Home Untold Story Anekdot Anekdot : Berdua Mendua
Anekdot : Berdua Mendua
Lentera Kalbu Shaz
9/5/2024 12:29:57
1,993
Kategori: Untold Story
Genre: Anekdot
Senarai Bab
1
1

"Jue, tunggu I bawah pokok hujung tasik nanti ya," Akmal menghantar WhatsApp.


"Okey," Jueleya Izura membalasnya.


Di sisi lain, Akmal dan Jueleya menghantar pesanan yang berlainan kepada orang yang lain juga.


"Qish, Mal akhir sikit tau. Masih ada kerja yang perlu diselesai. Tunggu je sampai Mal datang. Sorry sayang. Love you. Muaahhh".


"Baik, Qish tunggu. Jangan akhir. Nanti papa marah sebab selalu sangat balik lambat. Mal jawablah dekat papa nanti sebab hantar tunang tiap hari lewat".


"Yelah..Mal tau macam mana nak bagitau dia. Bukan suka-suka pun".


"Orite sayang. Love you so much".


"Abang, you tunggu tau...I on the way ni. Jammed sangat! Dua jam lagi sampailah".


"It's ok sayang. Abang tunggu. Mak dan ayah dah tak sabar tunggu menantu kesayangan sampai. Anak-anak pun tak sabar nak jumpa mummy dia orang. Hati-hati drive".


"Jue...sampai bila kita nak macam ni. Sakit sangat sembunyikan hubungan kita. Mal dah bersedia bawa you jumpa mak ayah I. Tapi you asyik cakap belum ada masa. Masa belum sesuailah, apalah..."


"I tau, tapi tolonglah faham keadaan I. Sekarang I tengah busy. Banyak kerja nak kena selesaikan sebelum kita bercuti. Beri I masa setahun dua boleh tak you? Tak sabar sangat ni dah kenapa? Dah jumpa calon yang sesuai dengan you?"


"Bukan macam tu. Dah tiga tahun kita begini. Ke mana lagi arah tuju hubungan kita ini.I serius dengan you. Tapi you macam main-mainkan perasaan I. Kalau macam ni kita mesti beri kata putus hari ini juga."


"Mal! You ingat I main-main? Kalau tak serius dengan you I tak drive jauh-jauh macam ni semata-mata nak jumpa you tiap minggu tau. Baik, you nak sangat kata putus kan...Kita putus!"


"Jue!"


"Bye Mal."


"Hey...Jue...What?"


#TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lentera Kalbu Shaz