Home Novelet Cinta DILAMAR PUTERA BUNIAN
DILAMAR PUTERA BUNIAN
NAWAR WAHID
28/11/2020 11:34:13
41,940
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 1

1.

Qalea tidak pernah terfikir dia akan dilamar makhluk ghaib. Langsung tidak terlintas dapat melihat keindahan alam daripada pandangan mata seorang manusia. Hidupnya itu tidak pernah sempurna. Hanyalah budak hingusan yang baru sahaja melonjak ke alam remaja dan kolej. Tetapi belum sampai seminggu, Qalea terpaksa meninggalkan rakan-rakan dan dunia baru itu untuk tinggal di sebuah kampung yang dinamakan Kampung Wali Bunga. 

 

Sebuah tempat yang tidak pernah dikenali orang ramai. Penduduk di sini rata-rata tidak begitu cilik akan dunia maya dan alat-alat teknologi yang maju. Qalea terkilan. Masih termenung mengenangkan nasib. Siapa tidak marah, jika hidupnya tiba-tiba berubah. Bagaimana dia mahu berkawan dengan orang baru? Baru sahaja sepuluh minit melewati kawasan perumahan di sini, orang ramai sudah memandangnya pelik. 

 

Siapa gadis itu? Rambutnya berwarna biru cair dan kulitnya putih seperti kapas. Ada yang mentertawakan perwatakannya dan ada juga mempersoalkan kenapa dia berlainan daripada yang lain. 

 

Sudah hampir 19 tahun Qalea kehilangan ibu. Tidak pernah langsung dia melihat wajah ibu. Setakat gambar yang kabur sahajalah peneman diri. Ayahnya sahaja yang kekal setia dengannya. Encik Shah, seorang bapa tunggal yang bekerja di sektor penukangan kini terpaksa berhenti kerja dan mencari apa sahaja kerja yang boleh dilakukan di kampung itu. 

 

Kereta yang dipandu ayahnya meluncur laju di jalan perkampungan. Mereka melintasi pokok-pokok menghijau dan laluan sempit itu.tayar kereta menggeser di atas tanah kotor.suasana di dalam kereta sunyi. Ayah tidak suka mendengar radio sewaktu memandu. Dia tidak boleh fokus. Qalea memandang refleksi muka di tingkap kereta. Perjalanan untuk ke rumah baru terasa begitu pantas.  Qalea seperti mahu melarikan diri. Dia melihat sekali lagi talian di telefon bimbit. Masih tiada lagi signal. Terus dia mencampakkan pandangannya ke hadapan semula. Renungannya jauh sehingga ke awan. Dia memandang burung-burung gagak yang berterbangan di sekeliling pokok sepertinya mereka sedang menunggu sesuatu. Qalea merasakan ada sesuatu akan berlaku. Perut sudah berasa tidak sedap. 

 

Dalam sekelip mata, sebuah makhluk berbadan sasa berlari bertentangan arah kereta mereka lalu terbang menerbangkan sayapnya. Dush! Hilang!

 

“ayah!” 

 

Sreeettt… kereta diberhentikan!

 

Kaki Encik Shah menekan brek kereta kuat. Nasib baik masing-masing memakai tali pinggang keledar. Mereka tersentap. Ayahnya memaling memandang Qalea yang sedang bernafas turun dan naik. 

 

“Ayah nampak tak benda tu?!” 

 

Encik shah mengeluh kasar lalu menghentak stereng kereta. “Qalea, berapa kali ayah nak cakap, jangan menjerit macam tu masa ayah bawa kereta! Bahaya tahu tak?!” sudah naik urat pada dahinya. 

 

“ni bukan kali pertama Qalea. Ni dah banyak kali!” shah menyambung marahnya. 

 

Qalea mengetap bibir. Hanya membisu. 

 

“kau nampak apa, Qalea?”

 

Ah, orang tua ini pasti tidak akan percaya! Kelibat itu sudah banyak kali aku nampak! Apabila diberitahu dikatanya aku membohong!

 

“Qa..Qalea tak nampak apa-apa. Ingat ada kucing lalu tadi.” Jawap Qalea berat. Dia menghempas badannya ke tempat duduk. 

 

“kau jangan buat hal bila kita sampai di rumah Tok Wan.” Pesan ayah lalu melajukan semula pemanduan. 

 

Qalea menjeling ke arah ayahnya, seorang lelaki tua yang sudah banyak uban di kepala dengan janggut halus. Encik Shah kelihatan masih khusyuk memandu. Garisan kulit mengendur pada dahi dan bawah mata menampakkan lagi kepenatan Encik Shah. Bukannya Qalea tak sayang ayahnya, dia hanya kecewa apabila ayahnya tidak percaya akannya.

 

Bukan sekali, ya, bukan sekali dia terlihat mahkluk itu! Susuk badan itu besar dan bahunya melebar. Dibelakang badannya terdapat sepasang sayap yang mengepak dengan megah. Sayap itu amat cantik berkilat dan bewarna putih. Masih terngiang-ngiang lagi apabila mahkluk itu membisik di telinganya sewaktu dia hampir tertidur. ‘Kita akan berjumpa suatu hari nanti, Qalea’.apabila dia cepat-cepat membuka mata dan terduduk di katil, dia hanya dalam lihat biliknya yang gelap dan tingkap sedikit terbuka. 

 

Dia tahu nama aku!

 

Qalea Batrisya.

 

Aku seperti orang bodoh cuba meneka siapa kau wahai mahkluk. Kenapa kau masih tidak muncul-muncul? Kenapa kau hadir dalam diri aku pada saat aku tidak bersedia? Adakah kau juga takut seperti aku? Adakah kau juga tidak sempurna seperti aku? Aku mahu melihatmu.sudah hampir setahun kau datang dan pergi menjengukku. aku masih tidak dapat membayangkan kau sepenuhnya. Aku mahu melihat matamu. Warna apakah ia? Aku mahu melihat kulitmu. Adakah banyak luka pada badanmu? Ah, sungguh banyak persoalan yang mahu ditujukan!

 

2. 

Di sebuah rumah di Kampung Wali Bunga, Bomoh Lang leka menjampi sesuatu. Asap kemenyan mengepuk di dalam bilik. Isterinya yang setia berkemban sesekali membatuk.  Bomoh lang membaluti sebilah kayu itu dengan kain kuning lalu memberi barang itu pada isterinya. 

 

“kau siap-siapkan perempuan itu. Pastikan dia bersedia untuk daranya dipecahkan. Darahnya itu yang kita mahu.”

 

“baik, bang.” Kata Cik Maryam sambil bangkit perlahan-lahan. Kain yang menjadi birai antara dua bilik itu diselak. Siti sudah kelihatan bersedia berkemban dan duduk kemas bersimpuh di atas lantai. 

 

“siti, mari sini. Kau dah bersedia? Hari ni kita akan buka pintu segala rezeki. Bomoh Lang akan bantu kita, Siti.” Kata Cik Maryam lalu mendekati Siti. 

 

Bomoh Lang sudah keluar daripada bilik dan pergi ke dapur untuk menjampi lagi air yang bakal diminum Siti. 

 

Siti cepat-cepat bangkit lalu meniarap di atas katil keras yang berbentangkan kain batik. Kulit Siti perlahan-lahan dilumurkan minyak sapi. Cik Maryam masih tenang mengurut setiap urat-urat yang tersimpul. Kata Bomoh Lang, biar urat itu lurus agar upacara ini berjalan lancar. 

 

Kedengaran Siti mula mengerang. Dan pada waktu itu, bulan sedang mengambang penuh. Ayam yang berkokok itu terus mengokok dengan lebih banyak diikuti erangan Siti yang cukup kuat. Maka, bermulalah satu sesi pembuka rezeki pada malam itu. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.