Home Novel Cinta JANDA HOT ILYAS FAKHRI
JANDA HOT ILYAS FAKHRI
Aira eddy
19/12/2024 15:14:40
826
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

PROLOG

MAWAR ELINA

Petang yang begitu mendamaikan ditemani dengan bunyi burung – burungyang berterbangan menyerikan lagi suasana rumah kayu Encik Faiz dan Puan Afiyah.  Halaman rumah yang luas terbentang besertapokok pisang dan rambutan yang tersusun di sekeliling rumah menghidupkan lagisuasana petang di situ.

“Faiq nak ikut umi tak?” Soal Puan Afiyah yang ralit melihat anak autismenyayang sedang melukis di kawasan anjung rumah. Dua lagi anak Encik Faiz dan PuanAfiyah sibuk menyapu daun kering di bawah pokok rambutan dan dijadikan unggunapi.

“Mawar… Fahim…, umi dah nak gerak dah ni, tengok – tengok sikit Faiq tu,dia tak nak ikut umi dengan abah”

Panggil Puan Afiyah pada dua anaknya Mawar Elina dan Fahim Iskandar darianjung rumah. Bergegas dua remaja itu pergi ke arah Puan Afiyah yang dudukbersebelahan Faiq.

“Lama ke umi dengan abah pergi ni? Umi janganlah balik malam sangat esokkan kita nak pegi pantai.”

 “Tak lama pun kenduri ni. Dalampukul 10 umi dengan baliklah”

Mawar Elina memimpin Faiq keluar dari perkarangan rumah. Setelahbersalaman, Encik Faiz dan Puan Afiyah masuk ke dalam kereta. Tingkap keretaditurunkan untuk melihat anak -anaknya yang berdiri bersebelahan kereta.

“Fahim, jangan lupa kunci pintu rumah. Jangan sesekali tinggalkan adikdan kakak kamu. Malam ni kamu tak payah pergi surau. Solat berjemaah dengankakak dengan adik kamu dekat rumah.”Pesan Encik Faiz pada anak lelakinya.

“Baik boss.” Fahim membuat tabik hormat pada Encik Faiz.

“Mawar, nanti bagi adik makan. Jangan bagi dia nangis. Jangan ”

“Umi dengan abah ni, Mawar tahu la jaga diorang ni semua. Umi denganabah jangan lah risau. Ni pun dah pukul 6 petang. Jap lagi pukul 10 malam umidengan abah dah sampai sini semula.”

“Kalau sampai, kalau umi dengan abah tak sampai rumah…

Bicara Puan Afiyah di potong

“Hish umi ni… jangan cakap umi nak pergi tempat lain pulak”

Puan Afiyah dan Encik Faiz tersenyum melihat puteri tunggalnya yangsedang menunggu keputusan SPM beberapa hari sahaja lagi. Sebelum Encik Faizmenukar gear D, sekali lagi anak – anaknya bersalaman dari luar tingkap kereta.

“Ingat pesan abah..”

Ucap Encik Faiz sambil mengucup dahi Fahim Iskandar. Begitu jugadilakukan oleh Puan Afiyah. Semua anak – anak Encik Faiz dan Puan Afiyahmelambai pada mereka sehingga kereta hilang dari perkarangan rumah.

“Faiq, jangan lari jauh sangat. Sini”

“Amut..Amut..”

Faiq menunjukkan semut yang berjalan di kakinya yang putih. Cepat –cepat Mawar membersihkan kaki adiknya. Fahim pula menghabiskan sisa daun keringyang belum disapu. Setelah itu masing – masing masuk ke dalam rumah dan bersiap– siap untuk mandi dan menunggu untuk menunaikan solat maghrib.

Setelah menunaikan solat maghrib, Mawar Elina bergegas ke dapur danmenyiapkan makan malam untuk adik – adiknya. Sedari tadi, Faiq Izani membuntutilangkah Mawar Elina kemana sahaja kakaknya pergi. Mawar pula sudah terbiasadengan perlakuan adiknya yang autisme itu dan hanya membiarkan dirinyadipeluk dari belakang.

“Ha Fahim, tolong cedok nasi tu. Akak tengah panaskan singgang ikan ni.Lepastu amik telur yang akak dah goreng tu masuk dalam pinggan”

Fahim Iskandar hanya menurut perintah Mawar Elina. Makanan yang telahtersedia dijamu oleh tiga beradik ini. Sesekali mata mngerling pada jam didinding. 9 malam. Belum ada tanda – tanda kepulangan Encik Faiz dan PuanAfiyah.

“Kalau akak dapat tajaan belajar dekat luar negara nanti, mesti rumah nidah sunyi kan”

“Ala kau ni Fahim, result akak pun tak keluar lagi. Mana tahu kalaudapat corot”

Balas Mawar bersama gelak tawa. Sesekali nasi ditangan disuap ke mulut FaiqIzani. Melihat Fahim menguis – nguis nasi di dalam pinggan, Mawar menggelengkankepalanya.

“Kalau akak dapat tajaan sekalipun, akak tak sanggup nak tinggalkanfamily kita dekat sini. Umi dengan abah bukannya orang senang. Kos hidup dekatluar negara tu tinggi. Akak tak sanggup nak susahkan umi dengan abah.”

“Tapi tu harapan umi dengan abah…

Bicara dua beradik itu dimatikan oleh panggilan telefon Mawar di dalam biliknya.Mawar menyuruh Fahim mengangkat telefon miliknya sementara dia masih menyuapFaiq makan.

“Anak agi”

Faiq menggeleng kepala bila Mawar ingin menyuap suapan terakhir ke dalammulut. Mawar menghabiskan sisa – sisa nasi di pinggan.

“Kakak!” Pinggan yang ingin di bawa ke dalam sinki hampir terjatuh bilaterdengar jeritan Fahim Iskandar dari bilik.

“Allahuakbar!” Mawar mengusap dada dan berlari mendapatkan adiknya didalam bilik. Fahim Iskandar sudah mula menangis teresak – esak.

“Umi…abah….” Ucap Fahim bersama esakan. Lututnya mula lemah dan terdudukdi atas lantai. Tangisan Fahim bersambung manakala Mawar mengambil telefon yangmasih digenggaman Fahim. Riak muka Mawar masih tenang walaupun dia telahmenjangkakan sesuatu yang buruk telah berlaku pada umi dan abahnya.

“Assalamualaikum…”

Mawar memulakan bicara.

“Waalaikumsalam adik. Maaf akak dari Balai Polis Segamat. Ada tak sesiapayang boleh buat pengecaman jenazah?”

Jantung Mawar berdegup kencang. Empangan air mata tidak dapat di bendunglagi. Namun suaranya masih di kawal.

“Kami tak da saudara mara. Umi, abah anak yatim piatu…”

Esakan kecil mula kedengaran. Pegawai di Balai Polis Segamat mula merasahiba dengan berita yang baru sahaja disampaikan.

“Nanti akak hantar pegawai polis datang rumah adik ya. Adik tunggusampai pegawai datang”

Panggilan dimatikan. Mawar terduduk lantas memeluk Faiq Izani. FahimIskandar pula memeluk tubuh. Tangisan mula kedengaran di rumah kediaman EncikFaiz dan Puan Afiyah.

ILYAS FAKHRI

Kediaman Datuk Muiz dan Datin Salina agak tegang bila mengetahui hasilkeputusan medical check up  anakdan bakal menantunya untuk majlis perkahwinan yang tinggal 3 bulan sahaja lagimempunyai masalah. Masing – masing sudah duduk di ruang tamu. Ilyas Fakhrisedari tadi memicit kepalanya yang terasa hendak pecah lantas disandarkan dikepala kerusi.

Masing – masing senyap sehinggalah kedengaran deruman enjin keretakeluarga bakal mertua Ilyas Fakhri yang masuk ke perkarangan rumah banglo tigatingkat itu. Usai sahaja kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Datin Maimun dan DatukKhalid bersalaman dengan dengan bakal besannya. Masing – masing duduk dan matamemandang hasil medical check up anak – anaknya di atas meja.

“Perkahwinan ini mesti diteruskan!”

Arahan mati oleh Datuk Muiz. Ilyas Fakhri mengangkat wajah.

“No!”

Jawapan balas yang sedikit tegas dari Ilyas Fakhri pada papanya.

“Saya okay je uncle long. Saya tak ada masalah pun untuk teruskan majlisni”

Lila Amina mula bersuara.Persetujuannya turut disokong oleh Datuk Khaliddan Datin Maimun. Ilyas Fakhri meraub wajahnya berkali – kali apabila diaterpaksa meneruskan juga pernikahan ini.

“Kamu nak fikir apa lagi Iyas? Kita tak perlu nak rumitkan lagi masalahni. Lagipun Uncle Ngah dengan Aunty Ngah pun dah setuju”

“Betul tu Iyas, Lila pun okay je. Dia terima semua ni dan sanggupteruskan pernikahan ni. Kamu tak perlu nak fikir panjang lagi. Kita teruskanjugak pernikahan ni.”

Datuk Muiz dan Datin Maimun, dua beradik ini turut menyokong agarpernikahan yang akan berlangsung 3 bulan lagi ini diteruskan. Ilyas Fakhriterdiam sejenak memikirkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang. MukaLila Amina ditenung tanpa rasa cinta. Pernikahan sama sepupu yang diatur olehkeluarga lagi mendatangkan masalah besar setelah keputusan medical check up nyakeluar. Entah apa isinya yang membuatkan Ilyas Fakhri sebegitu runsing.

Sejurus perbincangan tamat, Datin Maimun dan keluarga keluar darikediaman abangnya Datuk Muiz. Setelah masuk ke dalam perut kereta, pemandu DatukKhalid meluncur laju keluar dari perkarangan rumah. Lila Amina sudah tersenyumsinis dan merangka strategi seterusnya untuk mendapatkan share di Khaf Holding.Walaupun hatinya milik orang lain, tapi dia sanggup dengan idea arwah Nek toknya demi harta.

“Setakat ni semua berjalan lancar.” Ucap Lila Amina

“Belum lagi. Selagi saham tu berada di tangan dia. Kita tak kan dapatapa – apa”

“Benda ni tak kan jadi kalau you kalah judi! Habis semua harta yang PapaI turunkan pada I. Sekarang ni you nak kebas pulak harta abang I”

Marah Datin Maimun. Datuk Khalid memegang lengan isterinya sambilmemujuk, manakala Lila Amina pula hanya membiarkan drama mama dan papanya. Diajuga mempunyai misi yang tersendiri untuk menjatuhkan gerangan yang bernamaIlyas Fakhri!

Masa yang berlalu terasa begitu pantas dan jam menunjukkan pukul 3 pagi.Mata Ilyas Fakhri masih lagi terkebil – kebil memandang syiling sambil otakligat memikirkan apa yang berlaku. Baharu sahaja sebulan yang lepas Papa dan Mamanyamembuat permintaan untuk dia berkahwin dengan sepupunya Lila Amina ataspermintaan arwah Nek toknya dan kini dia harus menerima berita yang sungguhpahit.

“Lelaki boleh nikah lebih dari 1. Nikah dengan Lila tu cuma syarat arwahnek tok. Kalau kita tak laksanakan, separuh dari harta kekayaan nek tok akan dijualdan kita tak kan dapat apa – apa. Kita perlukan share nek tok untuk stabilkanperniagaan kita di luar Negara dan untuk yakinkan semua pemegang saham di KhafHolding.”

“Iyas tak pernah suka pada Lila tu Pa, kenapa perlu ada kaitan dengankeluarga sendiri kalau kita nak nikah? Iyas tak suka dengan pemikiran nek tokyang terlalu mengongkong macam ni. Sampaikan nikah kahwin pun nak kena plan!”

“Papa minta Iyas bertahan sekejap je. Papa tahu Lila pun buat semua nisebab dia nak jaga harta kekayaan nek tok supaya tidak terjual dan jatuh ketangan orang lain. Lepas Iyas nikah, terpulang pada Iyas nak buat apa”

“Terpulang pada Iyas papa cakap. Mana mungkin Iyas akan nikah lagidengan result medical check up macam ni.”

Ketukan pintu mematikan lamunan Ilyas Fakhri. Datin Salina masuk setelahIlyas mengizinkan mamanya masuk ke dalam bilik.

“Mama tengok lampu tak tutup, tu yang mama ketuk pintu.”

Ilyas Fakhri masih lagi tenggelam dalam fikirannya yang berserabut. Baitkata mamanya tidak dihadam. Datin Salina duduk dibirai katil anaknya sambilmenggenggam tangan Ilyas Fakhri.

“Iyas anak yang baik. Anak yang taat. Mama yakin, apa yang jadi inisemua ada hikmah. Mungkin kita tak nampak hikmah tu sekarang. Tapi mama yakinanak Mama akan nampak hikmahnya suatu hari nanti”

“Tak semudah yang mama fikir. Ilyas yang kena tanggung semuanya. Masayang berlalu tetap tak akan sama dan…

“Dan kita tak kan tahu rahsia yang Allah pegang pada hambaNya..

Ayat Ilyas Fakhri disambung oleh Datin Salina. Ilyas Fakhri meletakkankepalanya diriba Datin Salina. Kepala berserabut hati pula merana. Semoga adakeajaiban untuk insan yang bernama Ilyas Fakhri.
Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.