Bab 3
Pada keesokan paginya, Somchai mengetuk pintu Tom tetapi tidak mendapat sebarang jawapan. Somchai mula berasa bimbang dan cemas yang menyelubungi dirinya, Somchai dengan perlahan-lahan menolak pintu dan menilik ke dalam bilik tidur Tom. Dia takut sesuatu menimpa rakannya. Somchai terkejut melihat Tom masih terbaring di atas katil. Tom kelihatan kelihatan letih dan letih.
Somchai mendekati Tom. Dia terasa bimbang apabila melihat Tom hanya merenung ke atas, dengan matanya yang letih dan merah. Namun, Somchai cuba menggerakkan Tom dengan menggoncang-goncang bahu Tom tetapiTom tetap diam dan merenung Somchai seolah-olah dia tidak mengenalinya. Ini membuat Somchai semakin bimbang dan cemas.
"Tom, awak sihat ke?" Samchai bertanya. Tom tidak memberi respon dan terus merenung kosong.
Somchai bertambah risau. Dia takut perkara terburuk telah berlaku. Adakah Nang Tani benar-benar datang melawat Tom malam tadi? Fikirannya mula bercelaru, memikirkan perkara-perkara yang buruk. Somchai berasa menyesal kerana menuruti cadangan Tom.
“Tom! Tom!,” Somchai memanggil rakannya ,yang kini tidak ubah seperti zombi. Tom masih tidak menjawab Somchai dan keadaannya tidak berubah. Somchai dan mula panik. Somchai merenung Tom, seketika, fikirannya menjadi kosong, seperti skrin komputer dalam mod penyelamat skrin. Air matanya mula bertakung melihat keadaan sahabatnyanya itu. Somchai dengan pantas menuju ke arah pintu. Perkara ini harus dia mendapatkan bantuan ibu bapanya.
Tiba-tiba, Tom ketawa besar. "Kamu terkena!" Tom berkata dalam gelak ketawa.
Tom terus ketawa melihat riak muka Somchai. Tom kemudian menyedar yang Somchai tidak merestui tindakannya. Menyedari Somchai berang, Tom berhenti ketawa dan memohon kemaafan dan menyatakan kekesalannya. Permohonan maafnya seolah-olah meredakan sedikit keberangan Somchai.
Somchai kemudian menyedari bahawa rakannya telah mempermainkannya. Somchai tidak tahu sama ada mahu menangis atau marah dengan Tom. Pada saat inilah terlintas di fikirannya bahawa beginilah perangai Tom. Somchai teringat tentang keseronokan mereka berdua semasa zaman universiti, sering mengenakkan orang dan kemudian ketawa sepuas-puasnya. Ya, inilah Tom, fikir Somchai. Somchai ingat dia tidak akan diperguraukan oleh Tom sebab dia kenali sangat perangai Tom. Tetapi nampaknya dia juga menjadi mangsa Tom kali ini.
"Ok, kamu berjaya memperguraukan saya, Tom," kata Somchai selepas dia kembali tenang.
Tom bangun dari katilnya dan berjalan ke arah Somchai. Dia memandang Somchai seketika sebelum memeluknya. "Saya minta maaf kawan jika saya risaukan kamu."
“OK, cukuplah,” kata Somchai, berasa tidak selesa dipeluk Tom. “Jadi, tiada apa-apa yang berlaku semalam? Dia tidak muncul?”
"Semuanya baik-baik saja, kawan," jawab Tom sambil berjalan kembali ke katilnya dan mula melipat selimut yang tidak kemas dan menyusun bantalnya dengan elok.
"Baiklah. Buka semua pokok pisang dihuni oleh hantu. Jom, kita sarapan," Somchai mempelawa Tom sambil mereka berdua pun bergerak ke arah ruang makan. "Ibu saya telah menyediakan hidangan pagi yang lazat hanya untuk kamu."
Selepas sarapan, Somchai membawa Tom melawat kampungnya. Dia membawa Tom melawat kebun sayur bapanya yang subur menghijau. Kemudian, mereka menuju ke sungai berhampiran untuk memancing. Tom kagum dengan gaya hidup kampung yang sederhana namun aman dan nyaman. Tom menghabiskan sebahagian besar hidupnya di London, sebuah kota metropolitan yang besar dan sibuk. Di kampung Somchai, Tom dapat berasa pemandangan dan budaya jauh berbeza. Di Dubai pula, kota itu dikelilingi oleh padang pasir yang tidak berkesudahan. Tom berasa teruja dan puas kerana dapat menghidu udara kampung yang segar dan nyaman. Dia dapat melihat kehijauan yang menyegarkan, tidak jemu dipandang walaupun berkali-kali. Keadaan dan suasana ini memberi kesan yang mendalam dalam sanubari dan jiwanya.
Tom juga berasa bersyukur kerana Somchai berbesarhati menjemputnya tinggal dan menerokai kampungnya. Kampung Somchai terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang luas di luar bandar Kedah. Ibu bapa Somchai tergolong dalam komuniti etnik Siam. Dalam kampung itu, ada beberapa keluarga Siam yang lain, serta beberapa keluarga Melayu, Cina dan India. Tom kagum dengan kepelbagaian dan kedamaian hidup bersama antara kaum yang berbeza di kampung itu.
"Somchai, keluarga kamu berketurunan Thai?" Tom bertanya sambil mereka menunggu umpan mereka dimakan ikan.
"Sebenarnya ayah saya orang Siam. Dia jatuh cinta dengan seorang gadis Cina dan berkahwin dengannya. Kami menganggap diri kami sebagai orang Siam, kerana kami bukan dari Thailand. Kami dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Orang Thai adalah warganegara Thailand. Kami adalah rakyat Malaysia, " jelas Somchai.
“Oh I see. Jadi kamu kacukan,” Tom mencelah sambil ketawa.
Somchai menjeling Tom dengan jelingan yang boleh mengubah mangsa menjadi batu, sama seperti jelingan Medusa. Somchai tidak tahu kenapa Tom ketawa, Ttetapi dia tahu bahawa itu perangai Tom, suka bergurau. Somchai menumbuk lembut pada bahu Tom.
"Apa perbezaan antara orang Siam dan Thai?" Tom bertanya lebih lanjut.
"Ah, mungkin tidak ada perbezaan yang ketara dari segi adat dan bahasa, tetapi terdapat perbezaan ketara dalam pengenalan geopolitik," jelas Somchai. "By the way, Tom, adakah apa-apa peristiwa yang berlaku malam tadi?"
Tom memberitahu Somchai bahawa dia terjaga dari tidurnya pada kira-kira jam 3:00 pagi apabila dia merasakan ada sentakan pada benang itu. Dia bangun dari katilnya, tetapi tidak dapat melihat sesiapa pun. Walaupun dia cuba untuk tidur semula, tetapi di hanya dapat tidur-tidur ayam sahaja. Somchai mendengar cerita Tom dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Namun dalam hatinya, Somchai masih berasa bimbang tentang Tom. Jelasnya, Tom tidak menyedari kesan buruk dari tindakannya. Somchai juga berasa kesal kerana mendorong Tom untuk melaksanakan ritual itu.
Somchai kemudian secara tiba-tiba bertanya sama ada Tom telah mengeluarkan paku dari jantung pisang itu. Tom kelihatan keliru dan berkata, "Oh my God! Saya terlupa."
Raut wajah Somchai bertukar menjadi pucat. "Kalau begitu, kita harus mengeluarkannya dengan segera."
Mereka mengemaskan alatan memancing dan bergegas pulang ke rumah Somchai. Pada ketika mereka sampai, matahari mulai terbenami di ufuk barat, memancarkan cahaya berwarna jingga kekuningan ke atas landskap. Tanpa berlengah, mereka menuju ke rumpunan pokok pisang dan mencabut paku tersebut dengan segera. Tetapi Somchai masih berasa risau. Raut wajahnya menggambarkan kerisauannya. Tom sebaliknya, selamba sahaja, seolah-olah itu perkara yang biasa, tidak relevan.
Malam itu, setalah matahari terbenam sepenuhnya, Somchai dan Tom seperti biasa duduk di veranda meminum kopi sambil menunggu masa makan malam. Minuman yang panas serta udara malam yang sejuk dan nyaman, mewujudkan suasana yang selesa untuk santai-santai dan berbicara. Mereka duduk dalam kesunyian awal malam yang selesa serta menikmati kedamaian yang wujud pada saat itu. Tom memandang ke arah langit malam yang dipenuhi kelipan bintang-bintang sambil menikmati keindahan bulan yang terang. Keindahan pemandang pada malam itu diresapi hingga ke jiwa Tom. Tom berasa seolah-olah alam semesta telah berpakat untuk menjadikan malam itu malam yang teristimewa bagi dia.
Keadaan istemewa ini amat bebeza dengan keadaan di kota London yang diterangi oleh lampu-lampu neon. Tom datang mencari kedamaian dan dia berhasil mendapat kedamaian di bawah bayangan suasana kampung. “I just love it here!” tiba-tiba Tom menjerit. Somchai terperanjat, tetapi tenang semula.
“Life here is simple, yet satisfying, contented,” Somchai menambah.
Suasana kesunyian dan kenyaman malam tercarik sebentar apabila mereka terdengar ibu Somchai menjerit sesuatu dalam bahasa Thai. Tom bertanya kepada Somchai apa yang dijeritkan ibunya. Somchai menjawab bahawa ibunya memanggil mereka untuk makan malam. Mereka berdua pun bangun dan masuk ke dalam rumah seperti sepasang budak sekolah yang menuruti arahan guru mereka.
Ibu Somchai telah menyediakan hidangan sup tom yam bersama daging ayam, dan kari hijau Thai. Tom teragak-agak untuk memakannya kari kerana kepedasannya. Tom suka makan ikan tilapia panggang dengan ketumbar dan dicicah sos cili. Ibu Somchai juga menyedikan Som Tam, sejenis hidangan salad Thai yang diperbuat daripada betik hijau yang dihiris nipis, udang masak, daging ketam, dan biji gajus. Ibu Somchai tidak memasukkan cili Thai yang pedas kerana dia tahu Tom tidak boleh makan makanan pedas.
Setelah selesai makan, mereka sekali lagi pergi duduk di veranda, berbual santai sambil menikmati minuman kopi. Topik terdiri daripada pengalaman universiti hinggalah hal peribadi dan sembang kosong. Tom tekad untuk menikmati sepenuhnya masa yang akan dihabiskan bersama Somchai semasa percutiannya. Mereka berborak sehingga malam semakin larut. Sudah tiba masanya untuk mereka masuk ke kamar masing-masing untuk tidur.
Dalam kamr tidurnya, Tom tidak dapat tidur lagi. Dia bersandar di atas katilnya sambil memikirkan tentang hantu pokok pisang. Dia benar-benar ingin tahu sama ada entiti mistik itu benar-benar wujud atau tidak. Dia dan Somchai telah mencuba ritual penyeruan pada malam sebelumnya, tetapi tidak membuahkan hasil selain daripada sentakan pada benang. Selain daripada itu, tiada apa-apa yang berunsur mistik berlaku. Rasa ingin tahu Tom membara dan menguasai dirinya. Akhirnya, setelah perkara itu bergolak di kotak fikirannya, Tom memutuskan untuk melakukan ritual itu sekali lagi.
Tom bangun dari katilnya, mengerling jam tangannya untuk melihat masa - 1.00 pagi. Dengan langkah senyap, Tom memanjat keluar dari bilik tidurnya melalui tingkap yang tidak berkunci. Keheningan malam dipecahkan sesekali oleh kicauan cengkerik dan bunyi ungags malam. Langit masih diterangi oleh bulan purnama, memancarkan cahaya kuning keemasan yang lembut dan menenangkan ke atas bumi. Berpandukan cahaya bulan, Tom berjalan dengan mudah ke arah rumpuan pokok pisang itu.
Apabila sampai di rupunan pokok pisang itu, dia mencari pokok pisang yang berbunga. Sebaik sahaja dia menemuinya, dia mengambil paku dan benang dari sakunya. Dia mengikat satu hujung benang panjang itu pada paku dan terus menusuk paku tersebut ke dalam jantung pisang itu. Tiba-tiba, dia terasa menggigil apabila angin sepoi-sepoi meniup di tepi telinganya. Dia berasa ngeri sebentar. Dia perasaan seperti diperhatikan. Apabila dia menoleh, tiada sesiapa yang kelihatan. Tom menolaknya sebagai imaginasinya dan meneruskan kerjanya. Dia menggunakan seutas benang lagi untuk mengikat jantung pisang dengan kemas. Puas dengan kerjanya, dia berjalan kembali ke bilik tidurnya. Dia masuk ke dalam kamar melalui tingkap yang terbuka. Dia duduk di atas katilnya sebentar dan menarik nafas yang panjang. Pada mulanya, dia mengikat hujung benang yang lain ke jari besar kakinya, tetapi kemudian dia mengubah fikirannya dan mengikatnya pada pagar katilnya. Setelah tugas selesai, Tom tertidur dengan nyenyak.