Home Novel Cinta Jangan Tinggal Aku
Jangan Tinggal Aku
Suhailah Selamat
28/2/2022 19:41:48
20,376
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3


Isabel yang sedang berdiri tercongok di depan pintu dapur terus berpaling ke belakang apabila terasa bahunya dicuit kasar.


“Apa dia?” Tanya Isabel sambil matanya menjeling tajam ke arah Arshah yang sedang tersenyum sinis ke arahnya.


“Zara mana? Kau orang tak balik sama-sama ke?”


“Entah. Mama pun tak cakap apa-apa. Buat apa kita yang tak ada kena-mengena ni nak sibuk hal orang. Betulkan cakap saya ni, wahai cik detektif?” Isabel menjeling tajam tanda menyampah. Macam tak percaya pula yang lelaki bertaraf sotong di depannya ini merupakan seorang detektif. Entah-entah dia salah orang. Sebab warna anak mata Arshah warna hitan pekat. Bukan coklat cair!


Atas bawah Isabel pandang Arshah. Dia ni dah sewel agaknya. Boleh pula dia fikir Detektif Ad yang sado lagi hensem tu dengan mamat sotong adalah orang yang sama! Huh, jauh panggang dari api….


Isabel tarik nafas lega bila Arshah tidak lagi bersuara. Baru sahaja dia nak tarik nafas lega, tiba-tiba Arshah membuka mulut untuk bertanya.


“Kau ada bela saka ke?”


Terkejut Isabel dibuatnya. Pergh soalan dia……

Itu namanya soalan maut yang tak masuk dek akal!


“Kalau aku ada bela saka, benda pertama yang aku akan buat ialah santau kau!”


Jari telunjuk Isabel hampir mengenai hidung mancung milik Arshah. Macam biasalah….


Bab elak-mengelak ni, lelaki sotong itu memang nombor satu!


“Huh?”


Masing-masing diam semula. Diam ada makna….


Arshah tu faham-faham sendirilah. Mesti tengah cari cara nak kenakan dia…..


“Bukan saka, ya. Tapi benda apa yang sibuk menempel aku dengan ibu siang tadi?”


“Arshah, sekali lagi awak merepek yang bukan-bukan…..” Keras kedengaran nada suara Isabel. Nada suara yang turut berbaur amaran. Sedikitpun dia tidak gentar dengan lelaki versi sotong di hadapan.


Melihat Isabel yang seperti mahu naik angin, cepat-cepat Arshah tukar topik.


“Pak Su sindir kaulah tadi. Yalah, kaukan jarang balik villa sampaikan batang hidung pun aku tak tak pernah nampak.”


“Yalah, aku nikan artis. Setiap kali nak balik villa pun nak kena canang dulu satu villa. Bolehlah buat sekali majlis besar-besaran untuk sambut cucu dia yang cantik ni.” Isabel terus mencebik. Meluat pula dia tatkala melihat muka si kurita yang suka sangat menyakatnya sejak dari siang tadi lagi.


“Apa salahnya. Bolehlah bentang karpet merah sekali sambil berkompang-kompang macam dekat majlis kahwin tu. Meriah kau!”


Isabel sudah tidak mampu menahan kesabarannya lagi. Dia terus membuka tendangan ‘jantannya’ sehingga tepat mengenai perut lelaki itu. Nasib baiklah dia tidak sampai hati mahu menendang di bahagian bawah. Kalau tak, terus tak berkahwin sampai ke tualah si kurita biadap ini!

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat