“Kau ni pun Din, dengan perempuan pun nakcari gaduh. Aku tengok kau ni memang sengaja je nak biar dia sakit hati kan.Cukup-cukup la tu.” Tegur Mamat iaitu kawan sekerja Din yang sama-sama mencarirezeki di bengkel motor tempat Din bekerja.
“Ah,biarkan. Sebelum ni pun dia memang dah selalu sangat sakitkan hati aku. Dah lasesuka hati bagi gelaran Mat Lidi, tak ada sivik langsung. Aku ni kurus bukansebarang kurus tau. Aku ni kurus yang bawak tuah tau.. Lepas tu suka pulaktuduh aku bukan-bukan. Ingat muka aku ni muka penjahat sangat ke?” balas Dindengan perasaan yang langsung tidak bersalah.
Mamatmenggeleng kepala dengan jawapan kawannya itu. Memang Din ini seorang yangtekad dan agak degil. Sudah beberapa kali dia menegur Din supaya lupakan sahajaapa yang dikatakan oleh perempuan itu, tetapi Din tidak peduli. Kata Din,selagi perempuan itu sendiri tidak mohon maaf padanya, selagi itu perang iniakan meletus. Semakin sakit hati perempuan itu, semakin puas hati Din. Ya,Mamat sendiri pernah mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Din suatu ketikadahulu.
“Dah la,jom sambung kerja. Boleh migrain aku bila ingat minah tu. Nanti tauke kitadatang, membebel pulak dia.” Kata Din yang sudah pun memegang spana danperkakas lain.
Cukuplahtempoh rehat yang diberikan oleh bos mereka yang membolehkan mereka bersenanglenang sebentar sambil menjamu selera. Mereka tidak mahu dicop sebagai curitulang pula.
“Taupun kau. Habis kau ingat bila tauke tahu pasal kau dah halau customerdia tu, dia tak membebel?” bidas Mamat sambil tersengih.
“Syuh..” Din meletakkan jari telunjuk kanan di mulutnya sambil matanya memandang kekiri dan kanan.
Mamat memahami bahasa isyarat Din. Mamatsekadar menggeleng kepala dengan gelagat Din.
###
“Kenapa lewat balik hari ni?” tegur Hanayang membuka pintu untuk Azlin yang telah mengetuk pintu berkali-kali.
“Kenapalambat sangat buka pintu?” soal Azlin tidak menjawab pertanyaan Hana. Malasbetul dia untuk mengingati peristiwa tadi, ditambah pula dengan cuaca yang agakbahang. Naik merah muka Azlin menahan panas mentari pada waktu tengahari ini.
DisebabkanMat Lidi yang tak habis-habis menyakitkan hatinya itu, motornya terpaksa dibawa balik tanpa sempat dibaiki. Habis basah lenjun bajunya dek peluh yangterus mengalir sepanjang perjalanan tadi.
Azlinterus merebahkan dirinya di atas kerusi. Letih benar dirasanya hari ini.Fikirannya terus ligat berfikir tentang hari esok. Nampaknya dia terpaksameminta tolong Hana sekali lagi, sudah tiada pilihan lain.
“Nimuka merah padam ni kenapa?” Tanya Hana lagi masih berdiri di muka pintu,sengaja dia menguakkan pintu sedikit supaya angin luar dapat masuk ke dalamrumah.
“Tayarmotor aku pancit lagi.” Akhirnya keluar juga jawapan daripada mulut Azlin. Hanaterkejut mendengar jawapan Azlin.
Pancitlagi? Seingatnya minggu ini sahaja ini sudah masuk kali kedua motor kawannyaitu pancit. Hana segera menjengah kepalanya keluar pintu. Kelihatan motor Azlindan keadaan tayar depannya yang pancit.
“Habis,kau tak baiki lagi kenapa?” Hana sudah pun mengambil tempat di sebelah Azlin.
Azlintidak menjawab pertanyaan Hana. Malasnya untuk mengingati muka Mat Lidi tu!Kenapala orang macam Mat Lidi tu wujud? Azlin memandang Hana lalu mengukirsenyum. Hana mengerut dahi dengan sikap Azlin. Tadi masam mencuka, sekarangtiba-tiba senyum meleret pula. Sambil pandang aku pulak tu!
“Kautolong aku boleh?” Azlin memulakan mukadimahnya tanpa menjawab soalan Hanasebentar tadi.
“Nimesti nak aku…” Hana sudah dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh Azlin.
“Taknak!” Hana menggeleng laju-laju.
Azlinmemegang tangan Hana dan cuba membuat muka yang akan membuatkan Hana simpatikepadanya. Hana pula cuba mengeraskan hatinya. Pada saat ini Hana perlumengumpulkan sepenuh tenaga untuk menolak permintaan Azlin. Bukannya dia tidakkenal dengan sikap Azlin yang akan cuba sedaya upaya supaya hasratnya tercapai.Sengaja Hana tidak memandang wajah Azlin dan berpura-pura bangun untukmenyelesaikan kerjanya yang masih tertangguh.
“Akusibuk sikit hari ni. Baju pun tak basuh lagi tu. Lama rendam dalam bilik air.”Hana membetulkan urat pinggangnya buat seketika sebelum melangkah setapak untukberlalu dari situ.
“Tolongla.” Azlin nampaknya tidak berputus asa untuk memujuk Hana. Terus direntapnya tanganHana hingga Hana terduduk semula.
TindakanAzlin itu sedikit sebanyak mengejutkan Hana.
“Kauni memang tak patut. Patah pinggang aku ni, aku nak kau yang ganti pinggang kaukat aku!.” Marah Hana tetapi hanya seketika.
“Oklah,aku minta maaf. Tapi tu la, aku nak minta tolong kali ni je..”
“Excuseme..bukan sekali ini, sudah dua kali ye Cik Kak Lempeng..Ops..” Hanatersengih. Mendengar perkataan yang keluar dari bibir Hana membuatkan wajahAzlin kembali mencuka.
MemangHana juga sudah mengetahui tentang gelaran Cik Kak Lempeng yang diberikan olehMat Lidi. Adakalanya Azlin akan menceritakan perihal Mat Lidi dalam keadaanmarah-marah. Pening pula Hana memikirkan perangai mereka yang seperti budakbawah umur ini. Mahu sahaja Hana kahwinkan mereka berdua, baru padan muka!
“Okla aku tolong. Tapi kali ni last. Lepas ni kalau tayar kau pancit lagi, noexcuse.” Hana mula simpati dengan Azlin.
Terfikirjuga Hana jika keadaan motor Azlin masih seperti itu, bagaimana dia ingin ketempat kerja esok lagipun tempat kerja mereka berdua di jalan yangbertentangan.
Azlinmula merasakan kerlipan bintang menari-nari di hadapan matanya. Sebab tu akusayang kau Hana!
“Tapikali ni ada syarat la…lalala..” Hana cuba memancing riak wajah Azlin yangsudahpun tersengih lebar.
“Apa?”Tanya Azlin. Bersyarat-syarat pula kali ni si Hana ni.
“Disebabkanaku dengan rela hati nak tolong kau, maka kau dengan rela hati pun kena tolongaku..Aku nak kau dengan ikhlasnya tolong basuh baju aku. Haha..”
“What?”terlopong mulut Azlin.
Sertamerta kerlipan bintang yang baru menari-nari di hadapan matanya terus ghaibdiganti dengan pemandangan gerhana bulan. Kenapa syarat seperti ini yang Hanaminta. Bajunya sendiri yang sepenuh baldi itu pun masih belum dibasuh, ini kanpula ingin ditambah dengan baju Hana.
“Ok,deal.” Hana terus membuat keputusan bagi diri Azlin tanpa menunggupersetujuan Azlin sehingga membuatkan Azlin melopong sebentar.
###