Home Novel Cinta DIARI MILIK DOKTOR ANA
DIARI MILIK DOKTOR ANA
NAWAR WAHID
18/12/2020 17:35:30
15,011
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Ah, letihnya hari ni! Nak makan pun tak sempat. Jam dah mula menunjukkan pukul 7 malam. Selama 12 jam aku seperti hamba begitu tekun menyelamatkan nyawa orang. Nyawa aku? Semoga tuhan mengampuni aku. 

Aku balik ke rumah terus masuk ke bilik. Pintu terus ku kunci. Usai solat maghrib aku terus pengsan di tikar sejadah. Entah sudah berapa lama aku tertidur kepenatan. Aku terjaga apabila mendengar beberapa orang sedang bergelak ketawa di ruang tamu. Aku tengok jam sudah pukul 9 malam. Siapa pula yang datang malam-malam ni? 

Suara yang agak aku kenal ada di luar. Oh, suara pakngah. Aku terus keluar daripada bilik lalu ke ruang tamu.

"Assalamualaikum." Sapaku lalu ku hulurkan tangan pada Pakngah, abang ibu. Aku menyalam pakngah laju. Lelaki disebelahnya aku hanya hai kan sahaja. Itu sepupu aku, Adam. Orangnya tinggi lampai dan dadanya berbidang luas. Seorang askar yang baru sahaja pulang daripada bertugas di Sabah. Kepala botak. Hah, gelap! Aku mengerling ke arahnya lalu ku duduk di sebelah umi.

"Hah, dah puas tidur?"tanya umi. Aku sengehkan aja umi. 

"Adam baru je dapat cuti ni. Itu yang nak jumpa umi. Betul tak Adam?" Tanya umi sambil tersenyum.

"Hah, aa, betul tu maksu. Oh, ni Adam ada bawa sedikit buah tangan. Ada buah-buah ni. Ana, kau potonglah ni."

Ish, dia pulak suruh aku. Menyampahnya.

"Oh, okay boleh. Tapi aku tak pandai potong." Balas aku tanpa serba salah. Pakngah tu dah macam abah aku sendiri. Buat apa nak malu. Ah, adam? Kenapa dengan adam? Buat apa nak malu.

"Ambik la bawa dapur. Tak habis-habis nak bergaduh." Marah umi. 

Aku bangkit lalu ke dapur. Ish, dah la datang malam-malam nk rehat pun tak boleh. Tiba-tiba aku dengar tapakan orang ke dapur. Hah, nasib baik umi ke dapur. Malu betulla kalau aku tak pandai potong.

"Ummi-" Ayat aku termati melihat Adam berdiri bersandar di peti ais putih itu. 

"Hah, dah besar macam ni pun tak pandai potong buah? Potong manusia pandai pula."

Aku mengerut. Muncung panjang. "Kau ni, Adam. Senyaplah."

"Mehla aku potong. Muncung tu lagi tajam daripada pisau. Asyik nak muncuuuung je bila jumpa kau." Pisau di tanganku bertukar tuan. Adam laju memotong buah tembikai yang besar itu. Aku hanya berdiri di sebelahnya melihat aksi yang aku rasa dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk. 

"Rindu ke? Lama betul tenung aku." Kata Adam lalu mata kami berpaut sesaat. 

"Taklah, kau nampak gelap. Botak. Ugh." Kutukku sepuas hati. Aku hulurkan bekas buah pada Adam. Potongan buah itu nampak sangat kemas. Satu persatu buah itu disusun ke dalam bekas. 

"Campak jela. Nanti makan terus masuk perut."

"Haih." Adam mengeluh apabila mendengar penjelasanku. 

"Tak berubah perangai kau eh, Ana?"

"Apa?" Aku tertunduk apabila nadanya kembali serius. 

"Adam. Papa nak balik dah ni. Jom balik." Panggil Pakngah di ruang tamu.

Aku memandang ketulan buah yang kemas tersusun di dalam bekas. Laju sahaja Adam tutup kembali bekas itu. Lah, dia susun sebab nak bagi kita simpan ke? Ingat nak makan sekali. Aih, sedih ke Ana? 

Bukan sedih. Kami kan sepupu. Lama tak jumpa. Sedih sikitla. 

Previous: bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.