Home Novel Cinta JANDA HOT ILYAS FAKHRI
JANDA HOT ILYAS FAKHRI
Aira eddy
19/12/2024 15:14:40
815
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

BAB 3

Bunyi motor yamaha yang kuat kedengaran di atas jalan raya membuatkanMawar sudah kenal sangat dengan pemiliknya. Dari jauh Ijat sudah tersengih melihatMawar Elina yang sedang mengipas jualan kuih – muih dan nasi lemak. Sampaisahaja di depan gerai milik Mawar Elina, Ijat menyerahkan kelapa parut yangdipesan oleh Mawar.

“Ni kak, orang yang parut sendiri kat rumah”

“Ha, kau letak jelah situ dulu. Nanti kang akak bawak balik”

Ijat meletakkan kelapa parut di atas kerusi bersebelahan Faiq Izani.Sesudah itu, tangan mula mengambil penghalau lalat dan mula mengipas semulakuih – muih yang tersusun di atas meja.

“Dah kau tak payah nak tolong akak kat sini”

“Ala kejap je…

“Bukan akak tak tahu, kau dengan Fahim bergosip pasal akak kan? Dahbudak tu tak tentu arah kat sana. Apesal kau cakap yang Duda Seman tu nak kahwindengan akak?”

Ijat hanya tersengih mendengar leteran Mawar. Semua bebelan Mawar tidakdiendah.

“Kan akak dah cakap, apa – apa yang jadi kat sini tak payah report katFahim. Lagipun akak pandai jaga diri akak. Akak pun bukan ingin dengan dudaSeman tu. Kau tak payah lah report kat Fahim, kang dia dok runsing sana sini,exam pun entah kemana”

“Ye kak, sorry. Dah tu Pak Seman tu sampai nak bagi akak cincin. Siapbagitahu abah Ijat lagi suruh pinang kan akak”

“Biarkan je dia, akak bukan nya ada hutang pun dengan dia, rumah sewaakak bayar ontime kut”

“Yela..yela…. ah sudah kak… Baru je sebut”

Ijat menunjukkan sosok tubuh separuh abad yang menaiki motor skutermenuju ke gerai nasi lemak Mawar Elina. Mawar hanya membuat muka toya apabilaPak Seman sudah tersengih – sengih melangkah ke hadapan gerainya.

“Ha, ye Pak Seman. Harini nak berapa bungkus nasi lemak?”

“Bagi abang 5 bungkus nasi lemak Mawar”

Ah sudah. Ulat bulu dah naik daun. Ijat yang mendengar turut naktermuntah. Mawar dengan pantas membungkus nasi lemak untuk Pak Seman. Ijatmasih lagi setia menunggu Mawar Elina disebelah. Telefon bimbitnya dikeluarkandan mula menekan butang rekod. Adalah tu nak digosipkan dengan Fahim Iskandarwalaupun sudah berkali-kali dilarang oleh Mawar.

“Kalau Mawar kahwin dengan abang, tak payah susah – susah bungkus nasilemak ni”

Mawar hanya memberikan senyuman terpaksa. Malas dilayan kalau dah namaorang tua miang. Setelah Pak Seman hilang dari pandangan, Ijat turut beransurpergi. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, jualan masih lagi berbaki separuh.Mawar masih setia menunggu kehadiran pelanggan untuk membeli sarapan pagi.

“Dah siap dah Faiq lukis?”

Mawar melihat hasil lukisan Faiq yang ada gambar rumah. Gambaran yangdia lukis adalah gambaran rumahnya sendiri.

“Cantiknya, pandai adik kakak lukis. Faiq doakan kakak kaya tau. Nantikakak hantar Faiq pergi sekolah.”

“Ocey. Aiq nak ukis antik – antik”

Mawar tersenyum melihat adiknya. Hobi Faiq adalah melukis dan semualukisan Faiq mempunyai seninya yang tersendiri. Mawar sentiasa menyokong setiapperkembangan Faiq. Semua lukisan Faiq disimpan denga rapi.

“Nanti kalau akak ada duit banyak. Kita bukak gallery khas untuk lukisanFaiq je. Lepastu nanti akak tukang deco tempat tu siap ada tempat makan lagi.Eee tak sabarnya akak”

Faiq Izani menepuk tangan mendengar setiap butiran kata yang dikeluarkanoleh Mawar Elina walaupun Mawar faham adiknya tidak mengerti apa yang dia inginsampaikan. Mawar mengambil telefon bimbitnya dan menunjukkan contoh galleryseni dan hiasan- hiasan mewah kepada Faiq.

“Anti ite uat antik-antik. Aiq ayang atak”

“Kak Mawar pun sayang sangat dekat Faiq. Sayang sangat – sangat. Terimakasih sebab jadi peneman Kak Mawar”

Mawar memeluk adiknya dengan penuh kasih sehinggalah Mawar terperasansebuah kereta mewah yang diparkir betul – betul di hadapan gerainya. Mawarmeleraikan pelukan dan menyuruh Faiq meneruskan lukisannya.

Adam Mikail mula memerhati satu persatu kuih yang dijual oleh Mawar.Sedari tadi Mawar juga tidak lepas memandang kereta jenis BMW yang diparkir dihadapan kedainya. Jarang betul kereta – kereta mewa macam ni nak singgah dikedai kecilnya ini.

“Encik nak yang mana?”

Soal Mawar setelah melihat Adam Mikail seperti tidak tahu ingin membeliapa. Mawar menyebut semua jenis kuih yang dijual. Terangguk – angguk kepalaAdam mendengar butir kata yang keluar dari mulut mawar.

“Ha, yang ni pulak nasi lemak. Yang ni memang selalu orang beli”

Ucap Mawar lagi sekadar memberi idea untuk Adam membeli.

“Kalau macam tu bagi 2 bungkus nasi lemak. Karipap 5 biji. Kuih koci 5biji”

Tangan Mawar lincah menyiapkan pesanan Adam Mikail. Setelah itu Adammenghulurkan not RM 50.

“Takpe, baki tu bagi adik awak. Pandai adik awak melukis”

“Eh takpe ke ni?”

“Takpe, bagi je adik tu.”

“Faiq meh sini. Abang ni bagi duit dekat Faiq. Cakap terima kasih katabang”

Faiq bangun dari meja tempatnya melukis dan menyerahkan lukisannya padaAdam Mikail.

“Aceh..”

“Sama – sama. Pandai Faiq lukis. Okay, abang balik dulu”

Adam Mikail beransur masuk ke tempat pemandu dan menyerahkan sarapanbeserta lukisan Faiq kepada Ilyas Fakhri yang duduk bersebelahannya.

“Hai, ingat nak tolong jual sarapan. Punyalah lama kau beli sarapan ni.”

Adam Mikail tersengih melihat rakan merangkap anak bos tempatnyabekerja.

“Tulah kau, rugi kau tak turun tadi. Kau tak pernah kan tengok pelakonAmelia Henderson versi orang kampung. Pergh! Meletop weh. Sekali pandang nakpandang lagi.”

“Yeke kau ni? Aku tengok tudung selimpang kiri kanan kena tiup angin jetadi. Biar betul cantik? Entah – entah macam kak limah jual sayur”

Adam Mikail meneruskan pemanduan sambil melayan Ilyas Fakhri. IlyasFakhri melihat lukisan yang dibeli oleh Adam Mikail. Nampak tenang lukisan yangdilukis. Namun disebalik lukisan Faiq ada juga terselit satu perasaan yangsukar untuk digambarkan.

Ilyas Fakhri dan Adam Mikail sudah sampai di homestay Pak Seman. Setelahberjumpa dengan Pak Seman dan masuk ke dalam bilik, Ilyas Fakhri dan AdamMikail menjamu sarapan yang dibeli tadi di kerusi meja di hadapan homestaysambil menikmati pemandangan air sungai yang betul – betul berhadapan denganhomestay Pak Seman.

“Kalau macam nilah rasa dia, tak cukup satu nasi lemak ni”

“Haah lah. Kalau sedap macam ni, aku percaya kau cakap yang dia memangcantik”

“Nasi lemak Mawar ke tu?”

Entah dari mana Pak Seman tiba – tiba muncul menyampuk perbualan merekaberdua.

“Entah lah Pak Seman, tak tahu pulak nama dia. Beli dekat simpang depanseberang jalan tu je”

Balas Adam Mikail. Pak Seman yang tidak diundang melabuhkan punggung diatas kerusi.

“Tulah dia Mawar Elina. Memang nasi lemak dia paling tip top dalamkampung ni. Korang ni pun nasib je dapat. Memang kalau lambat sikit je habisterus.”

Adam Mikail dan Ilyas Fakhri hanya mendengar butiran yang keluardaripada mulut Pak Seman.

“Kalau korang nak tahu, dia tu penyewa Pak Seman”

“Oh yeke… Mana mak ayah dia? Nampak macam muda lagi.”

Soal Adam Mikail. Ilyas Fakhri masih lagi ralit menghabiskan sisa nasilemak daun pisang Mawar Elina.

“Lama dah meninggal. Dah 4 tahun. Pak Seman jadi serbasalah pulak nakjual tanah yang Mawar tengah sewa tu. Pak Seman lamar dia, dia jual mahal.Kurang lah sikit beban dia. Ye dak?”

Adam Mikail terbatuk kecil mendengar bait kata terakhir Pak Seman. PakSeman menceritakan semua perihalnya yang merupakan orang yang berduit dikampung ini. Rata – rata penduduk kampung di sini ramai yang meminta bantuandengannya. Namun begitu, Mawar sedikit pun tidak pernah meminta pertolongandari Pak Seman. Takut terhutang budi tak terbalas pula nanti.

Selesai sahaja Ilyas Fakhri bersarapan tubuhnya dihenyak disalah sebuahbilik yang menghadap sungai. Tingkap biliknya dibiarkan terbuka supaya udarasegar menyerbu masuk ke ruangan bilik. Aplikasi whats app nya dibuka danmelihat pesanan – pesanan yang belum dibaca.

Lila Amina : Lila nak minta izin pergi Cameron Highlands dengan Zara.Lagipun abang lama kan dekat Johor tu.

Ilyas Fakhri: Okay.

Lila Amina: Senang betul abang bagi izin kan? Walau macam manasekalipun, Lila tak kan putus asa.

Ilyas Fakhri: Balik rumah nanti kita bincang. Dah berulang kali abangmintak maaf dengan Lila. Abang dah tak nak jadi dayus.

Adam Mikail menerpa masuk ke bilik Ilyas Fakhri setelah membuat ketukanpintu sebanyak sekali. Tanpa sedar jam didinding sudah mencecah masuk pukul 5petang.

“Jom celup air sungai.”

Tanpa banyak bicara Ilyas Fakhri dan Adam Mikail bergerak menuju ke arahjambatan gantung yang direka khas untuk pengunjung yang datang untuk beriadah.Dua sahabat itu menuruni anak tangga dan mengambil tempat di tepi batu sambilmenyelamkan separuh kaki ke dalam air. Terasa sungguh nyaman sekali suasanaKampung Sungai Linau ini dengan bunyi cengkerik dan angin yang sepoi – sepoi bahasa.

Disebabkan hari ini merupakan hari minggu, ramai juga ibubapa yangmembawa anak – anak beriadah disini. Mawar Elina juga gemar membawa Faiq Izanimengambil angin di sini.

“Eh cuba kau tengok tu”

Adam Mikail menunjuk sosok tubuh kecil molek Mawar Elina yang sedangmemimpin Faiq Izani  masuk ke dalam airsungai lebih kurang 10 meter dari tempatnya duduk. Pandangan Ilyas Fakhri masihkurang jelas untuk melihat rupa paras Mawar Elina.

Mawar Elina membiarkan seluarnya basah sehingga paras lutut. Angin yang bertiupmembuatkan tudung yang diselimpang kiri dan kanan kerap terjatuh. 2 pasang matalelaki kacak sedari tadi tidak lepas memandang semua tindak tanduk Mawar Elinayang bermain dengan Faiq Izani.

“Jangan jauh – jauh. Kakak tanak basahkan baju. Faiq mandi dekat sini jetau.”

Faiq Izani menggangguk faham. Tanpa sedar, keasyikkan Faiq Izanibermandi manda membawanya betul – betul di hadapan Adam Mikail dan IlyasFakhri. Mawar Elina mengejar adiknya dari belakang.

“Faiq! Jangan pergi jauh sangat. Basah baju akak nanti. Allahuakbarterjabut pulak selipar ni. Faiq sini!”

Selipar Mawar Elina yang terputus tali terapung di permukaan air sungai laludicapai oleh Ilyas Fakhri. Faiq Izani pula yang sudah sampai ke tebing sungaiberusaha mendapatkan kakaknya semula yang terkial – kial berjalan di dalam air.

Dalam usaha untuk berjalan di dalam air, kaki yang melangkah tersandungpula batu sehingga membuatkan Mawar Elina hampir terjatuh. Ya memang jatuhbetul. Terjatuh  dalam dakapan IlyasFakhri. Kali ini Ilyas Fakhri tidak melepaskan peluang meneliti satu persatumuka Mawar Elina yang persis pelakon kacukan Ameliath Henderson. Cuma yang niversi bertudung dan anak kampung.

Cepat – cepat Mawar membetulkan kedudakannya dan terus berjalanmendapatkan adiknya ditebing sungai.

“Terima kasih. Maafkan saya” Ucap Mawar pantas.

Ilyas Fakhri diam tanpa kata. Perasaan tidak tentu arah menyelubungidiri. Mukanya yang putih menampakkan sedikit merah kerana adegan tadi. Mawarpula memimpin Faiq Izani menaiki anak tangga dan terus beredar. Adam Mikailtersenyum melihat sahabatnya yang masih hilang fokus disebabkan adegan tadi.

“Dah macam hero Hindustan. Boleh pulak tersambut badan dia tadi. Ha,selipar yang putus tali tu, bolehlah kau bawak balik. Esok ada alasan nak pergijumpa lagi. Kutlah nak pulang semula selipar tu. Tak pun nak beli selipar baruke….”

Bait kata Adam Mikail tidak dibalas oleh Ilyas Fakhri. Perasaan anehyang muncul dalam hatinya masih lagi membelenggu fikiran. Hati tidak sabaringin mengenali Mawar Elina dengan lebih dekat. 
Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.