Ternyata terdapat sesuatu yang penting di dalam gudang yang di label dengan nombor 9 itu. Kawalan sekuritinya sangat berbeza. Di kawasan luar, terdapat pengawal bersenjata yang tampak terlatih. Bukan pengawal keselamatan biasa yang sering dilihat di bank atau di tempat awam. Mereka ini seperti askar upahan yang memang dilatih untuk membunuh kepada sesiapa yang menentang.
Sekumpulan unit dron pula berlegar di ruang udara gudang ini. Merakam setiap pergerakan yang berlaku. Aku dan Ryu yang kini berada di bumbung gudang no 8 terpaksa meniarap bagi memastikan dron tidak mengesan kehadiran kami.
“Macam mana Ryu? Ko boleh tak godam dron-dron tersebut?” soal aku kepada Ryu, si robot bulat yang berada di sebelah.
“HMM..BAGI SAYA 5 MINIT UNTUK SELESAIKANNYA.” Jawab Ryu sambil bersedia untuk beraksi.
Ryu berubah kepada mod Godam dan menumpukan usahanya untuk menggodam dron yang ada disekitar. Mujur semua dron ini terhubung ke rangkaian internet. Maka agak mudah untuk Ryu mengambil alih kawalan terhadap dron tersebut.
“OK DARIUS, DRON SUDAH BERJAYA SAYA AMBIL ALIH. SEKARANG CUMA TINGGAL UNTUK CARI JALAN UNTUK MASUK KE DALAM GUDANG TERSEBUT.” Maklum Ryu.
Aku memerhatikan beberapa pengawal yang bertugas. Jika benar aku ingin menumpaskan mereka, tiada masalah namun mungkin ia akan menyebabkan pengawal yang lain menyedari kehadiran aku. Oleh itu aku kena pilih kaedah yang tidak mendedahkan akan kehadiran aku.
Mujurlah aku ada membawa gajet khas untuk situasi sulit seperti ini. Aku bawa keluar dari beg sandang aku sebiji bom gas tidur yang berupaya untuk menyebabkan sesiapa yang terhidu gas ini untuk tidur selama 8 jam. Kawasan yang terkesan hampir 300 meter. Disebabkan itu aku terus mengarahkan Ryu melakukan sesuatu.
“Ryu, aktifkan S.H.E.S.” arah aku ringkas
“BAIK. S.H.E.S DIAKTIFKAN. MULA MELEPASKAN PARTIKEL MESIN NANO.”
S.H.E.S adalah satu teknologi peningkatan kekuatan terhadap fizikal tubuh badan manusia dengan cara membenarkan mesin nano memasuki tubuh dan mengubahsuai sel-sel yang ada di dalam badan secara sementara untuk membolehkan manusia yang menggunakannya mampu melakukan perkara yang pada normalnya tidak mampu untuk dilakukan. Namun, ia memberi kesan sampingan kerana jika digunakan lebih daripada had masa yang dibenarkan, sel-sel di dalam badan akan rosak lantas boleh menyebabkan manusia tersebut mengalami implikasi kesihatan yang serius.
Agak lama juga aku tak menggunakan S.H.E.S ciptaan professor ini. Kali terakhir aku gunakannya adalah ketika aku di arahkan untuk menguji teknologi ini pada awal penghasilannya. Teknologi ini terhasil adalah daripada pemeriksaan professor terhadap apa yang berlaku ke atas diri aku pada peristiwa “itu”.
“S.H.E.S BERJAYA DIAKTIFKAN. DARIUS, ANDA CUMA ADA MASA SEBANYAK 1 JAM SAHAJA UNTUK BERADA DI DALAM MOD INI. JIKA ANDA MELEBIHI MASA TERSEBUT, MOD INI AKAN NYAHAKTIF SECARA SENDIRI. INI UNTUK KESELAMATAN DIRI ENGKAU DARIUS” terang Ryu kepada aku yang telah berjaya berasimilasi dengan S.H.E.S.
“Iye, Jom kita mulakan.” Balas aku sambil membuang picu bom gas tadi lalu mencampakkannya secara berhati-hati ke arah pengawal tersebut. Pengawal itu yang tidak menyedarinya secara tiba-tiba terus tumbang memejamkan mata.
“Sweet dream ye abam bodyguard” bisik aku setelah memastikan mereka semua benar-benar telah tidur akibat terhidu gas tersebut. Kini Ryu sedang menggodam untuk mendapatkan akses pintu gudang.
“OK, SAYA DAH BERJAYA BUKAK” kata Ryu sambil pintu gudang itu terus terbuka. Alangkah terkejutnya aku sebaik sahaja melihat apa yang ada di dalam gudang tersebut. Segala jenis peralatan ketenteraan tersimpan di dalamnya. Senjata, kenderaan, semuanya ada di dalam gudang ini. Jadi, tidak menghairankan jika gudang ini mempunyai tahap keselamatan yang sangat tinggi.
Segala jenis teknologi ketenteraan juga ada. Adakah Johan dan syarikatnya menjana keuntungan dengan menjadi pembekal senjata kepada militia di sekitar asia?. Semua ini harus direkodkan supaya mudah untuk dijadikan bahan bukti. Aku menangkap gambar menggunakan jam khas ciptaan professor. Segala yang dilihat di dalam gudang ini aku rekod supaya boleh diberikan kepada Naqiela.
“DARIUS, CUBA AWAK LIHAT INI” kata Ryu yang berada di depan kontena yang dicari. Aku dan Ryu pun masuk melihat apa yang ada di dalam kontena itu. Kelihatan di dalam kontena tersebut terdapat beberapa kotak yang mengandungi senjata yang belum pernah dunia ini saksikan.
“Ini Hydrogun. Teknologi yang dulunya cuma sebuah teori.Tak sangka diorang dah berjaya hasilkan.” Ujar aku. Seperti yang diketahui umum, senjata paling berbahaya pernah wujud di atas muka bumi ini adalah bom hydrogen. Yang mana lebih merbahaya daripada bom nuclear. Namun disebabkan kesannya sangat dasyhat, ia telah diharamkan. Namun dengan kehadiran versi senapang ini, ternyata ribuan mangsa akan terkorban menjadi mangsa senjata ini.
Ternyata ini semua kerja klan Yamaguchi. Mereka mempunyai keupayaan untuk menghasilkan peralatan sedemikian. Aku tahu sebab aku pernah tengok di depan mata. Tapi ini bukan masa yang sesuai untuk aku mengenangkan perkara tersebut.
“Ryu, imbas senjata ini. Aku nak analisis kejuruteraan senjata ini nanti.” Arah aku pada Ryu.
“BAIK DARIUS.” Balas Ryu sambil terus melakukan imbasan pada senjata tersebut. Sebaik sahaja aku keluar dari kontena tersebut, terdengar bunyi tepukan tangan daripada seseorang.
“Aku tak sangka kita boleh berjumpa disini, wahai jurugambar professional, encik Darius.” Kata Johan lagak macam villain ketika ini.
Aku nampak kelibat Johan dan kuncunya yang kini sedang mengelilingi kontena ini. Mujurlah mereka tidak melihat kelibat Ryu.
“Ryu, aktifkan mod nyahpandang kau dan hubungi professor dengan segera. Lepas tue kau seludup keluar dari gudang ini. Pastikan kau tak dikesan oleh mereka.” Arah aku pada Ryu melalui komunikasi radio.
“KAU PULA BAGAIMANA?” soal Ryu tentang keselamatan aku.
“Jangan risau, kau cuma lakukan apa yang aku suruh. Kita jumpa di luar nanti.” Balas aku lantas terus menamatkan kemunikasi aku dengan Ryu. Aku tak mahu mereka syak aku ada rakan subahat.
“Macam mana Encik Johan boleh ada disini? Jauh betul Encik Johan melakukan perniagaan?” balas aku.
“Saya disini sebab saya dapat rasakan akaa ada gangguan dalam urusniaga saya kali ini.Ternyata tekaan saya tepat. Tapi saya tak sangka yang gangguan tersebut adalah daripada awak encik Darius.”
“Saya juga tidak sangka ahli perniagaan seperti Encik Johan boleh terlibat dalam bisnes penjualan senjata secara haram. Encik Johan tak rasa kesian ke pada bakal isteri encik?
“Dalam perniagaan, kau kena licik. Kalau kau nak buat bisnes yang halal, kau takkan mampu peroleh kekayaan sepertimana yang sedang aku nikmati. Wanita tak pernah peduli pasal dari mana sumber wang tersebut datang asalkan mereka dapat gunakannya tanpa rasa risau.” Hurai Johan sambil ketawa
“Pasti Cik Naqiela menangis jika mendengar apa yang Encik Johan katakana tadi. Nampak sangat encik tak kenal siapa Cik Naqiela.” Balas aku dengan sedikit rasa geram dengan kata-katanya tadi.
“Kau ingat aku kisah? Aku bukannya inginkan sangat dia. Cuma keluarga aku dah ikat hubungan kami sejak 10 tahun yang lalu. Itupun disebabkan dia ke luar negara menyambung pengajian, kami masih tak melangsungkan perkahwinan.” Terang Johan
10 tahun yang lalu? Tak mungkin apa yang aku dengarkan ini adalah benar. Adakah ini puncanya kenapa Naqiela bertindak sedemikian 10 tahun yang lalu? Jika benar, maka aku tak boleh nak salahkan dia. Pastinya keluarganya lebih bermakna berbanding cinta aku yang belum pasti terbukti.
“Jadi, Encik Darius, siapa sebenarnya kau? Seorang jurugambar tidak mampu menyeludup masuk ke gudang yang dipenuhi dengan sistem keselamatan yang canggih. Malah mampu menundukkan segala pengawal keselamatan yang ada di gudang ini.” Tanya Johan pada aku.
“Kalau encik Johan tahu pun, apa faedahnya pada encik Johan? Adakah encik Johan ingat saya bekerja dengan musuh perniagaan encik Johan? Provoke aku kepada Johan
“Aku nak tahu siapa yang upah kau supaya aku boleh bunuh dia selepas aku bunuh kau!!” marah Johan. Ternyata provokasi yang aku lakukan berjaya.
“Nampaknya awak dah nekad nak bunuh saya Encik Johan. Tapi adakah awak mampu?” soal aku pada Johan dan konco-konconya.
Sebaik sahaja aku habis berkata-kata, Johan lantas mengeluarkan sepucuk pistol lalu menghalakan ia ke arah aku bersiap sedia untuk menembak tepat ke kepala aku. Namun mujurlah kelihatan orang kanannya sempat menghalang.
“Encik Johan, saya tahu kamu marah tapi kena ingat belakang dia itu barang pelanggan kita. Kalau berlaku kerosakan pada barang tersebut, kita kena tanggung kerugian tersebut.” Pujuk individu tersebut pada Johan.
“Habis kau nak aku buat apa Raymond? Biarkan dia keluar dari gudang kita ini hidup-hidup dan dedahkan semua ini kepada polis dan wartawan?” soal Johan pada lelaki tersebut.
“Soal itu, biar saya dan anak buah saya yang uruskan.” Jawab Raymond dengan yakin.
Raymond terus memasang alat khas pada buku limanya bersama dengan beberapa orang lagi lelaki bersamanya. Jika diperhatikan, alat tersebut mengeluarkan cas elektrik yang jika tepat ke anggota badan, nescaya mampu memberi renjatan yang mampu menyebabkan kecederaan.
“Kau silap pilih musuh kawan, Encik Johan bukan calang-calang orang. Ternyata tuah kau tiada ini kali” ujar Raymond kepada aku sambil bersiap sedia untuk menyerang bersama dengan konco-konconya.
Aku yang ketika ini bersendirian bersiap sedia untuk menerima serangan daripada konco-konco Johan. Mereka ketika ini sudah berjaya mengepung aku. Johan pula telah berundur kebelakang sikit agar konco-konconya dapat menyelesaikan aku di hadapannya. Mata aku kini penuh fokus cuba untuk mengagak siapa yang akan mulakan dahulu. Kebarangkalian untuk Raymond menyerang lebih tinggi disebabkan biasanya di dalam manga atau drama, ketua pasti akan melakukan serangan dahulu. Aku masih lagi di dalam mod S.H.E.S. Masih ada lagi dalam sejam untuk aku di dalam mod ini.
Seperti diduga, Raymond membuka langkah terlebih dahulu. Satu hayunan cuba disasarkan kearah aku. Aku berjaya mengelak. Namun belum sempat aku untuk membalas serangan tersebut, dua konconya cuba aku dari sebelah kiri dan kanan. Aku sempat melompat dan menyebabkan kedua-dua saling makan serangan mereka sendiri. Raymond yang agak geram cuba sekali meluru ke arah aku untuk menyerang kali ini bersama dengan konco-konconya. Serangan dari dari pelbagai arah. Namun, aku masih mampu menepis sambil cuba untuk melakukan serangan balas. Seorang demi seorang berjaya aku tumpaskan dengan hanya satu tumbukan.
“Kau ini siapa? Sungguh handal bertarung. Seperti sudah biasa. Masakan seorang jurugambar mampu bertarung seperti kamu.” Tanya Raymond yang hairan dengan kelincahan aku bertarung. Segala serangan mereka aku patahkan dengan mudah. Ramai anak buah dia dah tumbang aku kerjakan.
“Hanya seorang jurugambar yang diupah untuk menyiasat Encik Johan.That’s all.” Jawab aku sambil cuba menumbangkan dia dan anak buah dia yang masih tinggal. Akhirnya aku berjaya tumpaskan Raymond dengan melepaskan satu tumbukan dari bawah dagu Raymond yang membuatkannya terus terpelanting ke belakang dan tidak sedarkan diri.
Aku ingat dengan tumbangnya Raymond, maka serangan terhadap aku tamat, namun sangkaan aku meleset. Aku secara tiba-tiba dihujani hujan peluru. Rupa-rupanya aku dah jauh dari kontena yang mempunyai senjata merbahaya tersebut. Johan tanpa membuang masa terus mengarahkan anak buahnya yang memegang senjata untuk menembak ke arah aku. Bom tangan juga dibaling ke arah aku agar ia meletup bersama dengan jasad aku.
“KABOOOOMMMM” bunyi letupan kedengaran di dalam gudang tersebut. Johan nampak gembira sebab berjaya bunuh aku. Gelak besar dia menyangkakan aku sudah pun mati akibat daripada letupan dan serangan tersebut.
Sebaik sahaja asap lesap, Johan tergamam sebab lihat aku masih mampu berdiri. Cuma aku sedikit penat. Penyembuhan sel memakan tenaga fizikal aku secara tidak langsung. Apatah lagi kecederaan yang aku alami bukan sedikit. Hampir seluruh badan. Mungkin disebabkan ini masa aku di dalam mod ini akan lebih singkat daripada yang sepatutnya. Tanpa membuang masa, aku mengambil keputusan untuk menundukkan kesemua anak buah Johan yang ada di dalam gudang tersebut. Johan yang terkejut cuma mampu melihat satu persatu anak buahnya ditumpaskan oleh aku.
Kini, tinggal Johan sahaja yang masih belum aku serang. Johan jelas ketakutan tatkala tahu bahawa dirinya bakal menerima nasib yang sama dengan anak-anak buahnya.
“Sekarang siapa yang diambang maut En.Johan?” Soal aku
“Aku tak pernah jumpa orang seperti kau. Kau nie manusia ke raksasa?” balas Johan sambil menuduh aku sedemikian.
Aku pergi ke arahnya, genggam leher bajunya dan mula bertanyakan soalan.
“Siapa yang upah kau untuk seludup senjata ini Encik Johan. Adakah Klan Yamaguchi?”
“Aku tak akan beritahu kepada kau.”
“Encik Johan lebih baik beritahu saya atau nyawa Encik Johan saya tamatkan disini.”
“Kalau saya bagitahu pun, saya tetap akan mati juga.”
Aku terkejut dengan jawapan tersebut. Ternyata dia juga bakal dikorbankan andai modus operandi ini didedahkan.
Belum sempat aku menyambung sesi soal jawab tersebut, satu bebola api menghala dengan pantas ke arah aku dan Johan. Aku terpaksa tolak Johan ke belakang dari kawasan tersebut agar aku dan dia mampu mengelak serangan bebola api tersebut.
Setelah aku berjaya, aku cuba mencari punca serangan bebola api tersebut. Tiba-tiba kelibat dua orang lelaki warga asing betul-betul di tempat Johan berada sekarang.
“Encik Johan, apa sudah jadi? Macam mana lokasi gudang ini terbocor?” soal salah seorang lelaki tersebut. Lelaki ini yang agak tinggi berbanding biasa mempunyai susuk tubuh yang langsing terus memandang tepat ke arah Johan.
“Sabar Tuan Hitonori dan Tuan Qilin, ini bukan salah saya. Saya tak tahu ada orang sedang menyiasat pasal saya. Selama ini tiada orang yang berjaya siasat tentang kegiatan saya ini.”
“Tiada alasan Encik Johan. Kami tidak mahu sesiapa pun tahu tentang apa yang berlaku.”
Sebaik sahaja perbualan tersebut tamat, lelaki tersebut terus memetik jarinya. Tiba-tiba Johan diselubungi dengan api yang marak. Johan menjerit kesakitan yang amat. Aku tak mampu bergerak pergi untuk menyelematkannya sebab aku tahu siapa mereka ini.
“Kirin dan Phoenix. Kenapa kamu berdua boleh ada disini?” jerit aku kepada mereka
“Ohh. Nampaknya awak kenal kami berdua. Ternyata awak bukan calang-calang orang.Tak ramai orang di dalam dunia ini yang tahu tentang kami.” Ujar lelaki yang dikenali sebagai Tuan Hitonori.
“Hitonori, kita jangan buang masa. Mari kita tamatkan riwayat dia.” Sampuk sahabatnya yang dikenali sebagai Tuan Qilin.
“Rilek, kau tak rasa pelik ke ada orang negara ini yang tahu kod nama kita?” soal Hitonori berkenaan bagaimana aku tahu kod nama mereka.
“Itu tidak penting, yang penting kita kena selesaikan misi kita” jawab Qilin ringkas.
“Yela. Kau ni memang membosankanlah Qilin.” Jawab Hitonori sambil bersiap sedia untuk menyerang aku.
Kirin dan Phoenix adalah kod nama pejuang yang diberi oleh Klan Yamaguchi kepada mereka berdua. Yakuza yang mempunyai keupayaan bertarung tinggi akan diberikan kebolehan khas oleh Klan Yamaguchi melalui pelbagai kaedah saintifik dan tidak beretika. Hitonori atau nama kod Phoenix mempunyai keupayaan untuk menghasilkan api dan mengawalnya mengikut kemahuannya. Manakala Qilin atau nama kod Kirin mampu mengawal dan mengahasilkan kilat. Mereka juga merupakan antara 10 pejuang klan Yamaguchi terkuat di dalam keluarga Yakuza Yamaguchi.
Kehadiran mereka berdua mengukuhkan dakwaan sebelum ini bahawa mereka terlibat dengan kegiatan penyeludupan senjata bersama dengan Johan. Namun kedatangan pejuang nombor 4 dan 5 terkuat Klan Yamaguchi membuatkan aku sekarang dalam keadaan yang teruk.
“Mampukah aku untuk melarikan diri?” soal aku di dalam fikiran. Dengan keadaan aku yang sekarang, aku tidak mampu untuk menentang mereka berdua serentak. Andai aku guna kekuatan sebenar aku, identiti sebenar aku akan terdedah disini. Aku kini betul-betul berada di persimpangan dilema. Aku kini berada di ambang maut.