Home Novel Cinta DIARI MILIK DOKTOR ANA
DIARI MILIK DOKTOR ANA
NAWAR WAHID
18/12/2020 17:35:30
15,004
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

Aku selalu tertanya-tanya, sejak bila hubungan aku dan Adam jadi renggang. Dulu kalau aku gelak, tak macam malaikat pun Adam tak cakap apa. Rahsia aku, semua dia tahu. Perangai baik aku pun dia senyap-senyap tahu. Aku sayang Adam macam saudara biasa. Tapi Pakngah sangat berkenan betul dengan aku. Hampir setiap bulan dia jenguk ummi. Khabarnya, bila hati aku ni nak terbuka. Aku bukan tak suka Adam. Aku pemalu. Ok, malu sikitla. 

Adam pula tak pernah cakap dia suka aku. Berturut-turut juga nama perempuan yang dia selalu sebut. Nama aku, haram bagi dia. Jadi, aku pun rasakan benda yang sama. 

"Berkhayal apa tu?" Tanya Dr. Rahul. Seorang lelaki india yang sangat fasih berbahasa Melayu. Badannya tidaklah tinggi mana, hampir sama tinggi denganku. Suaranya dalam tetapi tenang. Aku perhatikan si Rahul yang begitu tekun cuba mengalihkan kerusi untuk duduk di sebelahku. 

"Hm, tak adalah. Hari ni cuti Thaipusam kan. Pesakit tak ramai." Keluhku sambil menggaru kepala.

"Tuhan dah bagi kau kelonggaran untuk rehat semasa cuti, kau boleh mengeluh?" Bicara Dr. Rahul. 

Haih, rancak bercerita pasal Tuhan. Bukankah sepatutnya dia menyembah tuhannya hari ni?

"Kau tak sambut hari ni ke?" 

"Ahaha. Aku dah lama masuk Islam, Ana." Petah si Rahul sambil tergelak-gelak melihat aku yang terkesima.

"Are you kidding me?" hampir terlopong mulutku luas.

"Yes, Ana. Aku dah lama masuk Islam. Hm, dah setahun aku rasa." Balas Rahul sambil mengangguk-ngangguk kepalanya. 

"Aku minta maaf sangat-sangat Rahul. Padanlah setiap kali hari jumaat, waktu orang solat jumaat kau hilang. Astaghfirullah. Aku minta maaf sangat-sangat."

"Hei, kenapa pulak kau minta maaf?" 

Tiba-tiba datang seorang jejaka tinggi lampai, badannya tegap, ku kira ada juga hampir 175cm, berjalan ke arahku. Aku terpinga sebentar.

"Ana, is that you? Qairana kan? Ni Abang Han ni. Ingat lagi tak?"

Eh, abang Han, kawan baik Adam? Mestilah aku kenal!

"Abang Han! Eh, buat apa dekat sini?" 

"Aunty Aisyah masuk hospital. Tu, katil no. 6. Daripada tadi abang duk perhati je Ana. Betul ke ni Ana. Kalau salah orang kang malu pulak." Senyumannya meleret.

Aku berdiri daripada kerusi lalu ku berjalan ke arah Abang Han. 

"By the way, she's a doctor. Dr. Ana." Sampuk Rahul tiba-tiba. Aku pandang Rahul yang sedang menghulurkan tangan ke arah Abang Han. 

"Im Dr. Rahul." Sengaja Rahul menekankan perkataan Doktor. Aku agak cemas. Rahul tak pernah berperangai pelik seperti ini. 

"Oh, minta maaf sangat ya, Dr. Ana. Saya Farhan. Panggil, er Han." Jawab Abang Han acuh tak acuh. Rahul terus  mempelawa abang Han untuk ke katil  no. 6. Mereka berborak seketika. Ketika itu, aku dibiarkan terpinga-pinga. Pelik betul. 

Aku yang seperti kebuntuan dikejutkan dengan jeritan seorang wanita tua.

"Tolong aku, doktor! Tolong! Tolong!" Jeritan yang begitu jelas itu menangkap perhatian aku. Apa dah jadi ni?

Aku lihat seorang budak dalam umur 5-7 tahun sedang sawan di atas katil. Aku nampak Maya terkial-kial memperbetulkan kedudukan budak tersebut. Maya mengiringkan badan itu ke kiri dan terus memerhatikan corak sawan. Mata hitamnya kelihatan ternaik ke atas. Mulutnya berbuih. Sawannya sudah hampir 2 minit. Jururawat sedang tergesa-gesa mendapatkan ubat bontot untuk menghentikan sawannya. 

Aku menarik dengan cepat mesin pam tekanan darah. Alat untuk periksa suhu badan segera aku keluarkan daripada bekas. Termostat yang berbentuk seperti pistol itu aku genggam. Di penghujungnya aku letakkan plastik untuk membalutinya. Segera kemudian, aku letakkan alat itu ke dalam telinga pesakit. Aku tekan butang dan terus tertera bacaan suhu 40. 

"Bila last ambil ubat demam puan?" 

"Semalam doktor!" Jawab ibu itu yang keresahan. Mencurah-curah air mata keibuan daripada kelopak matanya.

Aku berlari ke arah jururawat. Terusku pinta untuk ubat demam melalui bontot. Jururawat Shah hanya mengangguk lalu berlari ke almari ubat. 

Kembaliku di katil, sawannya hilang. 
Maya sudah pun meletakkan oksigen di muka budak itu. Waktu itu, dia sudah sedar daripada sawannya. Terus merengek-rengek untuk dilepaskan. Aku membiarkan sahaja budak itu memeluk ibunya. 

Kau bayangkan, kalaulah kau budak tu. Sawan datang, kau tak boleh nak cakap tolong. Kalaulah aku ni mak yang tak peka, aku biarkan anak aku. Mungkin aku akan buat macam-macam nak buat untuk hentikan sawan. Sedangkan, sawan itu ada cara kendalian. 

Bila sawan berlaku, kena mengiringkan budak tu. Jangan letak sudu. Jangan letak kayu dalam mulut. Sebab orang dulu-dulu percaya mereka akan tergigit lidah. Tapi, dengan posisi mengiring tu, dah cukup untuk elakkan daripada lidah tergigit dan lidah menyumbat saluran pernafasan. Buat mak yang dulu memang selalu anak sawan, mesti ada alat periksa suhu. Waktu tu, panggil orang untuk ambik alat tu. Periksa suhu cepat-cepat. Kalau demam, bagi ubat bontot. Kau sebagai ibu kena peka macam mana corak sawan tu. Budak tu bernafas tak? Budak tu sawan berapa minit? Kaki dan tangan turut terhenjut-henjut sawan? Atau pun tangan sahaja? Atau kaki sahaja? Apa yang memberhentikan sawan? Lepas bagi ubat bontot? Masa sawan budak tu tercirit ke? Terkencing-kencing? Lepas sawan tu macam mana? Budak tu nampak lembik? 

Nampak tak? Jadi doktor bukan senang. Kau orang nampak macam doktor tak buat apa-apa tapi berjuta persoalan yang dia fikirkan. Kenapa nak bagi ubat? Kenapa ubat tu? Macam mana nak bagi ubat? Sapa je yang boleh dapat ubat tu? Boleh berjela-jela cerita nanti. 

Sawan masa kecik selalunya disebabkan demam. Wajib bawa jumpa doktor untuk sahkan sawan itu memang sebab demam. Boleh jadi sebab lain. Ada ketumbuhan kepada kepala atau tulang saraf. Boleh juga disebabkan masalah lain. 

Waktu kini dah berlalu dengan cepat. Aku yang sudah kepenatan terus berjalan laju untuk ke parkir motor. Dalam kegelapan itu aku terdengar seseorang memanggilku kuat. 

"Ana!" Aku mengeluh perlahan. Siapa pula tu?

"Ana, Rahul ni! Nak tumpang I ke?" Kata Rahul sebaik sahaja cermin tingkapnya yang hitam diturunkan. Aku terpinga-pinga. Rahul mana pula ni? Kenapa nampak lebih segak lepas kerja?

"Eh, Rahul! Ada pula nak tumpang you. Motor I nanti macam mana pula?" Entah sejak bila aku dan Rahul ber I dan you. Aku tersengih cuba menutup rasa penat.

"Alah, jomlah. I hantar you esok jugak. Kata kawan kan?" 

Pandai betul si Rahul ni berkata-kata. Bila dia sendiri cakap kita kawan maksudnya dia tak ada perasaanla padan aku. Jadi, senangla macam ni. Aku malas nak bagi harapan. Ke, aku yang mengharap?

"Betul ke?" Kataku acuh tak acuh. 

"Iya, jomlah. I tak suka tengok perempuan bawak motor tengah malam." 

Hai, badan. Terasa pula malas nak bawa motor. Tak apalah sehari je. Esok aku tak kerja. Esok nanti aku naik bas ambil semula motor ni. 

Tanpa berkata apa-apa terus aku meluru ke pintu kereta di penumpang hadapan. Pintu sudah terbuka sedikit daripada dalam.

"Wah, cantiknya kereta you. Kereta mahal ni kan?" Sengaja aku menambah kenyataan yang sudah terang-terang nyata. Kereta BMWM5 putih memang kereta idaman semua orang. Entah celah mana duit dia dapat. Oh, lupa Rahul ni anak orang kenamaan. 

Angin di dalam kereta Rahul sangat nyaman. Rahul tidak pula membuka radio di keretanya. Sengaja membiarkan perjalanan kami sepi tanpa perbualan. Dan waktu itu, aku rasa sangat mengantuk. Berpinar-pinar mata cuba tahan untuk lelap. Tapi terkandas juga. Entah bila aku tertidur di kerusi empuk tu. Sampai di hadapan rumah, Rahul mengejutku. Macam beruk juga aku terjaga daripada tidur. Mataku kemerahan apabila dilihat di cermin kereta. Penat. Rahul hanya tersenyum melihat aku yang baru bangun tidur. Astaghfirullah, buat malu kaum je kau ni. 

Di hadapan rumah, aku ternampak seorang makhluk tuhan sedang bertenggek, mencangkuk di tepi pagar. Ah, Adam! Aku mengerut dahi. Apa yang dia buat dekat situ?

"Adam?" Terpacul nama adam saat aku mempersoalkan keberadaan Adam saat itu. Mata Rahul menajam. Tidak jelas siapa gerangan lelaki di luar. 

"Siapa tu?" 

"Er, Rahul, you balik dulu. Terima kasih ya tumpangkan Ana." Balas ku mula resah. Aku terus keluar daripada kereta tanpa sempat Rahul membicarakan sesuatu. Kereta putih itu terus meluncur ke hadapan dan hilang di mataku. 

"Siapa tu?" Ah, rimasnya bila semua orang nak kisah dan tanya siapa tu siapa ni. Aku merungut dalam hati.

"Tak ada sapa-sapalah. Kau buat apa dekat sini? Pakngah mana?"

"Abah tak ada. Baru balik. Asal kau lambat?" Adam melihat jam. Aku serta merta menjeling ke arah jam di telefon bimbit. Haahlah, hampir sejam Rahul memandu. Jem kot. 

"Kerja habis lambat." Sengaja aku memberi alasan yang lebih munasabah.

"Kau ni." Marah Adam tiba-tiba. 

Aku menjeling ke arah Adam. Kenapa pula?

"Hari ni kan hari jadi Umi. Lama kami tunggu. Abah dah balik. Umi baru lepas siap kemas meja makan." 

Aku menepuk dahi. Ya, Allah! Aku lupa! Berlari aku masuk ke dalam. Kasut kerja terus berterbangan ke arah Adam. Terkejut teruk lelaki botak tu. 

"Ummmiiiii!!" Rengekku ke arah orang tua tu. 

"Anak umi ni kenapa?" 

"Sorry. Ana habis kerja lambat."

Umi memandangku pelik. Dia sudah biasa aku balik lambat. Dia tahu aku lagi penat kerja seharian. 

"Eh, kau ni! Tak payah nak mengada. Pakngah ngan Adam dah temankan Umi makan malam tadi. Kau ni dah makan belum?" Tepuk Umi perlahan pada lenganku. 

Perut aku terus berkeroncong. "Dah, Umi. Tadi ada orang hantar dia balik." Adam menyampuk.

Cis! Aku menjeling Tanam.

"Mana ada. Belum makanlah, Umi. Ana lapar. Umi masak apa tu?" Tanyaku sengaja membiarkan Adam di ruang tamu keseorangan.

"ALAHAI, DAH NAIK KERETA MAHAL, LAKI TU TAK BAGI MAKAN KE??" Adam menjerit kuat terus ke dapur. Ei, geramnya!

"Kau balik dengan siapa tu? Mana motor kau?" Kata Umi sambil mencedok kuah asam pedas yang baru sahaja di panaskan di kuali. Memang masakan kegemaran aku ni. 

"Rahul, kawan kerja. Dia tumpangkan je Ana. Motor dekat tempat kerjalah."

"Umi ingat rosak motor kau tengah jalan. Nasib baik." Kata Umi sambil meletakkan mangkuk ke atas meja. 

Aku pula sibuk menyedok nasi daripada kuali. Bau aroma asam pedas masak ikan pari betul-betul wangi. Aku terus berlari ke arah kerusi di meja makan untuk duduk. 

"Umi, adam tu buat apa dekat sini?" 

"Manalah Umi tahu. Kau tanyalah dia." Kata Umi sambil tersengih. Eh, lain macam mak aku ni. Ada apa pulak ni. 

Aku mengunyah nasi yang sudah digaul dengan kuah dan telur goreng. Air suam terus aku hirup sedikit cuba melepaskan lega di tekak. 

"Adam, kau buat apa lagi sini? Baliklah." Saja aku menyakatnya. Macamlah tak biasa. Adam tu aku rasa kalau abah ada, setiap bulan mesti tidur sini. Suka benar layan abah aku tonton bola. Tapi sejak abah dah tak ada,  Adam jarang datang sini. Lepas tu, dia pergi berkhidmat di Sabah. Lagilah tak menyempat singgah sini.

"Ah, Adam malas nak cakap." Adam acah merajuk. Umi terus tergelak. Merajuklah tu. Lah, kenapa nak merajuk, aku angkat kening.

"Kenapa Umi?" 

"Haha. Hari jadi dia kan sama tarikh dengan Umi. Kau lupa ke Ana?" Gelak Umi mengekek. Mata aku terbeliak. Gulp. 

"Adam!"

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.