Home Novelet Seram/Misteri SAKA
SAKA
ErAisyaaa
6/3/2020 13:03:57
22,471
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 3

Tepat jam 9 malam,Ustaz Wahid tiba di rumah atok dengan dua orang rakannya. Pak long bersalamandengan Ustaz Wahid dan menjemput mereka naik ke rumah.

“Jemput naikUstaz. Terima kasih kerana sudi datang membantu kami.” Kata Pak long. UstazWahid hanya menganggukkan kepalanya sambal tersenyum. Pak long membawa UstazWahid berjumpa dengan atok.

Kami lihat, atokdengan gagahnya berdiri di hadapan tangga sambal merenung tajam ke arah UstazWahid dan kawan-kawannya. Atok kelihatan marah dengan kehadiran tetamutersebut. Kami semua amat terkejut melihat pandangan atok. Sangat menyeramkan.

“kenapa kaudatang?!” tengking atok dengan garang. Suaranya sangat kasar dan keras.

“ini bukan tempatkau! Tuan kau sudah tidak boleh menanggung kau! Keluar!” sergah Ustaz Wahidpula.

“ini tuan aku! Akuyang jaga dia! Kau tak perlu kacau dia! Pergi kau jahanam!” atok menengkingsekali lagi. Mata atok kemerahan dan dia merengus dengan bengis. Ustaz Wahidmemulakan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Mendengar sahaja ayat-ayat suci dialunkan,atok mula kepanasan dan melutut dengan bermacam-macam perkataan cacian dancarutan yang keluar dari mulut atok.

“pergi! Panas!Panas! Sakit lah jahanam!” jerit atok.

“kau mahu keluaratau kau aku bunuh?!” keras ancaman Ustaz Wahid.

“tidak! Aku dandia bersatu darah! Tidak sesekali aku tinggalkan dia! Selagi aku tidak menemuituan baru, dia tak akan aku lepaskan!” keras sekali suara itu berkata walaupundalam kesakitan. Ustaz Wahid terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengandibantu oleh dua orang kawannya.

“sungguh degil kauye! Tidak mahu keluar?!” kata Usraz Wahid.

“HAHAHAHA, manusiajahanam! Jangan bermimpi kau dapat pisahkan aku dan tuan aku!” kata atok kepadaUstaz Wahid.

“ada apa-apabarangan yang disimpan oleh pakcik?” tanya Ustaz Wahid kepada nenek. Nenekhanya mengangguk.

“boleh bagi sayabarangan tu?”

“boleh. Sekejapyer.” Kata nenek lalu menuju ke sebuah almari kecil usang. Nenek mengambilsesuatu yang berbalut kain kuning dan dihulurkan kepada Ustaz Wahid.

Ustaz Wahid mengambilbarangan itu dan membuka balutannya. Dalam balutan itu terdapat beberapa keriskecil dan satu tangkal. Ustaz Wahid membaca ayat-ayat ruqyah kepada baranganitu dan mula membakar barangan tersebut.

Apabila UstazWahid mula berbuat demikian, atok menjadi semakin agresif dan cuba menerkamUstaz Wahid tetapi sebelum atok berjaya berbuat begitu, dia rebah. Serta mertaatok terkulai layu. Nafas atok mula turun dan naik.

“angkat pakcik kekatilnya.” Arah Ustaz Wahid kepada Paklong. Atok diangkat naik ke katilnyadengan berhati-hati.

“pakcik dah nazakni. Harap semua boleh bersedia dengan segala kemungkinan.” Kata Ustaz Wahidkepada kami semua. Mama orang pertama yang mendekati atok. Mama membisikkan duakhalimah syahadah di telinga atok. Mata atok berkaca dan nafasnya mula lemah.Bibirnya mencuba mengikut dua khalimah syahadah yang dibisikkan oleh mama.Perlahan-perlahan mata atok tertutup dan atok telah menghembuskan nafasnya yangterakhir.

Air mata mamamengalir laju kerana dia telah kehilangan seorang ayah yang sangatdisayanginya. Malam itu, tepat jam 11.30 malam, atok pergi meninggalkan kami.

Tidak lama denganpemergian atok, kami merasakan rumah tersebut seperti dilanda ribut. Angin kuatmenyapa kami semua yang berada di dalam rumah itu. Kami semua berlari keluarrumah tetapi yang peliknya, tiada ribut di luar rumah. Hanya di dalam rumahdilanda ribut. Hanya mama dan nenek yang tidak keluar dari rumah. Ustaz Wahidmemulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Kami semua disuruh duduk bersila danberzikir. Terdapat bunyi rengusan seperti seseorang sedang marah. Selama 15minit kami berzikir dan azan telah dilaungkan oleh Ustaz Wahid. Ribut tersebutmula hilang.

Kami semua masuksemula ke dalam rumah. Jasad atok masih berada di tempat yang sama. Mama dannenek pula setia di sisi jasad atok.

“semuanya sudahselesai. Alhamdulillah.” Kata Ustaz Wahid.

“terima kasih,Ustaz.” Kata Pak long.

“sama-sama. Sudah jadi tanggungjawab saya membantukamu semua.”

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.