Home Novel Cinta Selagi Aku Masih Ada
Selagi Aku Masih Ada
Mya Effa
17/7/2013 01:56:21
111,695
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4
FAIL-FAIL yang diserahkan Shazzy petang tadi kubuka. Segala dokumen yang terdapat di dalamnya kuteliti satu-persatu. Aku tersenyum sendirian melihat dokumen-dokumen yang terdapat di dalam fail tersebut yang tak ubah seperti kerja kursus yang dipanggil simulation package yang pernah diberikan oleh pensyarahku sewaktu di semester satu diploma dulu. Masih kuingat lagi, betapa ramainya pelajar merungut dengan kerja kursus yang cukup rumit itu. Tambahan pula, kerja kursus itu melibatkan sepuluh markah untuk assessment subjek akaun semester itu. Tak sangka, apa yang kupelajar sewaktu di kolej dan universiti dulu akan dipraktikkan sekarang.

“Ni semua fail-fail yang menempatkan dokumen-dokumen urusan jual beli, belanja dan hasil untuk tahun ni. I dahpun labelkan setiap fail ni,” terang Shazzy panjang sewaktu dia menyerahkan fail-fail tersebut kepadaku. Sebuah fail dikeluarkan lagi dan dibukanya lalu ditunjuknya kepadaku.

“Ini semua bil-bil dan juga resit untuk bulan ni. So lepas ni, kalau ada apa-apa hal berkaitan dengan duit keluar atau masuk untuk bulan ni, you masukkan resit dan bilnya kat dalam fail ni. By the end of this month, bila semua akaun dah siap, you masukkan setiap resit dan bil ni ke dalam fail-fail yang berkaitan ni,” terangnya lagi. Aku mengangguk faham. Dan banyak lagi keterangan yang diberikannya selepas itu. Berjela, dengan buku tunainya, jurnal jualan yang terdiri dari bayaran perkhidmatan oleh pelanggan, bayaran keahlian oleh pelanggan tetap dan juga bar taking, jurnal belian yang terdiri dari urusan pembelian alatan senaman, alatan kick boxing, bar refreshment dan sebagainya. Memang banyak. Kadang-kala terdetik rasa simpatiku terhadap Shazzy yang selama ini menguruskan perniagaan ini seorang diri tanpa pembantu.

So, any questions?” soalnya. Aku menggeleng. Tak tahu apa yang hendak ditanyakan. Segala-galanya telahpun diterangkan secara terperinci.

I hope you tak ada masalah dengan proses-proses transaction tu, kan?” soalnya. Aku menggeleng.

So far, tak ada masalah. In case kalau ada apa-apa nanti, I inform kat you,” kataku yakin. Dia mengangguk.

I balik dulu. Jangan lupa, kalau ada apa-apa yang you nak tanya, please do call me,” pesannya sebelum melangkah pergi meninggalkanku dengan tibunan tugasan yang kurasakan agak mencabar itu. Aku mengusap dahiku bersama satu keluah berat.

Its show time…” aku berkata sendiri.

Malam itu, aku terlantar di sofa dalam keadaan yang lesu. Sudah sekian lama aku tidak memerahkan otak membuat akaun. Pada hari ini, terpaksa aku ingat semula segala ilmu yang telah kupelajari dulu. Naik pecah kepala aku dibuatnya. Aku mengeluh berat. Awal-awal lagi dah macam ini. Belum lagi sebulan atau setahun. Tetapi tak mengapalah. Sesusah-susah sesuatu perkara itu, lama-kelamaan akan menjadi mudah kalau kita berusaha. Lagipun, mana ada benda yang mudah dalam dunia ini? Semuanya susah. Semuanya memerlukan usaha dan kesabaran. Aku tak perlu merungut. Ini baru peringkat permulaan, sekadar bekerja sambilan dalam perniagaan kecil sahaja. Belum lagi sampai ke tahap syarikat atau firma yang lebih besar. Kalau aku diterima bekerja di syarikat koprat yang besar, macam mana lagilah susahnya. Jadi, kesempatan dan peluang yang ada ini akan kuanggap sebagai satu praktikal dalam persediaan untuk bekerja di syarikat besar suatu hari nanti.

*****

HARI AHAD minggu berikutnya, aku dan Farhana menghadiri perjumpaan yang diadakan oleh organisasi kelab untuk ahli-ahli baru. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah sekadar hendak memperkenalkan organisasi serta ahli-ahli jawatankuasa kelab kepada ahli-ahli baru. Farhana mesti menghadirkan diri kerana dia merupakan ketua biro peralatan manakala aku pula sekadar diberi tugas di bawah biro tersebut dan tidak diwajibkan hadir. Tetapi kalau nak menghadirkan diri pun tak menjadi masalah.

Aku sekadar berdiri di belakang, memerhatikan para ahli baru yang begitu kusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Abang Que yang menyandang jawatan Pengerusi Kelab pada tahun ini. Farhana yang berdiri di sebelahku juga begitu kusyuk mendengar. Dan tiba-tiba terlintas sesuatu di dalam fikiranku. Lantas kucuit lengan Farhana. “Anne, budak yang kau kata handsome macam Shahz Jaszle tu, mana?” soalku berbisik. Farhana memandangku lama. Seketika kemudian, matanya melilau mencari gerangan insan yang kumaksudkan tadi di antara barisan ahli yang sedang duduk mendangar ucapan Abang Que itu.

“Hah, tu! Kat baris kelima, duduk kerusi ketiga dari kiri,” bisik Farhana sambil menundingkan jari ke arah tempat yang di maksudkan itu. Aku memandangnya. MasyaALLAH, memang sudah kujangkakan. Apa yang kutakuti selama ini benar-benar berlaku. Memang benar, Khairul Azhari bin Ramli yang dimaksudkan itu adalah orang yang sama dengan Khairul Azhari bin Ramli yang kukenali dan pernah kucintai dulu. Memang dialah orangnya. Tak salah lagi tekaanku selama ini.

Handsome, kan? Ada macam Shahz Jaszle, kan?” sapaan Farhana menyentakkanku. Segera kupaling ke sebelah, memandangnya tajam.

“Tak ada rupa Shahz Jaszle langsung!” rengusku.

“Hei, adalah! Cuba kau tengok betul-betul,” bidasnya. Aku mencebik. Ah, tak kuasa aku nak tengok! Pandang sekilas pun aku tak sanggup, inikan pula nak tenung lama-lama. Sorry, no way!

“Tak ada langsung. Kontra habis. Tak sesuai,” aku bersuara keras.

“Hei, kenapa kau ni? Masing-masing punya opinionlah. Kalau tak sama pada kau, dahlah. Yang kau nak marah-marah ni pasal apa?” getus Farhana. Aku mulai sedar yang aku telah melepaskan amarahku kepadanya tanpa sengaja.

“Yalah, kau nak samakan actor kesukaan aku tu dengan mamat serabut macam tu, manalah aku tak marah? Hei, dengar sini. Kekacakan hero aku tu takkan ada tolok bandingnya, tau. Kau jangan nak pandai-pandai,” tegasku, sengaja hendak menutup keterlanjuranku tadi. Farhana mencebikkan bibir.

Handsomelah dia, Ween. Aku rasa hati aku ni sedang dilamun ‘ASMARA’…” ujar Farhana tiba-tiba. Naik mual tekak aku mendengarnya. Meluat! Di kala itu juga, terasa seram sejuk pada keseluruh tubuhku. Lantas kuambil keputusan untuk keluar dari dewan itu, meninggalkan Farhana melayani perasaannya sendiri.

*****

SAMBIL menikmati jamuan yang disediakan, aku dan Farhana sekadar berbual-bual kosong diselang-selikan dengan gelak-tawa apabila muncul cerita lucu.

“Assalamualaikum,” seseorang menyapa kami. Tersentak aku mendengar suara itu. Aku memaling sekilas. Dia melemparkan senyuman yang cukup memikat. Ah, bergelora lagi naluri kewanitaanku. Kami menjawab salamnya serentak.

“Hai, jumpa lagi kita kali ni, ya? Minum?” Farhana bersuara ceria. Azhari mengangguk. Aku terus menjeling tajam. Benci. Macam manalah dia boleh jejaki aku sedangkan sepanjang perjumpaan kelab ini berlangsung, sedaya-upaya aku menyembunyikan diri agar dia tidak berjaya mengesanku. Dalam hati aku mengeluh.

“Maaf kalau saya mengganggu. Err… saya nak cakap sikit dengan Azween,” ujarnya sambil merenungku. Ah, apa lagi yang dia mahu dariku!

“Kau buat apa kat sini?” soalku kasar. Namun, belum pun sempat dia menjawab soalanku, Farhana sudahpun menyampuk.

“Eh, awak kenal dia?” soal Farhana hairan. Azhari mengangguk laju.

“Kawan lama,” jawab Azhari.

Oh, I see. Okeylah, saya pergi dulu. Awak berdua berbual dulu ya,” ujar Farhana. Aku memandang Farhana dengan harapan agar dia tidak meninggalkanku berduaan dengan Azhari. Namun, Farhana teruskan juga langkahnya.

“Anne!”

Kini, tinggallah kami berdua di situ. Tak guna punya kawan! Adakah patut dia tinggalkannya aku dengan mamat ni? Hatiku merungut.

Sorry, aku tak senang,” bantahku keras lantas mengatur langkah meninggalkannya. Namun, dia lebih pantas menyambar tanganku.

“Aween, please. Sekejap aja,” rayunya. Pantas aku menarik tanganku yang berada di dalam genggamannya itu.

“Tolong jangan ganggu aku lagi, Ari. Aku tak ada masa nak layan kau,” keras sekali tuturanku kepadanya.

“Aween, please…” rayunya lagi.

“Apa lagi yang kau nak dari aku, hah? Tak serik lagi ke kau nak melukakan hati aku ni!” aku bersuara mendatar.

“Aween, aku sedar yang aku bersalah. Aku datang ke sini, bukan nak melukakan perasaan kau lagi. Aku nak tebus semula kesilapan yang aku lakukan terhadap kau dulu. Aku mahu merawat sendiri luka yang telah aku tinggalkan,” pujuknya. Aku mencebik. “Ah, sudahlah! Luka yang kau tinggalkan dulu tu memang dah lama sembuh. Tapi sayang, luka yang hanya tinggal parut tu terguris kembali semenjak kita berjumpa semula di Sogo hari tu. Dan luka itu kembali berdarah dengan pertemuan kita kali ini. Kalau kau rasa kau nak ubati luka itu, aku cadangkan kau agar tidak mengganggu aku lagi. Nyah kau dari hidup aku! Sebab setiap kali aku terpandang muka kau, semakin dalam lagi luka ini terhiris,” kataku lagi.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, mematikan perbalahan kami. Aku tersenyum. Ah, penyelamatku yang membuat panggilan. Aku tersenyum.

“Helo, sayang,” ucapku manja. Seketika kukerlingkan mata ke arahnya.

“Hai! Meeting kelab dah habis ke?” Shazzy menyoal.

Yup! Sekarang ni tengah tea time,” ujarku.

You balik dengan siapa nanti, sayang?” soalnya lembut.

“Dah I datang dengan Anne, baliklah dengan dia. Kenapa, you nak datang jemput I?” soalku pula. Bagus juga kalau Shazzy datang menjemput aku. Boleh aku menunjuk depan lelaki ini. Biar selepas ini, dia takkan berani kacau aku lagi sebab aku dah ada teman lelaki yang telah mengambil alih tempatnya dulu. Dan apa yang lebih penting, biar dia rasa terluka sepertimana yang pernah dilakukannya terhadapku dulu.

“Okeylah, I datang jemput you. Tunggu sampai I datang, tau,” pesannya. Cukup manja dan romantis. Yes! Hatiku bersorak girang.

Okay, see you later. Bye sayang. Love you so much,” ucapku bersahaja.

Yeah, love you too.” Talian termati di situ. Aku menjeling ke arahnya lalu mengatur langkah meninggalkannya termangu-mangu di situ. Namun pandanganku kian kabur dengan airmata yang ingin melimpah keluar dari kolam mata. Dan akhirnya mengalir juga menerjuni pipi.

Sepanjang menunggu ketibaan Shazzy, seboleh-boleh aku melarikan diri darinya. Asal dia mendekatiku, sengaja aku berlalu jauh. Aku mengambil tempat di antara Abang Dino dan Abang Reza yang sedang rancak berbual.

“Boleh join?” soalku lembut. Mereka mengangguk.

“Boleh. Duduklah, Aween. Anne mana?” soal Abang Dino. Aku menjungkitkan bahu. “Entah, tak pasti pulak dia kat mana,” jawabku sambil tersenyum penuh makna. Bukan aku tak tahu yang Abang Dino ada menaruh perasaan kepada Farhana. Yang Si Farhana pun satu hal. Dah tahu, tapi sengaja jual mahal.

“Balik dengan Anne ke nanti?” soal Abang Dino. Aku menggeleng.

“Shazzy datang jemput,” jawabku. Mereka mengangguk.

Seketika kemudian, Farhana datang menghampiri kami. “Ween, Shazzy dah sampai. Dia tunggu kau kat bawah,” beritahunya. Aku tersenyum lalu bingkas bangun.

Bye, Ween. Sampaikan salam abang kat Shazzy,” ucap Abang Reza. Aku mengangguk. “InsyaAllah.”

“Abang pun,” sampuk Abang Dino pula. Aku mengangguk seraya tersenyum.

“Oh ya, Aween. Member lama kau tu kirim salam. Aku terserempak dengan dia kat luar tadi,” ujar Farhana lagi.

“Dia ada kat luar?” soalku. Farhana mengangguk. Aku tesenyum simpul. Ini satu peluang yang bagus! Getus hatiku.

Terus aku melangkah keluar dari premis kelab itu. Kelihatan sesusuk tubuh sedang berdiri di kaki lima. Namun aku teruskan langkahku jua ke arah tempat di mana Shazzy menungguku. Langsung aku tidak menyapanya sebaik aku berselisih bahu dengannya. Aku membuka pintu Proton Gen-2 milik Shazzy dan terus memboloskan diri ke dalamnya. Sebaik kereta Shazzy meluncur pergi, sempat aku memandang ke arah Azhari yang kelihatan terkedu melihat aku dijemput seseorang. Aku tersenyum sinis. Dalam hati aku bersorak girang. Langkah pertama berjalan lancar!

*****

SHAZZY terus menghantarku pulang setelah kami menikmati makan malam. Rumahku kelihatan gelap. “Thanks, Shaz,” ucapku perlahan. Shazzy menggeleng.

That’s my job to care about you,” ujarnya perlahan. Terharu aku mendengarnya.

Your dad tak ada di rumah. Dia ke mana?” soalnya sebaik melihat rumahku yang gelap-gelita itu. Aku menjungkitkan bahu. Tentu ayah keluar makan. Aku mengeluh. Kasihan ayah kerana terpaksa makan di luar kerana aku tak sempat hendak menyediakan makan malam untuknya.

“Dia keluar dinner kot,” jawabku.

You nak ke gym esok?” soal Shazzy. Aku mengangguk laju.

“Hmm… dah lama tak exercise. Badan I ni rasa macam dah tak fit sebab asyik duduk rehat kat rumah aja.”

“Esok I jemput you,” kata Shazzy lagi. Aku memandangnya.

“Tak menyusahkan you?” soalku. Dia menggeleng perlahan. Seketika tangan sasanya mengusap pipiku lembut. Aku tersenyum lalu memegang tangannya yang masih berada di pipiku itu.

“Tak salah kalau kita pergi bersama, kan?” ucapnya lagi. Aku mengangguk, bersetuju dengan kata-katanya itu.

“Tunggu I datang esok,” ucapnya lagi.

“Okey, I tunggu you. Bye, see you,” ucapku lalu membuka pintu keretanya. Pantas aku mengatur langkah ke pintu pagar rumah setelah kereta yang dipandunya meluncur pergi meninggalkanku.

Sambil bersiul-siul, aku mengurut-urut kepalaku dengan syampu. Seluruh tubuhku masih disaluti buih-buih sabun. Seketika kubiarkan air yang memancut keluar dari shower membasahi tubuhku agar terasa segar. Tiba-tiba telefonku yang terletak di atas para konkrit di tepi sinki berbunyi. Kucuba teliti nama yang tertera. Namun yang pasti, bukan Shazzy kerana nada deringya lain. Nama si pemanggil tidak tertera, hanya nombornya sahaja. Siapa pulak ni? Bisik hatiku.

“Helo,” jawabku agak keras.

“Helo, Aween. Tengah buat apa tu?” soal si pemanggil. Lembut intonasinya. Aku terkedu. Siapa pulak ni? Sudahlah nombornya aku tak kenal. Macam mana pulak dia tahu nombor dan nama aku ni? Hatiku bertanya.

“Siapa ni?” soalku agak keras.

“Takkan tak kenal kot? Memang dah lupa sangat-sangatlah kat aku ni, ya?” Aku merengus. Main-main pulak mamat ni!

“Helo brother, kau ni siapa, hah! Aku tak kenallah. Kau jangan nak main-main dengan aku, karang aku…” belum pun sempat aku menghabiskan leteranku itu, tiba-tiba syampu yang masih menyelaputi seluruh rambutku mengalir mengenai mataku. Apalagi… “Ishk! Aduh, pedih… pedih!” spontan aku mendesis.

“Kenapa?” soalnya di hujung sana. Aku pula terkial-kial menahan pedih di mata dan terus menerpa ke arah air shower yang masih memancut keluar. Kusapu air tersebut ke mukaku yang sudah berselaput dengan buih syampu itu. Wah, lega sikit.

Pantas kubalut tubuhku dengan tuala sebelum menyambut telefonku semula. Si pemanggil masih lagi berada di talian.

“Hmm… siapa kau? Apa kau nak?” sambungku sambil mengatur langkah keluar dari bilik air tersebut.

“Tengah mandi ke?” soalnya pula tanpa menjawab soalanku tadi.

“Hei yang kau sibuk tanya aku mandi ni kenapa? Gatal ya? Siapa ni, oit! Mana kau dapat phone number aku ni, hah? Tak ada masa nak layan orang yang aku tak kenal ni,” tegasku.

“Aween, ni Ari bercakap.” Aku terkesima. Rasa nak terlepas telefon bimbitku ini dari pegangan. Aku bagaikan hilang kata.

“Aween, Aween!” panggilnya. Segera aku mematikan talian. Hatiku mulai cuak. Macam mana dia boleh tahu nombor telefon aku? Pelik! Aduh, masalah besar! Sudah sekian lama aku guna nombor ini, takkan aku nak tukar? Susahlah aku nanti, nak beritahu orang. Berapa ramai orang yang tahu nombor telefon aku ini. Memang banyak tak terbilang. Telefon bimbitku berbunyi lagi. Dan aku pasti, nombor yang tertera adalah nombor yang sama. Pantas kutekan butang cancel. Tak mahu melayannya.

Hisy, macam manalah boleh terbocor rahsia nombor telefon aku ni! Kalau sebelum ni, aku cukup jaga nombor ini supaya tidak diketahui olehnya. Segala-galanya bermula semenjak aku bertemu dengannya semula di hadapan Sogo beberapa minggu yang lalu. Selepas itu, pada perjumpaan ahli-ahli baru Kelab Kembara Muda pula. Dan kini, dia sudah mulai berani menelefonku.

Segala-galanya bagaikan sudah dirancang. Aku menjadi buntu. Buntu memikirkan jalan hendak melarikan diri darinya. Apa yang lebih menakutkanku lagi, andainya Shazzy mendapat tahu akan hal ini. Tentu dia mengamuk apabila mengetahui bekas teman lelakiku kembali menggangguku. Kalau setakat Azhari kena marah dengan Shazzy, tak mengapa. Kalau dibelasahnya si Azhari itu pun, aku tak kisah. Buatnya kalau aku turut sama menjadi mangsa kemarahannya, bagaimana? Bukannya aku tak faham dengan perangai Shazzy. Aku mengeluh buat kesekian kalinya.

Sekali lagi bunyi telefon bimbitku berbunyi. Rasa fobia pula hendak menjawabnya. Namun, ada sesuatu yang menarik naluriku untuk menjawabnya. Segera aku meneliti skrin telefonku. Tertera nama Kak Shazlin. Pantas aku menjawab panggilan tersebut.

“Helo, Kak Lyn,” jawabku.

“Helo, Aween. Sorry mengganggu Aween malam-malam ni. Akak just nak beritahu ni,” mukadimah Kak Shazlin, kakak kepada Shazzy itu benar-benar membuatkan perasaanku tidak keruan.

“Shazzy, accident tadi. Dia kena tahan kat wad.” Aku terkejut. Habis menggigil seluruh tubuhku mendengar perkhabaran ini.

Accident? Ya ALLAH, macam mana keadaan dia, kak?” soalku cemas.

“Dia okey, tak ada apa-apa yang serius sangat. Cuma kakinya aja yang bengkak. Kepalanya cuma tercedera sikit. Tapi doktor dah bagi tiga jahitan. Sekarang ni dia tengah tidur, doktor bagi dia ubat supaya dia dapat berehat,” terang Kak Shazlin. Aku menelangkupkan mulut, menahan sedih. Tak sangka, baru sebentar tadi kami bertemu, dan kini aku mendapat berita yang dia ditimpa musibah. Namun aku bersyukur kerana kecederaannya tidak serius.

“Kak Lyn, terima kasih kerana memberitahu. Esok Aween melawat dia. Err… hospital mana, kak?” soalku menahan sendu.

“UM Medical Centre,” jawabnya.

“Okeylah, kak. Thanks.” Talian kumatikan. Pantas aku merebahkan kepalaku ke bantal bersama esakan halus. Dan malam itu, aku tertidur bersama linangan airmata.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mya Effa