Home Novel Cinta Wife/Student Versi Antarabangsa
Wife/Student Versi Antarabangsa
Mastura Abdullah
8/9/2017 16:47:44
11,380
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

TERPEGUN Tengku Umar Tajuddin melihat panorama indah di sepanjang kampung halaman milik Haura Adlea. Ah, beruntungnya dia memiliki kampung seindah ini.Jika aku di tempatnya, tentu tak sekali-kali akan ku tinggalkan kampung ini.Pertama kali menjejakinya pun aku dah jatuh cinta! Duhai senja, mengapa kau simbahi warna perang ke seluruh pelusuk kampung ini tetapi tidak pernah menyimbahi kota metropolitanku dengan warna-warna seindah ini?

“Tak sampai 100 meter di depan ada satu lorong kecil. Rumah mak dan abah saya di hujung lorong tu.” Suara Haura Adlea kedengaran samar-samar. Cepat dia menoleh ke arah sebelah.

“Dah nak sampai?” soalnya kembali, bagai tak percaya yang mereka berada dihujung destinasi. Destinasi yang tidak dirancang dalam kotak fikirannya, tetapi dia berada di situ ketika senja meniti hujungnya.

“Emm...” angguk Haura Adlea, ringkas.

Terbayang di matanya, suasana dapur yang gamat dengan gelagat ahli keluarga yang sibuk menyediakan juadah berbuka. Biasanya di hujung Ramadhan seperti ini,juadah yang disediakan lebih meriah. Jiran tetangga juga saling berkongsi menu untuk berbuka. Ah, aku terlepas satu hari istimewa bersama mereka!

Kesalan hilang serta-merta saat atas rumah berwarna biru mula kelihatan.Senyumannya berbunga halus. Rupa emak dan ayah menyambut kepulangannya diberanda rumah terbayang-bayang di tubir mata. Oh, tak sabarnya hati ini!

“Ini yang orang kata rindu agaknya.” Usik Tengku Umar Tajuddin, tersengih saat kening Haura Adlea terangkat tinggi.

“Rindu, Tengku Taj! Lebih setahun saya tak pulang ke kampung.” Akui Haura Adlea, tidak malu-malu. Ketika brek tangan ditarik, dia terburu-buru keluar dari perut kereta sehingga mengundang tawa seorang lelaki yang masih asing buat dirinya.

Eserre paziente, per favore! (Be patient, please!) Let me unlock the door, dear Haura!”

“Wow Tengku Taj! Apasal tak cakap yang Tengku Taj pun pandai Italiano?”

“Malu nak mengaku pandai. Baru aje Google Translate tadi.” Gelak Tengku Umar Tajuddin, selamba. Haura Adlea ketawa kecil seraya menolak pintu buat kaliyang seterusnya. Mujurlah ia dapat ditolak dengan mudah kali ini. Jika tidak,diketawakan lagilah jawabnya!

“Saya tolong bawa luggagenya.” tawar Tengku Umar Tajuddin, ketika HauraAdlea sibuk menarik beg berodanya di tempat duduk belakang. Di beranda rumah,ahli keluarga Haura Adlea sudah berkumpul. Segan juga Tengku Umar Tajuddin dibuatnya kerana dia jarang menonjolkan diri di hadapan ahli keluarga rakan-rakan perempuannya. Apa yang dilakukan hari ini adalah di luarkebiasaannya.

“Assalammualaikum, mak! Abah! Adik-adik!” telinga Tengku Umar Tajuddin menangkap ucapan yang disulami keterujaan dari gadis yang ditumpanginya tadi.

“Waalaikumussalam. Hauraaa! Anak mak balik jugak akhirnya!” suara keduayang teruja juga tertangkap di telinganya. Rancak mereka semua bertukar-tukar cerita. Ah, asingnya aku di sini! Nak memberi salam pun, segannya terasa juga.Lebih terasa apabila telinganya terus menangkap satu soalan lagi.

“Siapa tu? Boyfriend Kak Haura eh?”

“Eh, pandai-pandai aje awak ni!”

“Assalammualaikum!” ucap Tengku Umar Tajuddin, mendekati tuan rumah yang tidak pernah dikenalinya. Seisi keluarga Haura Adlea memandangnya denganpelbagai reaksi, dan rata-rata mereka menyambutnya dengan senyuman.

“Waalaikumussaalam warahmatullah. Jemput masuk-”

“Umar Tajuddin.” Jawabnya, terus memperkenalkan diri. Tangan yang dihulur oleh tuan rumah disambut dengan senyuman.

“Jemput masuk ke dalam, Umar Tajuddin!”

“Terima kasih, pakcik dan makcik. Saya sebenarnya dah lewat ni. Nak balikke KL semula.”

“Eh, kalau iya pun. Jemput masuk ke dalam. Dah nak azan Maghrib. Jemput berbuka dengan kami dulu.” Giliran Puan Humairah pula menjemput tetamunya.

Tengku Umar Tajuddin senyum sahaja. Dalam masa yang sama, matanya melirik juga ke arah Haura Adlea. Bukan Haura Adlea yang memandangnya, sebaliknya siadik perempuannya barangkali, asyik tersengih dari tadi. Dari mula-mula diakeluar dari perut kereta. Terfikir juga hendak menolak pelawaan itu tetapi kesungguhan emak dan abah Haura Adlea membuatkan dirinya akur juga. Apa salahnya mencuba sesuatu yang baharu? Pujuknya kepada diri sendiri.

“Saya menyusahkan pulak pakcik dan makcik sekeluarga.” balas Tengku UmarTajuddin, serba salah. Terasa bahunya dipaut mesra. Haura Adlea menoleh juga kearah tetamu yang berjalan di belakangnya. Dia hendak menyahut tetapi rasa segan

“Umar jangan risau. Kami memang masak lebih sebab dah lama sangat Haura tak makan dengan kami. Kalau kebetulan ada tetamu pun, kami tak bimbang. Harap Umar pun tak kisah berbuka dengan kami sekeluarga.”

“Tak kisah cuma saya segan aje.” Akuinya, jujur.

“Apa nak disegankan? Kita sama-sama tetamu dunia.”

Mereka sekeluarga, termasuk Tengku Umar Tajuddin melangkah sehingga ke ruangmakan. Di situ, makanan sudah siap dihidangkan, hanya menanti azan Maghrib berkumandang sahaja. Pandangannya jatuh pada Gulai Lemak Nangka. Warna danaromanya memikat selera. Lama rasanya dia tidak menikmati hidangan seperti itu.Aduh! Bertahanlah nafsu untuk beberapa minit lagi.

Haura Adlea dicuit sang ibu ketika sedang menyediakan kurma.

“Tak cakap dekat mak pun dah ada buah hati.” Usik Puan Humaira, tersengih.Berkerut-kerut dahi Haura Adlea dibuatnya.

“Salah fahamlah, mak! Bukan macam yang mak sangka.”

“Elele...tak mengaku pulak!” suara si adik menyampuk, separuh berbisik darisebelah kirinya.

“Hisy! Buat malu kat tetamu aje kalau dia dengar.” Geleng Haura Adleaseraya meninggalkan emak dan adik bongsunya. Kerusi kosong yang menjadi pilihan tiba-tiba diisi dengan gelojoh oleh si bongsu. Berkerut-kerut dahi Haura Adlea dibuatnya.

“Apa ni adik? Apa yang gelojoh sangat tu?” soal Encik Kamal,menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tak ada apa. Adik nak duduk depan abah.” Selamba si bongsu bernama Ulfah menyahut. 

Haura Adlea menggeleng kepala lagi, kali ini lebih halus agar tak terlihat dek mata tetamunya. Padanya reaksi Ulfah lain macam sungguh berbanding dengan dua abangnya yang bersahaja. Mahu tak mahu dia menarik juga kerusi disebelah Tengku Umar Tajuddin yang masih kosong.

Pada tetamu nan seorang itu, dia cuba memberi layanan sebaiknya lantas kurma yang masih di piring, dipindahkan ke pinggan tetamunya. Sedar yang dirinya diberi layanan baik, Tengku Umar Tajuddin menghadiahkan sebuah senyumansebagai tanda terima kasihnya kepada Haura Adlea.

“Thanks.”

“You deserved the thanks.” sahut Haura Adlea, perlahan dengan senyuman.

Saat itu, azan Maghrib mula berkumandang. Maka, bersegeralah mereka sekeluarga bersama tetamu membaca doa berbuka untuk menyempurnakan ibadah puasa mereka pada Ramadhan ke 25 itu. Lima minit pertama, suasana begitu sunyi dan kekok sesama mereka. Kemudian, baharulah ia riuh dengan pelbagai macam cerita,terutamanya dari Haura Adlea yang amat dirindui.

 

Previous: 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.