Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 16

SAYUP - SAYUP kedengaran suara orang yang sedang berbual disusuli dengan gelak-tawa seorang perempuan. Perlahan-lahan Armell membuka mata dan memandang disekelilingnya. Comforter yang menyelimuti tubuhnya diselak perlahan. Kesejukan amat mencengkam kerana hujan pagi sedang membasahi bumi.

"Mell, you dah sedar?" seorang gadis yang kelihatan seusia dengannya berlari meluru ke arahnya.

Armell duduk bersandar dikepala katil. Pening dikepala masih terasa. Mungkin kesan pengambilan semalam.

"You... You Evelyn?" soalnya inginkan kepastian.

Gadis itu mengangguk laju seraya tersenyum girang. "Semalam you pengsan. Hayy yang bawa you ke sini."

Armell kerut dahi. Maksudnya ini rumah Hayy? Evelyn duduk sebumbung dengan Hayy? "Ini... Ini rumah Hayy ke?"

"Eh tak. Ini appartment I lah. Hayy ada kondo dekat lain. You jangan risau, I tak duduk sebumbung dengan dia pun." jelas Evelyn seolah-olah dia dapat membaca fikiran yang tersirat dibenak fikiran Armell.

Armell sekadar mengangguk.

"Tadi I dengar macam ada orang lain selain you. Mana dia?" soal Armell. Teringat pula sewaktu dia tersedar tadi, memang dia ada dengar suara Evelyn berbual dengan seseorang.

"Oh itu Hans. Dia baru je balik, I berborak dengan dia dekat pintu tadi. Kejap ya, I lupa pula apa yang Hans pesan dekat I tadi. You tunggu sini kejap, I nak ke dapur." bicara gadis itu dan dia terus menghilangkan diri dari bilik itu.

Armell lihat disekiling bilik. Perlahan-lahan dia merangkak turun dari katil. Niat dihati untuk menyusuli Evelyn hingga ke dapur.

"Eh Mell, apa you buat ni... Kan I dah cakap, you rehat aje dalam bilik tu."

Armell hanya tersenyum nipis. Kerusi meja makan ditarik dan punggungnya dihenyak disitu.

"Eee you ni degil lah. Patutlah Hayy selalu marah dekat you."

Mendengar gadis itu membebel, dia tertawa kecil. Macam mana Evelyn tahu yang Hayy selalu marahkan dia?

"Hayy ada cerita apa-apa pasal I dekat you ke?" soal Armell dengan senyum yang tidak lekang.

Evelyn berjalan ke arah Armell sambil membawa segelas kaca ditangannya. Kerusi disebelah gadis itu ditarik. "Pasal you? Em, selalu sangat! Tiap kali dia jumpa I, mesti nama you pun terselit sekali."

"Kenapa pulak dia selalu cerita pasal I?"

"Entah. I pun tak tahu." Evelyn jongket bahu. Air yang baru saja dibancuhnya tadi dihulur kepada Armell. "Nah, minum ni. Boleh legakan sakit kepala you tu."

Armell mengerutkan dahi. "Air apa ni?"

"Madu asli. Minum lah. Semalam you teguk benda haram tu kan? Elok lah you minum air madu ni. Buat ubat."

"I tak suka madu." Armell menggeleng seraya tersengih sumbing. Gelas kaca itu ditolak menjauh.

Evelyn mengeluh perlahan. Betul lah kata Hayy, gadis ini memang kepala batu! Degil betul. "You suka atau pun tak, you kena minum juga. Hayy dah amanahkan I."

"Takpe lah Lyn, I dah okay ni. You cakap dekat Hayy, I dah tak mabuk lagi."

"Yeke? Kenapa I nampak you macam tak okay lagi je?"

"Betul, I okay. You jangan risau ok?"

Evelyn sepetkan mata. Wajah Armell direnung bagai nak tembus.

"Ya Allah, betul Lyn. I okay!" celah Armell seraya tergelak kecil. Geli hati melihat Evelyn merenungnya seperti itu.

"Yelah! Nanti kalau Hayy marah I, I cakap you yang taknak okay. I tak salah!" Evelyn membebel lagi sambil mengangkat kedua-dua belah tangan.

Armell masih tersengih. "Korang berdua ni sweet lah! Masing-masing bersusah payah nak jaga I."

Evelyn buat muka jengkel. Pasangan sweet? Werk, nak termuntah!

"Sweet apa bendanya?"

"Yelah! You both sama-sama jaga I. Lagipun, you memang sesuai dengan Hayy. Untung betul siapa yang dapat dia tu." ujarnya sambil tersenyum.

"Memang beruntung pun siapa yang dapat dia." bicara Evelyn menyokong kata-kata Armell.

Evelyn turut tersenyum sambil bersandar dikerusi. Melihat senyuman Evelyn, Armell yakin bahawa gadis itu menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Tipu lah jika tidak ada perempuan yang jatuh hati dengan dia. Sikap penyayang yang Hayy Mikael curahkan kepadanya sudah cukup membuatkan dia cair dengan setiap layanan yang diberikan. Kenapa dia dilayan sebegitu baik sedangkan lelaki itu tidak pernah mendapat layanan sebaik itu daripadanya?

"Maaf kalau you rasa I masuk campur dalam hubungan you. Tapi I cuma nak tahu, hubungan you dengan Hayy dah berapa lama?"

Percakapan Evelyn terbatas sebaik sahaja mereka diganggu dengan bunyi ketukan pintu dihadapan. Armell mengeluh dalam diam.

Evelyn segera berlari menuju ke arah pintu utama. Sebaik sahaja daun pintu dikuak, terpampang muka Hayy Mikael dihadapannya. "Hayy,"

"Mell dah bangun?" soal Hayy Mikael seraya menjengukkan sedikit kepalanya ke dalam.

"Dah! Masuk lah." daun pintu dikuak lebih luas lagi bagi memberi laluan kepada lelaki itu untuk melangkah masuk.

Melihat Hayy Mikael yang hendak menapak ke arah bilik, cepat-cepat Evelyn bersuara.

"Mell kat dapur."

Hayy Mikael toleh memandang Evelyn dan tersenyum nipis. Lantas kakinya laju dihayun menuju ke arah dapur.

"Mell," sapa Hayy Mikael. Segera dia menarik kerusi bersebelahan dengan gadis itu.

Armell yang tadinya terkejut dengan kehadiran lelaki ini terdiam buat seketika. Kenapa dia tidak pernah lihat sedikit cacat cela pun pada diri Hayy Mikael? Lelaki ini sungguh sempurna!

Bau wangian yang sudah tidak asing lagi baginya mulai menusuk ke rongga hidung. Giorgeo Armani! Dia sangat kenal dengan bau wangian lelaki itu.

"You okay?" lelaki itu bernada lembut. Matanya tunak memandang wajah Armell. Jelas riak kerisauan yang terpancar diwajahnya.

Armell yang tadinya terpana sedikit tersentak sebaik sahaja Hayy Mikael bersuara. "Ah, okay. You jangan risau, I okay."

Hayy Mikael tersenyum lega. Semalam, hanya tuhan saja yang tahu betapa risaunya dia. Tak tenteram hati dibuatnya bila gadis itu pengsan dan tidak sedar-sedarkan diri. Hari ini dia lihat Armell semakin beransur pulih dan boleh tersenyum seperti biasa. Lega hatinya.

"I rasakan, dalam minuman yang you minum semalam tu bukan hanya sekadar arak." duga Hayy Mikael.

Armell mengerutkan dahi. Bingung dengan pernyataan lelaki itu. "Maksud you?"

"Semalam you bukan mabuk, Mell. Yes I know, you mabuk sebab tu you boleh menari sesuka hati dan biarkan lelaki pegang you. Tapi you bukan sekadar mabuk. I rasa kawan-kawan you ada letakkan pil tidur kat dalam air tu. Pil tidur yang berlebihan, itu sebab you tak sedarkan diri hingga ke pagi ini." terang Hayy Mikael.

"I tak faham. You nak cakap yang kawan-kawan I kenakan I, macam tu?"

"Yes!"

"You ni dah kenapa?" suara Armell mula meninggi.

"Siapa yang beri you minum minuman tu? Kawan you kan? So, siapa lagi?"

"Nonsense! Tak mungkin kawan I akan buat macam tu."

"Rykal tu siapa?"

Armell terpempan. Tiba-tiba otaknya berselirat. Mengingati semula detik-detiknya saat berada di dalam kelab tersebut. Teringat akan senyuman sinis lelaki yang mara kepadanya. Teringat saat lelaki itu meraih pinggangnya. Teringat akan suara dan cara lelaki itu menegurnya.

Rykal!

"Siapa dia, Mell? Boyfriend you?" soal Hayy Mikael. Sedikit nada kecewa.

Armell diam membisu. Hatinya tiba-tiba sakit apabila teringatkan perbuatan Rykal malam semalam. Lelaki itu hampir sahaja menciumnya.

"Kalaupun you tak ada perasaan dekat I, tolong lah jaga diri you. Kalau betul Rykal tu kekasih you, takpe I faham. I takkan paksa you untuk terima I. Tapi satu je I mintak, tolonglah jaga satu-satunya maruah you. I sayangkan you. Dan kalau you nak I buang perasaan ni, I akan cuba buang. I akan cuba untuk tidak jatuh cinta pada you walaupun hakikatnya, I cintakan you. Love at first sight. I akan lupakan semua tu kalau itu boleh buatkan you tidak jejak lagi ke sana."

"Bukan kekasih I." ketika itu, suara yang kedengaran seolah-olah bukan suaranya sama sekali. Seolah ada sesuatu yang tersekat dikerongkong. Perasaanya seperti tidak menentu dek terperangkap dengan kata-kata Hayy Mikael sebentar tadi.

Suasana sepi dan hening sekali.

I cintakan you. Love at first sight.

Ayat itu bergema lagi di dalam kotak fikiran Armell. Setiap perkataan itu seakan berulang-ulang kedengaran seiring dengan setiap degupan jantungnya.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya