Home Novel Cinta ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
Nurul Izah
16/8/2018 09:36:23
50,706
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Semingguberada selepas pulang dari Indonesia barulah dia dapat bertemu dengan Sufian.Lebar senyum lelaki itu melihat dia dari tempat duduk yang agak terlindung diSturbucks KLCC. Entah apa mimpi malam itu, lelaki itu mahu bertemu dengannya ditempat begini. Penuh dengan umat!

            “You ni… kalau cari tempat janganlahtempat yang jem macam ni. Pening tau nak cari jalan. Nak cari parking lagi.Buang masa I.” Rungut Syakila. Dia memang benci bila Safuan mengajaknya makandi KLCC. Entah apa yang best sangatdi situ.

            “You ni… jumpa I tu bagilah salam.Seminggu tak jumpa you terus sembur I macam tu. Manalah orang lelaki  nak kat you. Garang sangat.”

            Syakila mencebik. Ada aku kisah!

            “You nak kata I tak lakulah ni?”

            “Tak cakap….. tapi kalau you tulembut sikit, pasti ramai yang tergoda.”

            “Tak kuasa I. biarlah I jadi andartukalau lelaki tak boleh nak terima I seadanya. Huh, kalau setakat nak lembutbagai sebelum kahwin buat apa. Lepas kahwin baru nak tunjuk singa jantan atausinga betina. Heysh! Nak berkawan biar jujur.”

            “Ade aje lah jawapan you ni.” Sufianmenghirup latte panas. Minumankegemarannya. Pergilah ke mana café sekalipun. Dia pasti akan pesan minumanyang sama. “I nak bagi tahu you, ingat tak yang I nak kenalkan dengan seorangkawan I? You ada buat katering kat majlis dia malam tu… ingat tak?”

            Puas Syakila berfikir. Cubamengimbas beberapa raut wajah selama dua minggu ini yang menempah perkhidmatankatering dengannya. Rasanya malam itu lelaki yang dimaksudkan tidak jadidatang. Sufian sendiri tidak dapat datang. Isterinya terpaksa dihantar kehospital.

“Owh,yang hari tu tak jadi sebab dia nak ke Australia tu ke?”

            Sufian mengangguk. Sepatutnya merekaberjumpa sebelum Syakila berangkat ke Indonesia. Tapi terpaksa dibatalkan.

            “So, bila you free?”

            “Laa… itu aje ke yang you nak tanyaI? kalau setakat nak tahu bila I freeboleh aje you call or sms kat I. Dianak order apa pulak kali ni? Bapak dia nak buat majlis lagi ke?”

            “You… you tak rindu kat I ke? Irindu dengan you sebab tu I ajak you keluar. Dah tiga bulan I tak jumpa you tautak.”

            Syakila ketawa kecil. Bukan tidakpernah Sufian kata rindu.

            “Rindu dengan you? kucing I katrumah tu, yang lagi comel dari you tu pun I tak rindu.”

            “You memang kawan tak kenang budi.”

            Huh, Sufian! Bukan dia tidak kenallelaki itu.

            “Kenang budi you lah ni… kalau tak Itak terpacak kat tempat sesak macam ni tau.” Syakila memang suka membidaslelaki itu. Suka membuat lelaki itu hilang kata. Tapi dia tahu, lelaki ituadalah sahabat terbaik yang dia ada. Seperti selalu, apapun yang dia ucapkanpada Sufian, pasti lelaki itu akan akhiri dengan senyuman manisnya. Merekatidak pernah bermasam muka!

            “Kawan I tu nak buat majlis besar.Dalam 3000 orang. Dia kata malam tu ayah dia suka sangat dengan katering you.Tu yang dia nak deal dengan you lagi.”

            “Owh… I sibuk la dalam dua tigaminggu ni. Apa kata jumpa dengan Ruby je.”

            “Eh.. mana boleh. I dah cakap nakkenalkan you dengan dia. You cari masa hujung minggu depan. I tahu you sibukdengan kenduri Datuk Sarip tu. You minta la si Ruby gantikan you kejap.Takkanlah tak boleh.”

            “Hurmm… tengoklah. Nanti I tengokjadual hari tu. You ni kalau tak memaksa tak boleh ke? Dia nak order makan jekan. Buat apalah nak sibuk kenal dengan I pulak. Sama aje pun kalau kenaldengan Ruby.”

            “Alah you ni… dia kawan I. MestilahI nak suruh dia bincang terus dengan you. Bila bincang dengan Ruby nanti diakena tanya dengan you juga kan.”

            “Yelah… sebab you I layan tau.”

            Sufian lega. Tersenyum lebar bilaSyakila setuju.

            Usai makan. Sufian mengajak Syakilamelihat beberapa buah butik yang ada. Syakila menurut. Begitulah dirinyasemenjak berkawan dengan Sufian. Bertekak bagaimana sekalipun, dia pasti akanmenurut Sufian.

            “Cantik tak baju ni?” Sufian mengacusehelai jubah ke tubuhnya. digoyang-goyangkan tubuhnya yang tinggi itu sepertianak kecil menunjukkan pakaian baru.

            Syakila tajam memandang. Jubahbewarna biru gelap itu dihias cantik di lengannya. Bahagian bawah ada sulamanbunga halus. Tangannya merasa kain yang nampak lembut dari pandangannya. Sejukkainnya. Tidak melekat di badan. Kalau di pakai pasti nampak jatuh cantikterletak di tubuh.

            “Cantik!”

            “Esok birthday Sufi. Kalau youlapang datanglah ke rumah. I buat makan anak-beranak aje. Kebetulan Along  balik malam ni dari Mesir.”

            “Owh… ye ke…. Dah lama Along takbalik kan?”

            Sufian mengangguk. Naziha, anak gadisnyaitu seakan membawa hati jauh ke Timur Tengah. Anak keduanya, Adam pernahberkata kakaknya itu kecil hati kerana dia rapat dengan Syakila. Apatah lagikemesraan mereka memang jelas selepas isterinya sakit dan terlantar. Dia terasasunyi. Adam sibuk dengan pengajian masternya. Begitu juga Dania, sibuk dengandiplomanya.  Aidil pula akan mendudukiSPM. Sudah lama tidak pulang dari asrama, banyak kelas tambahan. Sesekali sajadia sempat menjenguk anak bongsunya itu yang berada di Johor. Kesibukannyadalam dunia perniagaan membuat dia dan Syakila semakin rapat.

            “Pujuklah dia. Sampai bila dia naktinggal di sana. You ajaklah dia berniaga dengan you sekali. Manalah tahubisnes you ni boleh eratkan lagi hubungan you dengan dia. Anak perempuan, kalaukecil hati jauhlah dia bawa diri. Tapi you kenalah pandai mainkan peranan.Lagipun kasihan kak Sufi. Pasti dia rindu. Boleh I tahu dia kecil hati sebabapa?”

            Sufian menarik nafas panjang. Beratuntuk diucap dengan kata-kata.

            “Cantik tak jubah ni? sesuai takdengan isteri I yang cantik tu?”

            Syakila tersenyum kecil. BertuahnyaKak Sufi ada lelaki seperti Sufian. Walau sakit sekalipun, lelaki itu tetapsetia. Kalaulah dia ada lelaki sebaik Sufian.

            “Cantik. Sesuai untuk Kak Sufi. EsokI pos hadiah Kak Sufi ye. Macam manalah I boleh lupa hari lahir Kak Sufi. Tahunlepas kan kita celebrate sama-sama.”

            “You datanglah esok. Boleh jumpaanak sulung I tu.”

            “Tengoklah… esok I ada hal. You tahukan anak Aisyah tak berapa sihat. So I harus gantikan dia. Banyak tempahan katDamansara tu. I tak menang tangan.”

            “You ni Ila…. Carilah pekerja.Bincanglah dengan Aisyah. Dia pun harus tumpukan perhatian dengan baby dia tu.cari pekerja yang you boleh harap. Taklah you terbeban sangat dalam keadaanmacam ni. Nanti kalau Aisyah dah okey you pecatllah pekerja tu.”

            Bulat mata Syakila memandang Sufian.Pecat? Ish tak ada dalam kamus hidupnya nak pecat orang.

            “Pecat? Macam senang aje nak buangorang. Itulah sebab I tak ambil pekerja. Zaman sekarang ni kita nak pecat orangkasihan tau. You ingat masa I cerita I kena pecat dulu. sebulan menangis takberlagu. Sudahlah susah nak cari kerja.”

            “Tapi sekarang you dah jadi bisneswoman yang berjaya…. Kalau takorang tu pecat you, entah-entah you tak berjaya sampai sekarang ni.”

            “Itu I. Bukan orang lain.” Syakilatetap dengan pendiriannya. Dia sudah berazam. Tidak akan sesekalimemberhentikan pekerja. “You dah habis pilih ke? Hari dah petang ni, I naksinggah solat kejap.”

            “You pergilah solat dulu. I tunggukat sini. I nak cari sehelai dua lagi. Sudah lama I tak shopping baju untuk dia.”

            Syakila mengangguk. Dia bergegaskeluar dari butik. Jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Zuhur tidak lagi.Asyik melayan Sufian sedangkan lelaki itu sudah tentu solat terlebih dahulusebelum bertemu dengannya di sini. Dia kenal Sufian. Solatnya tidak pernahtinggal.

            Hampir setengah jam, Syakila munculsemula di butik yang ditinggalkan tadi. Sufian baru saja menyelesaikan bayarandikaunter. Lega rasanya. Harap-harap lepas ini Sufian tidak mengajak dia kemana-mana. Dia harus segera pulang.

            Sufian tersenyum lebar melihatkelibat Syakila di muka pintu. Dia mengangkat tangannya. Memberi isyarat dengandua buah beg yang sarat isinya. Sampai juga hajatnya untuk membelikan isterinyabaju jubah. Sudah lama dia tidak melihat Sufi memakai jubah. Selepas sakit,baju isterinya itu hanya baju kurung kedah dari kain cotton. Kainnya hanya kainsarung yang senang di cuci. Dia mengupah seorang bibik khas untuk menjagaisterinya itu. Dia perlukan bantuan. Tambahan pula dia sukar untuk bersamawanita kesayangannya itu setiap masa.

            “Ila, thanks sebab temankan I hariini. You setlah masa. Sekarang kawan I tu tengah free.”

            “Okey. Lusa I mesej. Esok I ada meeting dengan clien kat Puncak Alam.”

            “Jom balik. I dah habis shopping.”

            Lapang dada Syakila. Seolah lelakiitu tahu dia memang mahu pulang cepat kali ini.

            “Ila, ni untuk you.”

            Syakila memandang beg kertas yangdihulurkan padanya.

            “Eh.. kenapa pulak? Birthday I jauh lagi.”

            “Hadiah sebab you nak temankan Ipetang ni.”

            “Ye ke…. Alahai.. sweetlah you ni. Okey, thanks….. dah lama I tak shoppingbaju.” Berbunga hatinya mendapat hadiah petang itu. Tidak rugi menemani Sufian.Ada habuan untuk dirinya juga. “Thanks alot. See u Sufian.”

            “Seeyou.”

            Tangan dilambai. Mereka berpisah dihadapan butik. Syakila melangkah meninggalkan KLCC dengan senyuman lebardibibirnya.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.