Home Novelet Islamik Suamiku Mualaf
Suamiku Mualaf
Fayanti Aurora
13/9/2019 18:40:14
46,057
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Senarai Bab
05

 

Amri bersama keluarga membincangkan sesuatu danmenanyakan soalan kepada walidku.

"Anak saya sudah berbincang dengan saya dan isteri saya. Dia kata mahupinangkan anak kamu"soal Encik Seon.

"Oh, betul kah?Alhamdulillah, akhirnya Allah perkenankan doa kamiberdua.Saya sebenarnya memang teringin nak berbesan dengankamu,Seon."balas Encik Badri dengan senyuman.

"Baguslah tu.Diyana bersetuju ke untuk berkahwin dengan Amri?"soalEncik Seon.

"Sue ni kalau dia diam tandanya setuju. Betul tak?soal Encik Badri kepadaDiyana.

Diyana hanya mendiamkan diri lantas mengangguk apa yang dikatakan oleh ayahnya.

Encik Badri memberi tanda setuju kepada ahli keluarga Seon mengenai pinanganAmri kepada Diyana.

Dan pada hari tersebut, mereka semua menetapkan tarikh mengenai haripernikahan, persandingan dan walimatul urus kepada anak mereka.

Pada malam itu, Diyana lantas mengambil telefon pintarnya dan membuat panggilankepada kawan baiknya, Yasmin.

"Assalamualaikum,Yasmin ke tu?"soal Diyana dalam panggilan.

"Waalaikumsalam.Ya saya. Kami ni."balas Yasmin.

"Yasmin sihat?"soal Diyana.

"Alhamdulillah sihat.Ada cerita ka?Dengar suara macam happy ja."balasYasmin.

"Mestilah ada. Tak lama lagi kami nak bernikah.Ada orang meminangkami."kata Diyana.

"Wah, bestnya. Mesti hensem kan lelaki tu? Kawan kami kan segak.Hehe"kata Yasmin.

"Mana ada segak. Biasa ja. Kami nak minta tolong boleh tak?"soalDiyana.

"Boleh ja. Untuk Sue, kami on ja"balas Yasmin lagi.

"Min jadi pengapit kami boleh tak masa kami nikah dan bersandingnanti?"soal Diyana untuk meminta kepastian.

"Mestilah boleh. Sue kan kawan kami. Mesti kami tolong."balas Yasmin.

"Terima kasih Min.Nanti kami ambik Min kat rumah tau."kata Diyana.

"Boleh ja.Sue, kami ada kerja la. Nanti whatsapp kat kami na."kataYasmin.

"Ok bye. Assalamualaikum"kata Diyana.

"Waalaikumsalam.Bye"balas Yasmin.

Diyana pun mematikan panggilannya bersama kawannya dan senyum sendiri keranamemikirkan tentang hari bahagianya yang bakal menjelang tidak lama lagi.


Previous: 04
Next: 06

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.