Home Novel Kisah Hidup SISIH
SISIH
Lentera Kalbu Shaz
10/1/2020 10:54:07
28,841
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 9

PERTEMUAN KEMBALI

Siri pengembaraan juang kuteruskan tanpa jemu. Aku meneruskan pelayaran hati ini walau sebelumnya ia sudah pernah singgah di pelabuhan abadi. Kenapa aku memilih untuk terus? Kerana perjalanan juang aku belum selesai. Mungkin perjalanan mencari CINTAKU sudah usai, namun perjalanan mencari misi diri belum selesai. Aku terus maju dan terus mencari mana hilangnya kompas visi. Aku mesti teruskan perjalananku ini walau kini aku telah menemui peneman pengembaraanku. Aku, kami akan teruskan. Aku kira setelah berakhirnya pencarianku tempoh hari aku tidak perlu berlelah berjuang, namun telahanku salah. Malah setelah aku tiba di sini USAHAKU diperlekehkan. SAKIT. Ya itu yang aku rasakan saat ini. Tak pernah terlintas difikiranku sesuatu yang aku fikir telah selesai ternyata perlu akau teruskan dan perlu aku usahakan agar ia menjadi lebih sempurna sesuai dengan keinginan. LELAH. Ya itu yang aku rasakan. Aku tidak faham kenapa ini yang perlu aku jalani demi menuju ke sebuah menara hati. Apa yang aku usahakan semuanya dianggap SALAH. Apa saja yang aku usahakan semuanya SIA-SIA. Terkadang aku seakan PATAH HATI. Patah hati dengan perjalananku. Atau…mungkinkah ini yang sudah tertulis untukku jalani agar cita-citaku menjadi kenyataan?

Berada dalam kalangan mereka yang memperlekehkan aku sangat memenatkan. Penat jiwa raga. SANGAT PENAT. Pernah aku ingin meraung sekuat hati tetapi aku tahan yang terdengar hanyalah raungan jauh di dalam hati. Marah tapi salah, diam tetapi faham. Aku cuba menempatkan diri di kalangan mereka. Aku cuba bersahabat, berbaik dan melakukan yang terbaik untuk mereka. Tapi apa yang aku dapat? Aku yang sangat jauh terjatuh dan sakit tersungkur. Di saat aku perlukan tangan untuk menuntun tanganku agar aku kembali bangkit, di mana mereka? TIADA! SEMUA MENGHILANG, SEMUA MEMBISU, SEMUA BERLALU. Ah! Seperti selalu. Aku berkata kepada diriku, SABARLAH DAN TERUS BERSABAR. Kerana apa yang aku rasa ini tidak akan kekal lama. Entah esok atau lusa berakhirlah ia. Tapi, itu hanya harapku. Aku yang sentiasa berharap agar mereka boleh sama menyambut tanganku tan berjalan berpimpin tangan denganku menuju ke destinasi yang aku ingin agar kami dapat bersama seperti dulu. Seperti dulu? Dahulu dan sekarang sebenarnya sama saja. Bertahun berlalu namun yang aku terima hanya SISIHTERSISIH DARI PERHATIAN. TERSISIH DARI IMPIAN. TERSISIH. Aku hanya mampu berharap dan mengharap agar apa yang aku impikan menjadi kenyataan. Tapi entah bila. Aku masih jauh lagi menuju ke destinasi keinginanku sendiri.

Oh ya, satu kisah yang tak pernah aku lupakan. Suatu ketika dahulu aku pernah disisihkan. Tersisih dari kesayanganku, tersisih dari keinginan yang aku pernah impikan, tersisih dari perhatian yang sentiasa memerhatikan dengan nada kasih. Kini aku sudah kembali bernafas dengan lega untuk kisah ini. Aku telah gapai kembali tangan kecil kesayanganku yang pernah hilang bertahun lamanya dahulu. Riakkah aku kembali mendapatkan kasih yang lama hilang itu? Bersyukurkah aku setelah sayangku diragut kemudian ia dikembalikan? Tidak. Aku memang gembira dan bersyukur namun, hakikatnya aku juga masih tersisih. Aku tidak pernah tahu benteng apa yang menghalang bahagiaku. Tidak menjadi masalah andai tangan kecil itu tidak pernah aku cium lagi. Sekurang-kurangnya tangan kecilku itu kini sudah menginjak kedewasaan dan sudah mulai kenal apa itu kehidupan. Kuatlah malaikat kecilku, kuatlah kesayanganku. Kamulah kekuatkan terhebatku. Aku tahu, andai kamu terbaca coretan aku ini kamu tak akan faham. Tidak mengapa kesayanganku. Kamu tak perlu untuk faham tentang aku semuanya. Satu alasan kenapa aku masih bertahan hingga sekarang dan satu alasan kenapa SISIH ini tertulis adalah KERANA KAMU. Jalani saja kompas hidupmu sesuai keinginanmu. Cuma pesanku berhati-hati mengendali layarmu. Aku bimbang kamu tidak sekuat aku. Baiklah, aku tutup di sini kisahmu kesayangan seluruh jiwa ragaku. Aku hanya mahu kamu bangga dengan aku kenapa aku masih mampu bertahan dalam tersisih kerana KAMULAH KEKUATAN TERBESARKU.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lentera Kalbu Shaz