“Pakcik
asal mana?” tanya Mail.
“Kedah
nak.”
“Selama
ini pakcik tidur di tepi-tepi jalan?”
“Masa
awal-awal dulu. Pakcik tidur di surau… masjid. Tapi selepas ada orang tegur.
Pakcik tidur di kaki lima sahaja. Betul juga… rumah ALLAH bukannya tempat
tidur. Tempat orang beribadat.”
“Tak
patut. Walaupun pakcik begini. Tapi tak sepatutnya mereka halau pakcik,” kata
Mail kesal.
“Takpelah
nak. Alhamdulillah rezeki ALLAH di mana-mana.”
“Esok
pakcik nak kemana?”
“Esok
macam biasa. Meniaga… kita di mana nak?”
“Pudu
pakcik.”
“ALLAH.
Jauhnya… pakcik selalu pusing-pusing Brickfield… Bukit Bintang.”
“Jadi
esok pakcik tidur di mana?”
“Di
mana-mana sahaja. Esok anak hantar pakcik di Brickfield semula.”
“Boleh.”
“Nak
besok kerja?”
“Tak
pakcik. Sabtu tempat saya bekerja cuti. Selalunya saya balik ke kampung saya di
Hulu Langat. Tapi minggu ni tak balik. Lepak sahaja di rumah. Esok saya hantar
pakcik. Tapi naik motor sahajalah pakcik.”
“Takpe
nak.”
“Pakcik.
Saya tanya boleh? Macamana pakcik boleh sampai ke Kuala Lumpur ni pakcik? Jauh
tu Kedah?”
“Pakcik
ada di Kuala Lumpur sejak tahun 1970an lagi nak.”
“Apa!
1970an lagi pakcik di sini. Pakcik buat apa?”
“Begini
ceritanya…”
Dan, pemuda berusia 21 tahun baru sampai
di Puduraya. Seperti rusa masuk ke kampung, dia melilau-lilau mencari sepupunya
Yusof yang berjanji di dalam surat untuk menjemputnya. Sudah 2 jam dia menunggu
Yusof tapi masih belum kunjung tiba lagi. Perutnya lapar, wangnya hanya tinggal
seringgit. Dan datang ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan ibu bapanya. Tujuannya
hanyalah satu, ingin mencari kehidupan yang lebih baik. Di kampung dia hanya
membantu menoreh dan membuat kerja-kerja kampung. Berapa senlah pendapatannya
melakukan kerja tersebut. Dan tertarik dengan Yusof yang sudah berkereta.
Sedangkan kelulusan Yusof sama sepertinya, tamat tingkatan 3 selepas SRP
terkandas. Yusof sudah 3 tahun di Kuala Lumpur dan katanya telah berjaya
membuka perniagaan kecil-kecilan di Jalan Melayu. Dia meminta bantuan Dan untuk
membantunya selepas rakan kongsinya pecah kongsi dan ingin membuka kedai baru
di Kompleks Campbell.
“Dan…
Mat Dan!” teriak seseorang. Dan menoleh ke arah belakang dan mendapati
seseorang berkacamata berseluar bell bottom sedang melambainya.
“Oi
Yusof!” Dan melambai semula orang yang meneriaknya. Mereka berpelukan tanpa
menghiraukan sekeliling yang ada memandang.
“Hahaha.
Lama tak jumpa kau Mat Dan,” kata Yusof.
“Hahaha.
Samalah Yusof. Raya tahun lepas kau balikkan,” jawab Dan. Mereka meleraikan
pelukan.
“Makin
gemuk kau sekarang Yusof.”
“Jaga
kedai asyik makan je kerja aku.”
“Hilang
hang punya kedah no…” perli Mat Dan.
“Arghh.
Hang jangan dok lok lak. Kat KL kita cakap KL. Kampung boleh speaking Kedah.
Sini speaking malu dok owang dengar. Dah, jom ke rumah aku.”
“Flat
Pekeliling.”
“Mana
lagi. Jom.”
Flat Pekeliling, antara bangunan
tertinggi terawal dibina di ibu kota. Dan memandang sayup-sayup dari bawah.
“Perghhh!
Tinggi umah hang,”
“Hang
jangan buat leceh. Hang kata nak speaking KL kan. Hang dah janji dalam kereta
tadi. Memanglah tinggi. Tapi rumah aku bukannya semua. Rumah aku satu unit ja.
Tingkat 10. Mailah masuk. Tengok aku dah speaking sana pulak.”
“Tingkat 10? Mak oi.
Penat kaki aku nak naik tanggalah. Tak maulah aku.”
“Ni aku nak ajar kau
ni. Marilah masuk,” ajak Yusof sambil menarik tangan Dan. Dan mengangguk dan
mengikuti Yusof ke rumahnya.
“Padia
kita tunggu depan pintu ni?” tanya Dan kehairanan. Yusof yang memandang plat
nombor tingkat tersenyum.
“Ha.
Yang ini mesti first time kau naikkan. Ini lif… dia bawa ko ke tingkat
sepuluh.”
“Ya
ka?”
“Ting!”
pintu dibuka. Berpusu-pusu manusia keluar dari lif.
“Dah
jom masuk. Sat lagi kita sekat kalau lambat,” Yusof menarik tangan Dan masuk ke
dalam lif. Lalu pintu ditutup.
“Macam
cerita Ali Baba Bujang Lapok. Tak baca jampi ke?” tanya Dan kehairanan.
“Hahahaha.
Kau ni kelakarlah Dan. Lebih kurang… tapi ini teknologi. Guna elektrik.”
Kebetulan tidak ada yang masuk ke dalam lif sehingga tingkat 10. Bila pintu
dibuka, Yusof menarik Dan yang masih tercengang-cengang keluar dari perut lif.
“Hamboi!
Tingginya… nampak Kuala Lumpur no.” kata Dan kagum apa yang dilihatnya.
Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari tingkat 10 pekeliling.
“Dah.
Jangan tengok lama-lama. Nanti gayat pula. Jom masuk rumah aku,” ajak Yusof
sambil membuka pintu rumahnya. Dan membuka kasutnnya dan menuruti yusof masuk
ke dalam rumah.
“Cantik
rumah kau Yusof. Kau tinggal seorang ke?”
“A
ah. Tapi rumah ni ada satu bilik sahaja. Aku minta maaflah minta kau tidur
luar. Nanti esok kita cari tilam lipat. Senang kau nak tidur.”
“Takpe
Yusof. Kira bersyukur aku dapat menumpang rumah kau. Berapa sewa sebulan?”
“20
ringgit sahaja Dan. Inilah rumah mampu aku sewa. Paling penting dapat api, air
dan senang nak membuang. Duduk setinggan dulu azam Dan. Nak airpun kena ikut
time.”
“Owh.
Rumah setinggan kat Kerinchi tukan Yusof.”
“Ye.
Yang aku tunjuk gambau kat kau dulu. Eh. Kau nak mandi… mandilah dulu. Kalau
nak tidurpun boleh. Esok aku ajak kau ke kedai. Ajar kau meniaga. Jaga kedai.”
“Terima
kasih Yusof. Terima kasih tolong aku,” Dan memeluk Yusof.
“Ala.
Kau dengan aku dah macam adik beradik. Takde hallah tu. Dah pi mandi.”