“Ah, segarnya,” ngomel Arshah seorang diri. Wajahnya dibasuh dengan air paip di singki. Terasa seperti sedang diperhatikan, kepalanya menoleh ke sebelah dalam keadaan masih membongkok.
“Eh?” Arshah terkejut. Inikan tandas lelaki. Kenapa ada orang perempuan dekat sini pula!
“Ehemmm… Cik tersalah masuk tandas, ya,” tegur Arshah sambil menegakkan badannya. Ekor matanya masih menjeling ke sisi.
Wanita berambut panjang itu sekadar pegun sambil kepalanya menunduk memandang ke bawah.
“Hello, cik?” Arshah segera berpusing ke kanan sambil bercekak pinggang. Tangan sebelahnya sibuk melambai-lambai di hadapan muka wanita itu.
Angin kuat menerpa ke wajahnya. Serentak itu, wanita itu mengangkat wajahnya ke atas sebelum menoleh ke arah Arshah.
“Dah lama saya tunggu awak, Shah,” tutur wanita itu diiringi esak tangis yang menyeramkan.
Oder novel Fajar Pakeer di sini :
https://shopee.com.my/fajarpakeer
ONLINE: WhatsApp: yang 012-8006944
wasap.my/60128006944