Home Novel Cinta CINTA HILANG ARAH
CINTA HILANG ARAH
Noreey
12/12/2015 23:08:17
3,036
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 36

BAB 36

Mereka bertemulagi, seperti yang sudah dirancang… Bagi kamalia semua itu adalah rahsia yang tak perlu diketahui oleh sesiapa pun. 

“Alangkah bertuahnya, kalau satu hari nanti impian I menjadi nyata, I dapat bayangkan, kalaulah satu hari You jadi isteri I, setiap hari kita dapat bersama macam ni,” jelas Raish, ternyata sudah begitu jauh angannya. Di bibirnya tersungging senyum manis.


“Hemm... jjangan nak bermimpi depan rezeki, I nak makan, lapar sangat sejak tadi,” balas Kamalia, seolah tidak berminat untuk melayan patah-patah kata yang diluah Raish. Dengan tertib dan sopan dia terus menyuap,

Melihat tingkah Kamalia, Raish terdiam sudah. 

“I suapkanyou?” Pinta Raish tiba-tiba, Kamalia terhenti sejenak sambil pandangannya polos menatap Raish, agak terkaget dia.

“Hiss… tak maulah!” pantas pula bibirnya menolak.

“Kenapa?” Soal Raish, agak terkilan dengan penolakan lembut itu. 

Kamalia tidak menyahut pertanyaan yang dianggapnya bodoh.

“Apa salahnya sesekali mempamer cinta indah ini ke mata dunia?”

Kamalia tidak terkejut dengan pengucapan itu. Baginya dia sudah dapat membaca hati lelaki di depannya yang sudah mula terhanyut dalam perangkapnya.  Tetapi sedaya upaya pula dicuba mengawal diri agar tidak turut tehanyut.

     “You selalu tengok drama Melayu kat tv tak?” Soalnya tiba-tiba. Mata Kamalia bulat merenung bila suaranya mencelah senyap antara mereka.

“Ada, kenapa?”

“Siapa hero yang laris sekarang ya? I jarang dapat tengok tv,” ujar Raish.

“Siapalagi... Zul Ariffin lah!”

“Ya? You peminat dia jugak kot?”

“Hemm… of course le!”

“Ooo… kenapa agaknya ya?”

“Hemm… sebab dia tinggi, tegap, hidung mancung…”

“Lagi?”

“Bibir dia… nampak seksi!” jawab Kamalia agak nakal dengan sedikit senyum.

“Hah?” Wajah dan mata Raish sudah membulat menatap Ke wajah Kamalia..

“Pada mata I lah, pada mata orang lain I tak tahu pulak.”

“Ooo,patutlah…”

“Patutlah apa?” Soal Kamalia, terhairan sudah dia bila melihat di bibir anak muda itu terpamer senyum yang meleret-leret pula.

“Patutlah you tak boleh terima I, sebab badan I tak tegap macam Zul, bibir I tak ‘seseksi’bibir Zul kot…”

“Hehh… you ni, ke situ pulak!” Balas Kamalia, dilihat Raish semakin galak mengejeknya sambil terus senyum juga.

Bagi Kamalia, pertemuan kali ini lebih menimbulkan kegelisahan dalam dirinya. Tidak disangka, perkenalan yang tidak sengaja dulu terus menjadi episod yang bersambung-sambung sehingga sekarang. Bila dan bagaimana semua itu akan berakhir tiada dapat dia menduga.

 Kalau dulu dia sering terbaca dalam majalah atau akhbar, kisah mak-mak datin yang kesunyian membela teruna-teruna kacak sebagai peneman sepi, terasa dirinya seperti sedang mengalami perkara serupa itu. Jika dulu dia jijik mendengarnya, kini dia lebih menginsafi perasaan mereka, juga diri sendiri.

Tetapi itu golongan lain. Aku tidak sekeji itu hingga sanggup menggadai maruah dan hargadiri. Aku masih ingat batasku. Tetapi sampai bila?

“I minta maaf.Belum dapat I katakan dengan sejujurnya pada you.”

“Ya, siapalahI ni kan, tak setampan hero drama Melayu pujaan you,” balas Raish sebelum mereka berpisah, kata-kata yang selalu buat dia senyum bila mengingatinya.

Mengenang ketelusan anak muda itu teringin sekali dia berkata jujur. Ingin menceritakan hakikat siapa dirinya yang sebenarnya.

Tidak. Belum masanya untuk kau tahu siapa aku! Putus Kamalia sendirian.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.