Home Novel Cinta Spy Hati Dari Chantilly
Spy Hati Dari Chantilly
Mazni Aznita
3/1/2018 23:54:39
64,269
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 8

SURI Imani keluar dari bilik itu dengan wajah muram. Sesitemuramahnya berjalan lancar namun dia tidak yakin mampu mendapatkan posisisebagai eksekutif di syarikat itu. Sudahlah dia terlambat datang, walhalnamanya sudah dipanggil sejak awal-awal lagi. Mujurlah orang yang menguruskansesi temuramahnya bermurah hati memanggilnya semula.

Cabaran di luar selesai,di dalam satu hal. Ketiga-tiga penemuduganya jelas masing-masing sangat tegasdan serius airmukanya. Berbagai soalan diajukan padanya malah ada yangmempersoalkan ketepatan dia datang ke sesi temuduga itu. Itu yang membuatkandia putus asa.

Ini semua lelaki itupunya fasal! Gumam Suri Imani, tiba-tiba teringatkan lelaki yang menjadi jiransebelah rumahnya. Dia amat pasti lelaki itu tidak nampak wajahnya sebentartadi. Malah dia sengaja berlambat-lambat ketika mahu keluar kerana tidak mahulelaki itu mengecam dirinya. Sebaik lelaki itu beredar barulah dia menerpa kearah pintu lift. Tapi entah apa silapnya, butang yang ditekan langsung tidakbergerak-gerak. Barulah dia sedar lift di tingkat itu rosak rupanya.

Mahu tak mahu diaterpaksa berlari menuruni anak tangga. Berpeluh-peluh juga dia mahu sampai kebawah dari apartmen 7 tingkat  itu.Sudahlah begitu, teksi pula tiba-tiba sukar didapati. Setengah jam dia menunggubarulah sebuah teksi kelihatan. Itupun dia tersekat dengan traffic jampula. Macam-macam hal berlaku padanya hari ini, entah kenapa!

Dia melepaskan keluhanberat. Kesukaran yang mendatang sepanjang perjalanannya ke Nusa Jaya ituseolah-olah mahu memberitahunya sesuatu. Sorry, you are not suitable forthis position. Itu yang tertera di kepalanya sejak tadi. Dia pemegangijazah dalam bidang Perakaunan tetapi jawatan yang dipohonnya di Nusa Jaya ituhanya sebagai eksekutif pemasaran. Sudah enam bulan berlalu sejak diamenghadiri hari graduasinya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejak itu diamenganggur sehinggalah sekarang.

Dia melangkah lemahmelalui sekumpulan anak-anak gadis yang berpakaian kemas, sedang berbual sesamasendiri. Ketika dia memasuki lift itu, gadis-gadis itu juga ikut masuk sehinggadia terpaksa ke belakang. Namun gelak tawa riang gadis-gadis pekerja itulangsung tidak mampu menghiburkan hati laranya. Fail resumenya dipelukerat ke dada seraya dia bermuram durja di suatu sudut.

Tidak jauh dari SuriImani, berdiri pula Mikey Mikhail. Sepasang matanya asyik memerhatikan gelagatgadis itu. Mereka berdua sama-sama terperosok ke belakang lift, tetapi gadisitu seakan-akan tidak menyedari kehadirannya. Termenung bagaikan tidak terkesandengan suara riuh rendah yang sedang bercakap-cakap. Entah kenapa dia langsungtidak mampu mengalihkan pandangan matanya dari gadis itu. 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.