ANGIN
petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cukup nyaman dan mengasyikkan. Sambil duduk
di bangku marmar yang terletak di taman mini Kolej Cempaka, aku dan Farhana
berbual mesra.
“Penat?” tegur Farhana, melihat aku
yang hanya tersandar lesu. Aku mengangguk lemah. “Mestilah penat. Dahlah
semalam, sepanjang pagi kita beratur lama kat luar Dewan Sri Budiman. Majlis
Konvo pulak bukan main lama lagi!” rungutku. Farhana tersenyum. “Tau tak apa.
Dahlah beratur bukan main lama lagi. Kat dalam dewan pulak, naik sakit sendi
aku ni duduk lama-lama. Sejuk pulak tu. Tapi naik ke pentas nak ambil ijazah,
punyalah sekejap!” Farhana mengomel panjang.
“Habis tu, kau nak buat apa duduk
lama-lama kat atas pentas tu? Nak tenung muka Pro-Canselor tu sampai mata kau
juling?” Farhana ketawa mendengar aku berseloroh. “Tak adalah sampai macam tu!”
Majlis Konvokesyen yang berlangsung
semalam benar-benar buat tubuh kami lesu hingga ke hari ini. Tengahari semalam,
setelah tamatnya Istiadat Konvokesyen sesi pagi, aku menghabiskan masaku untuk
bersama dengan keluargaku. Tak cukup dengan bergambar, kami turut melawat
gerai-gerai bunga serta booth-booth
studio gambar yang terdapat di Dataran Menara SAAS. Pagi tadi pula, sebelum
memulangkan jubah graduan, aku serta rakan-rakan yang lain telah mengadakan
sesi bergambar outdoor di sekitar
UiTM. Naik lenguh kakiku mendaki bukit untuk ke Bangunan Canselori Tuanku Syed
Sirajuddin setelah selesai sesi bergambar di Dataran Tunku Fauziah.
Setelah selesai urusan memulangkan
jubah dan menuntut skrol, kami terpaksa pulang ke kolej untuk mengemas
barang-barang kami kerana petang itu juga kami terpaksa mengosongkan asrama.
“Aku akan rindukan Kolej Cempaka,”
ujar Farhana sambil mendongak ke arah tingkap bilik kami yang terletak di Blok
Cempaka 4, tingkat paling atas.
“Aku pun,” ucapku pula.
“Yalah, kita tinggal kat blok ni
sejak di semester satu lagi. Ini bermakna, dah empat tahun kita jadi penghuni
setia Blok Cempaka 4 ni.”
Kami terus merenung bangunan asrama
yang kelihatan agak usang itu. Suatu ketika dulu, aku dan rakan-rakan
sekuliahku yang lain pernah merungut kerana ditempatkan di asrama yang
dikatakan antara asrama yang tertua di universiti. Namun, demi pengajian serta
cita-cita kami untuk memiliki segulung ijazah, kami terpaksa buangkan segala
tanggapan buruk mengenai kolej tersebut. Kami cuba berusaha untuk menyesuaikan
diri dengan suasana asrama usang itu. Ah, mula-mula memanglah macam ni. Itu tak
suka, ini tak suka. Nanti bila dah lama duduk sini dan dah dapat menyesuaikan
diri, mesti rasa sayang nak tinggalkan asrama ini. Aku cuba memotivasikan diriku sendiri.
Tepat sekali apa yang aku fikirkan
ketika itu. Setelah empat tahun kami menghuni blok ini, rasa berat pula hati
ini untuk meninggalkannya. Namun apakan daya, perjuangan kami sudah sampai ke
penghujungnya. Malah kami juga sudah berjaya memiliki ijazah setelah tamatnya
majlis konvo semalam. Aku mengeluh berat. Banyak kenangan yang tercatat di sini
sepanjang pengajianku di UiTM ini.
“Apa rancangan kau lepas ni?” soalku
kepada Farhana yang masih leka merenung ke arah tingkap bilik kami.
“Entahlah, Aween!” jawabnya sambil
menjungkitkan bahu.
“Kau?” soalnya kembali.
“Aku memang sejak lepas exam hari tu nak kerja. Aku dah apply SPA, aku dah hantar beberapa
salinan resume kat firma-firma audit
dan bank-bank. Tapi sampai sekarang pun tak ada apa-apa feedback dari mereka,” jawabku lemah.
“Belum ada rezekilah tu. InsyaAllah,
kalau ada kekosongan, mereka akan panggil,” ucap Farhana.
“Kau pulak macam mana? Takkan tak
nak cuba?”
“Entahlah, Aween. Hati aku ni masih
sakit pasal hal hari tu.”
“Hal apa?”
“Hal yang kita kena tipu tulah!”
ucapnya geram.
“Laa… kau masih fikirkan pasal tu
lagi ke? Takkan pasal hal kena tipu dengan ajen tu pun kau terus tak ada
semangat nak cari kerja?”
“Bukan tak ada semangat. Cuma aku
masih kecewa. Bodohnya! Macam manalah kita boleh kena tipu?”
“Biasalah tu, Anne. Kita ni fresh graduate. Sedikit-sebanyak
pengalaman macam tu pasti kita akan rasa. Aku yakin, Anne. Bukan kita aja, tapi
ramai lagi graduan-graduan macam kita ni yang jadi mangsa penipuan agensi
penipu macam tu.”
Sememangnya, pengalaman kami ditipu
oleh ajen pencari kerja dua bulan yang lalu telah membuka mata kami supaya
sentiasa peka dan berhati-hati dalam menempuhi cabaran dan liku-liku perjalanan
hidup kami.
“Kita bernasib baik, Anne. Mereka
hanya tipu duit kita sebanyak RM150. Kau tahu tak, ramai yang kena lebih banyak
dari tu?”
“RM150 tu banyak tau! Lebih-lebih
lagi untuk kita yang tak bekerja ni.”
“Memanglah RM150 tu banyak. Tapi cuba
kau fikir, ramai yang rugi lebih dari tu. Kau kenal Diana?”
“Diana? Diana yang sama kelas dengan
kita semasa semester satu dan dua tu?” soal Farhana kembali. Aku mengangguk.
“Hmm… kenapa dengan dia?”
“Tiga bulan lepas, dia bayar kat
agensi pekerjaan sebanyak RM280. Tapi sampai sekarang kerja yang dijanjikan tak
jugak dapat-dapat.”
“Kesian dia!”
“Kau tengok, ada orang yang nasib
lebih tak baik dari kita. Tapi Alhamdulillah, berkat kesabarannya selama ni,
tak lama lagi dia akan memulakan kerja di sebuah syarikat kontraktor,” ucapku
panjang.
“Dah rezeki dia, Aween.”
“Anne, rezeki akan berpihak kat kita
kalau kita banyak berusaha dan berdoa macam yang kita lakukan semasa belajar
dulu. Rezeki takkan datang dengan sendiri tanpa usaha,” nasihatku lagi.
“Yalah, Cik Khairul Azween oi! Tu, prince charming kau dah datang tu!”
Farhana memuncungkan mulutnya ke arah kawasan pakir kereta. Berderau darahku
sebaik melihat seorang jejaka berkulit gelap keluar dari Proton Gen-2 sambil
membawa sejambang bunga.
“Hmm… dah sampai pun dia!” ujarku
sebal. Dalam hati aku nekad untuk mogok dan tak mahu bercakap dengan lelaki
itu. Biar dia rasa betapa sakitnya hati aku ini apabila janjinya dimungkiri.
Aku mengangkat punggungku dari
bangku yang kududuki. “Aku pergi dulu,” ucapku lalu menghulurkan tangan ke arah
Farhana. Dia menyambut huluran tanganku.
“Jumpa lagi. Kalau ada apa-apa
nanti, jangan lupa contact aku!” Aku
tersenyum.
“Sure,
honey!”
“Senyum sikit! Janganlah nak masam
macam cuka getah!” omel Farhana. Aku mencebir. “Sibuk!”
*****
SAMBIL
menarik bagasi, aku mengatur langkah ke arah di mana di mana lelaki itu sedang
berdiri menungguku. Bibirnya terukir segaris senyuman sebaik melihat aku kian
menghampirinya. Senyuman yang menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi
benar-benar membuatkan jiwaku bergetar. Namun ia masih belum mampu untuk
memujuk hatiku yang sedang rajuk.
“Hai, sayang!” ucap Shazzy lembut.
Aku tersenyum kelat, seperti tidak ikhlas.
“Hai!” balasku dingin. Dia
menghulurkan jambangan bunga itu tadi kepadaku. Aku menyambutnya dengan hati
yang mekar. Ah, siapa yang tak suka bila kekasih hati menghadiahkan bunga?
“Sorry,
I tak dapat datang semalam,” ucapnya.
Kupandang wajah Shazzy dengan jeligan yang tajam.
“Kenapa tak datang?” soalku agak
keras.
“I
ada hal. Emergency! So, I tak boleh
datang sini untuk meraikan hari bersejarah tu bersama you,” terangnya. Aku mengeluh berat.
“Dah tu, kenapa tak beritahu? Kalau
tak boleh call sekalipun, kenapa tak
mesej? At least beritahulah I. Ni, buat I tertunggu-tunggu,” rungutku. Aku baru bercadang hendak menemukan
ayah dengan Shazzy. Nasib baik aku tak janji apa-apa dengan ayah dari awal
lagi. Kalau tidak, entah apalah pandangan ayah terhadap Shazzy apabila ‘bakal
menantunya’ ini tak tepati janji.
“Sorry!
I tak terfikir. Lagipun semalam adalah waktu you dengan family, so I
tak nak kacau.” Aku mencebir.
“Yalah tu! I baru nak temukan you
dengan ayah, tau!” Shazzy hanya tersengih.
“Lain kalikan boleh?”
Bagasiku ditariknya ke belakang kereta lalu
dimasukkannya ke dalam boot.
Sementara itu aku pula membuka pintu kereta lalu memboloskan diri ke dalamnya.
“Kita nak ke mana ni?” soalku
kepadanya sebaik dia bergegas masuk ke dalam kereta. “Anywhere. You nak pergi mana? Shopping?
Movie?” Aku ketawa.
“To
my paradise!” ucapku bersahaja.
“Your
paradise? Not our paradise?”
soalnya nakal.
“Syurga kita belum wujud lagi.
Sekarang ni, I nak balik ke syurga I. Di sana, ayahanda tercinta dah menunggu!” Kali
ini giliran Shazzy pula ketawa.
“Oh, okey! Hmm… cakaplah nak balik
rumah!” Kereta yang dipandu Shazzy meluncur meninggalkan perkarangan Kolej
Cempaka. Sempat aku melambaikan tangan ke arah Farhana yang masih menanti kedatangan
abangnya.
“Kita pergi makan dulu? I laparlah. Tadi tengahari I tak lunch,” ujarnya sambil matanya tertumpu ke arah jalanraya.
“You
hantar I balik dulu. Lepas tu you nak pergi mana pun, you pergilah!” Aku masih dengan rajukku.
“Tapi I lapar sangat sekarang ni. Pagi tadi I cuma makan roti bakar dengan black
coffee aja…” ucapnya, cuba
meraih simpati dariku.
“Salah youlah! Siapa suruh tak makan tengahari tadi?”
“Kenapa marah sangat ni? Takkan
pasal I tak datang ke majlis konvo
semalam you nak merajuk sampai macam
ni sekali?” soalnya.
“Macam mana I tak bengang? You dah
janji nak datang!”
“Kan I
dah cakap, I ada hal kecemasan? Tak
boleh nak elak…”
“You
boleh inform I, kan? Sekurang-kurangnya tak adalah I tertunggu-tunggu! Ini tidak. I cuba call you pun tak dapat. Mana you
pergi semalam?”
“I
hantar Fariz ke hospital. Semalam tiba-tiba dia pengsan sewaktu exercise. I terpaksa off handsetsemasa
di hospital,” terangnya. Aku mencebir. Alasan!
“Habis tu, takkan tak boleh beritahu
I lepas balik dari hospital?”
“Sayang, urusan I dengan pihak hospital selesai lewat malam tadi. I tak call you sebab I takut you dah tidur, nanti mengganggu. I tahu, mesti you letih lepas majlis konvo semalam, kan?” Aku terdiam lagi.
*****
MALAM
ITU, selepas solat Maghrib, aku hanya bercadang untuk berehat sahaja di dalam
bilik. Sebaik mengenakan rob tidur ke
tubuh, aku ke rak buku. Sebuah novel yang masih belum dibaca kusambar. Plastik
pembalutnya kubuka. Radio yang terletak di meja sisi katil turut kubuka.
Lagu-lagu pop yang berkumandang di stesen radio HITZ.FM kedengaran di segenap
ruang. Pantas kuubah frequencynya, ke
stesen radio HotFM.
Kalau dulu, aku selalu mendengar
lagu-lagu Inggeris di HITZ.FM atau MIX.FM. Tetapi semenjak tinggal di asrama,
rakan-rakan sebilikku sering mendengar HotFM atau radio ERA. Kini aku sudah
dapat menerima dan mulai meminati lagu-lagu Melayu yang berkumandang di stesen
radio berkenaan. Rasa terhibur apabila mendengar lagu-lagu Melayu yang sedang top masa kini.
Sedang aku leka dengan duniaku
sendiri, tiba-tiba kedengaran telefon bimbitku berbunyi. Dengan malas aku
mencapainya namun seketika kemudian kucampakkan semula telefonku itu sebaik
melihat nama yang tertera di skrin kecil itu. Kubiarkan ia berbunyi lama
sehinggalah ia berhenti dengan sendirinya. Namun seketika kemudian, telefon
kecil itu berdering lagi. Nak tak nak terpaksa aku menjawab panggilannya.
“Helo, sayang. Merajuk lagi ke?”
soalnya lembut. Aku menghelakan nafas berat. Ah, lelaki. Memang pandai memujuk
hati wanita.
“Tak,” jawabku, berbohong.
“Betul ke ni? Tapi kenapa suara tu
dingin semacam aja?” Ah, bisa cair aku dibuatnya. “Tak adalah. Nak rajuk
apanya. Dah memang you ada hal sampai
tak ada masa nak datang semalam. Terima ajalah,” kataku menyindir.
“Hah, tengok tu. Dari gaya cakap dah tahu dah.”
“You
tak pergi melawat Fariz ke?” soalku. Tanpa sedar aku memerlinya.
“Tadi siang dah melawat. Lagipun
sekarang ni bukannya waktu melawat,” jawabnya. Seketika kedengaran dia
mengeluh.
“Sayang, I minta maaf. Bukan niat I
nak mengecewakan you,” dia terus
memujuk.
Aku terdiam. Tiada idea untuk
membidas kata-katanya. Tak dinafikan yang dia seorang majikan yang cukup
prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang pekerja-pekerjanya. Cuma aku
sahaja yang kurang faham akan situasinya itu. Memang salahku kerana terlalu
menurutkan perasaan. Tetapi aku tak puas hati kerana dia tidak memaklumkan
kepadaku dan membiarkan aku menunggu kedatangannya semalam.
“Shaz,” hanya itu yang mampu kusebut. Dan setiap
kali namanya meniti di bibir ini, terasa cukup tenang perasaan ini.
“Ya? Ada apa-apa yang
you nak cakap?” soalnya cuba
berdiplomasi. Aku mengeluh berat.
“Tak ada
apalah.”
“I call you
ni, just nak minta maaf pasal hal
semalam. I tahu, silap I sebab tak inform you awal-awal,” katanya pula.
“I faham.
Kalau tak ada apa lagi, okeylah. Bye.
Assalamualaikum,” ucapku untuk mengakhiri perbualan itu.
“Sayang, I
minta maaf.” Entah kali keberapa dia memohon maaf dariku.
“Ya, I
maafkan you.”
“Thanks.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Pantas kumatikan talian bersama
sebuah keluhan yang berat.