Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
84,233
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 10
Selesai sahaja menunaikan solat isyak secara berjemaah, Mawar dan Puan Zubaidah bersantai diruang tamu sambil memerhatikan Melati dan Dahlia yang sedang menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan kepada mereka. Mawar mengerling ke arah Puan Zubaidah seketika sebelum bersuara.


"Mak.. Mawar ada benda nak bagi tahu mak ni," ucap Mawar.


"Apa dia?" soal Puan Zubaidah.


"Haris ada cakap dekat Mawar minggu depan Mawar kena pegi Kolumpo. Ada kerja dekat sana," ujar Mawar.


"Kerja apa pulak sampai ke Kolumpo peginya?" soal Puan Zubaidah hairan.


"Kak Mawar nak pegi Kolumpo ke? Dahlia nak ikut boleh," bersinar mata Dahlia merenung ke arah Mawar. 


"Dahlia mak dengan Kak Mawar tengah bercakap ni jangan menyampuk boleh tak? Buat kerja sekolah kamu tu sampai siap," tegas Puan Zubaidah berkata. 


Wajah Dahlia bertukar cemberut saat mendengarkan arahan Puan Zubaidah itu. Mawar menggelengkan kepalanya melihat keletah Dahlia yang dirasakan mencuit hatinya. Perbualannya bersama Puan Zubaidah disambung semula. 


"Haris pun tak bagi tahu dia cuma minta untuk bersedia," jawab Mawar.


"Habis tu kamu pegi sorang je ke?" soal Puan Zubaidah risau.


"Tak mak.. Imran pun ikut sekali. Haris dengan yang lain pun ada jugak,"


"Hmm.. Mak risau dengan kamu ni Mawar. Kamu tu perempuan tak penah jejakkan kaki sampai ke Kolumpo tu. Kamu pegi ke bandar pun mak dah risau. Kalau kamu tak pegi tak boleh ke?" soal Puan Zubaidah lagi.


"Mawar tahu mak risaukan Mawar. Tapi Mawar pegi pun sebab kerja jugak mak. Mawar pun tak berani nak langgar arahan Haris tu," jujur Mawar.


"Mak bukan apa mak cuma risaukan kamu tu. Kamu tu perempuan Mawar. Kolumpo tu bukan tempat kita. Kalau apa-apa jadi macam mana?" risau Puan Zubaidah.


"InshaAllah mak.. Mak doakan yang baik-baik untuk Mawar ya. Lagi pun Mawar pegi cari rezeki untuk keluarga kita. Mawar bukan pegi suka-suka," yakin Mawar.


"Kalau itu dah kata kamu mak tak boleh nak cakap apa dah. Mak cuma harap bila kamu dah sampai ke sana jaga diri kamu baik-baik. Solat tu jangan lupa," pesan Puan Zubaidah.


"InshaAllah mak," sahut Mawar.





~~~~~





Tepat jam 6.30 petang Aizat pulang ke rumahnya seperti kebiasaan. Usai memarkirkan motorsikalnya Aizat segera melangkah masuk ke dalam rumah teres satu tingkat itu dengan penuh kelelahan.


"Assalamualaikum.." laung Aizat mengejutkan semua penghuni didalam rumah itu.


"Waalaikumsalam... Abang Zat dah balik..." sapa Farah manja.


Tersentak Aizat saat secara tiba-tiba lengannya dipeluk oleh Farah yang datang dari arah ruang tamu. Mendengus geram Aizat seketika.


"Haa Zat kamu dah balik.." sapa Encik Bakri pula.


"Ya ayah.. Farah kau jangan pegang-pegang macam ni boleh tak..?" sahut Aizat lembut. Pegangan Farah dirungkaikan kasar.


"Alaaa Farah saja je nak sambut Abang Zat balik. Salah ke?" rungut Farah.


"Memang salahlah. Kau ni memang tak tahu halal haram ke?" geram Aizat. Kaki dibuka dan dia menapak duduk disalah satu sofa disitu. Menggeleng kepala Encik Bakri dan Puan Hanim melihat telatah kedua-duanya.


"Kalau haram.. Apa kata kita halalkan," sahut Farah punggung dilabuhka bersebelahan Aizat.


"Awal kamu balik hari ni Zat?" soal Puam Hanim pula.


"Hari ni tak banyak trip tu Zat balik awal," jawab Aizat.


"Abang Zat.. Farah ada buatkan kuih. Meh la rasa," pinggan berisi kuih seri muka diambil dan disuakan kepada Aizat. Tersenyum sinis Aizat merenung ke arah kuih itu.


"Kau buat kuih? Dah nak mampus ke apa?" soal Aizat sinis.


"Aizat.. Apa cakap macam tu? Farah ni ikhlas buatkan kamu kuih tu," tegur Puan Hanim.


"Mak percaya ke dia ni pandai buat kuih? Zat tak percaya langsung," ucap Aizat.


"Kenapa pulak tak percayanya mestilah mak percaya. Kamu tu je yang suka bersangka buruk dengan si Farah ni," keluh Puan Hanim.


"Mak sendiri pun tak pandai buat kuih. Lagi mak nak cakap si Farah ni reti buat kuih? Memang jangan haraplah Zat nak percaya," bidas Aizat.


Terkebil-kebil Puan Hanim merenung ke arah Aizat. Manakala Encik Bakri dan Farah sudah menunduk menahan dari terhamburnya gelak tawa mereka.


"Zat.. Kamu nak malukan mak ke?!" geram Puan Hanim.


"Zat cuma cakap benda betul je. Dahlah Zat nak naik atas," ucap Aizat.


Dia segera bangun dan ingin membuka langkah menuju ke arah tangga. Belum pun sempat kakinya melangkah Farah segera bersuara menghentikan tingkah Aizat.


"Abang Zat rasalah dulu kuih ni," rayu Farah.


"Kau makanlah sendiri Farah oii.." ujar Aizat pendek.


Malas berlama-lamaan Aizat segera meninggalkan ruang tamu itu.





~~~~~





Asap yang berkepul-kepul datangnya daripada kepulan asap rokok itu menggamit kaki Jaiko untuk mendekati bilik kerja milik Haris. Dilihat lelaki itu sedang bersantai sambil bermain telefon yang berada ditangannya.


Tanpa sebarang ketukan pintu yang sudah sedia terbuka dimasuk dan Jaiko melabuhkan punggung diatas sofa yang telah disediakan didalam bilik itu. Haris yang sedar akan kedatangan Jaiko tu mengangkat alis keningnya sebelah bertanya apakah tujuan kedatangan Jaiko ke ruangan kerjanya itu.


"Kau betul ke nak bawak budak Mawar tu ikut kita semua pegi KL?" soal Jaiko.


"Ya betullah. Asal kau tanya?" soal Haris kembali.


"Kau tak rasa berisiko ke bawak dia? Dia pun tak tahu kerja apa yang kita buat," ucap Jaiko.


"Kau tak payah risaulah pasal Mawar tu. Aku tahulah nak handle dia macam mana," ucap Haris yakin.


"Aku tak nak timbul apa-apa masalah dekat KL nanti. Kau tahu kan aku tak suka benda-benda remeh ni ganggu kerja kita nanti," tegas Jaiko.


"Kau relax je.. Selama Mawar kerja dengan kita pun dia takde buat apa-apa masalah. Dan aku yakin bila dekat KL nanti dia akan ikut semua arahan kita. Budak tu senang nak handle bro," Haris cuba untuk menyakinkan Jaiko.


"Penting sangat ke dia tu sampai kau beria sangat nak bawak dia ke KL tu?" soal Jaiko sinis.


"Dia tu ayam tambatan kita.. Dia dengan Imran nanti yang akan hantar semua barang-barang tu dekat KL. Kau jangan risaulah aku yakin dia takkan berani buat hal," ujar Haris sinis.


"Macam mana kalau dia buat masalah nanti? Rugi besar kita nanti," duga Jaiko.


"Kalau dia buat masalah aku jual je dia dekat Jack. Ayam kampung macam tu mahal je dia ambil. Fresh lagi," tersungging senyuman sinis dibibir Haris. Rokok yang masih berbaki ditangan disedut sebelum asap dihamburkan disegenap ruang bilik itu.


"Aku ingat kau sayang sangat dia," ujar Jaiko sinis.


"Perempuan kampung macam tu petik jari je beratur datang dekat aku," riak Haris.


"Kalau kau tak nak dia bagi aku rasa dulu pun boleh. Aku tengok body dia boleh tahan," Jaiko menjilat bibirnya apabila membayangkan tubuh Mawar tanpa seurat benang pun. Dasar si otak kotor!


"Bayar aku 10 ribu dulu. Lepas tu kau ambil lah," ucap Haris sinis.


Pecah ketawa kedua-dua lelaki itu apabila memikirkan soal Mawar yang dianggap seperti perempuan murah oleh mereka. Dalam mereka tidak sedar sebenarnya perbualan antara mereka berdua didengari oleh seseorang daripada luar.


Tangan digengam berbentuk penumbuk. Urat-urat hijau jelas muncul disekitar pergelangan tangannya. Api kemarahan yang semakin membuak-buak itu disabarkan daripada meletus. Jika dia tidak mempunyai had kesabaran yang tinggi sudah pasti muka kedua-dua lelaki itu pecah dikerjakan olehnya.








Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.