"Tapi boleh saya habiskan pembentangan saya ni tak?" tanya pemuda yang menjadi pembentang utama.
“Kau boleh simpan sahaja proposal kau ni,” balas Layla.
“Tapi… tapi puan…” kata-kata pemuda itu terbantut.
“Terima kasih. Kamu semua boleh balik sekarang. Mesyuarat bersurai!”
Suara dingin Layla menjadikan bilik itu sepi semula. Kedua-dua pengiringnya turut berjalan keluar dari bilik mesyuarat itu. Seperti yang dilatih, mereka tidak menunjukkan sebarang emosi yang boleh dikesan.
"Weh, siapa dia ingat nak layan orang macam tu?! Dia fikir dia siapa!?" bebel Badli. Dahinya berkerut, nafasnya tersekat penuh dengan kejengkelan.
"Dialah Layla Oliva Alphonso Attandri, Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden syarikat hartanah dan perunding pengurusan projek tersohor. Kau hanya perlu Google dan kau pasti tak akan terlepas melihat dia yang akan menjadi salah seorang paling terkemuka di dunia. Kau juga perlu tahu, dialah pemilik Ratu Kayangan."
Badli terkesima.
“Sepatutnya dia tak ada dalam briefing ini tetapi nasib korang tak baik.” Meor mengangkat bahu. “Flight dia sampai awal. Jet lag or not, dia tetap mahu hadir.”
“Bang Meor, macam mana ni?” bisik Badli kepada Meor.
“For this project, she is the boss. Korang buat saja semula. Jika kau sambung pembentangan itu pun akan buang masa. Inilah harga kebodohan. Lain kali selidik apa yang kau perlu buat, ini tidak, orang suruh buat hartanah luxury untuk T20, tapi yang kau buat hanya sesuai untuk B40!” kata Meor, tersenyum pahit. “Satu lagi, tolong ajar sikit budak kau tu jangan celopar dengan tangan yang memberi dia makan.”
“Maafkanlah dia. Dia hanya budak praktikal kat firma kami,” jelas lelaki itu.
“Budak praktikal? Kau gila ke bawak budak praktikal masuk miting dengan Che Puan Layla aku tu? Kau ingat ni projek apa? Main pondok-pondok?” bentak Meor keras. “Mujur kau tak cakap apa-apa tadi. Kalau dia tahu macam tu baik kau tak payah datang lagi Jumaat ni. Dia bukan jenis bagi muka. Silap-silap dia tendang aje kau keluar dari senarai perunding untuk projek ini.”
Badli terkuis-kuis mencari alasan.
“Nanti aku cuba dapatkan tarikh lain.” kata Meor sambil beredar. “Ingat, pengeras masuk dalam akaun. Kalau tidak aku sendiri yang akan keluarkan kau daripada projek ini.”
Keserakahan dalam menggapai impian, persahabatan yang disaluti kepalsuan dan cinta yang tidak kesampaian.
Jangan lepaskan peluang tempah awal KOMBO APRIL 2023 sebelum kehabisan.
Pastikan anda tak tercicir NEMESIS karya saya yang terbaharu setelah 2 tahun lalu bersama Elipsis Cinta. Tempah sekarang PRE ORDER IS ON di shopee Fajar Pakeer. Free gift dari penulis untuk 100 pembelian awal.