Home Novel Cinta Khaisyar
Khaisyar
Raha
10/9/2022 14:16:06
21,260
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Pintu dihempas agak kasar. Kakinya juga dibawa pantas duduk di atas kerusi bersebelahan katil pesakit. Dia akui dia tidak dapat mengawal dirinya ketika ini. Pelbagai masalah hadir serentak, membuatkan rasa serabut mengawasi diri.

Anak matanya sekilas dibawa memandang ke arah susuk tubuh yang sedang terkulai lemah. "Kenapa ayah kena sakit?"

Dia mula mempersoalkan tentang takdir-Nya. Sepanjang dia hidup, sudah banyak perkara perlu dilalui. Terkadang dia hampir terasa untuk menyalahkan Tuhan namun pantas dia beristighfar mengenangkan iman di dalam hatinya meski senipis bawang.

Wajahnya diraup kasar. Tudung yang dah tak punya rupa dibiarkan.

Dia semakin runsing. Apatah lagi saat jururawat yang menjaga ayahnya memberitahu bahawa si ayah sudah semakin tenat. Kerana itulah dia terus bergegas ke sini bersama hati yang cukup gundah. Ditambah pula dengan masalah di pejabat tadi... Itu tak campur lagi dengan permintaan si ayah yang terlalu besar untuk dia terima.

Tentang masalah di pejabat... Ingin sahaja dia berhenti terus dari bekerja di situ. Dia yang menjadi accountant di pejabat swasta itu baru bekerja selama dua tahun memandangkan dia juga baru habis grad. Selama ni... elok saja. Entah kenapa harini bosnya mula menunjukkan belang- sampai pegang-pegang sesuka hati. Memang buat Khaira panas berapi.

Tapi, kalau dia berhenti... Siapa mahu tanggung semua ni? Dia perlukan duit sekarang. Sangat memerlukan.

Buat kesekian kalinya, Khaira melepaskan keluhannya berat. Tangan si ayah yang sedang dalam nyenyaknya diambil lalu diusap perlahan.

Setitik demi setitik air matanya mula tumpah. Kepalanya dipanggung bersama kedua-dua tangan yang masih memegang tangan tua si ayah.  Sejujurnya dia sudah penat. Dari dulu sampai sekarang... dah macam-macam dia kena hadap. Sendiri.

Lama dia dalam keadaan seperti itu sebelum telinganya menangkap bunyi pintu dikuak. Dia hanya buat tidak endah kerana menganggap itu cuma jururawat yang ingin memantau keadaan pesakit. Dia akan bangkit jika ditegur jururawat itu nanti.

Namun setelah sekian lama, suasana masih seperti tiada orang lain di dalam bilik itu. Kepala terus diangkat untuk meninjau keadaan sekelilingnya.

Dia terdiam. Memang tiada siapa selain dia dan ayahnya yang terbaring lemah sedari tadi di sini. Mungkin jururawat tadi dah keluar. Bisiknya sendiri.

Khaira bangun dari duduk. Dia berura-ura ingin keluar dari bilik tersebut terlebih dahulu untuk membeli makanan mengenangkan perutnya yang tidak diisi sejak pagi tadi sebelum kembali ke sini.

Baru saja tangannya ingin memegang tombol pintu, tiba-tiba saja pintu tersebut kembali terkuak dari luar.

Dia berjeda. Khaira tidak lepas dari memandang susuk tubuh yang berdiri kaku di hadapannya. Jelas di mata Khaira, figura itu turut terkejut melihatnya.

Mereka berdua hanya diam tanpa apa-apa suara. Masing-masing seperti tidak punya modal untuk bercakap.

Namun, keadaan tersebut hanya seketika sebelum kedua-duanya mula sedar dengan situasi yang sedang berlaku. Susuk tubuh yang berdiri tegak di hadapan Khaira tadi pun mula menundukkan sedikit wajahnya di samping melarikan pandangannya dari terus menatap wajah cantik Khaira.

Khaira pula terus buat tidak endah seperti tidak ada apa-apa yang terjadi tadi. Dia terus berjalan selamba melepasi lelaki tersebut. Dia yang asalnya ingin keluar ke kafe hospital untuk membeli makan menukarkan haluannya. Lif hospital dituju dan punat ke tingkat atas ditekan.

Lif tidak sesak ketika ini. Sesudah pintu lif terbuka, Khaira mula masuk ke dalam lif tersebut. Punat nombor tiga ditekan.

Tingkat tiga- ada tandas.

Dia menyandarkan tubuhnya lemah di dinding lif sementara menunggu lif tersebut berhenti. Entah kenapa jiwanya terasa amat sesak tika ini.

Dia tidak lagi dapat mengawal perasaannya. Semerta, air matanya sedikit sebanyak tumpah di dalam lif tersebut.

Kalau nak diikutkan, sudah terlalu banyak dia menangis hari ini.

Penat.

Pintu lif kembali terbuka. Hujung lengannya digunakan untuk mengelap kesan air mata sebelum melangkah keluar.

Dia melabuhkan duduknya pada bangku yang berhadapan dengan tandas. Kedua-dua belah tangannya digunakan untuk menutup wajah yang semakin memerah. Dia sendiri tidak pasti apa rasa yang menerjah hatinya ketika ini- keliru dengan situasi yang semakin lama semakin menyesakkan.

Khaira mula termenung. Fikirannya mula diligatkan kembali pada situasi tadi. Wajah lelaki yang menyapa kornea matanya tadi sememangnya dia ingat. Dan dia yakin, dia sudah lama mengenali susuk tersebut.

Dulu saat pertama kali Khaira kembali bertemunya... Dia memang tidak dapat mengecam.  Maklumlah, sudah berapa lama mereka tidak bertemu. Tambahan pula, Khaira memang tidak gemar untuk mengenali sesiapa, apatah lagi ambil tahu perihal mereka.

Tapi kenapa lelaki tersebut ada di sini hari ini? Dan Khaira juga hakikatnya sudah lama tahu yang si dia sudah berkali-kali menjejak kaki di hospital ini.

Atau lebih spesifik, di wad ayahnya.

Fikirannya sedang ligat memikirkan sebarang kemungkinan. Dan hanya satu jawapan yang dapat dia fikirkan.

"Kenal dekat mana tu tak penting tapi... ayah yakin, Khaira kenal dia."

Dia mula teringat akan kata-kata si ayah dua hari lepas.

"Ayah yakin, Khaira kenal dia."

Entah kenapa, ayat tersebut terus bermain-main di ruang fikirannya.

Dan entah kenapa juga... dia dapat rasakan lelaki tadi ada kaitan dengan semua ni.

By hook or by crook, dia perlu tahu.

•••

"Roti telur se, teh O beng se."

Usai memberi pesanan, dia menjeleng sekilas ke arah ane yang mengambil pesanan itu mengangguk perlahan dan terus membawa langkah ke kawasan dapur restoran.

Rambutnya yang sedikit terjuntai sehingga menutupi kawasan keningnya dikauk sebelum kopiah putih yang berada dipegangannya diletakkan di atas kepala.

Riak wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin supaya tidak kelihatan terlalu kusam meskipun hatinya sedang dalam gundah ketika ini.

"Siap!" Makanan yang dipesan tadi terhidang di depan matanya. Dia hanya pandang pesanan tersebut dengan reaksi kosong.

Jam yang disarung pada pergelangan tangannya dikerling sekilas.

Lagi lima minit.

Telefon yang disisip pada poket seluarnya dibawa keluar. Satu bari nombor didail.

Baru saja dia ingin bersuara, terlebih dahulu suara di corong telefon itu berbunyi, "Ya, ya... Aku dah sampai. Tengah cari kau aje ni..."

Keningnya terangkat sebelah mendengarkan itu. Nak datang rupanya... ingat dah tak nak temankan dia harini...

"Meja dekat dengan sinki. Nombor tujuh." Usai memberikan pesanan tersebut, terus saja panggilan itu ditamatkan.

Tidak sampai seminit, kerusi kosong disebelahnya mula diduduki seseorang. "Bro!"

"Salam kau mana?" Sapaan si rakan dibalas dengan soalan.

Dia hanya tersengih kambing, "Sorry, sorry. Assalamualaikum wahai rakanku yang sedang dalam kebingunan, kesusahan dan yang sedang menghadapi masalah hati. Apa khabar, tuan? Oh, semestinya khabar tuan tidak baik." Ucapan panjang yang menutur dibibir lelaki berbaju hitam itu sekali lagi dibalas jelingan tajamnya. Namun, semestinya salam yang diberikan dijawab meski hanya di dalam hati. Jawab salam itukan suatu kewajipan.

Makanan yang dipesannya tadi ditolak ke arah rakannya yang baru sampai itu. "Makanlah."

"Kau biar betul?! Roti telur ni favourite kau... Kau tak nak?" tanyanya meminta kepastian.

Dia hanya menggeleng. Seleranya hilang di saat-saat begini.

Dia hanya membiarkan orang disebelahnya menikmati makanannya. Sekali lagi, dia menggeleng perlahan sebelum kepalanya dipanggung menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Tiba-tiba, entah bagaimana... kopiah yang terletak elok di atas kepalanya melayang. Ada tangan yang menolak pakaian itu dari terus menutupi bahagian kepalanya.

Saat kepalanya diangkat, matanya terus menangkap figura yang 'menegurnya' dengan cara yang agak kasar tadi. Kopiah yang sudah terjatuh ke atas lantai diambil. Api kemarahannya cuba dikawal sebaik mungkin.

"Tak payah nak acah sangat dengan aku..." Si empunya suara menarik kerusi plastik dihadapannya dan terus melabuhkan duduk di situ. "Berkopiah bagai." Dia menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah.

Si rakan yang tadinya enak menikmati roti telur hanya mampu berdiam diri. Memang dia telah dipesan untuk hanya menemani... bukan masuk campur.

"So, straight to the point." Dia merenung tepat ke arah lelaki yang sedang memegang kopiahnya dengan tangan kiri. Matanya ralit ingin menangkap anak mata milik lelaki tersebut. Namun, berkali-kali dia cuba pun tetap tidak berjaya. Lelaki itu hanya menunduk memandang meja.

"Aku nak cakap dengan kau. Pandang muka aku." Katanya, keras.

Jelas di kornea matanya, lelaki itu seperti sedang menahan sesuatu. Buktinya, dia dapat lihat dengan matanya sendiri betapa kuatnya lelaki itu mengenggam penumbuknya sehingga menampakkan urat-urat lengannya. Begitu juga dengan giginya yang diketap kuat.

Seram juga dia tengok.

"Tunggu halal, Khaira. Aku tak nak pandang perempuan yang belum milik aku." Katanya perlahan. Namun, masih jelas dipendengaran Khaira.

Khaira tersentak. Air liur yang hendak ditelan terasa berpasir. Ni lagi seram dari kena hadap bos botaknya hari tu.

Khaira mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara sebagai tanda mengalah. "Ok, fine."

"Cik adik manis mau order apa?" Tiba-tiba, suara si mamak kedai datang menerjah. Figura berbaju hitam yang sedang menyedut teh o ais itu mula tersembur.

"Ane... you ganggu la ane... Scene tengah oanas ni, boleh pula you datang minta order." Pantas suaranya membalas. Namun, terus saja kepalanya ditolak kasar oleh seseorang.

"Hehe. Maaf, my lovely friend."

Khaira hanya memandang 'drama' dua orang manusia itu dengan pandangan kosong sebelum matanya dikalihkan ke arah ane yang datang ingin mengambil pesanan.

"Teh tarik satu. Tu je."

Setelah melihat ane tersebut mula menjauh, dia kembali bersuara. "Back to our topic."

•••

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Raha