Home Novel Cinta Tapi Bukan Kamu
Tapi Bukan Kamu
Amaryllis Dahlias
26/3/2024 15:09:10
9,337
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Matahari terbenam, melukis langit dengan kanvas oren dan merah jambu. Kehangatan petang itu berlegar-legar di udara ketika bintang-bintang pertama berkelip-kelip menjadi wujud. Ia adalah petang yang sesuai untuk bersosial, dan Rayyan saja yang merasa tidak kena pada tempatnya. Dia tidak rasa selesa berada di sini, di tengah-tengah orang hebat,bijak dan terkenal dalam bidang kejuruteraan kimia dan bioteknologi. Dia adalah orang biasa,seorang yang telah berusaha untuk bangkit dari tiada apa-apa. Malam itu meraikan kejayaannya menjadi wakil untuk berucap di konvension sains yang terulung di dunia di kota yang asing baginya, San Francisco.

Matanya mengimbas orang ramai,mencari wajah yang dikenalinya dalam mimpinya terlalu lama. Mengapakah dia masih mengharapkan kehadiran insan tersebut…dia mengeluh. Dia cuba memadamkan perasaan yang kian mengukuh. Harapan yang kian membara. Walaupun dia hampir pasti si dia tidak akan memunculkan diri jika si dia tahu kehadirannya dimajlis itu. Tetapi, mustahil si dia tidak tahu kehadirannya kerana namanya terpapar dalam senarai penyampai ucapan. Dia cuba tidak menghiraukan pelbagai pertanyaan yang timbul dalam fikirannya.


“So ini lah pakar pengkaji teknik baru porcine detection yang ulung itu?” tanya seseorang. Dia menoleh ke arah suara wanita itu.


Agak terkaku seketika apabila mata mereka bertentangan.

Rambut wanita di hadapannya itukelihatan berkilau, dengan sanggul yang anggun, menampakkan lehernya yang jinjang dan anggun. Si jelita itu memakai gaun merah burgundy yang melekap di tubuhnya berkeluk indah. Bibirnya dicat dengan warna merah burgundy yang sangat sesuai denganpakaiannya. Dia umpama sang suria yang menyinarkan cahaya di kegelapan dunia. 

Di depannya, itulah Matahari.


Rayyan merasakan gelombang emosi ketika mereka saling berpandangan. Jantungnya berdegup kencang, dan dia dapat merasakan darah mengalir ke pipinya. Begitu lama mereka terpisah. Kali terakhir mereka bertemu ketika kejadian tiga tahun lalu.


Keperitan kehilangan masih berlarutan, walaupun dia telah menemui cinta semula dengan isterinya, Eden Isabella. Tetapi bagi dirinya, dia masih belum sepenuhnya sembuh. Matahari unggul,unik, berbeza. Matahari adalah cahaya yang menyuluh kegelapannya. Dan Matahari yang mengajar kepadanya apa itu cinta yang sebenarnya.

Berdepan dengan kekasihnya itu semula,dia tidak dapat mengelak daripada tertanya-tanya apa yang mungkin  berlaku sekiranya dia berterus terang sahaja dengan apa yang di dalam hatinya tiga tahun lalu...

Dia memaksa dirinya untuk bertenang, untuk tidak melepaskan perasaannya.

"Rayyan, apa khabar. Dah lama sangat rasanya kita tak berbicara."

Dia membalas senyumannya, cuba menyembunyikan kegelisahan dalam dirinya.

"Sudah lama, bukan?"Dia memandang sekeliling, berharap dapat mencari alasan untuk berbicara dengan wanita itu secara lebih tertutup. "Awak nampak hebat, Matahari. Awak betul-betul....Hebat."

Matahari kelihatan terpesona mendengar pujian itu, pipinya bagaikan berubah warna ke merah lembut.

"Sungguh? Apa pun terimakasih, Rayyan. Awak pula apa kurangnya, tak pernah nampak tak gagah. Saya telah memberitahu rakan-rakan di uni saya tentang kejayaan luar biasa usaha baharu anda.Mereka semua sangat kagum. Tak sangka akhirnya,tercapai juga cita-cita awak untuk berucap di conference sebesar ini Rayyan…"  

Rayyan berasa serba salah apabila mendengar kata-kata itu. Entah mengapa dia tidak pernah terfikir untuk memberitahu Matahari tentang Eden atau anak lelaki mereka yang bakal lahir. Ia seolah-olah tidak relevan sekarang, dalam menghadapi perasaan yang semakin memuncak.

"Oh, baiklah, terima kasih.Ya, perjalanan ini agak sukar, tetapi saya tidak dapat melakukannya tanpa sokongan keluarga saya." Dia berhenti, memilih kata-katanya dengan berhati-hati. "Bagaimana kalau kita cari tempat yang sunyi untuk catch up?For old time sake?"

Mata Matahari bersinar-sinar mendengar cadangan itu.

"Cantik bunyinya, Rayyan.Ada balkoni dekat sudut sana. Ia mungkin lebih tertutup."

Dia menawarkan sikunya seperti seorang gentleman, dan mereka mula mengemudi melalui orang ramai. Semasa mereka berjalan, Rayyan tidak dapat mengelak daripada menikmati sensasi tertentu saat tubuh mereka bersentuhan yang menghantar gelombang keinginan menjalar dalam sarafnya. Dia cuba fokus pada perbualan mereka, tetapi ia menjadi semakin sukar.

Apabila mereka akhirnya sampai dibalkoni, Matahari memberi isyarat kepadanya untuk duduk di bangku yang kelihatan selesa. Dia duduk bersebelahan mencondong badannya sedikit cukup dekat sehingga bahu mereka hampir bersentuhan.

"So, beritahu saya tentang usaha baru awak ini.  I am all ears Rayyan…"

Suara lembut itu meyelinap dalam jiwanya, membuatkan dia bagaikan menggigil.

Rayyan berdehem, cuba fokus pada kisah tentang tugasan yang sedang dijalankan. 

"Hmm…mesti awak tahu bagaimana susahnya nak cari makanan halal kat kota ini bukan? Teknik yang saya reka itu mampu memudahkan semua orang detect kehadiran unsur khinzir dengan cepat dan murah tanpa was-was…."

Matahari mengangguk, memahami dengan mudah kata-kata Rayyan.

“Maknanya dengan mudah awak boleh detect sekiranya lipstick yang saya pakai ini ada unsur khinzir? Gitu ke?”tanya Matahari ketawa. Kepalanya terlintuk ke kiri.

“Yang itu, tak perlu detector…saya pun boleh detect…”

Matahari ketawa. Matanya terpejam.Kepalanya tengadah.

Rayyan menelan air liur melihat keindahan makhluk di sebelahnya.

"Saya mahu menjadi sebahagian daripada cabaran menghasilkan sesuatu yang mampu digunakan dunia. Betapa banyak alat solek yang dibuat dengan bahan-bahan yang tidak kita ketahui halal haramnya…saya mahu menjadi enabler untuk membuat perubahan, awak tahu? Betapa sukarnya  usaha ini…bagai mendaki gunung everest…" tambahnya.

Matahari mengangguk, ekspresinya simpati.

"Saya faham. Sukar untuk tidak mahu menjadi sebahagian daripada perkara seperti itu. Dan awak memang pakar dalam melakukannya, Rayyan. Awak memang layak di tempat sekarang."Dia beralih sedikit, memalingkan badannya ke arah Rayyan, bahu mereka kini bersentuhan.

Haruman minyak wanginya memenuhi hidung Rayyan, menyukarkan untuk berfikir dengan jelas.

Dia menahan nafas, merasakan ketegangan di dadanya mula membina.

"Terima kasih menghargai apa yang saya sedang usahakan, Matahari. Sebenarnya kit itu bukan sempurna lagi, masih banyak yang perlu dilakukan…fasa pembangunan mungkin sudah hampir sempurna tapi untuk masuk ke peringkat komersialnya….ahhh masih banyak yang perlu saya lalui….tetapi saya menyukai setiap minit mengerjakan semua itu." Dia sempat memandang kebawah pada tangannya, membelek-belek cincin perkahwinannya sebelum menyedari dia tidak memakainya. Dia cepat-cepat menepis fikiran itu.

Matahari meneliti wajahnya,matanya semakin membesar.

“Adakah awak gembira Rayyan?”tanya Matahari.

Rayyan bagaikan tersentak  mendengar soalan itu.

“Gembira? Ohh mestilah…saya gembira dengan hasil kajian ini…” kata Rayyan, senyum.

“Bukan itu yang saya maksudkan…”kata Matahari serius saja. "Saya nampak di mata awak, Rayyan…” Matahari menghulurkan tangan dan menyentuh pipinya, jarinya hangat di kulitnya. " Saya agak pasti awak sebenarnya tak gembira…”

Sesuatu tersangkut dikerongkongRayyan…tidak mampu dia bersuara ketika itu.

“Adakah kedukaan itu kerana Eden?Adakah dia tidak melayan awak dengan baik?"

Rayyan berasa sebak di dadanya.

“Awak tahu…” akhirnya suaranyakeluar juga. Tidak disangkanya Matahari mengambil tahu tentang kisah perkembangan semasanya… rupanya Matahari tidak benar-benar move on…

"Bukan tentang dia sahaja,Matahari. Ada...banyak perkara. Saya rindukan kita. Saya rindukan kita dulu."

Tangan Matahari kekal di pipinya,ibu jarinya menjejak lembut kulitnya.

"Awak tahu saya sentiasa bangga dengan awak, Rayyan. Walau apa pun awak buat, saya sentiasa ada untukawak." Dia berhenti seketika, suaranya makin perlahan. "Dan jika awak pernah mahu seseorang bersama awak, seseorang yang memahami...seseorang yangmencintai awak..."

Kata-kata itu membuatkan tubuhnya rasa menggigil. Dia dapat merasakan ketegangan di dadanya mula reda, digantikan dengan kehangatan yang menjalar ke seluruh tubuhnya. Dia menoleh sedikit, muka mereka terpisah beberapa inci.

"Matahari," dia meyebut nama itu bagaikan menikmati lazatnya hidangan, "Saya tidak tahu hendak berkata apa. I missed us. Nothing I do can erase the memory of us…"

Matahari tersenyum kepadanya,matanya berkilauan di bawah cahaya bulan.

"Katakan apa yang awak mahukan,Rayyan. Katakan yang awak mahu..." 

Bibir Matahari begitu dekat dengan bibirnya sehingga dia dapat merasakan kehangatan nafas wanita itu mengenai kulitnya.

Dia bersandar, bibir mereka hampir bersentuhan,dan dia berbisik, 


"Saya mahu kan awak Matahari. Saya mahu kita."

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias