Malam itu malam yang hangat dan lembap di Kuala Lumpur.Suasana berbahang dan udara yang penuh dengan asap kota raya.
Rayyan, berpakaian sut dan tali leher yang biasa telah dilonggarkan, berjalan pantas menyusuri jalan yang masih dipenuhi trafik, beg bimbitnya dihayun perlahan di sisinya. Sepulangnya dari San Francisco, dia telah dinaikkan pangkat di tempat kerja. Segalanya dalam kehidupannya kelihatan hebat semenjak dia berumahtangga. Rezekinya melimpah ruah. Semua yang diimpikan bagaikan menjadi realiti.
“Kita celebrate malam ini?” tanya Eden Isabella, ketika dia menelefon isterinya itu petang tadi. Jelas sekali keceriaan dalam suara Eden.
“Why not. You suggest kat mana sayang?” tanya Rayyan sambil cuba memikirkan beberapa pilihan outlet yang kerap mereka kunjungi.
“I nak makan Wagyu. I dengar kat GrillNow lazat amat…” cadang Eden teruja.
“Nice. I will see youthere…8.30?” tanya Rayyan. “I will walk myself to the restaurant…sebab dekat aje dengan office I…”
“Eh…bukan 8.30…I hanya boleh pergi selepas 10.00pm. sayang…I will go straight after my live session…” kata Eden. “Ben dan Cilla kata mereka nak join kita di sana…is that okay with you?”
“Okay just settle what you need to do sayang…I will see you at 10 then…” balas Rayyan walau pun ada persoalan dalam benaknya. Bila masa pula Ben dan Cilla, kawan se universiti mereka itu sudah mengetahui tentang kejayaannya?
Sambil melangkah fikirannya menerawang mengingati kisah lalu bagaimana dia mula merangkak tangga kerjaya di situ. Dia menarik nafas lega apabila mengenangkan betapa jauhnya dia telah sampai. Tetapi ketika dia berpaling ke sudut melepasi sebuah café yang pernah kerap dia kunjungi, wajah yang satu itu terpancar lagi di hadapan matanya, menghantar gelombang rasa bersalah membanjiri dirinya. Dan kenangan satu malam indah yang dilaluinya di San Francisco itu menerpa lagi.