Home Novel Cinta ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
Nurul Izah
16/8/2018 09:36:23
50,704
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Sufianmemandang pintu kamar anak sulungnya yang masih tertutup rapat. Sudah lamarasanya dia tidak bersua dengan Naziha. Selepas anak gadisnya itu mengambilkeputusan untuk terus tinggal di Malaysia hanya beberapa kali mereka sempatberbual dan makan bersama. Selebihnya, hanya dia yang duduk sendirian di mejamakan. Seingatnya mereka bersua pada hujung minggu lepas. Tapi Naziha langsungtidak memandangya seperti selalu. Malahan anak gadisnya itu terus melarikandiri ke dalam kamar tanpa sempat dia berkata apa-apa.

            “Pian nak makan ke?”

            Sufian berpaling. Mak Lang muncul.Dia lemparkan senyuman. Wanita yang setia bersama keluarganya.

            “Mak lang, kenapa dengan Along? Maklang perasan ke perubahan dia beberapa hari ini?”

            “Dia jarang makan kebelakangan ini.Mak lang ada juga bertanya kalau dia teringin makan apa-apa ke? Tapi dia macamtu ajelah. Senyum dengan mak lang lepas tu menggeleng kepala. Katanya kenyang.Dah makan di rumah kawan.”

            Dahi Sufian berkerut. Kawan?

            “Kawan? Dah lama dia di Mesir tu…..bertahun… siapa kawan dia agaknya?”

            “Pian, boleh tak kalau Mak langcakap sikit. Mak lang minta maaf lah kalau Pian terasa.”

            Sufian memandang wajah mak lang.wajah tua yang sebaya dengan emaknya sendiri. Dia hormati mak lang seperti diahormat orang tuanya. Mak lang bagaikan tempat bersandar ketika merekakehilangan orang tua.

            “Cakaplah mak lang. Tegurlah sayakalau tersilap. Jujurlah mak lang kalau seandainya saya tersalah jalan.”

            “Pernah tak Pian bercakap denganAlong sendiri. Pernah tak Pian bertanya apa yang ada dalam hati Along tu. Diaanak perempuan. Perlukan tempat meluahkan. Tapi Pian pun tahukan, emaknya hanyamampu mendengar. Dia perlukan tempat berinteraksi. Dia dah jauh sangat darikita. Pian cuba dekati dia. Cari masa ajak dia keluar. Mungkin kalau Pianselalu ajak dia keluar, suatu hari nanti dia akan luahkan apa yang terbukudalam hatinya. Apa yang dia tak puas hati.” Mak lang menarik nafas panjang.Sudah terlalu lama Naziha dibiarkan mencorak langkah sendirian. Sehinggalahanak gadis itu tidak mahu pulang. “Pian pun tahu kan dia kecil hati dengansikap Pian. Pian biarkan dia sendirian. Pian lebihkan orang lain dari dia. Diaterasa. Dia kecil hati kerana sikap Pian. Dia terlalu muda untuk mengerti kitayang tua ini Pian. Mak lang tak salahkan Pian kalau Pian rasa sunyi. Mak langpernah lalui. Tapi kadang-kadang mungkin kita terlupa ada hati yang masihmengharap kasih kita. Ada hati yang perlu dijaga.”

            Sufian tersentak. Benarkah diaterlupa? Dia tidak pernah lupakan Naziha.

            Benarkah dia tidak peduli hati Naziha?Anaknya itu yang menghindarkan diri darinya. Kali terakhir gadis itu pulang,lima tahun lalu ketika Sufi baru saja sakit. Lama anaknya itu di rumah.Sementara dia terpaksa bertungkus-lumus membina semula perniagaannya yanghampir saja muflis. Sakit Sufi yang berpanjangan membuatkan dia tidak pedulikanperniagaannya. Sehinggalah Naziha pulang. Naziha mengambil alih tempatnyasementara dia kembali menyelamatkan mata pencariannya. Namun dua tahun berlalu,Naziha mula berubah. Dia semakin pendiam. Masanya hanya dihabiskan dengan Sufi.Sehinggalah gadis itu menyatakan hasratnya menyambung semula pengajian di Mesir.Dia lepaskan Naziha pergi. Sehingga itu dia tidak pernah pulang. Tamat sajapengajiannya di sana, dia terus menyertai pasukan sukarela antarabangsa kePalestin juga Syria. Dia membawa diri. Ada beberapa kali Sufian mahu ke sanamelawatnya. Dia yang tidak mahu diganggu. Sehinggalah lima tahun berlalu.

            “Terima kasih mak lang. Terima kasihkerana menasihati saya.”

            “Maaflah Pian kalau mak lang banyaksangat bercakap. Mak lang minta maaf. Kalau Pian nak makan, mak lang sudahsiapkan.”

            “Terima kasih mak lang. Sebentarlagi saya makan.”

            Mak lang berlalu kembali ke kamar. Sufianpula terus berteleku. Mengenangkan dirinya yang dijauhi anak sendiri. Adakahsemua ini kerana Syakila? Salahkah hubungan dia dan Syakila? Mereka hanyaberkawan. Kawan…..

  

           

 

 

 

Previous: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.