AKHIRNYA,saat yang
paling kubenci tiba juga.Pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.Sedikitpun
hatiku tidak teruja seperti Nadia dan pelajar-pelajar yang lain.Mana
tidaknya,sudah ada ‘malapetaka’ besar yang sedang setia menungguku di rumah
itu.
‘’Hoi,cepatlah sikit.Nak letak
beg kat dalam bilik tu pun sikit punya lama ke.Lembap sungguh perempuan ni.Tahu
tak kerja tengah melambak-lambak kat dapur ni.’’ Baru saja aku menjejakkan kaki
ke dalam bilik,suara Sarah sudah kedengaran menjerit-jerit dari luar.Aku
mengetap bibir geram.
‘’Sabarlah.Kau ingat aku ni
apa,robot ke sampai-sampai rumah terus nak buat kerja?’’ Aku terus membalas
dengan tengkingan.
Kedengaran bunyi derap kaki yang
kuat menuju ke arah bilikku yang dikongsi bersama Sarah itu.Seketika kemudian
Sarah muncul dengan wajah menyinga.
‘’Kau ni memang kurang ajar kan!
Ingat kau dah belajar kat U tu kau hebat sangatlah? Sedarlah sikit,kau
menumpang saja dalam rumah aku ni! Kalau mak aku tak bela kau, entah di manalah
kau merempat sekarang.Dasar anak luar nikah! ’’ Sarah juga tidak kurang hebat
kelancangan mulutnya.Rasa macam nak pelempang saja mulut perempuan ni!
‘’Aku tahulah aku menumpang saja
kat rumah ni.Tapi tu tak bermakna yang kau boleh buli aku sesuka hati.Dan aku
memang hebat pun,dapat merasa masuk U. Sedangkan kau,terperuk saja kat kampung
ni,belajar pun tak adalah pandai mana,berlagak saja lebih.Lebih baik lagilah
anak luar nikah ni daripada anak sah taraf macam kau.’’ Sindirku.Puas hatiku
kerana dapat mengenakan Sarah.
Sebelum sempat Sarah membalas
kata-kataku,Abang Haikal terlebih dahulu masuk ke dalam bilik.Wajahnya berkeringat.Dia
meletakkan beg-begku di atas katil lalu memandang kami berdua.
‘’Ni apa bising-bising ni.Korang
berdua ni memang suka bertekak kan.Pantang berjumpa,macam anjing dengan
kucing.’’ Abang Haikal menggelengkan kepalanya.
‘’Ariana nilah,tak habis-habis nak
hina Sarah.Dia ingat dia pandai sangatlah belajar kat UM tu.’’ Adu Sarah.
‘’Memang pun.Bukan macam kau.’’
Balasku pendek,namun sudah cukup untuk membuatkan Sarah sakit hati.Dia
merenungku seperti mahu menelanku hidup-hidup.
‘’Sudah,sudah! Ariana,jom ikut
abang pergi pekan.Abang nak beli barang sikit untuk raya nanti.’’ Abang Haikal
cuba meleraikan pertelingkahan kami berdua.Aku mengangguk.Dari aku panas hati
bertekak dengan Sarah,lebih baik aku keluar dari rumah itu.
‘’Ajaklah sepupu kesayangan abang
ni keluar.Asyik-asyik dia saja yang abang ajak.Abang memang tak sayangkan
Sarah!’’ Sarah mencemik lantas keluar dari rumah itu.Pasti dia pergi mengadu
dengan maknya yang sedang bergosip dengan jiran sebelah di belakang rumah.
‘’Kalau boleh,Ariana janganlah
bergaduh dengan Sarah tu.Ariana sendiri tahu kan perangai dia macam mana.’’
Ujar Abang Haikal ketika kami berada dalam kereta.
‘’Habis tu,Abang Haikal nak suruh
Ary buat apa? Biarkan saja Sarah hina Ary sesuka hatinya?’’ Balasku
keras.Sisa-sisa kemarahanku kepada Sarah kulampiaskan kala itu juga.
‘’Bukan tu maksud abang.Cuma abang
tak mahu Ariana dimarahi oleh mak abang tu lagi.Setiap kali Ariana dengan Sarah
bergaduh,mesti Ariana juga yang
kena.Abang tak nak perkara yang sama berulang lagi.Tambah pula lagi berapa hari
dah nak raya kan.’’
‘’Ary tak kisah,abang.Lagipun Ary
dah lali sangat kena maki hamun dengan mak cik.Dah jadi macam alah bisa tegal
biasa pun.’’ Balasku acuh tak acuh.
‘’Ya,abang tahu.Tapi abang nak minta
satu saja,tolonglah kawal perasaan Ariana tu buat masa ni.Lagipun tak elok
keluarga bergaduh dekat-dekat nak raya ni.’’ Nasihat Abang Haikal lagi.
‘’Yalah,yalah.Ary dengar nasihat
abang.’’ Aku mengalah.Malas aku nak terus berdebat dengan Abang Haikal lagi.
‘’SERIOUSLY,aku benci gila ada kat dalam
rumah ni sekarang.’’
Itulah kata-kata permulaanku sewaktu
berbual dengan Firdaus pada malam itu.Firdaus hanya ketawa mendengarnya.
‘’Haha,apa cer pula ni? Cuba kasi tau
sikit.’’
‘’Beruk dalam rumah nilah,tak
habis-habis nak menyusahkan hidup aku.’’ Rungutku.
‘’Apa yang sepupu perempuan kau tu
buat kat kau pulak kali ni?’’ Soal Firdaus,sudah arif dengan diriku yang lebih
suka membahasakan Sarah sebagai ‘beruk’.
‘’Benda biasa dia buat kat akulah,apa
lagi.Meluat aku bila teringatkan muka dia.Rasa macam nak tenyeh-tenyeh saja
mulut dia tu dengan sambal belacan.’’ Aku menjuihkan bibirku.
‘’Ala,sab….’’ Belum sempat Firdaus
menamatkan kata-katanya,Sarah tiba-tiba menolak pintu bilik dengan kasar.Aku
tersentak,pantas aku mematikan panggilan itu.Sarah hanya memandangku dengan
senyuman sinis.
‘’Mak,perempuan ni tengah sembang
dengan boyfriend dia.Bukannya reti
nak tolong kita kat dapur.’’ Jerit Sarah dengan suara lantang.Geram aku
dibuatnya.
‘’Hoi! Tadi aku dah tolong buat kuih
dengan masak untuk buka puasa kan.Dekat berapa jam aku ada kat dapur tu.Kau tu
yang tak buat apa! Dari tadi asyik melanguk saja depan tv.’’ Balasku dengan
nada yang tinggi.
‘’Oh,nak berkira pulalah sekarang
hah? Makan pakai orang bagi,setakat tolong sikit-sikit macam tu pun nak
merungut! Dasar budak tak kenang diuntung!’’ Mak cikku muncul di belakang
Sarah.Wajahnya menyinga.Aku mengeluh.Dia ni masuk campur pula dah!
‘’Yalah,yalah.Mak cik dengan anak mak
cik nilah betul.Sayalah yang salah.Sekarang ni mak cik nak perah keringat saya
suruh buat apa pula?’’ Soalku dengan rasa tak rela.Bukannya takut tetapi aku
malas nak bertikam lidah dengan dua beranak ini.Lagipun aku teringat akan
janjiku dengan Abang Haikal tadi.
‘’Tu,pergi tolong buat ketupat kat dapur!
Banyak yang tengah menanti untuk kausiapkan.Jangan nak asyik duduk saja dalam
bilik ni bergayut dengan lelaki.Mentang-mentang ada handphone makin besar kepala kau ni!’’
Aku menghela nafas.Sabar Ariana,sabar!
Dengan langkah berat dan hati yang tak rela,aku melangkah ke dapur diikuti oleh
dua beranak yang sehati sejiwa itu.Aku menarik nafas lega apabila melihat Abang
Haikal turut ada sama.Aku duduk di sebelah Abang Haikal.
‘’Sarah,periksa kali ni Sarah dapat
nombor berapa?’’ Soal mak cik kepada Sarah.Aku tahu dia sengaja bertanyakan
soalan itu di hadapanku.Tidak lain tidak bukan nak membandingkan aku dengan
Sarahlah.Abang Haikal mengerling ke arahku.Aku mengangguk,mengerti maksud
jelingan itu.Sambil-sambil itu,aku sembunyi-sembunyi menghantar mesej kepada
Firdaus.
Tengah buat ketupat.Dah start compare aku
dengan anak TERSAYANG dia.Makcik TERCINTA aku tu.
‘’Sarah dapat nombor tiga,mak.’’
Ujar Sarah dengan rasa bangga.
‘’Ish,pandainya anak mak ni.Macam ni
barulah anak mak.Otak Sarah yang bijak tu pun waris daripada mak.Bukan macam
seseorang tu kan.’’ Kata mak cik sambil menjeling ke arahku.Aku hanya buat tak
tahu.Dalam hati aku ketawa sampai tergolek-golek.
Setakat dapat nombor tiga dalam
kelas yang paling akhir sekali yang mempunyai murid sebanyak sepuluh orang pun
nak bangga ke.Aku yang selalu dapat top
five dulu dalam kelas seramai dua puluh lima pelajar yang kesemuanya bijak
pandai tak kata apa pun.Lawak,lawak!
Seketika kemudian ada satu mesej
baru masuk.Daripada Firdaus.
HAHA kesian mak cik tak bersalah.Sabar
sajalah.Jangan layan sangat.Last2 kau juga yang sakit hati.Diorang juga yang
happy.
Aku tersenyum sinis.Mak cik tak
bersalah?
Tak bersalah? Kau ada kat tempat aku baru kau
tau.
‘’Ariana,kamu dapat nombor berapa
dalam kelas hari tu?’’ Soal mak cik tiba-tiba.Aku cepat-cepat menyembunyikan
telefon bimbitku di belakang.
‘’Nombor sepuluh.’’ Tipuku.Malas
aku nak menerangkan pada mereka akan maksud CGPA.Aku tahu kalau aku bercakap
benar,pasti mereka akan sakit hati dan akan terus mencari modal untuk menyakitkan
hatiku pula.Dan bila aku dah sakit hati,memang macam-macam bendalah yang akan
terkeluar dari mulutku ini.Disebabkan aku telah berjanji dengan Abang
Haikal,jadi terpaksalah aku mengalah pada malam itu.Hari lain,no way lah!
‘’Hah? Nombor sepuluh saja? Bodoh
betullah kau ni Ariana!’’ Kata Sarah dengan nada sinis.
‘’ Sarah!’’ Abang Haikal menegurnya
keras.
‘’Tak apalah,Abang Haikal.Ariana ni
memang bodoh,tak macam dia, pandai.Boleh dapat nombor tigaaa….’’ Perkataan ‘tiga’
itu sengaja aku menyebutnya dengan panjang dan kuat.Mahu menyindir Sarah secara
tak langsung.
‘’Tahu tak apa.Sebab tulah kau tak
payah nak berlagak sangat dengan aku.Jangan ingat dalam keluarga ni kau yang
paling bijak di antara semua.Bukan semua yang dapat belajar kat U tu pandai
okey.’’ Sarah terus-menerus menyerang aku dengan sindirannya.
‘’Yalah,yalah.Aku memang
bodoh,okey, Kau sajalah yang pandai dalam keluarga ni.’’ Sabar Ariana,sabar.
Demi Abang Haikal,sampai hari raya saja!
‘’Ariana nak tahu tak pasal bisnes
kraftangan abang tu? Bisnes abang tu semakin berkembang maju tau.Ramai
pelancong yang datang beli dekat tempat abang berniaga tu.Semua tu berkat
pertolongan bapa kawan Ariana tu.’’ Abang Haikal memulakan perbualan denganku.Dia
cuba menghentikan sindiran Sarah dan mak cik terhadapku yang bagaikan tiada
penghujungnya.
‘’Oh,ya ke? Baguslah.’’ Aku mengerling
telefon bimbitku yang berada di sebelah.Thanks
to Firdaus actually,abang.Aku tersenyum apabila mengingati kembali
perjanjian antara aku dan Nadia.
‘’Bapa kawan Ariana tu doktor kan?
Bagus betul dia tu.Bila dah senang sanggup pula tolong bagi modal kat orang
susah macam kita ni.’’
‘’Bapa Nadia tu dulu macam kita
juga,hidup susah.Mula-mula tu dia pun bercita-cita nak jadi businessman macam abang,tapi disebabkan maknya berharap sangat dia
dapat jadi doktor untuk ubah nasib keluarga mereka,dia pun ikutkan
sajalah.Sebab tu dia suka nak tolong anak-anak Melayu yang nak bangkit dalam
bidang keusahawan ni,sebab boleh jugalah teruskan cita-cita dia yang tak
kesampaian tu.’’ Terangku.
‘’Dia pun ada cerita juga hal tu
kat abang masa kami mula-mula jumpa dulu.Bagus betul orangnya.Jarang jumpa
orang berada yang baik hati macam tu.’’ Abang Haikal mengangguk-nganggukkan
kepalanya.
‘’Betul.Bukan macam sesetengah
orang tu kan.Dah tahu miskin tapi tak sedar diri.Asyik nak bergayut dengan boyfriend sahaja kerjanya.Tu kat depan
kita boleh tunjuk perangai macam ni,kalau dekat belakang kita tak tahulah macam
mana.’’ Tiba-tiba mak cikku menyampuk perbualan kami.
Aku tersentak.YA-ALLAH orang tua
ni,tak habis-habis lagi ke!
‘’Kalau saya nak cakap dengan boyfriend saya pun,so what? Saya ada kacau mak cik ke? Ada saya minta duit mak cik nak
beli top up? Tak ada kan? Handphone
ni pun saya beli dengan duit saya sendiri,tak ada sangkut-paut dengan mak cik
sikit pun.So mind your own business okay!’’
Akhirnya,setelah puas ditahan-tahan
perasaanku tersembur jua bagai lava yang mengalir menuruni gunung berapi.Tanpa
menunggu lebih lama lagi di situ,aku terus bangun dan meninggalkan mereka
semua.Panggilan Abang Haikal tidak aku pedulikan.Kutukan Sarah dan mak cik juga
tidak kuendahkan.Aku menutup pintu bilikku sekuat hatiku dan menghempaskan
diriku di atas katil.Teruji betul kesabaranku pada bulan-bulan puasa begini.
Gerr… gerr…
Telefonku bergetar,menandakan ada
panggilan masuk.Daripada Firdaus.
‘’Helo!’’ Aku menjawab dengan suara
tegang.
‘’Amboi,garangnya. Baru selesai
bergaduh ke?’’ Usik Firdaus.
‘’Yalah.Tak pernah sesaat pun hidup
aku tenang kat dalam rumah ni tau tak.’’
Firdaus ketawa kecil. ‘’Sabar sajalah Ria.Tak payah nak layan
kerenah diorang tu.Makin dilayan makin seronoklah diorang buat.Kalau kau duduk
senyap lama-lama berhentilah diorang tu.’’
‘’Masalahnya nak tunggu sampai berhenti tulah yang
susah.Boleh gila aku dibuatnya kalau aku duduk diam saja dengar caci-maki
diorang tu.Berbisa tau tak.Lagi berbisa dari patukan ular.’’
‘’Okey,okey.Aku faham.Sekarang
cakap pasal benda ni pun lagi buat kau sakit hati,jadi lebih baik tak payah
cakap.Kita alih topik pula.Kau suka apa?’’
Soalan spontan Firdaus itu terasa
melucukan pula.Aku terus ketawa.
‘’Apa punya soalan ni? Tak ada
kaitan langsung dengan topik yang kita cakap tadi.’’
‘’Jawab sajalah.Aku nak alih topik
ni.Janganlah banyak tanya.’’
‘’Yalah,yalah.Ermmm…. apa ya?’’
Aku mengurut-ngurut daguku berfikir.
‘’Entah.Rasanya tak ada benda specific
yang aku suka pun.’’
‘’Alah,takkan langsung tak
ada.Fikirlah.’’
Aku berfikir lagi.Kemudian aku
memetik jariku.
‘’Haa! Aku tahu.Jawapannya ialah
duit!’’
‘’Duit?’’ Firdaus tergelak
mendengar jawapanku itu. ‘’Yang tu aku
pun suka.Siapalah yang tak suka duit dalam dunia ni Cik Ria ooii!’’
‘’Tapi aku suka duit lebih lagi daripada kau
dan orang-orang lain.Kau sendiri tak boleh bayangkan bagaimana sukanya aku pada
duit.Dapat pegang duit yang banyak pun aku dah cukup seronok walaupun duit tu
bukan duit aku.Sebab selama ni aku hidup susah,nak dapat duit pun kena kerja
keras.Jadi bagi aku,duit ini amat berharga walaupun hanya satu sen.Kalau ada
sesiapa yang tercicir kat tepi jalan pun aku akan kutip satu sen tu.Kalau beli
barang kat kedai,bakinya ada lima sen pun aku akan ambil juga tau.’’ Kataku
bersungguh-sungguh mempertahankan pendapatku.
Firdaus ketawa lagi.
‘’Hemm,parah juga kau ni.Suka duit
sampai ke tahap macam tu.Teringat pula aku pada Mr.Crab dalam cerita Spongebob
Squarepants tu.Perangai kau sebijik macam dia.’’
Mataku terbeliak. ‘’Hah? Kau
samakan aku dengan Mr.Crab? Gila tak sama kot!’’
‘’Mana ada,samalah! Dengan
perangai suka duitnya,kedekutnya sampai satu sen pun tak nak lepas.Huh! Lain
kali kalau aku ditakdirkan jumpa kau,nak kenal kau senang saja.Mesti tangan kau
ada penyepit macam tangan Mr.Crab tu.’’
‘’Woi,mana ada!’’
‘’Crab! Crab! Crab!’’ Firdaus
terus memerliku sambil ketawa terbahak-bahak.Geram aku dibuatnya apabila
diketawakan oleh lelaki itu.
‘’Diamlah,katak puru!’’
‘’Hah,katak puru? ’’ Firdaus
bertanya dengan nada terkejut.
‘’Kalau kau kata aku ni Mr.Crab,kau tu pula
katak puru! Suara kau pun sumbang kan,jadi sesuai sangatlah.Kalau kau kata
tangan aku ni ada penyepit macam tangan Mr.Crab tu,nanti aku jumpa kau,badan
kau mesti penuh dengan tompok-tompok,basah-basah macam katak puru tu.’’
‘’Ada ke patut kau samakan aku
dengan katak puru? Dasar Mr.Crab! Asyik fikirkan duit macam nilah!’’
‘’Hish katak puru ni,tak nak mengaku
pula. Katak puru! Katak puru! Katak puru!’’ Aku terus memanggil Firdaus dengan
nama itu.Firdaus juga tidak mahu mengalah dan asyik memanggil aku dengan
panggilan Crab! Crab! Crab! Akhirnya kami ketawa sendiri.