Home Novel Cinta Tapi Bukan Kamu
Tapi Bukan Kamu
Amaryllis Dahlias
26/3/2024 15:09:10
9,633
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Alarm telefonnya berdenting-denting. Rayyan menggeliat. Sinarsuria sudah menjengah tingkap di rumah teres dua tingkat itu.

“Hmm…bangun yunk…” jari halus Eden menyentuh pipinya.

“Alaa…malasnya banguuunnn….” lengan Rayyan menjangkau dan merangkul Eden sambil memejam mata.

“Jangan start balik…nanti sampai tengahari kita tak keluar dari bilik…” usik Eden.

Begitulah Rayyan dan Eden hanyut dalam keenakan masih dalam fasa bulan madu. Pantang buka mata tak ada sesaat mereka biarkan tanpa melayar bahtera nikmat tanpa mengira sudah terbit fajar saddiq sampai matahari menyinar segalah di kaki langit.

 

Pagi itu dengan ceria Rayyan pergi kerja dan ketika dia membuka komputernya melihat mesej yang begitu banyak dalam mailboxnya. Ada satu arahan yang terpaksa dia akur. 


Ketika mereka bertemu di sebuah café di bandar untuk makan malam, dia memecahkan berita itu kepada Eden.


“It is okay sayang…Bella akan support apa saja keperluan dalam menjalankan tugasan Rayyan…” kata Eden apabila Rayyan memaklumkan kepadanya tentang keperluannya untuk terbang ke San Franciscos edangkan mereka baru juga menjadi suami isteri.

“Bella ambil cuti?” cadang Rayyan.

“Cuti??” terbeliak mata Eden. “Macammana nak cuti, kan kita baru sahaja ambil cuti masa kita nikah, sanding dan honey moon?”

“Rayyan tak mahu berjauhan dari Bella…”Rayyan mengerut dahi, sambil buat muka muncung itik.

“Alolololo comellnya sayang ni buat muka camtu…” Eden mencubit kedua belah pipi Rayyan.

“Jom lah ikut Rayyan…bukan dekat tau San Francisco…” kata Rayyan. “Rayyan takutlah tinggalkan Bella sendirian berhari-hari…Bella tak takut ke tinggal sorang2…”

“Bella dah lama solo Rayyan…kalau boleh Bella nak ikut ke mana saja Rayyan pergi…tapi…untuk waktu itu, Bella tak dapat ikut Rayyan sebab Bella kena ikut jadual…Bella punya product baru nak launch dan lepas itu terus buat road tour untuk resellers…I tahu lah I bukan famous sangat macam founder lain kat media sosial tu…tapi Bella kena ikut marketing programme yang telah kami rancang lama dulu…diorang yang support banyak untuk kejayaan business Bella…” kata Eden perlahan.

Rayyan tunduk. Nampak sedih.

“Rayyan, you patut bersyukur dapat peluang ke conference tu…bukan selalu syarikat nak bagi staff pergi conference…kat overseas lagi…mesti boss you tengok potensi you…” pujuk Eden.

“Potensi? Tak ada apa lah…Rayyan buat kerja biasa-biasa saja…” kata Rayyan.

“Hah…kalau macam tu…mungkinkah…sebab boss tu perempuan tak?”

 

“Hehehe ke sana pulak awak fikir…memang dia perempuan…tapi dah makcik-makcik…dah dekat nak warga emas…tak kan dia berminat dengan Rayyan…dah lah gaji Rayyan pun tak tinggi mana…” kata Rayyan merendah diri.

“Tak lah, Bella saja usik Rayyan aje…yang Bella tahu Rayyan kacak sangat, mestilah ada orang kat pejabat yang diam-diam menyimpan perasaan kot…” usik Eden lagi.

“Itu tak penting sayang…yang penting apa yang dalam hati ini…hanya awak dalam hati saya…setiap kali memeluk awak, ia umpama saya telah sampai ke destinasi saya…you are my home…” kata Rayyan sambil menggenggam jari jemari Eden.
Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias