              “Awat? Awat lagu mana? Lagu tu la!” Jawabnya sambil ketawa.

              “Apasal sampai nak call kat luar bilik ni? Mesti ada rahsiakan apa-apa ni?” Tanya Shaza kehairanan. 

              “Bukan apa. Cuma tak nak diganggu aje.” Ketawanya meletus sebelum melangkah keluar dari biliknya bersama telefon pintarnya. 


              Shaza hanya memerhati gelagat kawannya itu sambil tersenyum. Suka dia tengok gelagat Amira. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya masih ada keceriaan di wajah Amira walaupun hatinya sedang sedih. Sebenarnya dia tahu punca Amira mengelamun sebentar tadi. Bukan hari ini saja tetapi sudah banyak kali pun kawannya itu mengelamun. Hanif Izzudin! Pemilik nama inilah yang membuatkan Amira mengelamun. Di manakah dia?

               Nada dering lagu Pada-Mu Ku Bersujud berbunyi semula. Belum sempat dia hubungi, telefon itu dah berbunyi minta dijawab

            . “Nombor siapa ni? Dari tadi asyik call je.” Ujarnya sendirian. “Jawab je lah!” Ujar Amira sebelum menjawab panggilan tersebut.                                     “Assalamualaikum!” Ucap Amira perlahan. 

               “Wei, Zal! Lama aku call baru kau jawab?” Sapa satu suara.

 Zal mana pulak ni? Dia ni silap nombor ka apa? Suara aku macam lelaki ka? Bisik Amira di dalam hati. 

              “Encik ni silap nombor kot?” Balasnya.

               “Oh, Sorry! Sorry!” Jawab lelaki itu sebelum menamatkan panggilan. Aduh, apasal silap nombor pulak ni? Boleh pulak aku gelar dia Zal. Padahal suara perempuan kot. Takkan aku tak reti bezakan yang mana suara lelaki dan yang mana suara perempuan? Bisiknya di dalam hati.

              “Blur la kau ni, Hanif Izzudin.” Bisiknya sambil mengetuk perlahan kepalanya.


              AMIRA melangkah ke arah katilnya dan duduk di sebelah rakannya di atas katil tersebut sambil berfikir. Shaza hanya memerhati sambil tersenyum.

            “Haa! Tahu dah!” Shaza segera bersuara. Tidak mahu memberi peluang kepada Amira  untuk mengelamun lagi. Sebabnya, kalau kawan baiknya itu mengelamun, bukan berada di Malaysia  tapi di Korea. Mungkin dah sampai di Bandar Seoul kot? Entah-entahnya sudah berjumpa dan bergambar dengan Jae Hee, seorang pelakon lelaki Korea yang cute sangat. Dia bermonolog sendirian sambil tersenyum.

            “Tahu apa?” Soal Amira sambil mengangkat keningnya.

            Sepi. Sesaat. Dua Saat. Tiga Saat. Aik? Kawan aku ni kenapa pulak dah? Diam pulak.Dia segera menoleh ke kanan. Laa!! Mengelamun rupanya.

           “Hello!!”Tegur Amira sambil menyiku lengan kawannya yang sedang senyum sendirian.

Ek Eleh! Kata tak nak bagi kawannya mengelamun sampai ke Korea, tapi dia pulak yang berangan fikir pasal Jae Hee, pelakon Drama Yu Hee, The Witch.

Sememangnya,Shaza dan Amira memang benar-benar meminati Jae Hee, seorang pelakon Korea sejak pertama kali menonton Drama Yu Hee,The Witch di televisyen. Sehinggakan mereka sanggup berkongsi duit untuk membeli DVD Drama Bersiri tersebut bagi memudahkan mereka menonton beribu kali tanpa jemu jika ada masa terluang.

            “Senyum sorang-sorang ni kenapa?” Soal Amira.

            “Hisy, aku baru nak berangan pasal Jae Hee. Kacau betullah!” Shaza mula bersuara setelah terdiam beberapa saat disebabkan mengelamun.

            Meletus sudah ketawa Amira. Sebentar tadi Shaza asyik ketawa. Sekarang dia pula yang ambil alih.

            “Eh, Apasal ketawa pulak? Betullah aku tengah berangan pasal Jae Hee ni.” Eh!! Apasal aku berangan pasal Jae Hee pulak ni? Tadi aku tak nak kawan aku yang sorang ni mengelamun jauh, tapi apasal pulak aku yang berangan ni? Sah! Dah berjangkit ni!

            “Laa, berangan pasal Jae Hee rupanya!” Amira ketawa lagi dan lagi. Mukanya dah kelihatan kemerah-merahan akibat ketawa.

 “Haa, lupa pulak nak tanya.” Ujar Shaza sebaik sahaja fikirannya menangkap sesuatu.

            “Tanya apa?” Soal Amira. Ketawanya tidak kedengaran lagi.

            “Siapa yang call banyak kali tadi tu?” Soal Shaza.Berminat untuk mengetahui gerangan yang menghubungi rakannya tadi.

            “Laa, yang tu ka? Ingatkan nak tanya apa tadi.” Balasnya sambil menarik muka.

            “Haa, nak tanya yang tu la.” Shaza masih mempertahankan rasa ingin tahunya.

            “Silap nombor laa!” Balasnya lagi. Malas mahu bicara soal panggilan tadi. Tiada yang menarik pun.

            “Oh, ya ka. Ingatkan panggilan daripada lelaki misteri.” Usik Shaza sambil tersenyum.

            “Panggilan misteri? Banyak la panggilan misteri kau!” Ketawanya meletus semula.

            “Mana la tau. Kot-kot ada secret admirer.” Balas Shaza sebelum ketawa lagi.

            “Secret admirer  apanya. Aku bukan artis la, Nurul Shaza Alya!” Dia tersenyum lantas menggeleng. Ada-ada saja kawannya yang sorang ni. Shaza! Shaza!

Sejujurnya,kawan baiknya, Shaza memang menceriakan situasi. Segala masalah yang bermain difikirannya terus hilang. Shaza memang pandai bergurau dan pandai menyenangkan hati rakan-rakannya. Ketika dia mempunyai masalah, Shaza yang banyak membantu dan memberi dorongan kepadanya. Dia benar-benar bersyukur kerana Allah telah menganugerahkannya seorang kawan yang amat baik. Semoga persahabatan ini berkekalan.


            PERJALANAN pulang dari Kuala Lumpur ke Penang selama lima jam memang memenatkan. Mujurlah mereka berdua memandu secara bergilir-gilir. Kuranglah sedikit kepenatan.

            “Mira, jom berhenti jap kat R&R Tapah.Lapar la.” Pinta Shaza sambil menoleh sekilas memandang Amira, menanti respon daripadanya. 

            “Ok.” Ringkas saja dia menjawabnya. Dia menyalakan lampu signal kereta Proton Iriznya yang berwarna biru sebelum membelok ke kiri. Seterusnya memasuki petak parkir yang berdekatan.

            “Kau pi kafeteria dulu la! Aku nak pi toilet jap.” Ujar Amira sebelum berlalu pergi. Shaza sekadar mengangguk sebelum melangkah ke kafeteria yang terletak tidak jauh dari tempat parkir kereta sambil mengeluarkan sebuah telefon pintar Lenovo dari beg tangan Guccinya yang berwarna biru gelap.

 “Opocot!!” Jerit Shaza setelah terlanggar seorang lelaki di hadapannya. Telefon Lenovo yang dipegangnya itu hampir saja jatuh. Nasib baik tangannya pantas menyambut telefon itu. Kalau tak, kena beli baru lah jawabnya.  

            “Maaf Cik, saya tak sengaja.” Ujar lelaki yang berdiri di hadapannya. Wajahnya kelihatan serius.

            “Cik!” Panggilnya tatkala melihat gadis di hadapannya ini terdiam.

            Shaza hanya memandang tanpa bersuara. Macam kenal lah lelaki ini. Tapi kat mana ye? Kepalanya yang tidak gatal digaru.

            “Kalau tak salah, saya macam pernah tengok Cik ni. Tapi kat mana ye?” Soal lelaki itu.

            Eh! Sama pulak. Rupanya dia pun fikir apa yang aku fikir la.

            “Haa! Baru saya ingat. Awak ni Nurul Shaza Alya kan?” Soalnya lagi. Wajahnya bertukar ceria.

            “Eh! Awak tahu nama saya?” Soal Shaza kehairanan.

            “Awak tak ingat saya?” Soalan dibalas dengan soalan.

             “Awak ni, Ha...Ha...Hanif...Izzudin ka?” Soalnya pula. Terlopong mulutnya setelah teringat semula siapa sebenarnya lelaki yang berdiri di hadapannya ini. Alamak! Eh! Kenapa alamak pulak ni? Bisiknya dalam hati sambil menggaru sekali lagi kepalanya yang tidak gatal.

            “Ya, saya. Tak sangka boleh terserempak kat sini ya?” Jawab lelaki yang bernama Hanif Izzudin sambil tersenyum.

            “Tu la! Saya pun tak sangka boleh terserempak kat sini.” Balas Shaza selamba

            “Oh,ya ka? Selama ini awak kerja di KL ka? Samalah dengan saya. Saya pun dari KL gak.Saya pun on the way nak balik Penang.Nak jumpa family jugak.” Balas Shaza.

          “Nampaknya samalah kita. Kita geng!”  Ujar Hanif. Sesaat kemudian, kedua-duanya ketawa.

          “Awak balik dari KL seorang saja ka?” Soal Hanif setelah berhenti ketawa.

          “Taklah,saya balik dengan Amira. Dia pun kerja kat KL jugak.” Jawabnya.

           “Amira?” Soal Hanif. Keningnya bertaut.

          “Ya! Amira. Masih ingat lagi tak? Satu sekolah dengan kita jugak.” Jawab Shaza. Harap-harap Hanif masih ingat lagilah kat Mira. Mira langsung tidak pernah lupakan dia, masakan Hanif tak ingat langsung. Tak berbaloi lah kalau macam tu.

         “Oh,ingat! Ya! Ya! Saya ingat lagi. Dia kawan baik awak di sekolah menengah dulu kan?” Soal Hanif lagi.

        “Ya! Dia kawan baik saya dari dulu sampailah sekarang.” Jawabnya. Senyuman  terukir dibibir merahnya.

        “Tapi mana dia? Tak nampak pun?” Sesekali matanya melilau mencari kelibat Amira.

        “Dia ada. Tadi dia pi ke toilet jap.” Aduh,mana Mira ni? Kenapa lama sangat. Kekasih hatinya yang ditunggu-tunggu selama ini dah ada kat sini, tapi dia pulak menghilang ke mana?  Bisik Shaza sendirian di dalam hati. Matanya melilau mencari kelibat Amira.

       “Sekarang dah jam 3.00 petang. Saya nak gerak dulu. Kirim salam kat Mira ya.” Ujar Hanif setelah melihat jam tangannya.

       “Assalamualaikum.”Salam diucapnya. Dia melangkah pergi meninggalkan Shaza setelah salam nya dijawab.

Setelah Hanif  berlalu pergi. Dia tersenyum sendirian. Ini berita gembira. Amira harus tahu. Selama ini kan, Amira ingin sangat tahu khabar mengenai lelaki ini. Akhirnya dia ada di sini. Senyumnya sendirian sambil bermonolog. Laa! Kenapa aku tak minta nombor telefonnya? Aduh! Dia mengetuk perlahan kepalanya sebelum melangkah ke kafeteria untuk mengisi perutnya yang sudah lama berbunyi.

            

 

      AMIRA meletakkan garfu dan sudu di atas pinggan plastik berwarna putih setelah selesai menjamu selera nasi ayam panggang. Fuh! Lazatnya tak terkata. Boleh kasi lima bintang ni. Tapi tak sehebat masakan ibu. Kalau ini lima bintang, masakan ibu haruslah lima belas bintang. Terukir senyuman di wajahnya. Rindu pula pada ibunya. Maklumlah lama tak berjumpa.

            “Kenapa tak luak pun makanan tu? Bukan tadi kata lapar ka?” Soal Amira setelah menyedari rakannya, Shaza asyik termenung jauh sambil menguis-guis makanan dihadapannya.

          “Mira, tadi...aku...” Shaza mula berbicara setelah disoal oleh Amira. Aduh! Kenapa susah sangat nak bagitau ni? Padahal berita gembira kot!

            “Tadi apa?” Tanya Amira kehairanan.

            “Tadi aku terserempak dengan Hanif Izzudin.” Ujar Shaza setelah lama mengatur ayat.

            Wajah Amira terus berubah serius.Biar betul? Hanif Izzudin ada kat sini? Dia berbisik sendirian.

            “Hanif Izzudin?” Soal Amira. Wajah nya masih serius.

            “Ya! Hanif Izzudin, kekasih hati Mira la.” Ujar Shaza sambil menahan ketawa.

           “Hanif Izzudin? Eh! Sejak bila dia kekasih aku? Pandai-pandai la kau ni.” Amira bersuara setelah lima saat terdiam.

           “Betul apa. Mira suka kat dia dalam diam-diam sejak sekolah lagi. Itu namanya kekasih hati rahsia.” Ujar Shaza sambil ketawa kecil.

           “Yela tu!” Jawabnya ceria. Namun, wajahnya berubah serius tiba-tiba. Entah apa yang difikirkannya.

            “Oh,ya! Hanif Izzudin kirim salam kat Mira. Dia ingat lagi la kat Mira. Nak tau tak? Dia semakin handsome la.” Ketawanya hampir meletus.

           “Waalaikumussalam! Amboi, dah terpikat kat Hanif Izzudin ka?” Dia tersenyum ceria apabila melihat gelagat kawannya itu.

           “Eh! Mana boleh terpikat. Nanti ada orang jealous.” Ketawanya hampir meletus. Nasib baik sempat ditahannya.

            “Ada-ada saja la kau ni, Shaza! Sudahlah! Habiskan makanan tu cepat, sayang kalau tak habis. Membazir namanya tu!” Ujarnya sambil tersenyum.

         “Baiklah Ustazah Amira!” Shaza tertawa sebentar sebelum menyuap semula nasi ayam BBQ ke dalam mulutnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zahra Darina