Home Novel Cinta Khaisyar
Khaisyar
Raha
10/9/2022 14:16:06
21,245
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Matanya yang semakin kuyu menatap kosong komputer yang masih bercahaya. Dari tadi dia duduk si sini- cuba memberi fokus sepenuhnya kepada kerja yang makin bertimbun tapi nampaknya fikirannya terlalu memikirkan perkara lain.


Sudah dua hari fikirannya sarat. Sudah dicuba untuk dibuang dari terus merosakkan moodnya tapi tidak berjaya.


Apatah lagi bila semalam saat dia pergi melawat si ayah, ternyata tahap kesihatannya semakin merundum dari hari mereka 'membincangkan' tentang perihal 'jodohnya'.


Kalau pada hari tersebut ayahnya masih mampu bercakap meski dalam keadaan tersekat-sekat, tapi semalam...


Ayah macam tak sedarkan diri. Dia dapat lihat dengan matanya sendiri betapa sukar menahan rasa sakit itu.


Kepalanya diletakkan di atas meja dengan dialaskan bahagian tangan sambil mata dipejam rapat. Suasana sekeliling langsung dia tak endahkan. Kalau kerja sendiri pun dia tak dapat fokus untuk buat, inikan pula perihal orang lain... lagilah dia tak ada masa nak ambil tahu.


Namun, baru sekejap sahaja dia dalam keadaan begitu, tiba-tiba ada suara lain memenuhi gegendang telinganya.


"Orang lain buat kerja.... dia boleh tidur pula?" Penuh sarkastik suara itu menegur.


Khaira malas-malas mengangkat kepalanya kembali. Matanya terus terbuntang bila melihat susuk tubuh yang memeelinya itu. Teeus sahaja badannya menegak 90 darjah. Mata yang tadi kelihatan kuyu terus saja segar bugar.


Dalam hatinya pelbagai sumpah seranah dihadiahkan kepada diri sendiri. 


Aduh... Kenapalah waktu dia tengah khusyuk buat kerja tak ada pula bos nak turun padang. Waktu dia cuma tinggal jasad je rajin pula bos botaknya itu nak melawat kawasan.


Figura bergelar bos yang hanya bersama kemeja putih kosong yang dilipat bahagian lengan sehingga siku itu dipamdangnya takut-takut.


"Sa... saya... Saya minta maaf, tuan."


Namun respon yang diberikan tidak seperti apa yang Khaira anggap. Senyuman penuh manis diberikan kepadanya membuatkan dia terasa kekok.


"Masuk bilik saya, Khaira."


Matanya dipejam. Bala apa pula dia dapat lepasni...


"Baik, tuan."


Dia memerhatikan figura lelaki tersebut yang semakin menjauh dengan ekor mata. Melihatkannya yang semakin menjauh, dia malas-malas bangun dari kerusinya. Bunyi tayar bergesek agak kuat kerana geramnya masih tidak hilang.


Lamgkah kaki diatur menuju ke bahagian hujung penjuru di mana terletaknya bilik-bilik yang menempatkan orang-orang atasan di pejabat tempat dia bekerja ini.


Tiba di hadapan pintu bilik bosnya tadi, tangannya pantas sahaja mengetuk. 


"Masuk." Kedengaran suara dari dalam mula memanggilnya.


Pintu kayu yang agak berat itu ditolak. Terpampang wajah lelaki tanpa rambut pada penglihatannyaa. Dalam ragu-ragu, kakinya melangkah masuk bersama senyuman yang jelas dibuat-buat.


"Ada apa tuan nak jumpa saya?"


Dia memandang sepi wajah lelaki itu. Senyuman yang diberikannya bukan membuatkan Khaira makin tenang malah... makin merisaukan.


Creepy bestie. Creepy.


"Awak ni... Cantik sebenarnya, Khaira."


Damn. Double creepy.


"Saya bukan apalah tapi... since awak single, saya pun single..."


Triple creepy.


Khaira mula rasa tidak tenang. Kakinya gatal saja ingin melangkah keluar dari bilik ini yang terasa kian membahang.


"Jadikan..." Khaira semakin risau bila si botak mula beraksi. Figura itu mula bangkit dari kerusi yang didudukinya dan mula mendekati Khaira.


"Apa kata kita kahwin?" Dia makin mendekati dan terus meraih tangan milik Khaira. Dia kaku di situ. Fikirannya tidak dapat berfungsi dengan baik ketika ini. Namun, pantas saja Khaira tersedar sebelum dia akhirnya bertindak. Dia berundur ke belakang lalu tombol pintu dipulas kasar. 


Bukaan langkahnya semakin bessr. Badannya habis digeliatkan akibat geli. Tapak tangan yang telah dipegang lelaki tidak berguna itu dilap-lap pada bahagian seluarnya.


Di sudut lain, bunyi gelak tawa seseorang memenuhi ruang sempit itu.


"Comel betul kau ni, Khaira. Baru usik sikit dah menggeletar."


•••


"Patient kau tak datang ke?" 


Suara yang menegurnya secara tiba-tiba itu berjaya mengalihkan perhatiannya. Dia yang sedari tadi hanya merenung kosong fail pesakit di hadapannya mula terhenti.


"Tak tahulah. Dia janji pukul sebelas tadi. Sekarang dah..." Jam di tangan kanannya dikerling. "Dah pukul satu." Dia hanya tersenyum hambar. Biasa dah kalau kena sidai dengan patient sendiri.


Fail-fail yang berterabur dikemaskan. Masalah betul bila fikirannya sedang sarat dengan perkara lain di tempat kerja.


Kepalanya ditundukkan sedikit dan dipangku dengan kedua-dua belah tangannya. Habis rambutnya kemasnya kembali berserabut.


"Ya Allah... Astaghfirullah..." 


Dia meraupkan mukanya. Kasar. 


"Any problem, bro?" Tanpa dia sedar, insan yang menegurnya tadi memerhatikan setiap tindak-tanduknya sedari tadi.


Kepalanya kembali terangkat. Dia hanya memberikan gelengan bersama senyum segaris kepada rakan sekerjanya itu.


Rakannya itu mengangkat keningnya sebelah. Kurang yakin dengan 'jawapan' yang diberikan. Namun, dia hanya biar dan diamkan saja. Tak perlulah dia nak ikut masuk campur hal orang kalau orang tak mahu bercerita. Sedar akan suasana yang agak kekok, dia kembali bersuara. "Next patient kau pukul berapa?" 


Serentak, kedua mereka terus melihat jam. Otak ligat mengingat kembali waktu temu janji yang telah ditetapkan kepada setiap pesakit.


"Dalam pukul dua jap lagi." Balasnya. Dia ada lagi dalam satu jam sebelum kembali memerahkan tenaganya sebagai salah seorang dentist di klinik ini. Menyedarkan itu, dia terus bangkit dari tempat dia berlabuh sedari tadi.


Laci yang terdapat di bahagian meja dibuka. Sebuah beg yang dia sentiasa diletakkan di situ diambil. "Aku minta diri dululah, Fir."


Usai pamit, terus sahaja dia membawa langkah kakinya ke arah jejantas yang menjadi laluan pejalan kaki sepertinya untuk melintas melalui jalan besar yang memisahkan kliniknya di seberang kiri dengan sebuah masjid di seberang kanan.


Sudah menjadi kebiasaannya ke sini jika sudah masuk waktu. Jejantas ini sudah lama menjadi laluan tetapnya.


Setibanya di sana, azan mula berkumandang. Dia terus bergegas ke ruang mengambil wuduk. 


Dia berlari-lari anak. Tiba-tiba tanpa sengaja, dia hampir terlanggar seseorang namun sempat mengelak. "Maaf." Ucapnya perlahan.


Dia sudah berura-ura mahu terus berlalu usai meminta maaf. Tapi langkahnya terus mati bila orang yang dia hampir langgar tadi mula bersuara.


"Kau memang jalan pakai kepala lutut ke?! Mata tak ada? Memang harini semua benda nak jadi masalah!" 


Dia mula menoleh sekilas ke arah empunya suara. Semerta, langkahnya terus terhenti. Apatah lagi saat melihat ada titisan mutiara jernih tumpah dari tubir matanya.


Dia hanya mampu memerhatikan susuk tubuh itu menjauh melalui ekor matanya dan tersenyum hambar sebelum keluhan kecil dilepaskan. 


"Ya Allah, semoga keputusan ini ialah keputusan yang Engkau redai." Bisiknya sendiri sebelum kembali membuka langkah dengan seribu satu perkara yang difikirkan.


"Ya Allah, aku serahkan segalanya kepada Engkau dan Kau permudahkanlah ia."


•••


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Raha