Home Puisi Alternatif SELAMAT TINGGAL OMBAK
SELAMAT TINGGAL OMBAK
Noreey
11/4/2016 00:43:50
1,844
Kategori: Puisi
Genre: Alternatif

SELAMAT TINGGAL OMBAK


SELAMAT TINGGAL OMBAK

WALAU AKU TIDAK KUAT UNTUK BERLARI

AKU TERPAKSA PERGI

PULANG KEMBALI KE RIMBA SEPI

DI MANA BERMULANYA MIMPI


SELAMAT TINGGAL OMBAK

AKU PASTI MERINDUI

DEBURAN MU YANG MENGHAMPAR BUIH-BUIH SUCI

PECAH DI KAKI KU MEMBASAHI JEJARI

KETIKA MENYUSURI KEINDAHAN MU YANG PENUH ERTI


SELAMAT TINGGAL OMBAK

MUNGKINKAH KITA AKAN BERTEMU LAGI

UNTUK MENATAP SENJA YANG BERPELANGIā€¦

LALU MENULIS LAGI

PUITISNYA PUISI BERSAKSIKAN MAYA ILAHI

YANG INDAH INI


SELAMAT TINGGAL OMBAK

MASIH MANISKAH SENYUM ESOK DI BAWAH SANG MENTARI PAGI

SEMUANYA MASIH TIDAK PASTI

YANG PASTI AKU TERPAKSA PERGI

MENGATUR JEJAK-JEJAK DIRI

DEMI KELANGSUNGAN HIDUP YANG HAKIKI


Coretan,

Nor riha Kadir

Ahad, 10 April 2016, Port Dickson

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.