Home Novel Cinta CINTA HILANG ARAH
CINTA HILANG ARAH
Noreey
4/12/2015 16:27:26
2,958
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 31

BAB 31

Sedang asyik melukis di tepian pantai petang itu, Raish didatangi Karmilla dengan tangis pilu.  Benak dihujani seribu pertanyaan. Dia ikut duduk di atas pasir bersebelahan Karmilla, mengadap lautan biru yangberalun indah. Hempasan ombak menenggelamkan pertanyaan Raish. 

Karmilla mengesat air jernih yangberderai-derai jatuh ke pipinya. Raish lalu mengulangi lagi pertanyaannya, hairan benar bila dilihat Karmilla yang sentiasa ceria bertukar sedih begitu. Dalam sedu sedannya, Karmilla membuka cerita. Untuk seketika Raish menjadi pendengar yang setia. Dibiar saja gadis itu bercerita.

“Mungkin ada sebab dia berbuatbegitu,” ujar Raish setelah Karmilla habis bercerita. Karmilla terdiam. Mata memandang kejauhan dengan pandangan sayu.

“Milla tak tanya Alin kenapa diajumpa Haziq?” 

Karmilla hanya geleng mendengar pertanyaan itu. Sekilas wajah Raishditatap. Saat-saat duka begitu wajah itu benar-benar memberinya sebuah penawar. 

“Sudahlah, usah dilayan syakwasangka. Milla kena bersangka baik, dia orang  tu kan sahabat Millajuga.”

“Apa erti persahabatan jika tiadakejujuran, semuanya tidak boleh dipercayai!” luah Karmilla kesal. Hatinya masih tersayat.

“Err… boleh abang tahu, siapa Haziqtu?”

“Kawan.”

“Yang dulu tu?” soalan Raishmengembalikan semula peristiwa lama antara mereka bertiga. Lambat-lambat gadisitu mengangguk.

Raish mengeluh sejenak, dia sedangmemikirkan sesuatu sambil melemparkan pandangan ke hadapan. Tatapan matanyakembali mendekat pula ke sekitar mereka. Terpandang olehnya sepotong ranting kering di ataspasir, dicapai lalu dicakar-cakar pasir di hadapan mereka.

“Milla ada apa-apa perasaan pada Haziq ke?”Dia menyoal sambil memandang wajah si gadis di sisi, gadis itu tertoleh,merenung wajahnya dengan mata berkaca. Lambat-lambat gadis itu menggeleng lagi.

“Tak!” dijawab juga sepatah, jelasdan jujur. Raish cuba untuk senyum, wajah Karmilla ditatap lembut.

“Mengapa mesti marah dan sedih, kalauMilla tak ada apa-apa perasaan pada Haziq?” Soalnya lagi. Karmilla terdiam,wajahnya tetap muram.

“Milla… jangan ikutkan hati, mungkinsemua ni salah faham Milla je kut?”

“Kenapa, abang pun tak sayangMilla… semua orang tak sayang Milla, semua orang buat khianat padaMilla!”

“Sudahlah tu, jangan fikir yang bukan-bukan, Milla bukanbudak-budak berumur 9 tahun, Milla kena belajar jadi dewasa,” pujuk Raish lagisambil menyelitkan nasihat juga.

“Esok Milla dah nak balik kolej, usahdiusung duka di hati. lupakan semua itu, Milla kena belajar jadi kuat juga,”terus juga dia memberi semangat.

“Milla tak nak balik kolej, Milla nakikut abang balik,” jelas Karmilla tiba-tiba, tanpa silu. Raish terpana. Segurissenyum di bibirnya yang berkumis, pudar tiba-tiba. Matanya terpaku menatapKarmilla. Sungguh dia tidak sangka dengan luahan gadis di sisinya.

“Milla sayangkan abang, Milla tak nakberpisah dengan abang!” ujar Karmilla bersungguh, wajah Raish direnungsedalamnya.

“Abang, bawalah Milla pulang bersamaabang, Milla tak ingin berpisah lagi dengan abang!” rayu Karmilla lagi, tangankasar lelaki itu ditarik dalam genggamannya. Raish masih diam, wajah Karmillabegitu manis dalam tatapannya. Hampir-hampir saja dia lemah dan lemas denganrayuan Karmilla. Bayangan sebuah wajah tiba-tiba memintas pandangannya. Raishtersedar dari godaan.

“Astagfirullahalazimmm... apa Millacakap ni? Jangan buat abang macam ni, abang sayang Milla tapi bukan dengan carakeji begini…, mengucap Milla!” Raish melerai lembut tangan Kecil itu yang melingkarti pinggangnya. Rentakjantung serasa sudah sumbang berdegup. Dia meraup wajah lalu segera bangun,kedua tangannya menguak pula rambutnya.Sejenak dia mendongak ke langit dengan wajah yang resah dan bingung.

“Milla sayang abang, Milla inginhidup bersama abang… sampai bila-bila!” Karmilla terus juga meluah perasaan...,kedua tangan menutup wajah yang tertunduk, teresak lagi dia. Angin senja yang menderumenerbangkan rambutnya di kepala yang terdedah, mengurai hampir mencecah pinggang.

“Milla… Milla… dengar cakap abang. Millamasih muda, Milla kena belajar dulu dan bina masa depan, abang pun sayangMilla… tapi bukan dengan cara terburu-buru begini,” pujuk Raish lembut, dudukbertinggung pula dia di sisi gadis itu. Sehabis ayat itu terdengar laungan azanmaghrib dari masjid Bagan Pinang membelah hening senja. Karmilla tersedar darilalainya. Dia menyapu air jernih yang masih berbaki di tubir mata. Terlafazsudah apa yang sedang terpendam di hatinya selama ini. Dia malu sendiri.

 Hiba tiba-tiba membungkus hati mengenang sahabat yang dia percaya, seperti menikam belakangnya. Segalanya sepertisudah tersasar dari landasan. Bagaimana dia mahu melangkah terus ke hadapan?

“Bangun Milla, mari kita pulang.”


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.