Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 4

SEJAK peristiwa 3 hari yang lepas, kini Armell sudah tidak lagi menjejakkan kaki ke sana. Sudah lah pada hari itu dia sendiri pun tiada mood untuk ke sana, lepas tu benda yang tak diingini pula yang berlaku pada dirinya. Mana tak hangin?

Bella pula seperti biasa, masih berseronok seperti tiada apa-apa yang sedang berlaku. Apa yang Bella kesah? Selagi tak kena pada batang hidung sendiri, selagi itu dia tak akan serik.

Kini, Armell banyak menghabiskan masa diperpustakaan. Kali ini dia hanya berseorangan dan tidak seperti sebelum ini yang sentiasa bersama Bella.

Kelihatan beberapa orang pelajar sedang duduk berkumpulan di salah satu meja yang berdekatan dengan rak buku. Armell membuat keputusan untuk memilih meja yang lebih jauh dari mereka. Kalau boleh, dia ingin bersendirian. Tidak mahu ada sebarang gangguan.

"Hi, boleh I duduk?" soal seorang pemuda lelaki.

Malaun! 
Baru aje cakap tak nak ada sebarang gangguan. Siapa yang bingai sangat ni?

Armell angkat wajah. Belum sempat dia ingin bersuara, pemuda lelaki itu sudah mengambil tempat berhadapan dengannya. Wajah lelaki itu hanya beriak selamba. Hayy Mikael, mana pernah nak serius?

"Kenapa you pandang I macam tu?" soal Hayy Mikael bila melihat Armell yang tidak lepas memandang ke arahnya.

"Dah duduk baru nak minta izin." gumamnya sendiri namun kata-kata itu cukup jelas ditelinga Hayy Mikael.

"For what? Kenapa I nak kena mintak izin? Library ni you punya ke?" soal lelaki itu sambil tersenyum nipis. Tiada niat nak cari gaduh pun.

Armell pusing bola mata ke atas. Buku yang dipegang sedari tadi ditatap semula. Sungguh, dia tak ada masa nak melayan sikap Hayy Mikael yang terlalu bersahaja itu!

"Cantik you harini." puji Hayy Mikael.

"Kalau you duduk kat sini sekadar nak puji I cantik, baik tak payah duduk." balas Armell dengan mata yang masih tidak beralih dari muka buku.

"Tak, betul ni. You cantik harini." pujinya lagi.

Sememangnya Hayy Mikael suka dengan cara pemakaian Armell pada hari ini. Tak seperti sebelum-sebelum ini. Pakaian yang menjolok mata dan menggugat mana-mana iman lelaki yang melihatnya.

Hari ini, gadis ini hanya mengenakan seluar jeans dan juga sweatshirt hitam bersama rambut panjangnya yang diikat satu. Cukup ringkas.

"Mana you datang sebenarnya? Mana I ada, kat situ you ada. You kata you datang sini sebab ada hal kerja. Ni apa ni?"

"Memang I ada hal kerja pun. Tapi kerja tu I sendiri yang urus dan aturkan. Jadi, I tak ada batasan masa untuk pergi sana-sini termasuk masa untuk ikut you."

"Ikut I? You stalk I?"

Hayy Mikael tarik nafas dan menghembus perlahan. Lalu dia tersenyum menampakkan kedua-dua lesung pipit yang ada dikiri dan kanan wajahnya. Tanpa banyak bicara, Hayy Mikael bangun dari kerusi dan mengatur langkah keluar dari situ.

Armell terpana seketika. Berlalu beberapa saat, dia tersedar kembali. Melihat lelaki tadi yang sudah berada diluar perpustakaan, dia terus bangun dan berlari mengejar susuk tubuh sasa yang sedang berjalan itu.

"Hey! Hey!"

Hayy Mikael toleh ke belakang.

"You tau nama I ?"

"Bila masa I tau nama you?"

"Tadi bukan you panggil I ke?"

"Ha memang lah I panggil you. Sebab I nak bagi..."

Bukkk!

Terbongkok badan lelaki itu dek tumbukan Armell di perutnya. Hayy Mikael terbatuk kecil sambil memegang perutnya yang sudah senak terasa.

"Mell apa ni?!" marah lelaki itu dengan muka berkerut menahan sakit. Wajah Armell yang beriak kosong itu dipandang menanti jawapan. Tindakan Armell selalu tak dapat dijangka. Ini dah masuk dua kali dia kena pukul dengan gadis ini.

"You dah buat dua kesilapan pada I. Satu, you berlagak bagus kononnya you lah lelaki yang paling mulia dalam dunia ni. You sentuh pasal maruah I. Apa you ingat I ni tak ada maruah ke? Dua, you tak hormat I, you ikut I mana saja I pergi. You ni siapa sebenarnya? Apa yang you nak dari I?"

Hayy Mikael tegakkan badan seperti biasa. Rasa senak diperutnya sudah beransur hilang. Pandangan dibuang ke arah orang ramai.

"I tanya ni, jawab lah." desak Armell bila dia lihat lelaki itu seakan ingin mengelak darinya.

"I bukan nak berlagak bagus. I juga bukan lelaki mulia macam yang you cakap tadi tu. Tapi bukan ke islam mengajar kita untuk saling menegur?"

Armell tergelak sinis.

"You jangan nak ceramahkan I lah. I tak nak dengar pun mukaddimah free dari you tu. Okay, you kata you menegur I. Itu ke cara you menegur?"

"I tak cakap pun you tak ada maruah. I cuma nak memperingatkan you. Salah ke Mell? Dan pasal I tak hormat you tu. Sepanjang I jumpa you, pernah ke I sentuh you? Pernah ke I usik you?"

"Hormat? Dengan cara ikut I ke mana saja I pergi?"

"Kalau you tak boleh terima teguran I, salah ke kalau I ikut you?"

"Kenapa mesti I? Padahal banyak lagi perempuan lain yang seksi, yang liar macam I. Kenapa bukan diorang yang you tegur? Kenapa I?"

Hayy Mikael berpeluk tubuh. Tangan kanannya naik menggosok dagu seakan sedang memikirkan sesuatu.

"Hm... Kenapa you eh? I rasakan, I yang patut tanya you kenapa meja I yang you pilih untuk duduk sewaktu di restoran pada tempoh hari. Kenapa? Why?"

"Eh, hello! Itu dah terang lagi bersuluh I memang tak sengaja. Itu diluar kawalan, kenapa harus dipersoalkan? Berbeza dengan apa yang you buat dekat I sekarang ni. Perbuatan yang disengajakan."

"Apa yang berbeza, Mell? You ingat I suka dekat you ni perbuatan yang disengajakan ke? You ingat I sengaja ke nak sukakan you? Itu pun diluar kawalan, Mell. Kalau I diberi pilihan untuk suka pada perempuan, memang dah sah-sah you tak ada dalam senarai pilihan I. Tapi sebab I tak ada pilihan, Mell. Jadi you lah orangnya." selesai berkata-kata, Hayy Mikael terus melangkah pergi meninggalkan Armell yang mungkin sudah berada dalam fasa terkejut.

Dia sukakan aku? 
Dia ada perasaan dengan aku?
Apa maksud dia aku lah orangnya? 
Macam-macam persoalan yang berlegar-legar di dalam kotak fikiran Armell ketika ini.

"Hey!" jerit Armell memanggil pemuda lelaki itu yang masih tidak jauh dihadapan.

"Macam mana you tau yang nama I ni Mell ?!" jeritnya lagi tetapi kali ini lebih kuat berbanding tadi.

Kelihatan lelaki itu menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil.

"I yang tanya you dulu, macam mana you kenal nama I?" jerit Hayy Mikael pula.

Armell terkedu. Sejak bila pula dia sebut nama lelaki itu?

"Apa nama you?!"

"Nama I, Hayy!" dan lelaki itu terus melangkah laju pergi dari situ.

Armell garu kepala. Hayy? Nama dia, Hayy?

"Hey, Hayy..." seru Armell perlahan dan akhirnya dia tertawa sendiri.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya