Home Novel Cinta BAGAIMANA
BAGAIMANA
AHC
27/4/2023 11:44:59
14,067
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Teaser Bab 10 - BAGAIMANA 


"Hari ni bermalamlah dekat sini. Esok Is bukan kerja pun." Pinta Puan Julia separa merayu.

Iskandar mendengus kecil. Penat di desak. Akhirnya dia bersetuju. "Ya lah. Is bermalam dekat sini."

Terus ceria wajah Puan Julia saat mendengar jawapan anak lelakinya itu. "Nanti mommy suruh bibik kemas bilik," Puan Julia terus berlalu pergi dari situ untuk mencari orang gajinya.

Tuan Hamidi tersengih sambil menggeleng perlahan. "Finally. Setuju juga Is tidur sini. Kalau tidak mommy tu membebel je pada daddy sebab Is tak sudi nak tidur sini," adu Tuan Hamidi.

"Is bukan tak sudi daddy. Is banyak kerja. Pagi-pagi Is dah kena bergerak ke office. Lewat malam baru Is sampai rumah. Dengan jem dekat jalan raya. Letih," jawab Iskandar memberi alasan. Padahal, dia tidak betah tidur satu bilik dengan Yasmin. Bimbang imannya tergugat.

"Alah, bukan jauh pun rumah Is dengan rumah daddy ni. Alasan!" Selar Tuan Hamidi. Entah apa yang hendak dielak oleh anak lelakinya itu, dia sendiri tidak tahu.

Iskandar diam. Malas mahu berbalah dengan Tuan Hamidi kerana dia tahu, dia tidak akan menang. Maklumlah, Tuan Hamidi bekas peguam. Silap cakap, habis segala bukti dicari. Berdiam lebih baik.

"Papa, nenek cakap kita tidur sini hari ni. Betul ke?" Alia yang muncul bersama Yasmin dari arah dapur terus menerpa ke arah Iskandar dengan wajah yang ceria.

"Yes, baby. Nenek rindu Alia. So, tonight we sleep here. Happy?" Soal Iskandar dengan muka selamba.

"Happy!!" Jerit Alia sambil memeluk erat leher Iskandar tanda gembira. Iskandar tersenyum segaris. Tangan Alia diusap lembut.

"Min tak bawa baju." Celah Yasmin dengan sopan.

Iskandar menoleh sekilas pada Yasmin. "Pakai je t-shirt I," jawabnya bersahaja. Yasmin terdiam. Kemudian, perlahan dia mengangguk tanda akur.

"Baju kelawar mommy ada Min. Nanti mommy letak dalam bilik." Kata Puan Julia yang baru sahaja turun dari tangga. Yasmin terus menoleh pada Puan Julia seraya tersenyum janggal. "Baju kelawar? Aaa... takpalah mommy. Min pakai baju t-shirt Abang Is je la." Tolak Yasmin. Seumur hidup, tidak pernah dia menyarung baju kelawar ke tubuhnya.

"Pakai je baju kelawar mommy tu. Baju Is banyak yang dah lusuh mommy dah buang," jawab Puan Julia selamba.

Serta merta Iskandar menoleh pada Puan Julia dengan alis mata yang berkerut. "Mommy buang semua ke?" Soalnya.

"Ada sehelai dua je yang tinggal." Jawab Puan Julia bersahaja.

Yasmin yang mendengar kata-kata Puan Julia itu terdiam. Mahu atau tidak, dia terpaksa memakai baju kelawar Puan Julia malam ini. Memikirkan yang dia akan sebilik dengan Iskandar membuatkan hati Yasmin gundah. Dia pasti lelaki itu tidak selesa sebilik dengannya. 

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AHC