‘’KAU dapat apa-apa
berita terkini pasal Firdaus tak,Nadia?’’ Soalku apabila Nadia memeriksa laman
sosial Facebook dan Twitternya.
‘’Tak ada apa-apa,Ary.Nazrul tak update apa-apa pun pasal perkembangan
terkini Firdaus dalam dua hari ni.’’ Ujar Nadia hampa.
Wajahku menjadi semakin
murung.Mataku yang bengkak kerana terlalu banyak menangis itu mengalirkan air
mata lagi.Nadia menepuk-nepuk bahuku,cuba menenangkan hatiku yang bergelora.
‘’Janganlah menangis,Ary.Aku
yakin,Firdaus tak apa-apa.’’ Pujuk Nadia.
‘’Macam mana tak boleh apa-apa,Nadia?
Nazrul sendiri dah tulis dalam update
dia,Firdaus dalam keadaan parah semasa dibawa ke hospital.Masa tu dia hanya
tinggal nyawa-nyawa ikan saja.’’ Air mataku semakin deras mengalir. ‘’Kalaulah betul-betul dia mati Nadia….’’
‘’Ariana,please,jangan cakap macam ni boleh tak. Umpama macam kau mendoakan
juga tau!’’ Ujar Nadia keras.
‘’Dia dah bagitau aku Nadia,masa tu
dia tengah drive.Aku sendiri tahu
yang masa tu hujan lebat.Tapi aku tetap berdegil nak bercakap juga dengan
dia.Semua ni salah aku,Nadia.Salah aku.’’ Aku menangis teresak-esak dalam
pelukan Nadia.
‘’Sabarlah,Ary.Semua ni bukan salah
kau.Ni semua dah ketentuan ALLAH S.W.T. Yang penting sekarang,kita berdoa agar
Firdaus selamat,okey.’’ Nadia cuba menenangkanku.Tetapi aku tahu jauh di dalam
dasar hatinya,dia juga berasa sedih.Mana tidaknya,orang yang disayanginya
terlibat dalam kemalangan yang boleh membawa maut,dan semua itu disebabkan oleh kawan baiknya sendiri!
YA ALLAH,tolonglah selamatkan
Firdaus.Janganlah biarkan sesuatu yang buruk terjadi padanya,doaku bersungguh-sungguh
di dalam hati.Aku tidak tahu apa yang akan terjadi padaku sekiranya Firdaus
betul-betul meninggal disebabkan kemalangan itu.Pasti aku akan diburu rasa
bersalah seumur hidupku.
Tiba-tiba,telefon bimbitku
berdering.Apabila melihat aku hanya buat tidak endah,Nadia menjawab panggilan
itu bagi pihakku.Dan wajahnya terus berubah.Dia merenung ke arahku dengan
pandangan yang penuh dengan kerisauan.
‘’Siapa?’’ Soalku apabila Nadia
merenungku tanpa mematikan panggilan tersebut.
‘’Nazrul.’’ Begitu payah sekali Nadia hendak
menyebut nama itu.Jiwa aku bergelodak apabila mendengar nama itu keluar dari
mulut Nadia.Dengan tangan yang terketar-ketar aku melekapkan telefon bimbitku
di telingaku.
‘’Helo…’’ Sapaku dengan suara yang
terketar-ketar.Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu betapa takutnya aku pada masa
itu.
‘’Woi perempuan! Kau ni pekak ke atau
bodoh hah? Tak cukup selama ni kau asyik menyusahkan dia ,sekarang ni kau nak
bunuh dia pulak?’’ Jerkah Nazrul.Gementar aku mendengar tuduhan Nazrul itu.
‘’Aku tahu aku memang bersalah.Aku yang
menyebabkan dia terlibat dalam kemalangan tu.Tapi sumpah,tak pernah terlintas
pun dalam fikiran aku ni nak mengapa-ngapakan atau sakitkan dia,apatah lagi
sampai membuatkan dia terlantar di hospital macam sekarang ni.Percayalah!’’ Aku
cuba memberi penjelasan seraya menangis tanpa segan-silu lagi.Aku tidak tahan
mendengar tuduhan yang terlalu berat untuk kutanggung itu.
‘’Tak sengaja? Heh! Bila aku tahu yang
Firdaus kemalangan disebabkan dia berbual dengan seseorang melalui telefon
sampai tak boleh nak tumpukan perhatian ke atas pemanduan dia,aku dah tahu yang
kaulah orang yang berbual dengan dia tu.Aku dah cakap dengan kau dari dulu
lagi,jangan ganggu Firdaus lagi! Tapi kau tak nak,kau degil.Sekarang kau
tengok,disebabkan perangai bodoh sombong kau tu Firdaus sedang berada dalam
koma,bahkan nyawanya pun sedang berada di hujung tanduk. Dan semuanya berlaku
disebabkan perempuan tak sedar diri macam kau.Dasar pembawa malang!’’
Tersentap hatiku apabila mendengar
kata-kata ‘pembawa malang’ itu.Serta-merta kata-kata mak cik dulu terlintas
dalam fikiranku.
‘’Tak! Aku bukan pembawa malang! Aku
bukan pembawa malang!’’ Tanpa disedari aku menjerit-jerit.Tekanan betul-betul
menguasai emosiku.
‘’Ya,kau memang pembawa malang! Sejak
kau muncul dalam hidup Firdaus,tak pernah seharipun hari dia berlalu dengan baik.Dan
kemuncaknya,dia sampai boleh kemalangan macam ni. Jadi aku nak bagi amaran pada
kau,tak kiralah lepas ni dia hidup ke,dia mati ke,jangan ambil tahu pasal dia
lagi! Aku tak nak dia terus terlibat dengan perempuan malang macam kau ni.Orang
macam kau tak layak untuk berkawan dengan sesiapa pun,sebab kau hanya tahu
membawa nasib buruk dalam kehidupan orang-orang yang dekat dengan kau!’’
‘’Cukup! Aku tak mahu dengar lagi!’’
Aku terus mencampakkan telefon bimbitku ke arah dinding.Telefon bimbit itu
terus jatuh ke atas lantai.Hancur berkecai.Badanku menggeletar.Nafas juga
terasa sukar sekali untuk kuhela.
‘’Ary,kenapa ni? Apa yang Nazrul dah
cakap pada kau?’’ Soal Nadia dengan rasa bimbang.Dia memegang bahuku apabila
aku tidak memberi sebarang respons.
‘’Ary,tenang okey.Janganlah macam
ni.Kau buat aku risau.’’ Kata Nadia dengan mata berkaca-kaca.Dia juga menangis
apabila melihat keadaanku.
‘’Aku dah sakitkan Firdaus,Nadia.Aku
memang pembawa malang.’’ Ujarku dengan rasa beban di hati yang tidak
tertanggung lagi.
‘’Jangan cakap macam tu,Ary.Kau bukan
pembawa malang.Kemalangan tu berlaku disebabkan takdir.Semua ni bukan salah
kau.’’
‘’Tak,Nadia.Semua ni salah aku.Semua
ni salah aku….’’ Tiba-tiba kepalaku terasa pening.Mataku berpinar-pinar.Aku
jatuh terbaring di atas lantai.Nadia panik melihatku yang tiba-tiba pengsan.Dia
terus memangkuku seraya menampar pipiku perlahan.
‘’Ariana! Ariana!’’