Home Novelet Seram/Misteri SAKA
SAKA
ErAisyaaa
6/3/2020 13:03:57
22,472
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
BAB 1

Mama mendapat satu panggilan daripada makcik di kampung yang menggambarkan keadaan atok yang sudah tenat. Apalagi kami sekeluarga terus bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Nasib kampung kami tidak terlalu jauh. Kami tinggal di Pahang dan kampung kami masih di Pahang. Perjalanan kami ke kampung mengambil masa selama 1 jam.

Mama tidak berhenti-henti berdoa untuk atok. Ayah menyuruh mama bersabar. Ayah tahu mama agak rapat dengan atok. Boleh dikatakan mama adalah anak kesayangan atok. Oleh itu, mama memang nampak sedih dan sugul apabila mendengar perkhabaran itu. Kami adik beradik hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk atok.

Kereta kami sampai di perkarangan rumah atok. Memang ramai yang datang menziarahi rumah atok. Hal ini kerana, atok merupakan salah seorang orang terhormat di kampung itu. Atok merupakan seorang bekas askar yang memegang pelbagai jawatan penting di kampung. Kami pun turun daripada kereta dan terus sahaja menuju ke arah rumah atok. Kami bersalaman dengan nenek dan makcik-makcik kami dan naik ke atas rumah.

Sesampai sahaja kami di atas, alangkah terkejutnya kami apabila melihat atok baik-baik sahaja.Tidak seperti yang dikhabarkan oleh makcik semasa dalam telefon. Mama berhenti menangis dan mendekati atok lalu menyalami tangan atok. begitu juga dengan kami.

“kenapa balik ni?” tanya atok kepada mama. Mama lambat-lambat mahu menjawab pertanyaan atok.mama berpaling memandang ke arah nenek. Kami nampak nenek hanya menggelengkankepala.

“saya dengar abah tak sihat. Tu sebab kami balik. Abah sihat?” jawab mama.

“tak sihat?! Aku sihat je! Kau tak nampak ke?!” tengking atok kepada mama. Mama terkedu kerana sebelum ini atok tidak pernah meninggikan suara seperti itu.

“ainun! Aku nak makan! Aku lapar! Aku nak makan nasi! Cepat !!” tengking atok kepada nenek.Kami lihat atok tidak seperti biasa. Atok kelihatan resah dan bagaikan cacing kepanasan.

“mama kenapa dengan atok.” tanya kak long kepada mama.

“atok sakit. Dahh diam pergi tolong nenek dekat dapur,” jawab mama. Kami hanya menurut perintah.

Nenek menyediakan makanan yang diminta untuk atok. semasa menyediakan makanan, atok masih lagi menjerit minta makanan disiapkan dengan cepat. Lapar katanya. Sepertinya atok memang sangat lapar. Matanya merah dan tenggelam tidak seperti selalunya.

Kami keliru apa yang terjadi kepada atok. makanan yang disediakan untuk atok terus diserahkan kepada mama untuk diberikan kepada atok.

“abah, mari makan.” Kata mama sambil menyorong makanan kepada atok.

Kami lihat atok terus sahaja duduk menerkam makanan tersebut. Mama yang terkejut dengan tindakan atok terus menjauhi atok. kami melihat atok makan dengan lahap sekali. Makanan yang disediakan oleh nenek amat banyak. Hidangannya seperti untuk 5 orang makan. Atok makan menggunakan kedua dua tangannya dengan lahap sekali.Mata atok meliar melihat ke arah kami sambil makan. Tidak sampai 10 minit,makanan yang banyak tadi habis dimakan oleh atok. semua tetamu dan keluargaamat terkejut dengan kejadian itu.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ErAisyaaa