Dia menggeliat. Terkejut seketika apabila menyedari ada seseorang di sisinya. Dia merenung wajah wanita di sebelahnya. Inilah teman hidupnya. Jodohnya. Dan telah ditakdirkan bersamanya sepanjang hayat. Wanita yang menyayanginya sepenuh hati.
Bagaikan mimpi, baru semalam mereka selesai majlis nikah kahwin. Hari ini mereka sudah tidur di rumah kelamin mereka. Kenangan beberapabulan lalu berbaur muncul dalam fikirannya. Segalanya telah tertulis dan…
Tiba-tiba wanita itu membuka mata. Dia tersentak dari lamunannya. Jari jemarinya menyentuh pipi wanita yang kini sah menjadi isterinya.
Mereka bertukar senyuman.
“Dah lama bangun?” tanya Eden Isabella, tangan sasa Rayyan disentuh.
“Tak juga…tapi sempatlah menikmati keindahan ciptaan Allah…”balas Rayyan, senyum lagi.
“Ohhh Rayyan, Bella nak bagi satu kejutan, nak tak? Jombangun jap…” tanya Bella sambil tangannya menutup mata suaminya yang baru sahaja dinikahinya.
“Eh mestilah…ada ke orang tak mahu kejutan…tapi biarlah kejutan yang menyeronokkan,” tutur Rayyan sambil tersenyum. Lebar senyum. Semuanya manis sekali.
“Kejap tau…Rayyan bangun…dan ikut saja ke mana Bella bawa Rayyan okayyy…” lagi lebar senyum Bella apabila mengesan otot pipi Rayyan tersengih sambil telapak tangannya masih menutup mata Rayyan.
Mereka sama-sama bergerak, keluar kamar tidur itu. Rayyan menurut langkah hala tuju yang Bella bawa.
“You nak letak I dalam tandas ke?” tanya Rayyan sambil ketawa.
“Tak kanlah I nak buat macam tu kat orang yang paling I sayang dalam dunia…” balas Bella.
Rayyan ketawa bahagia.
“Taraaaa…..” Bella tiba-tiba berhenti.
“Dah sampai?” tanya Rayyan.
“Haah…buka mata. Pandang bawah…”
Rayyan tengok tingkap besar yang menghala ke parkir terbuka di depan rumah mereka.
“Hmm…kenapa? Tengok tingkap nak buat apa?” tanya Rayyan.
“Tengok yang warna hitam,” pinta Bella.
“Apa yang hitam? Rambut you?” Rayyan cuba buat jenaka.
“Rambut I perang okay,” pantas Bella membalas sambil ketawa.“Tu…yang kat depan tu…”
“Hey kereta hitam tu?” tanya Rayyan kehairanan sambilmenoleh ke arah Bella. “Plat RAY44?”
Bella hanya mengangguk manja.
“Ya Allah, cantiknya kereta Bella…”
“Takkk itu untuk Ray…kan nama Ray kat plat tu…itu hadiah cinta Bella untuk Ray.”
Terus Rayyan memeluk Bella erat-erat. Dahi Bella dikucupnya syahdu.
“Terima kasih sayang…mari kita sambung yang semalam,” selamba Rayyan menarik Bella ke kamar.