Home Novel Cinta SPLIT PLAYGIRL
SPLIT PLAYGIRL
thira jono
21/10/2021 03:30:24
32,519
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

“ENGKAU kena beritahu hal ni kat Habib. Kalau dia yang tahu hal ni sendiri dari mulut orang lain, engkau yang susah.” Elnara memberi nasihat. Anggun tayang wajah kosong. 

“Aku jadi malas nak pergi studio bila fikirkan ugutan tu.” Mendatar suaranya membalas.

“Mana bolehmacam itu. Ada single terbaru bakal keluar. Kau tak boleh lemahdisebabkan ugutan ni.” Elnara tidak mahu Anggun cepat berputus asa kerana hal negatif. Cukuplah Anggun sudah penat memikirkan kehidupan harian yang melecehkan. Dia tidak mahu ugutan itu menjadi permasalahan terbaru dalam hidup Anggun.

“Aku nak keluar dari industri memandangkan ada orang lain yang dah tahu identiti aku.” Tanpa berfikir panjang dia membuat keputusan. 

Anggun memang begitu. Jika dia sudah mula rasa terancam, dia tidak suka duduk dalam bulatan masalah itu terlalu lama. Dia mahu lari semahunya supaya minda tidak terlalu sarat dengan bebanan.

Nak melayan perangai kawan dalam tubuhnya pun dah letih. Ini kan pula nak fikirkan masalah lain. Hei, boleh pecah otak ni kalau semua perkara nak difikirkan.

“Entah-entah Habib sendiri yang ugut kau?” Elnara membuat andaian sendiri. Anggun tersentak. Laju kepala menatap si kawan.

Dia pelik bila Elnara terfikir sampai ke tahap itu.

“Eh, tak mungkinlah tunang aku buat perangai macam itu.” Anggun menidakkan tuduhan. Dahi berkerut seribu.

Sejak bila pula Elnara suka menuding jari terhadap orang lain? bukankah rakannya itu seorang yang positif?

“Engkau sendiri tahu yang dia antara manusia yang menentang kau masuk dalam industri ni. Mungkin dia buat macam ni sebab nak suruh kau bersara.” Lanjut Elnara lagi. Anggun di sebelah mencemik bibir.

Apa tak kena dengan si Elnara ni. 

“Kalau dari awal dia nak suruh aku keluar dari industri ni, lebih baik dia tak payah masukkan aku dalam Venus Music. Tak mungkinlah Habib yang buat semua ni.” Tergeleng kepala Anggun.

Walaupun sebesar zarah, fikirannya langsung terfikirkan mesej itu datangnya dari Habib. 

“Dah tu? Siapa lagi yang tergamak ugut kau?” soal Elnara lagi. Anggun yang duduk di depannya sudah tayang wajah serius.

So, kau nak cakap yang tunang aku tu tergamaklah buat semua hal ni?” Dia lemparkan persoalan menduga. Anggun jadi kurang selesa bila Elnara sebut perkataan 'tergamak' depannya.

Seketika, Elnara terdiam. Pandangan ditunduk ke bawah. Nafas dihela.

“Sebenarnya Uncle Wahid…” bicara terhenti. Bibir diketap. Ragu-ragu mahu menutur kata.

“Kenapa dengan uncle?” spontan dia menepuk pergelangan Elnara. Bila Anggun dah tunjuk gaya beria-ia, hati Elnara semakin gelisah.

“Aku sebenarnya ada terserempak dengan dia beberapa hari lepas. Dan dia …” Sekali lagi bicaranya terhenti sebelum menoktahkannya.

Rasa tak sampai hati pula nak sampaikan berita tersebut kepada Elnara. Takut kerananya, Elnara bertukar jadi kawan-kawan pelik dia tu.

“Kenapa dengan dia?” Anggun semakin mendekat. 

“Uncle Wahid ada beritahu yang dia siasat hal engkau. Dia juga ada beritahu Habib yang dia dah siasat latar belakang kau.” Membulat mata Anggun. Serius dia pelik, bila Elnara tak beritahunya tentang hal itu. Anggun pancarkan riak terkejut. Dia tak sangka Elnara ada sembunyikan suatu perkara darinya. 

“Kau jumpa Habib? Kau tak beritahu aku pun?” soalan itu yang ditanyakan terlebih dahulu.

“Aaa aku …” tergagap-gagap.

“Kenapa kau jumpa dia?” belum sempat Elnara memberi jawapan, Anggun sudah ajukan soalan yang berlainan.

“Terserempak je. Kebetulan pula Uncle Wahid ada sekali.”

“Kenapa tiba-tiba uncle buka cerita pasal aku? Kenapa pula dia tiba-tiba nak jadi spy siasat aku.” Elnara diam sekejap. Dalam-dalam dia merenung Anggun.

“Dia minta kau dan Habib berkahwin tahun ni. Kalau tidak dia nak kau putuskan hubungan dengan anak dia.” Lambat-lambat dia memberi penjelasan. 

Sekelip mata, jiwa Anggun terhentak hebat. Tangan segera menyentuh dada.

Sakit. Sangat sakit bila Uncle Wahid sudah membuat keputusan begitu.

Anggun tidak mahu hubungan dia dan Habib berakhir kerana hal itu. Habib lelaki yang baik dan dia juga manusia yang sentiasa ada bersamanya sejak kecil. Mana mungkin Anggun boleh melepaskan Habib begitu saja. Namun, dalam waktu yang sama dia masih tidak bersedia untuk berkahwin dengan lelaki itu. 

“Kalau bukan disebabkan sakit aku ni, mesti aku dah boleh berkahwin dengan Habib. Malangnya jadi Anggun!" Dia tiba-tiba menyeringai macam orang tak betul. Elnara yang memandang mula berasa risau.

kalau Anggun dah start buat muka joker, mesti emosi dia tak stabil. Segera menarik tubuh Anggun masuk ke dalam pelukannya. Kemudian, kepala Anggun ditolak agar bersandar di bahunya.

"Dah jangan fikir benda yang bukan-bukan. nanti Jay keluar, aku pula yang susah." Lembut Elnara memberi nasihat. Kepala Anggun diusap perlahan.  

"Aku bukan marah, tapi aku sedih. Aku takut aku kehilangan Habib." Hati Anggun berasa sebak. 

"Haaa, sedih pula! kau jangan cari pasal. Aku tak mahu pesaing aku tu muncul tau? nanti dia sibuk nak jumpa Ustaz Jonet aku." Elnara dah pusingkan tubuh menghadap Anggun. Dia lemah betul kalau si Anggun bersedih.

Haih, dia kalau sedih tahap maksimum memang si Ustazah Ayu tu akan munculkan diri. 

"Hahaha, Ayu tu baik je. Kenapa kau nak bitter sangat kalau dia ngurat ustaz tu?" terletus tawa Anggun bila Elnara membebel panjang. Temuncung-muncung bibir bila si kawan berceloteh. 

Wajah yang suram tadi berubah manis. 

Melihat Anggun ketawa di sisinya, hati Elnara disapa perasaan lega.

'Alhamdulillah,' ucapnya dalam hati. 

"Ah, kalau aku kata tak suka sukati akulah. Jom kita keluar, tenangkan diri."



PERTAMA kali, Anggun menjejakkan kaki ke bangunan Atmosphere 360. Baru sampai di bahagian Ground floor, bibirnya sudah berbuah manis. Tak sangka Elnara rupanya sudah membuat tempahan untuk makan di tempat mewah begini.Matanya melata ke sekitar kawasan.

Baru sampai ground floor dia dah senyum ke telinga. Kalau dah masuk kawasan kafeteria, confirm makin teruja dia dibuatnya. Silap-silap kalau dah duduk, tak mahu keluar.

Si Nar dah dapat gaji agaknya. Sebab tulah dia selamba pergi ke kafe mahal.

"Kalau suka, jom jalan cepat. Dekat dalam tu memang lawa tau? aku siap order tempat VVIP lagi." Ujar Elnara. kalau rakannya itu tersenyum indah, hatinya turut merasa bahagia.

"Kejap. Kenapa tu?" Baru saja mengayun beberapa langkah ke depan, pandangan mata Anggun teralih kepada seorang budak dari arah kanan.

"Kau nak ke mana? Kita nak naik esculator dah ni," tegur Elnara. Aneh melihat tingkah Anggun.

"Kau nampak tak sorang budak dengan laki tu?" Langkah semakin laju. Elnara cepat-cepat rentap tangan Anggun agar berpatah balik dan kembali untuk menaiki esculator.

"Jomlah tengok kejap. Aku tak sedap hati." Sambil mengusap dada, dia membalas. Elnara terpaksa akur bila Anggun masih nak menyibuk.

"Kenapa dia tengking-tengking budak tu eh?

"Kau tak payah mengada-ngada sibuk hal orang. Jomlah kita pergi." Berura-ura mahu berpatah balik. Tetapi tangan segera ditepis. Anggun menjeling dari hujung mata bila rasa di sekat kebebasannya.

"Weyh, dia tolak budak tu." Anggun terpatung. Terkejut bila kanak-kanak itu terjelopok ke lantai.

Allahuakhbar... Dah lah dia tolak budak tu. Dia kakikan budak tu pula tu! Orang ramai pun tengok je?

"Jom pergi. Abaikanlah!" Mengguna sepenuh tenaga, Elnara tolak tubuh Anggun agar berpaling dari terus perhatikan suasana itu.

"Mana boleh abaikan. Entah-entah laki tu orang jahat. Manalah tahu ni nak culik budak tu?" Anggun serkap jarang. Elnara tak suka bila Anggun sibukkan diri dengan hal orang lain.

Alahai, diri sendiri pun tak terurus. Nak sibukkan hal orang lain dah kenapa? Ni cari nahas namanya.

Sakit papa... sakit...

Papa kata jangan merayap-rayap! kenapa kau degil?

Walaupun jarak mereka agak jauh dari anak dan bapa itu, tengkingan si bapa jelas kedengaran. Melihatkan situasi itu semakin tegang, Anggun tidak mampu duduk diam.

"Haaa, dengar tu budak tu sebut apa? dia sebut papa. so, itu Papa dialah. Dah jom pergi." Mereka perlu berpatah kembali untuk menuju ke destinasi sebenar. Dia bukan tak kenal sikap si Anggun yang mudah bersimpati dengan orang. Kalau si Anggun dah buat amal kebajikan dia tu, sah-sahlah dia terlepas nak makan kat kafe mewah tu.

"Kalau bapa pun, kenapa tergamak nak tolak anak macam tu?" dalam kesayuan dia berkata-kata.

"Biarlah dia. Jangan jadi penyibuk. Aku tak mahu kau yang susah kalau sibuk hal orang." Suara Elnara tinggi seoktaf. Hilang sabar.

"Kita kena tolong budak tu." Masih berdegil. Belum sempat dia berpusing kembali, bahunya dicengkam kasar.

"Tak payah ngada-ngada boleh tak? Tolonglah jangan buat hal!"


ANGGUN duduk di meja makan sambil mindanya masih berlayar terbayangkan situasi tadi. Dia rasa tak tenang bila terfikirkan hal budak itu. Rasa serba salah kerana biarkan budak itu terus dikasari bapanya.

'Kenapa bapa dia pukul budak tu? serba salahnya aku sebab tak dapat bantu budak tu.' Bisiknya sekadar dalam hati. Kalau dia bercerita depan Elnara, confirm Elnara marah macam tadi.

Anggun paling bersimpati melihat kanak-kanak kecil yang dikasari oleh kedua orang tua di tempat awam. Entah mengapa, dia rasa situasi itu pernah dialaminya. 

Disebabkan situasi itu, dia jadi tak berselera nak menikmati hidangan sepuas mungkin. 

Perlahan-lahan, dia meneguk jus oren sambil pandangan mata dibuangkan ke luar bangunan. Semakin dia bermenung, semakin ingatannya terkenangkan tubuh yang ditolak tanpa belas kasihan.

Pasti budak itu malu.

Elnara yang berada di depan Anggun, tidak berani mahu bertanya. Kalau Anggun dah buat muka asam keping dia tu, memang Elnara pun jadi patung cendana jelah. Biar dua-dua diam, lagi bagus.

'Argh, bodoh. Kalau aku tolong budak tu, mesti tak rasa serba salah macam ni.' Hatinya marahkan diri sendiri. Kedua belah tangan yang berada di bawah meja makan dikepal seeratnya.

Dia tak mampu kawal perasaan serba salahnya waktu ini. Dia tidak suka berasa sakit hati begini, tetapi perlu membiarkan situasi seperti tadi berlalu bagai angin lalu.

"Ergh..." Anggun menjerit tiba-tiba. Hampir terjatuh gelas di depannya. Elnara tersentak. Segera dia sentuh tubuh si kawan. 

"Weyh, kau kenapa ni Anggun." Terketar-ketar bibir Elnara bila Anggun tersenget-senget menahan sakit. Dia perasankan tangan Anggun kuat mencengkam bahagian tepi kepalanya.

"Sakit..." tidak cukup dengan itu, dia hentak kepala di bucu meja.

"Jom balik."

"Tak nak." Dalam keadaan kepala disandarkan pada meja, Anggun menggeleng lemah. Mata dipejam rapat-rapat.

Elnara tak mampu nak berfikir apa-apa lagi selain mahu pulang dengan kadar segera.

"Jangan mengada. Jom balik!" tanpa membuang masa, dia membongkokkan tubuh untuk memapah Anggun keluar dari kawasan itu. Belum sempat menarik Anggun untuk bangun, tiba-tiba kepala Anggun tertegak lurus.

"Adoi, sakitlah you." Semerta, Elnara tersentak, bila suara Anggun berubah intonasinya. 

"You ni dah kenapa peluk-peluk I kat sini? I tak berseleralah dengan pompuan. You tak faham ke?" Suara itu menjerkah. Elnara terkulat-kulat.

Alamak... Yin. Habislah aku.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh thira jono